Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 31, 2013

Jawapan Empunya Diri Yg Dituduh Jual Pil Kuda

Di bawah adalah kenyataan rasmi calon PKR Seberang Takir yang telah dituduh menjual pil kuda sehingga telah diletak calon PAS untuk bertanding 3 penjuru di DUN Seberang Takir.

Bukan setakat itu, tuduhan palsu itu telah diulang di dalam sebuah ceramah yang kemudiannya ceramah tersebut disiarkan ke seluruh Malaysia oleh media UMNO berulang-ulang kali.

Selamat membaca.

TULANG BESI

Ahmad Nazri bin Mohd Yusof
Kelulusan Ijazah Sains Farmasi
Universiti Sains Malaysia
No Pendaftaran :Ahli Farmasi :1590
24000 Chukai Kemaman

TUDUHAN PENGEDARAN UBAT BATUK DAN PIL KUDA

Merujuk kepada perkara diatas, adalah dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan sebagai pengedar ubat batuk dan pil kuda.

Untuk makluman sehingga kini tidak ada satu pun tuduhan atau siasatan polis terhadap farmasi dan kelinik saya. Semua tuduhan tersebut dibuat kerana hasad dengki dan khianat diatas kejayaan farmasi dan kelinik saya “KLINIK NABILA” yang sehingga kini merupakan farmasi dan kelinik yang terbaik di Daerah Kemaman serta kejayaan saya diangkat sebagai calon di N11 Seberang Takir.

Saya juga bersedia disiasat oleh pihak Parti dan juga Polis pada bila2 masa.

Sekian pernafian saya

Yang benar.

(AHMAD NAZRI BIN MOHD YUSOF)
I/C:660421-11-5003

Di bawah pula adalah kenyataan dari Ustaz Zaharuddin Muhammad aka Ustaz Din Ayam merangkap menantu kepada Presiden PAS

SYAMSUL ISKANDAR PERLU MUHASABAH PARTI BUKAN MENUNDING JARI

Saya sangat kesal apabila Syamsul Iskandar menunding jari menyalahkan presiden PAS di atas kekalahan beberapa kerusi bertindan di dalam PRU 13. Sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan post-mortem dalaman bukannya tunjuk hero di dalam persidangan dan dikhalayak.

Saya hairan, kenapa isu Kota Damansara dijadikan antara alasan untuk menghentam TG Presiden PAS sedangkan di Jelapang dan di Semenyih berlaku perkara yang sama disalahkan kepimpinan PKR atau DAP kerana meletakkan calon lawan PSM dan seterusnya kalah di dalam PRU 13? Kenapa PKR tidak serahkan terus kerusi tersebut kepada PSM bertanding menggunakan lambang 'penumbuk'nya supaya undi bersatu?

Berbalik kepada isu DUN Kota Damansara, di samping sebab-sebab yang banyak, di antara sebab berlaku pertindihan kerusi ialah disebabkan kegagalan PKR menyelesaikan isu kerusi DUN Kota Damansara (KD) dengan PSM lebih awal. PAS bukan melawan PKR di KD tetapi melawan PSM walau dengan apa lambang sekalipun. Sehari sebelum penamaan calon, pihak PAS Subang masih belum mendapat kata putus sama ada PSM atau PKR yang bertanding. Bagi PAS, jika bertanding 3 penjuru lawan PSM adalah sesuatu yang tiada masalah justeru PKR dan DAP juga bertanding 3 penjuru dengan PSM.

Di sana terdapat tuduhan lain, iaitu PAS memecah belahkan undi di DUN Kota Damansara. Tuduhan ini sebenarnya salah dan tidak berfakta. Setelah pihak saraf PAS kawasan membuat post-mortem, di dapati bahawa jika PAS tidak bertanding sekalipun belum tentu 7 ribu undi PAS itu akan diperolehi oleh PSM. Protes terhadap reputasi dan penampilan calon PSM sepanjang satu penggal agak tidak menyenangkan ramai pengundi di DUN Kota Damansara. Ianya bukan sahaja disedari oleh PAS Subang bahkan ia juga disedari oleh akar Umbi PKR. Atas sebab itu PKR Dun Kota Damansara akar umbi DUN Kota Damansara membuat kenyataan akhbar menyokong PAS pada hari sabtu, sehari sebelum hari mengundi. Bagi saya, pihak tertinggi PKR juga wajar mendengar suara akar umbinya di DUN Kota Damansara tentang reputasi dan potensi calon PSM yang akan diletakkan.

