Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 7, 2013

Bukan Salah Azizan Razak PAS Tumpas di Kedah

Kekalahan PAS di Kedah bukan salah Ustaz Azizan. Tulang Besi berani kata begitu secara berdepan.

Sesiapa pun yang telah duduk di kerusi MB pada penggal pertama pasti mahu duduk lagi untuk penggal kedua.

Tak kira orang itu dari PAS, PKR, DAP, UMNO, MIC, MCA ataupun PPP.

Semua mahu terus duduk di kerusi MB untuk penggal yang kedua.

Dan tiada salahnya Ustaz Azizan meminta supaya beliau dikekalkan sebagai MB Kedah untuk penggal yang kedua sebab itu adalah lumrah manusia biasa. Ustaz Azizan bukan Nabi dan bukan Malaikat. Dia pun manusia biasa macam kita juga.

Namun, kita patut persoalkan siapakah yang telah mengekalkan Ustaz Azizan sebagai calon MB Kedah?

Walaupun setelah berbagai pihak termasuk lah Dewan Ulama PAS Kedah telah bertemu dan menyatakan fakta bahawa Azizan perlu digugur demi menyelamatkan Kedah dari jatuh ke tangan UMNO.

Pendek kata tiada siapa dalam PAS dapat menyangkal kesan negatif yang bakal diundang dengan mengekalkan Azizan sebagai calon MB Kedah.

Namun, keputusan mengekalkan Azizan sebagai MB itu terus dipertahankan oleh Presiden serta SU Agung PAS Pusat.

Yang mana Presiden PAS mempunyai kuasa mutlak untuk samada mengekalkan ataupun merehatkan Azizan Razak.

Presiden telah memilih yang pertama.

Kesannya kita lihat sendiri di hadapan mata kita. 

Bukan setakat kerajaan negeri hilang, 7 kerusi Parlimen PAS di Kedah hilang tergolek dog sekaligus mengagalkan perancangan untuk ke Putrajaya.

Maka, janganlah kita persalahkan Azizan Razak. Dia hanya manusia.

Kita harus persalahkan yang memegang kuasa dlm PAS yang telah mengekalkan Azizan sebagai calon MB Kedah.

Sanggup mengorbankan kepentingan parti demi seorang manusia bernama Azizan Razak.

TULANG BESI

ps apa guna jadi PResiden parti kalau benda semudah ini pun tidak mampu dilakukan?

8 comments:

Ibrahim baling said...

Saya setuju dengan pendapat saudara.

PAS yang mengagalkan PR untok menawan Putrajaya.

Mat Sabu kalah di Pendang sebeb orang PAS kawasan Tokai tidak bagi undi kapadanya.

Calum PKR kalah di Kelantan sebab orang PAS tidak bagi undi kapadanya.

Saifuddin calun PKR kalah di Kulim Bandar baru sebab orang PAS tidak bagi undi kapadanya.

Calun PKR di Damansara dan Sungai Acheh kalah swbab orang PAS tidak beri undi.

Calun PKR kalah di Bagan Serai sebab orang PAS tidak bagi undi kapadanya.

Kedah PAS kalah terok kerana orang PAS berpecah.

Kepinpinan PAS lemah,Ustaz hadi dan Mustafa Ali tidak boleh mengawal pengikut PAS.

Harun Din dengan tiba tiba menimbulkan soal hukum hudud yang menimbulkan controvasi.Bukan kita tidak mahu hukum hudud tapi biarlah perkara ini terus di bincangkan lepas pilehan raya.

Calon PAS yang bertanding semuanya tiada duit.Masa pilehan raya mereka merayu meminya bantuan.Akhirnya PKR terpaksa memberi bantuan kewangan kapada mereka.

Saya tidak terkejut jika salepas ini PAS akan menyertai BN menubohkan kerajaan unity.

Anonymous said...

Apa apa kekalahan yang di alami oleh PAS atau apa apa organisasi pun , ianya adalah tanggungjawab utama si Ketua Kepimpinan nya.

Mudah saja , sememang nya Azizan tak salah ianya sama dengan perumpamaan , "jangan di salahkan Lembu tinggal di KONDO Bangsar , jika Ketua nya menegaskan Lembu bukan di tempatkan di Kandang Gemas."

Lembu mungkin tidak tahu ber fikir seperti manusia , akan tetapi Azizan yang sudah berumur lagi ber pengalaman luas pasti dapat berfikir lebih baik dari Lembu dan ber dasarkan amatan nya terhadap rakyat yang tidak berpuas hati akan kecekapannya , Azizan sepatutnya sedar dan berundur.

Ini common sense yang hanya Lembu di Kandang saja yang tidak memahami.

Apa pun PRU 13 telah kantoi.

Anonymous said...

