Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 24, 2013

Bila Melayu Sokong PR, PAS Tambah Kerusi

Antara propaganda utama UMNO dalam pilihanraya umum 2013 yang lepas adalah sekiranya undi Pakatan Rakyat, Cina/DAP akan memerintah. Maka, berduyun2 lah Melayu kampung mengundi UMNO kerana tidak mahu Cina DAP merampas tampuk pemerintahan.

Namun, di Selangor pengundi2 Melayu bandar menyokong Pakatan Rakyat dengan ramai sekali. Mereka tidak takut mengundi Pakatan Rakyat kerana Melayu2 bandar tidak mudah ditipu propaganda2 murahan UMNO.

Maka, yang berlaku adalah sebaliknya. Sokongan Melayu bandar yang ramai kepada Pakatan Rakyat tidak menambah tahap sokongan pada DAP ataupun kepada Cina.

Malahan, apa yang berlaku adalah bilangan kerusi yang dimenangi PAS bertambah. Bilangan kerusi DAP pula kekal sama dengan tahun 2008.

Dengan kata lain, sekirannya Melayu mengundi PAkatan Rakyat pada PRU lepas, apa yang berlaku adalah bilangan kerui PAS dan PKR akan bertambah dengan banyak.

Ia bermakna kerusi PM, MB dan beberapa lagi jawatan penting akan kekal di tangan orang Melayu dan orang Islam.

Sama sekali kuasa orang Cina tidak akan bertambah.

Misalnya, di kerusi DUN Seri Serdang. PAS telah menang majoriti 16k+. Pengundi bukan Islam di DUN tersebut cuma 40%. Ertinya, tanpa pengundi2 Melayu, tidak mungkin PAS mampu mendapat majoriti yang sebegitu besar. Malahan ia adalah kerusi PR paling besar majoritinya.

UMNO RELEVEN SELAGI ORANG MELAYU KEKAL JAHIL

UMNO memang bernasib baik. Orang Melayu majoritinya mudah ditipu. Sampai benda yang tak masuk akal seperti ini pun orang Melayu boleh percaya.

Selagi majoriti orang Melayu kekal bodoh dan dunggu, maka UMNO boleh terus mendapat keahlian dan sokongan.

KENAPA PAS BERJAYA DI SELATAN SELANGOR DAN GAGAL DI UTARA SELANGOR

Mudah sahaja. Pilihanraya ini adalah medan perang. Ia bukan medan dakwah. Kalau nak berdakwah, kita ada masa 5 tahun sebelum PRU untuk berdakwah.

Jentera2 PAS di selatan Selangor (Sepang, Kuala Langat dsbnya) beraksi dalam medan perang. Mereka berperang dan berjuang bersungguh-sungguh. Mereka menggunakan segala taktik perang yang mereka boleh menang.

Hasilnya, PAS / PR menang kesemua kerusi Parlimen dan DUN di selatan Selangor kecuali satu kerusi DUN. Malahan, otai UMNO Selangor, si Zin Badak pun terbarai dan tersungkit di Parlimen Sepang.

Berbeza di utara Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang, Sungai Besar), BN dan UMNO hampir menang semua kerusi di sana kecuali DUN Sabak dan Ng Swee Lim. Yang lain, UMNO masih menguasainya termasuklah Noh Omar.

Selagi masih menganggap pilihanraya ini medan dakwah semata-mata, Tulang Besi jamin inshaalah peluang kemenangan itu tipis

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

13 comments:

cikmatgelap said...

otak melayu kampong dah masok angin,

Anonymous said...

Thanks Tulang Besi, ini baru real issue. 1978-1986 PAS begitu lemah. Allayarham Ustaz Fadhil dapat revitalise party dgn mantap. Usrah aktif, pemuda PAS masuk kampung tolong orang kampung in consistent basis. Buat amal kelas.english, math, bm free kat kampung

Pemulihan secara total terjadi pada tahun 1990. selain Bantuan Semangat 46, hati orang kampung tersentuh dgn kebaikan hati pemuda PAS. Mail 1999 PAS menang lagi banyak di luar bandar. 28 kerusi parliament beb. Kombinasi isu Anwar, dakwah dan amal jariah pemuda PAS

Lepas Ustaz Fadhil meninggal. Institusi usrah makin sepi. Usaha usrah ni bukan saja boleh berdakwah tapi satu organization yang baik untuk organize kerja amal macam gotong royong repair rumah orang susah. Kumpul duit derma kat super poor.