Dari satu sudut yang lain pula, jika dibanding dengan kawasan lain yang bertanding 3 penjuru, calon yang diisytiharkan tarik diri biasanya mendapat undi kurang daripada 1 ribu, iatu jumlah undi protes. Jadi, 7 ribu undi adalah satu jumlah undi protes yang sangat besar dalam keadaan calon PAS DUN Kota Damansara dilihat sebagai telah menarik diri khususnya dengan pengumuman dan kempen melalui ceramah oleh SUA di Kota Damansara serta billboard calon pas yang dipatahkan selain daripada Blast Mesej oleh pihak saraf musuh kepada pengundi memaklumkan Calon PAS tarik diri. Semua ini menampakkan PAS menarik diri, pun begitu berjaya mendapat undi yang tinggi.

Sedari awal, respond yang pihak PAS Kawasan Subang perolehi, sebahagian besar pengundi mungkin akan mengundi BN jika PSM terus bertanding. Oleh itu PAS kawasan mengharapkan PKR bertanding di DUN Kota Damansara, bukannya PSM.

Keputusan pengundian membuktikan bacaan PAS sedari awal adalah tepat. Jika PAS tidak bertanding, sebahagian besar akan menyokong BN di samping ada yang memberikan respond untuk tidak keluar mengundi jika PSM bertanding lawan UMNO. Saya yakin 7000 undi tersebut akan pergi kepada Pakatan Rakyat jika PAS atau PKR yang bertanding. Tetapi kegagalan PKR berunding dengan PSM menyebabkan undi-undi pakatan rakyat ‘lari tidak bertempat’.

Berkenaan pil kuda saya akan coretkan dalam masa terdekat, Isyaallah. Dari segi agihan kerusi, saya rasa cukup kesal untuk dua perkara, pertama ialah pemilihan beberapa calon PKR baru-baru ini tidak melihat dan membuat ‘screening’ lebih dalam tentang bakal-bakal calon PKR sehingga ada yang ‘suspek penjual pil kuda’ juga diambil sebagai calon. Ini menunjukan seolah-olah PKR masih belum mengambil pengajaran daripada lompatnya wakil rakyat Mereka sehingga jatuh kerajan PR di Perak dan telah menggugat keyakinan orang ramai kepada Pakatan Rakyat. Yang melompat bukan wakil rakyat PAS, tetapi PKR. Sayugia PKR mengambil pengajaran dan sayugia PAS turut serta bertindak kerana ini adalah masa depan bersama.

Kedua, apabila ada pemimin PKR berhujahkan kesaksamaan kerusi untuk bertanding di tempat-tempat tertentu, apa yang boleh dibaca oleh orang ramai bahawa tuntutan kerusia oleh PKR berhujahkan kesaksamaan mempunyai tujuan ‘kuasa’. PAS berebut kuasa dengan BN, tetapi sesama Pakatan Rakyat, PAS lebih mengutamaan potensi calon serta individu yang akan bertanding berbanding. Tambahan pula, semua calon PAS akan ditapis secara halus oleh Majlis Syura sebelum diluluskan untuk bertanding. Latar belakang dan akhlak diambil kira sebagai penilaian dan mesti ada tazkiah (sokongan) tentang laporan calon. Bagi PAS, perkara ini sangat penting kerana calon tersebut apabila menang, maka ia akan mencorakkan masa depan negara. Fokus penilaian PAS berkenaan calon ini cukup jelas apabila Tuan Guru Presiden dengan tegas menamakan ADUN PKR, Tan Sri Khalid sebagai menteri Besar sekalipun kerusi PAS adalah majoriti di Selangor berbanding PKR.

Saya tidak akan mencoret luahan ini jika Syamsul Iskandar tidak memulakannya.

Zaharudin Muhammad.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

17 comments:

Malaysiabaru said...

Salam

Pertama kali nk mencarut kpd menantu ayoh hadi pin besut ni
Pu''mak punya alasan. Pergi la berguru dgn khalid samad supaya ayam sesat ni tidak terus sesat d bwh hadi pinG

Salam penuh kemaafan ana pung dah turut sesat krn mncarut

Anonymous said...

