Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 16, 2013

Analisa Kekalahan PAS di Kedah (Surat Pembaca)

Di bawah adalah surat dari salah seorang pembaca Malaysiawaves

KELEMAHAN PENTADBIRAN PUNCA KEKALAHAN KEDAH DALAM PRU 13

Pru ke13 telah lebih seminggu berlalu dengan keputusan yang dimaklumi semua orang.Pru 13 telah menyaksikan Tsunami rakyat menolak BN kecuali dibeberapa negeri.Tsunami ini juga menyaksikan kecuali didua ibunegeri iaitu Kangar dan Johor Bharu dikuasai Pakatan Rakyat.
Kecelaruan SPR masih tidak menghalang kemerlangan PR di Selangor,Pulau Pinang dan Kelantan dan hampir-hampir menguasai semula Perak dan Terengganu,sementara Berjaya menidakan majoriti 2/3 di Negeri Sembilan. 
Tetapi berlainan pula keputusanya di Kedah yang berjaya dimenangi semula oleh BN.Sebagai seorang ahli politik anak Kedah,saya kemukakan analisa dan sebab-sebab bencana kalahan yang sememangnya sudah dijangka di Kedah 
1.Pentadbiran Kerajaan Ustaz Azizan ala UMNO BN 

Kemenangan PR Kedah dalam PRU 12 adalah mesej dan manifestasi kehendak majority rakyat Kedah yang mahukan satu perubahan setelah ditadbir lebih 50 tahun oleh UMNO BN.
Harapan ini nyata dipersia-siakan oleh Kerajaan Azizan apabila sejak dari awal lagi beliau menjadikan Tun M,Tun Daim dan Syed Mokhtar sebagai mentor dan sumber rujukan dalam melaksanakan pentadbiran negeri. 
Jawatan-jawatan penting seperti SS,CEO SADA,CEO MBI,Rektor KUIN dll diberikan kepada mereka yang bukan sahaja tegar dengan UMNOnya tetapi berusaha sepanjang masa mensabotaj Kerajaan Negeri samaada secara langsung atau tak langsung. 
Maka lahirlah isu-isu seperti kes perlantikan YDP Majlis Daerah Kubang Pasu,isu alam sekitar di Carok Genting Bunga dan Gunung Inas,isu bercambahnya pusat hiburan dan karaokae berlesen dan tanpa lesen dibandar dan juga kampung,isu krisis kewangan, pentadbiran dan kebajikan pelajar serta staff di KUIN. 
Kesemua isu diatas tidak diatasi ataupun diselesaikan.Ustaz Azizan cukup bangga dengan jawapan-jawapan politik dimedia-media arus perdana tanpa melihat kesan yang dialami oleh orang bawahan.Saya mendapat maklum majority staff KUIN yang menyokong Pas tidak memberi undi kepada Pas dalam PRU yang lalu. 
Rakyat melihat pentadbiran Ustaz Azizan lemah,tidak effisyen,tiada perancangan dan bertindak mengikut kehendak sendiri walaupun dinasihati disebaliknya. 
Lalu harapan rakyat yang ingin melihat suatu perubahan dibawah pentadbiran Pas disia-siakan.Rakyat kecewa dan kekecewaan ini ditafsirkan di peti-peti undi.Hampir 20% undi diberi kepada BN hasil dari kekecewaan itu. 
2.Pergolakan dalaman yang dicetuskan oleh Ustaz azizan sendiri 
Pergolakan dalam cawan antara Exco Dato Phahrol/Dr Ismail dan Ustaz Azizan yang telah settle dan telah dilupakan dihidupkan semula oleh Azizan sendiri melalui pemilihan calon-calon PRU 13 yang diperbaharui semula oleh beliau dan Senator Yusof Hussin. 
Dendam kesumat Azizan telah mencantas Dato Phahrol dan Dr Ismail dan beberapa orang lagi yang bukan kroni beliau.Dato Phahrol dihantar ke Parlimen Jerlun untuk disembelih disana,sementara Dr Ismail dibuang terus. 
Bantahan demi bantahan dari orangramai yang akhirnya Dato Phahrol dibawa semula ke Pengkalan Kundor dan Dr Ismail dihantar ke Jerlun. 
Lebih malang lagi apabila senarai calon-calon ini tidak pernah dibincang dalam 3 mesyuarat tertinggi di peringkat negeri iaitu Mesyuarat Harian,Politik dan Pilihanraya dan Badan Perhubungan malah permintaan Ahli Perhubungan Negeri untuk supaya ianya dibincangkan tidak pernah diambil peduli. 
Dengan tidak bertanggungjawab beliau melepaskan beban pemilihan calon-calon kepada Pas Pusat dengan beliau bersama Yusof Husin menjadi master mind membuat ugutan demi ugutan kepada Pas Pusat agar memilih senarai yang beliau restui sahaja. 
Pemilihan calon-calon yang tidak mengikut procedure ini telah mendapat tentangan dan menimbulkan kemarahan yang amat sangat di peringkat jentera parti disegenap peringkat yang membawa kepada sabotaj dan kelesuan jentera pilihanraya. 
Sekali lagi peti undi telah menyaksikan perbuatan Azizan dan Pak Cop telah membawa padah dan mereka berdua patut dipersalahkan 100% dalam hal ini. 
3.Jabatan Pilihanraya Negeri (JPN) gagal 
Pengarahnya Senator Yusof Husin telah gagal.
JPN sejak dari awal lagi telah menyimpang dari landasanya apabila bertindak mencampuri urusan pemilihan calon-calon yang telah diketahui umum bahawa itu bukan bidang tugas JPN.
Hampir kesemua AJK JPN terlalu berpolitiking untuk memastikan hanya Ustaz Azizan dan kronimya sahaja menang.Lagak dan pembawaan mereka amat memualkan. 
Tiada strategi dan perancangan yang dibuat JPN untuk memenangkan Kedah selain dari daftar pemilih dan pengundi luar kawasan.Lebih malang apabila apabila bilik gerakan membuat lapuran membodek menyatakan factor Azizan akan menyumbang 70% kepada kemenangan Kedah walaupun fakta sebenar disebaliknya. 

