Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, April 3, 2013

Zul Nordin Tertangkap Menipu

Minggu lepas terdedah video Zul Nordin mengajuk serta mempermainkan agama Hindu. Video tersebut boleh dilihat di bawah atau klik di sini.

Video tersebut telah mengundang bala kepada Zul Nordin khasnya dan kepada UMNO amnya kerana Zul Nordin adalah Naib PResiden PERKASA, sebuah NGO yang dipandang sebagai sayap UMNO. Maka, apabila buruk nama PERKASA, buruklah nama UMNO.

Walaubagaimanapun, secara terburu-buru Zul Nordin telah meminta maaf. Namun, dalam permintaan maaf tu pun, sempat jugak si Zul Nordin ni memfitnah PAS.

Dia kata dia buat kenyataan tersebut sewaktu dia menjadi ahli PAS.

Cumanya, dalam video tersebut, Zul Nordin telah membuat rujukan kepada patung Murugan di Batu Caves. Beliau merujuk kepada patung Murugan sebagai sebahagian dari ajukan dan permainan beliau terhadap agama Hindu.

Di sinilah terdedah nya pembohongan si Zul Nordin ini.

KLIK IMEJ
Mengikut laporan MSTAR Online, (rujuk sebelah)patung Dewa Murugan hanya siap pada tahun 2006.

Pada tahun 2006, Zul Nordin telah selamat dipecat dari PAS kerana melanggar keputusan dan disiplin parti.

Dia telah bertanding di atas tiket PKR tanpa kebenaran dari pihak AJK PAS Pusat sekaligus keahlian beliau dilucutkan dari PAS kerana itu. Beliau bertindak begitu ekoran nama beliau tidak dipersetujui Majlis Syura Ulama PAS  sebagai calon pilihanraya. Khabarnya berkaitan dengan masaalah akhlak.

Ertinya, mana mungkin ceramah Zul Nordin ini dibuat waktu beliau di dalam PAS. Mustahil sama sekali. Jelas Zul Nordin ni pembohong dan penipu punya kaum.

ISLAM MENGHARAMKAN UMATNYA MENGHINA TUHAN AGAMA LAIN

Di dalam Al Quran Allah SWT menyebut:

‏وَلَا تَسُبُّوا۟ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ فَيَسُبُّوا۟ ٱللَّهَ عَدْوًۢا بِغَيْرِ عِلْمٍۢ ۗ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

(6:108)  Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yg mrk sembah selain Allah, krn mrk nanti akan memaki Allah dgn melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mrk. Kemudian kpd Tuhan mrklah kembali mrk, lalu Dia memberitakan kpd mrk apa yg dahulu mrk kerjakan.

Ertinya Zul Nordin ini adalah seorang yang jahil agama dan buta agama. Dia berbuat perkara yang jelas dilarang oleh Allah SWT.

Inilah padahnya seorang manusia yang menjual agama untuk menaikkan nama dan diri sendiri. Segala tindakan beliau yang dibuat atas nama agama akhirnya memakan diri beliau sendiri.

Syukur lah Zul Nordin sudah tiada lagi di sisi perjuangan Islam


TULANG BESI


ps mungkin PAS dan PR patut berterima kasih dgn Zul Nordin kerana tindakan beliau ini menaikkan sokongan kaum India kepada Pakatan Rakyat lebih lebih lagi tiada tindakan diambil ke atas beliau sehingga hari ini

2 comments:

juragan 69 said...

Bhai...apa kena mengena zul dgn umno...perkasa dgn umno...tibai dgn umno...bhai lu terdesak sngt ke utk mnjadi superhero pru....jujur bhai lu caci zul bukan kerana perbuatan,tindakan, ucapan yg zul buat atas nama zul...tp kerana zul bukan ahli pas atau pkr...jika zul buat atas kapasiti ahli pr...aku yakin seyakinnya isu ini tak ujud pun...bhai sokonglh pr wlupun dgn nyawa atau akidah lu...tp kerana pr bukan kerana umno
Aku yakin lu faham apa yg aku maksudkn...

Anonymous said...

Juragan 69......ABU...ABCD....khalas...kaphiss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.