PAS and PKR please stop fighting BN won in all seats where you people fight So accept it Fighting will not solve anything
BN play up the fighting in TV3 bad for you guys
It's good you all did not get to putrajaya fight some more

Anonymous said...

saudara nazri, penafian dh dibuat tp mereka2 msh guna jugak perkara ni untk halal kn tindakan mereka..

minta consider untk hntr surat peguam hentikan fitnah atau saman.. maybe DS Anwar kata jangan tp nnt akn effect bisnes sedara krn fitnah ni..

buat kn perkara di atas secara terbuka, rakyat malaysia akan menyokong anda

Anonymous said...

TB,

Din Ayam dah tunjuk belalang UMNOnya melalui penjelasan beliau dengan awal-awal lagi cuba mengalih isu yang dia lah dalang utama menyebabkan berlaku pertindihan calon di kerusi DUN KD dengan mengkritik Shamsul Iskandar yang mengkritik bapak mertuanya yang juga Presiden PAS.

Din Ayam juga uba mengalih isu yang dialah kepala yang memburuk-buruk peribadi D Nasir dengan pelbagai fitnah seperti tak solat, mengantung gambar lenin didinding ofis beliau kepada ahli-ahli PAS SUbang dan masyarakat setempat. Aku orang KD, aku tahu le kerja geng Din Ayam yang berpusat di mesjid kuning sebab aku adalah jemaah mesjid tu.

Patut dan kena sangatlah Shamsul mengkritik TG Haji Hadi kerana pertama-tamanya Din Ayam tu menantu dia yang membuat sabotaj tu. Kedua, kerana mengulangi fitnah Din Ayam mengenai Dr Nasir dan calon PKR bagi DUN Seberang Takir dalam ceramahnya di Banggol Peradong diatas kapasiti beliau sebagai Presiden PAS.

Dalam PRU 2008 dulu, TGHH boleh terima Dr Nasir sebagai calon PKR walaupun tau dia Presiden PSM tetapi PRU 13 tak boleh pula.... tak ke pelik! Bukan TGHH tidak tahu Dr Nasir tu Presiden Parti Sosialis Malaysia sejak tahun 2008 lagi. Tak munasabah TGHH dah begitu pelupa. Kalau kata kena mandram kow punya dengan seseorang ada le logiknya TGHH bersikap pelik. Kalau memang kena mandram agak-agak siapalah yang top sekali dalam senaraiorang yang disyaki? Tentulah orang yang duduk kat awasan Dr Nasir bertanding la kan...logiknya.

Din Ayam juga bagi alasan bahawa 7 ribu undi orang PAS Subang belum tentu PSM akan dapat jika PAS tak bertanding - adalah alasan yang paling bodoh, bongkak dan sombong.

Aku kata bodoh sebab mau undi 7 ribu tu pi kat Dr Nasir kalau fitnah-fitnah peribadi yang di lemparkan oleh puak Din Ayam di merata tempat di KD untuk memburuk-burukkan Dr nasir.

Kan PAS tu salah sebuah parti dalam Pakatan Rakyat. Keputusan siapa bertanding dimana telah diputuskan dan dipersetujui oleh pucuk pimpinan tertinggi Pakatan.

Yang tak bertanding disatu kawasan kenalah bekerjasama untuk memastikan calon yang bertanding menang dengan memastikan undi-undi parti-parti dalam Pakatan rakyat diberi kepada calon Pakatan yang bertanding. Maknanya tanggungjawab Din Ayamlah sebagai pemimpin PAS KD untuk memastikan undi 7 ribu tu pi kat Dr Nasir.

Tetapi Allah tu Maha Besar dia tunjuk kat kita calon PAS tajaan Din Ayam tu dapat lebih kurang 7 ribu undi je sedangkan Dr nasir mendapat 14 ribu. Kalau alasan Din Ayam tu benar, dah tentu calon PAS dapat lebih banyak undi dari Dr Nasir.

itu je dulu takat ni...banyak lagi yang aku boleh ulas tentang penjelasan Din Ayam diatas.

Muhaz

Anonymous said...

Aku tak dapat bayangkan apa akan terjadi dengan pas nanti bila nik aziz dah takda nanti..

Anonymous said...

Mohon PAS jangan bersifat TAMAK, SOMBONG dan BONGKAK diri....

PAS mesti ingat, tanpa sokongan PKR, PSM dan DAP dalam PAKATAN, PAS akan terkapai2.
Sebab itu kena ada kesatuan dalam, PAKATAN semoga semua salang membantu memena ngi dlam PRU

Anonymous said...

Betulla Ustaz Zaharuddin cakap pasal Kota Damansara. Aku dah komen berguni guni yg PAS takdak agreement dgn PSM. Azmin pun dah mengaku silap dia pasal pertindihan calon. Sudah sudah yopp. Bak kata mamat italian waktu aku mengaji kat state Penn dulu. Bro.... Kapish!!!!