JPN gagal membaca kehendak semasa pengundi. 
Calon-calon masuk bertanding tanpa stategi khusus untuk menang.Strategi yang sudah tentu berbeza mengikut DUN dan Parlimen,berbeza mengikut ras,jantina, umur dan tidak kurang penting juga strategi akan berubah mengikut ketokohan dan kewibawaan calon lawan.

Ketiga-tiga faktor diatas menjadi faktor utama,disamping faktor-faktor lain mengapa Allah memberi kekalahan kepada Pas Kedah,semoga `teguran Allah` ini bisa memberi bekas kepada kepimpinan yang tidak lagi boleh berbincang atau ditegur.Mereka memilih jalan susah dan jalan yang lebih panjang untuk belajar. 
Sesungguhnya kemenangan itu hak Allah dan kita sebagai hambaNya hanya perlu melengkapkan ciri-ciri yang akan membawa kepada kemenangan.Dan Allah akan menarik kemengan itu jika kita melampau dan tidak memenuhi cirri-ciri itu dan itu lah yang berlaku di Kedah. 
Semoga kita sama-sama bermuhasabah.

Jiwa Islam

14 comments:

Anonymous said...

saya berpendapat 1/2 betul,1/2 tak betul.tak menyeluruh,1.kedah antara merupakan penerima brim terbanyak(umcedel)dan masih mengharap brim.2.gerak kerja musim pru saja3.mb terlalu adil dlm pentadbiran dan menerima pandangan yg mungkin berniat sabotaj(setuju dgn admin)4.ada pimpinan tunjuk hero depan rakyat,dibawah merasa marah(malu)5.kes tempat sembelihan babi dan kuota perumahan,pertikaian pembahagian kerusi(jangan lupa masih bernanah)6.kurang akses internet,rujukan hanya arus perdana(yg tu lah yg betul)

Anonymous said...