La ni kerja usrah Dah hampir mati. Sapa nak organise collect Komputer lama hantar kat madrasah. Orang kampung tengok kita Tak kaseh kat depa. Apaka lubang depa nak undi Kita. Macam mana kita nak bagi nasihat kat orang kampung jgn percaya media massa.

Ingat Islam masuk melaka sebab kebaikan pendakwah.

La ni semua pot pet pot pet tapi amal jariah kat orang kampung yg miskin Tak gerak. Apasal tak gerak, usrah yilekkkkkkk. Usrah bagus sebab ada personnel touch and mudah organise aktiviti.

Gang UG kami menyampah. Gang progressive macam TB pun kami geram. Sebab 2 Golongan dah tinggalkan benda yg aku tulis ni

Belajar sikit macam mana Mujahid Yusuf Rawa buat
kerja. Cara kerja dia base on model kerja Ustaz Fadhil.

Mau menang kat kampung buat kerja yg aku tulis ni tambahan atas kerja2 yg hangpa buat la ni

Anonymous said...

Sambungan

Dulu arwah naqib kami kumpul beras, susu tin, gula kami hantaq kat rumah miskin setiap bulan. Buat kerja amal dan parti sekali gus. La ni usrah kat tempat kami dah Tak jalan lebih 8 tahun

Anonymous said...

1.mengikut analisa Pru 13 majoriti melayu islam menyokong umno!Pas hanya menang disebabkan orang cina memangkah parti selain Bn!!hatta diletak tunggul kayu pun mereka akan memangkahnya!!!
2.untuk ko yang akai dikepala lutut!!ko sepatutnya menjelaskan kepada semua orang melayu apa perjanjian anuar dengan Dap sekiranya PR berjaya memerintah malaysia!!itulah isu besar sebenarnya!!
3.ada ko berani bhaii!!sebenarnya orang melayu tak sebodoh ko la bhaii!!

Anonymous said...

Finally good nod by Tulang Besi. Hamid stop maki hamun TB. Isu sudah selesai. Malam ni aku call Bro Hamid TT kat railway station Taiping.

Abang Hamid, Rock on biar kesat tapi benerrr. TB jangan ambik hati noooo..

Anonymous said...

Kalau Hassan Ali dalam jemaah lagi. PAS boleh menang di Sg burong. 1999 dr hassan menang di sini. Disebabkan terlalu ramai orang busuk hati. Orang berkaliber macam ni hilang. Umat melayu berpecah. Kuasa makin terhapus

Anonymous said...

Isu kemerosotan PAS dan PR dlm PRU13 masih panas. Dgn Kedah terlepas ke UMNO, Perak, Terengganu & Putrajaya tak dapat ditawan dan kekalahan beberapa panglima besar PAS/PR. Macam2 pendapat diutarakan mencari sebab musabab PAS dan PR tak berjaya. Ada yg kata sbb melayu luar bandar tak sokong PAS/PR, Melayu terpengaruh dakyah UMNO, sbb faktor TDM dan Mukhriz di Kedah, faktor calon tak mesra rakyat, faktor grassroot, faktor org luar, faktor undi tipu dan sebagainya.

Dengan natijah dan keadaan demikian... persoalannya sekarang APA TINDAKAN yang pemimpin2 terutama pemimpin2 PAS BUAT atau NAK BUAT? Takat bersyukur dan redha menerima kekalahan ini kah? Takat menyedapkan hati dengan alasan Nabi Nuh kah? Takat menganggap perjuangan PAS bukan untuk dunia saja kah? atau takat menyalahkan org melayu yg tak menyokong PAS sbg tak menyokong perjuangan Islam kah?

Sebenarnya isu utamanya adalah STRATEGI. Apakah PAS benar2 faham isu STRATEGI PILIHANRAYA (bukan strategi berdakwah)? Apa strategi PAS dlm pilihanraya? Siapa pengarah strategi PAS? Ada Sesiapa yg buat kajian APA YG PENGUNDI MAHU terhadap PAS? MENGAPA melayu luar bandar tak sokong PAS/PR? MENGAPA Melayu terpengaruh dgn UMNO, TDM dan Mukhriz di Kedah? MENGAPA org tak sokong calon PANGLIMA2 PAS? Inilah yg PAS perlu kaji untuk menyusun strategi.

Banyak pemimpin dan ahli2 PAS tak faham strategi "pilihanraya". Mereka menganggap PAS adalah parti yg memperjuangkan Islam maka semua org melayu Islam wajib menyokong perjuangan PAS, jika tak sokong PAS bererti tak mengikut syariat Islam. Itulah pembawaan pemimpin2 PAS terutama dari golongan ulamak. Cara itu betul jika PAS berstrategi untuk berdakwah. Sedangkan yg PAS hadapi adalah BERJUANG UTK MENANG PILIHANRAYA, utk menjadi ahli Parlimen atau DUN dan seterusnya menjadi kerajaan.., jadi bagaimana strateginya?