Pasal pil kuda aku setuju la dgn TB. Memang Ustaz Zaharuddin tak patut cakap itu macam.

Aku Dah lapaq dahhh !!! roti canai satu kuah dhall Kasi lebih taruk sambal

Anonymous said...

Jangan baling batu tunjuk jubah lah din

Anonymous said...

Tak payah nk tgk benang basah..sebenarnya pas dh lupa diri..amno/bn puji sikit je pas dah rasa depa hebat dr parti2 pr yg lain..klu rasa sakit hati pd parti komponen cuba le ingat balik sejarah mcm mn pr bersatu dulu sehingga menjadi kuat spt skrg..klu lidi sebatang senang d patahkan tp kali lidi seberkas susah nak d patahkan..contohi la pas negeri perak bg saya antara yg terbaik hubungan dgn parti komponen yg lain..

Anonymous said...

Anon 1:49,

Belum kapish lagi...nak tegak benang basah ade le.

Soal ada ke takde agreement tu tak timbul. Mengapa ditimbulkan sekarang, tidak semasa PRU 2008 atau semasa perbincangan pembahagian kerusi-kerusi antara parti-parti dalam Pakatan sebelum PRU 13 dulu. Itu forum paling sesuai nak ditimbulkan. Faktanya isu takde agreement tak pernah disebut, dihebohkan semasa isu pertindihan ini sedang hangat.

Isu takde agreement ni TGHH tak sebutpun didalam ceramag beliau kat Banggol Peradong. Ini alasan yang baru dicipta untuk menutup pengkhianatan oleh Din Ayam.

Kata la betul, PAS lawan PSM kat KD tu sebab takde agreement bagaimana pula dengan cerita kat Sg Aceh dan Labuan yang memang PAS dan PKR ade agreement?Hakikatnya.... Balun juga le teman janji boleh sabotaj untuk memenangkan calon lawan!

Cerita PAS takde agreement dengan PSM ni memang alasan baru ditimbulkan sekarang kerana semasa isu pertindihan ini hangat, pucuk pimpinan PAS Pusat membuat keputusan termasuk menyerahkan kerusi KD ditandingi oleh PKR/PSM.

Tidakkah ini AGREEMENT? Kantoiiii lagi.

Bro Anon 1:49

Bila PAS Pusat dah buat keputusan mengenai kerusi-kerusi bertindih yang diserahkan kepada PKR, pihak PKR respond dengan membatalkan watikah perlantikan calon-calon dikawasan yang bertindih yng dipersetujui ditandingi oleh PAS DAN dimaklumkan kepada umum calon-calonnya telah menarik diri agar pengundi-pengundi kawasan itu maklum.

Soalannya - ADAKAH PAS MENGAMBIL TINDAKAN SAMA KAT KD WALAUPUN SUA TURUN UNTUK MEMAKLUMKAN? Kawan italian sdra kat Penn State kata: OVER MY DEAD BODY!!!!

Sebaliknya PAS Subang engkar arahan dan keputusan PAS Pusat, keputusan Jamaah. Dengan senyap-senyap, setelah calon BN, PKR dan bebas telah menghantar borang masing-masing, dekat-dekat tempoh nak tamat...jeng!jeng...Calon PAS Subang masuk dewan untuk serah borang pencalonan.

Tindakan sabotaj saat-saat akhir oleh PAS Subang ni menimbulkan satu persoalan baru tentang PAS Subang pimpinan Din Ayam.

Adakah wala' PAS Subang kepada Din Ayam lebih utama dari wala' kepada pimpinan jamaah pusat? Gayanya begitu le...

ANon 1:49am juga telah dijangkiti penyakit pencacai UMNO, saling tak tumpah, bila nak menegakkan benang basah. Dipusing,dikonar diputarbelit dan dialih isu sebenar dengan membawa isu-isu baru yang takde kaitan, macam penjelasan Din Ayam tempohari.

Sedih.....

Muhaz

Anonymous said...