1.semuanya tidak betulla bhaii!!
2.sebabnya semua orang melayu islam di kedah tidak mahu dikudakan oleh puak komunis yang diketuai oleh lim kot siang!!
3.sebab terakhir ialah orang melayu dah tak percaya pada Pas sebab puak-puak ni dah jadi talibarut kafir terutama dalam bab menggadai nama Allah pada puak kristian!!
4.bodoh punya olang!!itu pun talak paham-paham!!!

Anonymous said...

1.lepas ni tenguk pulak mr bean mahfuz jadi pessuruhjaya pas kedah!!dahla lulus setakat srp jee!!segala pandangan dia selama ni hanya sesuai masuk dalam rancangan maharaja lawak jee!!
2.tambah sorang lagi mat syiah mat sabu!!ternyata ulama-ulama pondok di pendang menolak mentah-mentah penyangak duit derma memali ni!!!
3.bila sifakrulrazi tarik diri!!kubu Pas diarea kuala kedah akan hancur!!pada pru 14 nanti alamat tinggal batu nisan pas jee!!tinggalla puak cina dok melalak dan menyalak sakan!!!

penjual ubat said...

Bila ostad perentah negeri itu la jadinya, Balik belajar dari timur tengah,pastu nyambung 1 atau2 tahun buat la apa2 tesis kat uk ke mana2 la kat erope,kemudian balik mai malaysia mengajar sampai pencen,Pastu join mana2 parti politik kat malaysia ni,bila sampai waktu tetiba negeri yang kita jadi PJ menang ,haaah apa lagi,cepat2 la lari pi istana angkat sumpah jadi MB.
Sebelumnya tak pon kita tadbir Parti dengan baik seperti apa yang telah di tinggalkan oleh Al Marhum dato Fadzil Noor.
Pastu dapat setpol, su akbar,su peribadi dan pegawai2 lebih pada nak mengampu dari nak bekerja kerana Allah, apalagi hancur lebur la,
Ostad2 dalam dpp kedah pulak dok ngajar dan wirid bab wala' tak habeh2 kena taat , sebab yang perintah tu OSTAD, walau bangang.
Bila ada apa cadangan untuk tambah baikan kerajaan negeri ,ayat yang akan keluar dari mulut ostad azizan' HAMPA TAU APA? NAK AMEK DUIT MANA? HANG BELAJAR MANA?'
Dekat pak cup usin dia tak tanya la pulak belajar di mana sebab pak cup tukang turut dan tukang ikut serta tukang ampu no 1 dia,
Apa yang terjadi adalah balasan sombong yang kita pakat2 buat kat Kedah tu .

Anonymous said...

Depa di atas tu mesti ingat orang bawah ni tak lah bodoh sangat . Hangpa dok berkelahi nak rebut jadi calon ,orang bawah dah naik meluat.
Calon kurang mesra pengundi.Ceramah pong pang pong pang habuk pun tak dak.Janagan garang sangat ,orang meluat.

suahati said...

membuat anlisa setelah keluar keputusan sememangnya mudah. Apatah pulak untuk melihat kelemahannya pulak sudah tentu beribu boleh disenaraikan.

Apakah selama ini kita pernah mencadangkan bagaimana untuk memenangi atau mengekalkan kemenangan.

Ana kira ini yang paling susah untuk disenaraikan dan kalau pun boleh kita senaraikan bagaimana untuk menang, belum tentu kita mampu untuk melaksanakannya.

Nah..kalau ini kita anggap sebagai caabaran, sila tuan2 selaku peenyokong PAS khususnya menyenaraikan cara terbaik untuk dilakukan pemimpin tertinggi PAS Kedah untuk memenanginya semeula pada PRU14 kelak.