Aku x terkejut kenyataan mcm ni..wahai tb n ibrahim aku nk komen jg ni jgn salahkan pemimpin seratus peratus...cuba ko tgk masalah spr,daftar undi dan yg plg penting fulus sestgh org kuat mcm mana pun kl diberi fulus akan berubah..utk kwnyataan sbm ni pas mng 15 kerusi sahaja itupun krn undi protes krn x puas hati kpsd umno..tp 2013 umno dh berjaya pujuk dgn pelbgai brim trim krim janji bulan bintang sape x tertwn bro...

sungai tiang, kedah said...

ustaz azizan? err.. tak brp nak berkenan laa. benda paling simple pun gagal. contoh, untuk jawab isu berbangkit pun kadng2 makan masa seminggu baru nak jawab.

lepas tu, bila press tanya soalan jawab mcm ketua kampung!! awak pimpinan tertinggi kerajaan negeri, respon untuk media biarlaa berhemah dan rasional :)

Anonymous said...

saya jugak x salah ustaz azizan 100%, banyak jasa dia kpd parti dan kpd negeri. cuma kurang berkenan bila dia cari pasai dgn pahrolradzi, banyak org sokong pahrolradzi sbb ustaz azizan selalu lebihkan org amno sedangkan org amno dlm pentadbiran tu musuh dlm selimut.

kekalahan pas di kedah mungkin atas kombinasi beberapa sebab:-
1) mukhriz tabur duit
2) org melayu amno kampung/pendalaman totok amno, amno letak btg pisang pun boleh menang
3) penipuan p/raya
4) kelemahan pas kedah dlm mengembangkan sokongan kpd org melayu. ahli pas kekal yg tu jugak dr dulu. tapi ada jugak pemuda2 yg sokong pas walaupun ibu/bapa totok amno. bab kelemahan pas kedah ni, mukhriz ni dia buat saham lama dah, pas tak cerdik. cleaner pej aku cerita, tiap2 tahun mukhriz buat korban, 1 kg gilir2 bagi tompok, suku kaum tokey arak depa peduli apa sbb org melayu kampong ni otak kecik nampak apa ada depan mata ja, jauh tak nampak langsung.

sebenarnya ada hikmah pas kalah di kedah ni, supaya ustaz azizan dan pemimpin pas terduduk sat. muhasabah diri, biaq kita tengok cara BN memerintah pulak.

kerajaan pas suka sgt suka bayaq utang kat kerajaan pusat, tup2 kerajaan BN joli buat utang balik. lain kali kalau memerintah neg jgn syok sgt dok bayaq utang, utamakan faedah kpd rakyat dulu.

Anonymous said...

Nampaknya sudah banyak komen meminta Presiden PAS,Hadi Awang berundur.Kalau TB yang kata munkin ramai yang tak boleh terima.Tapi suara-suara yang hendakkan Hadi Awang meletak jawatan datang dari orang ramai,yang sayangkan PAS dan mahu PAS maju mampu menghadapi cabaran zaman yang berubah.Gagal diTrengganu,robohnya PAS diKedah dan sedang main politik diKelantan - kalau orang PAS masih mahukan Hadi Awang,tak taulah.Jangan lupa agenda UG adalah untuk merobohkan PAS agar suatu hari PAS senang digabungkan dengan UMNO.Hasrat UG ini tak pernah pudar dan Hadi Awang,Stopa Ali serta Harun Din sudah banyak termakan budi UMNO.Pertindihan calun diKota Damansara dan Sungai Acheh siapa punya angkara? Siapa yang tanda tangan watikah pencalunan?Macam kes pembunuhan Altantuya jugak siapa yang arahkan 2 orang mata-mata tu letupkan jasad Altantuya? Sadar dan buka minda wahai ahli-ahli PAS jika kamu semua masih sayangkan PAS.

Anonymous said...

Bila Kalah Semua Tak Kena;
Betullah tu, mula-mula kita kena salahkan diri sendiri, betulkah hanya pemimpin yang perlu buat kerja baik2, tapi kita suka hatilah. Bagi saya kekalahaan Pas diKedah mungkin kerana
1. Manifesto Pakatan lebih sesuai untuk penduduk kawasan bandar tapi manifesto bn lebih sesuai untuk luar bandar.
2. Kesan manifesto tadi, yang mendapat manafaat juga kaum India, Kedah selatan Baling, Padang Serai, Bandar Baru..majorit kawasan estet..Pas/PKR Kalah. Orang India tak dapat manafaat dari kerajaan Kedah yang jauh di Alor Setar. Dun Kuala ketil Menang sebab ada Insaniah. Seeloknya kerajaan Kedah simpan duit sikit untuk bagi gula-gula kat orang kampung melayu dan india sehari sebelum pilihanraya. Kerajaan Kedah nampak miskin sangat sampai tak ada bantuan hayat kepada orang kampung/estet.
3. Calon BN merayu-rayu kepada penduduk kg macam cerita P. Ramlee. Melayukan mudah lupa. Jadi mungkin ada yang sanggup lupakan sengketa lama.
4. Orang Pas marah tengok Ust Azizan dan Parolrazi bergaduh, tak sepakat dalam menjaga nama baik PAS dan Melayu Kedah. Rakyat Kedah sentiasa menantikan pemimpin ala Nik Aziz akan berlaku di Kedah. Kedua sebab PAS tak jaga nama ALLAH. Orang Pas pula protes dengan undi UMno..contoh bapa dan mak mentua aku sendiri mengaku dia pangkah UMNO sebab protes
4. UMNO lebih bijak dan berstrategi dalam politik dari PAS yang agak tradisional. Strategi by observation tak boleh pakai dah. Kena guna matematik la pula, lagi tepat dan berkesan. UMNO mungkin pandai pusing tapi tak menipu. Kes di Trengganu berjaya diguna semula di Kedah.
5. PAS tak berdakwah pada PKR dan DAP. Tak ada seekor Cina pun yang masuk ISLAM setelah bergabung dng DAP ni. Buktikan.

Anonymous said...

Salam....
artikel ni sebenarnya hampa nak tembak president ya...... bersalam tapi kelingking berkait...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.