Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 20, 2013

Jual Nama Nabi Nuh Utk Lindung Kekalahan Kedah+Terengganu

Di alam Facebook, Tulang Besi telah mengutarakan apa yang Tulang Besi tulis dalam blog. Bahawa Presiden PAS wajib bertanggungjawab di atas kekalahan di Kedah setelah PAS kalah di Terengganu pada tahun 2004.

Malahan, Tulang Besi terus berkata adakah tindakan akan diambil hanya setelah kerajaan ketiga PAS, yakni Kelantan, jatuh ke tangan UMNO?

Selepas jatuhnya Kelantan kelak, adakah Bangunan PAS di Jalan Raja Laut itu pula akan diserahkan kepada UMNO kerana tidak cukup tiga negeri?

Selain dari caci dan maki yang menjadi makanan ruji puak2 UG, diutarakan satu hujjah Al Quran, yakni kekalahan sepatutnya tidak dijadikan hujjah dan asas kepada pemegang jawatan. Ini kerana kalau kekalahan dijadikan asas maka Nabi2 seperti Nabi Nuh perlu dipersalahkan.

Nabi Nuh telah berdakwah selama dekat 1000 tahun manakala yang mengikut dakwah Nabi Nuh AS itu tidak sampai 100 orang.

Hujjah ini bukan baru kerana sewaktu usaha "PERPADUANG" berada di puncak, hujjah kesah Nabi NUH AS ini juga digunakan secara meluas.

Kata mereka, tidak apa kita kalah kerana keluar Pakatan Rakyat. Nabi Nuh AS pun tidak berjaya di dalam dakwah Baginda.

Tulang Besi hendak tanya:

Bukankah kesah Nabi Nuh ini juga dipelajari dan didengari oleh para Sahabat Radiallahuajamain?

Sudah tentu ya. Para Sahabat RA adalah manusia pertama dalam umat Muhammad yang mempelajari kesah Nabi NUH AS. Bukan setakat itu, para Sahabat mempelajari kesah Nabi NUH AS terus dari Nabi SAW. Guru pada Sahabat RA adalah Nabi SAW.

Soalnya sekarang, mengapakah para Sahabat yg mempelajari kesah Nabi NUH AS mencapai kemenangan yang cemerlang dan gemilang. Sehingga di zaman Saidina Umar 4/5 Empayar Rom Timur serta keseluruhan Empayar Parsi jatuh di bawah kekuasaan Islam?

Dalam masa tidak sampai 50 tahun selepas Kenabian Nabi SAW, kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Baginda Rasulullah SAW telah menjadi kerajaan yang terluas dan terkaya dalam dunia pada masa itu.

Berbeza dengan PAS yang turut sama mempelajari kesah Nabi Nuh tetapi kerajaan Terengganu dan Kedah yang sudah ada dalam tangan pun boleh terlepas kepada UMNO.

Apakah ada perbezaan di antara kefahaman para Sahabat dengan kefahaman ustaz2 dalam PAS berkaitan dengan kesah Nabi Nuh itu?

Adakah fahaman para Sahabat RA berkaitan kesah NAbi Nuh itu salah? Ini kerana para SAhabat RA yang sama itu hanya mencapai kemenangan demi kemenangan walaupun mereka hadam kesah Nabi Nuh AS di dalam pemikiran mereka?

Itulah persoalan yang wajib dijawab dan diterangkan oleh puak2 UG dalam PAS yang sekarang ini giat menjual nama Nabi Nuh AS demi mempertahankan kedudukan mereka setelah kalahnya PAS di Kedah dan Terengganu.

Berhentilah putar belit ajaran Islam demi merebut kedudukan dan pangkat. Nanti Allah SWT akan laknat kamu kerana menjual agama Nya dengan harga yang murah

Wallahualam bissawab

TULANG BESI

ps kalau nak baca pasal Nabi Nuh, klik sini
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

41 comments:

Pak Mat said...