Bukan senang nak menang, tapi sangat senang nak kalah........

Anonymous said...

Tulang Besi, analysis penulis ni suku tepat. Ada 2 segment sebab PAS kalah kat Kedah.

Mikro
Parti punya strategi tunggang langgang. Parliament baling n Pendang orang luar. Ini rural bro. Grassroot punya orang penting. Orang luar boleh masuk tapi kena buat groundwork at least 3 years in advance. Factor grassroot ni Ustaz Azizan still menang Besar dekat Sg Limau and Taulan menang Besar kat Tokai.

Perpecahan kat DUN yg kalah. Yang ni penulis Dah tulis.

Resources guna untuk perhimpunan besar kat bandar2. Itu aku kata Tulang Besi wooiiiii hang nak gathering lantak Pi la. Menaqsah kat pekan rabu jangan lupa.

Isu makro

Tun dr mahathir amat disayangi kat Kedah. Pru 13 dia turun padang.

Isu brim penulis Dah tulis.

Letak kat main article aaaaaaaaaaa

Hang ni Tulang Besi siokkk Sangat tulis pasal perpaduang sampai isu pasal grassroot, strategy hang Tak cover pun. Ibarat orang sakit kepala don't assume he is having flu. He might be suffering from inflamation

Letak main article aaaaaaaaaaa lepas tu tolong Komen secara ilmiah.

Watrior Paksu yemm



Anonymous said...

Contoh grassroot yg patut Diambil contoh

Nizar
Woyoo dia punya touch kat Changkat Jering powerr ooo. Sampai setiap Minggu lepak Kedai Kopi dgn notebook. Dengar eluhan orang. Ambik notes macam mana nak tolong. Dialah councillor dialah wakil rakyat.

Mujahid Yusuf rawa
Ini pun warrior, habis orang kat tanjung Piandang, titi serong, parit haji Wahab dia ronda. 7 Tahun dahh non stop Dia kerja sampai 1 time dia collapse asthma.

Yang more focus federal issue macam Mat Sabu kens letak urban area macam setiawangsa.

Politic is like msrketing. Hang kena tau market segment and the voters expectation. Urban area expectation macam orang macam Tulang Besi contohnya. Rural hang kena Jadi grassroot. Orang jawa suka tempe orang Kelantan suka budu orang Kedah suka pekasam. Jadi strategi mesti lain2 ikut kawasan. Key nak menang Adalah rural area. Tempat tradisi PAS . Kali ni tempat2 Rural habis bungkuihh.

Tolong Komen aaaaa. Aku Komen bak kata Nizar dulu, I beg to differ

Warrior Paksu yemm

Anonymous said...

Orang bodoh tidak boleh dilayan.

Unknown said...

Pimpinan Ulama perlu dikaji semula. Ulama yang tidak mempunyai skill memimpin perlu ditolak. Keupayaan mentadbir dan berfikir stratejik perlu jelas sebelum dipilih untuk jawatan tertinggi. Tetapi pada masa ni tidak ada sesiapa yang saya nampak yang bolih diperakui untuk mengambil tampok pimpinan PAS. Yang jelas hanya kita perlu tolak pimpinan yang ada sekarang (kecuali TGNA) kerana gagal membawa PAS kehadapan dalam PRU13 dan beri peluang kepada lapisan profesional untuk menerajui PAS. Kita perlu memberi mandat kepada Husam, Dr Zul, Khalid Samad, Sallehuddin Ayub, Dr Hatta, Dr Mariah, Dr Syed Azman, untuk membangunkan semula Parti PAS yang telah dilemahkan olih puak puak UG dalam PAS. Kita perlu minta tokoh2 seperti Haron Din, Harun Taib, Mustafa Ali dan Presiden sendiri untuk undur diri dari barisan pimpinan.