Allahuakbar. Hikmah pr tak menang pru13 memang terserlah. Pertikaian yg tak sudah2. Masing2 merasakan merekalah yg hebat bacaan politiknya. Silakan berhujjah yg betul tidak merubah keputusan dan sebaliknya. Apa yg berlaku sudah pun berlaku. Sewaktu kerajaan Perak jatuh semasa PRU12 taklah sehebat apa yg terjadi semasa pru13. Berperang sesama sendiri cuma merungkai perpaduan. Fikirlah, adakah dgn kebenaran yg dibawa itu mampu merubah keputusan Pru13. Kalau ada teruskan berhujjah. Tetapi sekiranya perbalahan mencetuskan perpecahan wajar diberhentikan oleh semua pihak. Wajar diperhatikan. Kenapa Pas bermasalah dgn Pkr? Adakah pas bermasalah dgn dap melainkan isu Islam? Adakah pkr bermasalah dgn Dap? apakah persamaan dan perbezaan dlm equation tersebut.

Anonymous said...

Tak pahem pahem. PAS masalah dgn PSM kat KDamansara. PKR masalah dgn PSM kat semenyih. DAP ada masalah kat Jelapang. Ini 3 tempat PR vs PSM vs BN.

Itu Labuan, Sg Acheh dan Terengganu..... Kan Azmin dah kata dia bertanggungjawab atas pertindihan kerusi.
Itu pun before election all quarters Dah forgive and forget.

Yg masalahnya PSM. Adooii. Mujur PR belum approve partership dia. Syukur.

Pasal issue pil kuda aku pun Marah. Mana boleh main tuduh2

Anonymous said...

Yang tak faham dan cuba menegak benang basah adalah Anon 11.10 am.

Masaalah PAS dan PKR/PSM kat KD adalah cubaan PAS nak sabotaj atas alasan PAS bermasaalah dengan PSM.

PAS nak sabotaj sesama melayu je. Bukan je dengan PSM dengan PKR pun buat dajal juga...porahhhh!

Tak payah nak sibuk bangkit soal Labuan. Keputusan awal dan akhir oleh pucuk pimpinan PAS adalah menyerahkan kerusi tersebut kepada PKR. Isu selesai.

Ceritanya sekumpulan puak PAS dah berperangai macam UMNO, itu je. Cuma PAS lagi teruk.

Persamaan pertama, tidak patuh arahan dan keputusan pucuk pimpinan. Geng UMNO bila tak dicalonkan depa bertanding bebas, tanpa mengheret nama parti. Puak PAS lagi teruk, heret dan guna nama parti lawan arahan parti.

Kedua, wala' mereka kepada ketua tempatan mereka melebihi wala' kepada pucuk pimpinan tertinggi jamaah. Ahli-ahli PAS ini lebih terok dari ahli UMNO.Ceritanya sepatutnya senang sahaja. Tak mahu wala' kepada pucuk pimpinan tertinggi keluar le jemaah, buat jamaah/parti sendiri.

Anonymous said...

Din Ayam ni bongok betul... org hentam hang la bodoh, bukan TG Presiden.... bila org hentam hang dan mempersoalkan tindakan bodoh hang menikam kawan di K Damansara, boleh pulak hang kata Shamsul & org semua menghentam presiden PAS... sedangkan org mempersoalkan tindakan hang mempengaruhi bapak mertua hang utk mengeluarkan watikah lesen utk tikam kawan... itulah isunya.

Yang hang dok kata PKR tak screen calun yg nk bertanding... isunya hang ni sapa? kerja tukang screen calun PKR kaa? kuasa apa yg hang ada nak screen calun PKR? Bila masa hang dilantik jadi tukang screen calun PKR? Yg Sg Acheh tu apasal hang tak screen si Yusni bongok tu? Kalau dah buat kerja khianat... mula la cari alasan nak halalkan tindakan.. macam ni ka kerja ustaz PAS?

Anonymous said...

Antara alasan utama Pas kalah di Kedah baru-baru ini adalah calon-calon Pas tidak dapat diterima ahli Pas dan masyarakat.Ha... kenapa Ustaz Din dan geng tak mai screen calon-calon Pas,kalau dah pandai sangat screen sana-sini?

Anonymous said...

Antara alasan utama Pas kalah di Kedah baru-baru ini adalah calon-calon Pas tidak dapat diterima ahli Pas dan masyarakat.Ha... kenapa Ustaz Din dan geng tak mai screen calon-calon Pas,kalau dah pandai sangat screen sana-sini?

Aradino said...

screen kepala butt....

PAS Subang pun satu, len kali hampa cantas buang Din Ayam ni, biaq dia jadi mcm Ust Nasha, sapa pun tak mau kawan.

Din ayam ni kalau dapat lubang baguih punya, mungkin gila dia kurang sikit kot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.