Dulu masa hampa semua nak rebut jawatan dari Asri tak dak plak kisah Nabi Nuh... Ulamak tidak minta jawatan.. Banyak la hanpa punya auta.. Jenis tak sedaq diri ni kita tunggu Kelantan jatuh baru ada akai...

lijitra said...

pasai apa nak salah TGHH pulak bila kalah.nak buat mcm mana dah rakyat tak reti nak nilai baik buruk.

Anonymous said...

Selepas tewas dalam Medan Uhud, umat Islam mengejar puak Musyrikin sebelum sempat mereka berehat dari kalah perang. Mereka tidak berehat seperti sesetengah pemimpin UG selepas PRU13 sambil mengatakan mereka redha dengan kekalahan. Umat Islam mengatakan kalau kita tercedera mereka juga tercedera. Kalau kita sakit, mereka juga sakit. Selepas beberapa lama, umat Islam menang dalam Perang Ahzab.

Anonymous said...

Bro Tulang Besi. Hang ni Dah merapu macam Space Cop Gaban. Statement macam tu bukannya penting pun nak huraikan. Lantak la nak cakap apa pun.

Isu dan sentiasa issue macam mana nak menang rural. Mahfuz pun dah mula masuk rural.

Rural, urban issue yg Umcedel, Malaysian insider and malaysiakini tulis with statistical facts

Facts dah tau Sekarang semua orang Pi rural tarbiyahh dan buat kerja amal kat kampung

Dalam issue ni hang punya mentality macam anak bush aku umoq 7 tahun. Complain roti canai Tak ada sambal. Isu dia Tak breafast lapaq. Budak ni Tak mau komen pasal Tak breakfast nanti lapaq. Dok hingaq mana sambal. Kalau attitude hang macam ni baik hang masuk JATI.

Ni issue rural kita mau menang banyak macam Zaman Ustaz Fadhil tu. Mana hang punya input. Balik balik cerita pasal sambal roti canai. Pembaca2 Komen sikit brader ni. Teruk sangatt aku tengok

Anonymous said...

Apa aku nak cakap article hang tu takdak benefit pun nak menangkan parti. Question orang yang Tak boleh makan roti canai tanpa sambal. Lantaq Pi la dia nak cicah pakai gula ka, kuahh dall ka, banjir kaaa.

Isu dia kenyang. Bukan cicah. Isu mau putrajaya, mau menang kat kampung. Macam mana mau menang kampung. Grassroot play. Cuba hang tengok blog pas parit buntar. Rural play habaq hang.

Balik2 Baju hitam dgn 505. Aparaaaa.

P/s aku remaja dulu pakai Baju hitam iron maiden dgn levi 501 siam button fly. Ketat woo sampai melecet peha. Malam pakai baju melayu Pi usrah sambil hisap rokok signal. Tapi communication aku kat kampung ok.

nasiaqq said...

dah 3x aku mengundi,tiap kali lepas mengundi nak post mortem itula ini la pi mai pi mai tang tu juga,PAS ni ada ahli ahli yg bagus spt husam,khalid dll.Aku dan bini mengundi bukan semata mata PAS tp nak menyokong tumbangkan umno.aku harap kita keluar dr kepompong ego,carila makna pasai apa masih banyak org org melayu terutama kpg kpg yg tak menyokong

Anonymous said...

Aku Dah banyak kali tulis contoh yg baik pasal rural ni mujahid kat parit buntaq. Kat tanjung piandang tu budak2 punk pun unit amal Pi tarbiah.

Power beb gotong royong repair rumah Tok Su Roni . Yg initiate unit amal. Orang masjid, pakcik ameno budak punk pakai Baju anarchy pun mai. Jamuan bihun yg kami sendiri bikin. Aku sponsor Gudang Garam.

Bila 7 Tahun hang buat macam ni dgn pakcik ameno sendiri undi PAS sebab depa sayang kat Mujahid.

Masalah technocrat macam hang ni cakap banyak sampai benda takdak isu macam sambal dgn roti canai hang nak komen.

Yg aku nak kata balik kepada issue asal laaaa grassroot Ie kampung area. Hang kalu pakai Baju Hitam kat tanjung Piandang cakap 505 orang kampung bukan Paham. Silap2 depa kata hg musician punk. Habihlah Abang Cot Tarik tangan hang mintak gotong royong tebas semak kat sebelah menaqsah.