Malaysiabaru said...

salam

naik jet dgn pembesar negara satu kewajipan untuk ajijang ni .

main golf dgn tauker UMNO BN pun satu kewajipan buat ajijang ni

cari gaduh dgn org muda dan ahli pas anti UG pun satu kewajipan bagi ajijang ni...

bak kata ajijang ni dah sebiji mcm UMNO .... keras kepala .. degil... angkuh ....

p.s ko nak main golf lagi ... HA HA HA HAAA ( ko main bola atas katil la jijang woiii )

AMBIK KO doa doa orang yang ko buat sial... terutama PAS sebuah parti yg tiba tiba hidup minta doa ko mampuih ....

esok geng ganu punyer turn

Anonymous said...

ya Allah,siapakah insan2 ini.siapalah kita utk mgata alim ulama.hanya org yg tidak beriman shj tidak mengakui ilmu sang ulama.ampunkan lah insan2 ini.berilah petunjuk annur...amin...

otakBesi said...

kuang kuang kuang!
ribut di kedah tak pernah berhenti sejak kemenangan PAS 2008 sehingga hari ini.semua ribut ini tertumpu pada Ust Azizan sebagai watak utama.
Sesuatu yang tidak boleh dinafikan, sejak PAS menang di Kedah pada 2008, tiada seorang pun penceramah PAS yang lantang memuji dan menjadikan PAS Kedah sebagai model. Dengan kata lain, tiada apa yang hendak dibanggakan dengan kemenangan PAS di Kedah.
Bahkan P.Pinang dan Selangor, yang juga dimenangi oleh PR mendapat pujian dan dijadikan rujukan kepada penceramah PR dan NGO pro pakatan.
Semua ini jelas menunjukkan pimpinan PAS Kedah dan pimpinan PAS pusat mempunyai perasaan syukur dengan anugerah Allah.
Mungkin boleh dikatakan nasib kemenangan PAS Kedah tidak semurni kemenangan PAS Trengganu pada 1999. Atas sebab inilah ahli PAS seluruh dunia memberi simpati bila PAS Trengganu kalah 2004. Bahkan seluruh ahli PAS memberi sokongan dan memberi harapan kepada PAS Trengganu.
Namun bila PAS Kedah kalah, seluruh ahli PAS menuding jari dan menyalahkan PAS kedah.
Sebenarnya PAS Kedah menerima kemenangan 2008 dalam keadaan tidak bersedia. Kepimpinan yang diketuai oleh ust Azizan amat lemah. Kelemahan ini bagaikan berganda-ganda bila PAS pusat lebih suka menjadi lembu kenyang dengan memekakkan telinga dengan apa yang berlaku di Kedah.
Suatu yang tidak masuk akal, apabila dewan ulamak PAS Kedah secara terang menolak kepimpinan Ust Azizan, dalam masa yang sama kempimpinan parti boleh mendiamkan diri.
Apa yang jelas, rakyat Kedah tidak bersalah dengan kekalahan PAS di Kedah. Namun PAS Kedah sendiri yang meminta rakyat Kedah menolak kerajaan PAS di Kedah. Bahkan kepimpinan PAS pusat memang mahu Kedah kembali kepada BN.

anak muda benci UMNO said...

Sian tengok komen2 tajuk air mata di icu,di harakahdaily, semua sedih mungkin tak tau cerita sebenar apa yang berlaku di kedah waktu azizan perintah,
bagi aku yang tau dan faham kerana anak kedah jati dan bersama berjuang dalam pas bila terbaca posting oleh mr sanusi setpol azizan atas tajuk di atas maka teringat lah aku dengan mantan suharto,husni mubaraq,zainal abidin tunesia apabila hilang kuasa,...tapi mungkin dalam hal azizan mungkin terkebetulan ianya berlaku pada diri nya...
Komen aku disini ,apa pun biar kita kaseh dan sayang lebih kepada PAS dari kita sayang kepada pemimpin,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.