Umpamanya, jika PAS menyertai pertandingan bola sepak piala dunia, PAS perlu susun strategi agar pemain dapat menyumbat gol baru memberi kemenangan... bukannya dgn melaung2kan agar semua pasukan yg bertanding hendaklah menutup aurat agar mematuhi syariat Islam. Disinilah pemimpin PAS perlu menyusun strategi utk menang pertandingan.. iaitu PERTANDINGAN PILIHANRAYA MEREBUT KERUSI parlimen/DUN. Gunakanlah kaedah pertandingan pilihanraya, bukan kaedah berdakwah bagi memenangi hati pengundi.

PAS Selangor Selatan menang banyak kerana strategi. Mujahid & Mahfuz menang kerana strategi. DAP menang banyak kerana strategi. UMNO dapat menawan Kedah kerana strategi. Jika PAS Selangor Selatan dapat mempengaruhi pengundi; Jika Mujahid, Nizam, Khalid Samad dan Mahfuz dapat mempengaruhi pengundi, TGNA dapat mempengaruhi pengundi, UMNO Kedah dapat mempengaruhi pengundi... MENGAPA PAS yg lain tak dapat merangka strategi utk mempengaruhi pengundi mereka?

Disinilah kelemahan PAS... tak pandai baca strategi lawan, tak PANDAI BACA KEHENDAK RAKYAT dan tak pandai susun strategi yg berkesan. PAS mempunyai beberapa pakar strategi yg bagus, tapi tidak diletak dihadapan. Husam di kelantan, Syed Azman di Terengganu, Mahfuz di Kedah, Khalid di Selangor tidak diletak dihadapan sebagai pengarah strategi PAS. Di P Pinang langsung tenggelam akibat permainan puak2 yg bersekongkol dgn calun Sg Acheh & geng.

Lihatlah sendiri apa yg berlaku dlm PRU13. Dgn meletak calun yg tidak mesra rakyat atau calun yg setiap masa tidak berada ditempat tersebut dan tidak diterima grassroot atau calun tak disukai ramai, ditambah pula dgn huruhara akibat ketidaksefahaman antara calun2 sesama PR, dengan statement2 dari beberapa ulamak yg boleh merencatkan semangat menuju Putrajaya, dgn puak UG yg sentiasa merosakkan hubungan PR, dengan beberapa pemimpin PAS sendiri yg tak komited sepenuhnya utk berjuang atas landasan PR kerana tidak mahu menerima Anwar sebagai PM... tidak hairanlah kenapa PAS/PR masih tak dapat menumbangkan UMNO/BN walaupun UMNO/BN ketika itu sudah bercelaru dan goyang.... bersambung.

Anonymous said...

.... bersambung..

Dengan sikap PAS dan pemimpinnya yg ada sekarang, dgn keputusan yg kurang baik di pihak UMNO/BN dlm PRU13 ini, dgn barisan kepimpinan UMNO sekarang terutama Mukhriz & TDM di Kedah,, dengan sentimen rakyat sekarang dan dengan proses persempadanan semula tahun ini, jgn terkejut dan bersedih jika UMNO akan membuat apa sahaja untuk memulihkan keadaan mereka dan dapat membaiki kedudukan kerusi yg di pegang mereka di PRU14 nanti dengan lebih berjaya. Silap langkah Kelantan juga boleh terlepas kepada BN selain mengekalkan Kedah dan Perak.

Anonymous said...

Asskm, tuan tuan, apakah salahnya 3 kerusi tu diberi laluan kepada Berjasa- Isma bertanding. Ini untuk memartabatkan bargaining power umat melayu.

Wassalam

Anonymous said...

Syabas TB, inilah isu sebenarnya. Gang UG dah pupus dah. Tak payah besarkan lagi

Anonymous said...

Salam TB

Boleh tolong senaraikan perbezaan diantara "pilihanraya medan dakwah" dengan pilihanraya sebagai "medan perang"? Taktik perang yang macamana digunakan dalam memastikan kemenangan?

Boleh dijadikan rujukan yang relevan untuk PRU akan datang.

Terima kasih

Anonymous said...

Mari berjuang untuk melayu dan Islam. Kita perkasakan Isma

Anonymous said...

Oh yess! Hidup Hassan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.