Ingat Gandhi bapa kemerdekaan India legend sebab dia menghayati masyarakat marhain yg ramai kat kampung.

Anonymous said...

Menang dan kalah adalah ketentuan Allah. Menerima takdir adalah menjadi kewajipan semua org mukmin. Meletakkan kesalahan kpd org lebih mudah drpd melihat kelemahan yg ada pada diri sendiri. Hanya Allah yg maha mengetahui faktor utama yg menyebabkan kejatuhan Pas di Kedah. Belajarlah jadi manusia yg berakhlak dlm berjamaah. Mendamaikan lebih utama utk menguguhkan kembali saf yg semakin renggang. Berbeza pendapat dan pendekatan dibolehkanbutk kebaikan tetapi jgn guna utk mengeruhkan keadaan. Jadilah insan bukan tuhan.

Tulang Besi said...

Sedara sekalian,

dah buat kajian ke belum?

Kita kalah di rural ni sebab apa sebenarnya?

Sbb ramai orng UMNO ke atau sebab kita tak daftar orang2 muda sokong kita jadi pemilih?

Pegi buat kajian sebelum bukak mulut

Anonymous said...

Tulang Besi.. ada ke kau suruh DSAI letak jawatan bila kalah di Sgor.. ? Aku dh tahu kau ni pro anwaris kan?.. x payah mimpilah sampai kiamat pun golongan anwaris x kan dpt kuasai pas.. tp kalau dpt pun nnti aku org yg pertama kuar pas..

Anonymous said...

Nampak gaya kat sini ada 2 input. Satu gang kampung ada ijazah tapi rapat dgn orang kampung. Satu lagi point of view orang bandar macam Tulang Besi. Aku Tak reti komen tapi bagus jugak tulang Besi Tanya sikit macam mana Ustaz Mujahid buat kerja. Nampak beekesan jugak Ustaz ni walhal jarang Dihighlight

Mushkil jugak aku dia menang kawasan melayu kampung majoriti 8000 lebih. Apa Komen hang.

Sedara Tak bernama ni dok tulis pasal Ustaz Mujahid. Cuba hang check tengok

Anonymous said...

Betul abang yang Komen diatas. Benda TB tulis tu amat remeh. Dok bergaduh benda remeh dahhh free Ja kena kutuk roti canai dgn sambal

Anonymous said...

Betul jugak mamat roti canai ni cakap. Post mortem kena buat bukan saja yg kalah kat kampung tapi macam mana ada yg menang besar kat kawasan melayu. Dah tau mana yg lemah kita repair. Mana yg bagus kita ikut. Aku orang Ipoh, dr mujahid ni memang famous kat Perak hatta memang mahsyur perihatin dia kat orang kampung. Abang roti canai dok Komen ni mesti orang Utara Perak. Orang Banjar kuttt

Anonymous said...

Jangan la panggil orang space cop. Kejam tu

Anonymous said...

Modus operandi Nizar pun macam mujahid. Kasi Terjah TB

dino.yp@gmail.com said...

tulang besi is a confused man.

Anonymous said...

Ada satu lagi harapan orang nogori sembilang Dr Rosli Yaakop. Dia Kalah 200 undi jo kat Klawang. Pas assign dia lambat sikit. Baru 6 bulan full blast kat Klawang sikit lagi nak monang Den.

Kami kat nogori mau orang prihatin macam dio ni. Kami harap Pas turunkan lagi Dr Ros. Dr Ros teruskan perjuangan di Klawang untuk PRU 14.

Anonymous said...

Alamak Thread kat Malaysia wave Tak da kena mengena dgn topic. Tapi boleh tahan jugak arguement

Anonymous said...


Asyik2 berserah pada takdir, redha, itu je puak PAS Ug tau...jangan duk salahkan orang lain , PAS kena cermin diri jugak.. ingat PAS blh menang tanpa sokongan PKR/DAP? Jgn syok sendiri la..

Anonymous said...

Kat thread ni ada 3 jenis;

Fraksi PR kata Presiden kena turun
Fraksi conservative kata kami support pemimpin
Fraksi Akar umbi ksta yg pentng issue setempat. Yg lain kami Tak port.

Malaysiabaru said...

salam

kepada anon anon dan takde nama tanpa telur di atas...


org PAZ nak kritik yg benar pun salah ?? ape dah jadi dgn PAZ ni??

the preisdent council clearly has control and powerful grip on the upper decision making of the party ...

by using quran and hadith and cock n bull story from sahabat nabi and so on.... to brainwash PAZ members..

elllooo di selangor org PAZ ikut DAP dan PKR hasilnya 14 kerusi ... pesurhjaya PAZ selangor (bakal naib presiden) yang sungguh toleransi dan penyabar dan sgt intelektual ... Dr Rani

di kedah AZIZAN BIOL ... di GANU STOPA BIOL ... di kelate tok lamo AHMAD biol ...

bo la wei PAZzzzz ... ahli PAZ guno otok laaa ... acu mari selngor kursus dgn TOK GURU DR RANI... mcmana nak menang kerusi PRU14 !!!

---kepimpinan PAZ biol---

Anonymous said...

Tulang besi orang Melayu kat kampung cukup phobia dgn DAP. Bagi depa DAP tu sama bahaya dgn HIV. Kalau tanpa pakatan PAS akan menang banyak kat tempat tradisi tapi kalah besar kat tempat bandar.

With pakatan menang besar kat selangor tapi kalah besar di luar bandar.

Itu sebab kerusi parlimen PAS tak jauh berubah ( sini menang sana Kalah) walaupun net net kurang 1 kerusi. Register Pengundi baru bersama rakyat itu yg dibuat Mujahid baru boleh menang. Kalau hang bukan grassroot boleh belah hang nak menang rural yg phobia dgn DAP.

Kat Bagan Serai. Hang tauk la Anwar ibrahim Ka, Anwar Sadat ka sure kalah. Mar Nor Manuty orang baik tapi dia jauh dari orang kampung.

Itu aku kata hang punya article la ni macam sambal roti canai. Sensasi tapi Tak penting. Isu dia macam mana mau menang rural area.

Kat Kedah pot per pot pet hang Komen pasal kepimpinan dgn Azizan. Hang tau dak ramai orang Kedah tengok Tun Dr Mahathir macam TGNA kat Kelantan. PRU kali ni Mukhriz Jadi calon MB. Jangan kata orang lain gang bulan pun pangkah dacing.

Isu dia Mahfuz Predict internallybefore election paling baik PAS hanya boleh menang 12 DUN sebab isu atas dgn strategi dgn jentera berterabur. Nak kata apa captain Kedah sakit ( kita doakan dia sembuh). Nak ganti dia sebelum election Tak boleh sebab dia grassroot punya style. Nanti ramai yg marah kat grassroot. Hang dok kutuk dia tapi SG Limau majoriti dia besaq.

PR kalah kat Baling, Pendang, Kulim sebab calon bukan grassroot.

Yg Menang Mahfuz, sebab dia pun macam Mujahid. Rapat dgn orang kampung.

Dari hang memekak 505 baik tolong orang kampung dgn tarbiyah. Pahala dapat contribution kat Jamaah dapat


Anonymous said...

sambungan

Dkt kampung faktor calon near to voters all the time is key to win. Mujahid dia buat kerja ni. Rumah yg senget dia pi tengok, OKU dia melawat. Tak kira bangsa dan ugama. Ada dengaq Rumah terbakaq laju dia pi melawat.

Nak counter negative publicity pasal sensitive issue yg dok main kat utusan ni la cara dia. Kat Parit Buntar majority melayu kerja bendang, cina kerja nelayan, india kat estet

Lagi satu pasal Kedah TDM terkenal sebagai humble. Tun Siti Hasmah motherly. Cair orang kampung. Kali ni orang bukan undi BN tapi orang undi TDM. Kira PR lawan TDM la. 2008 cerita kat Kedah Pas lawan Umno and TDM panas sama Pak Lah. Itu sebab PAS menang

Tulang Besi pulak dok ignore cerita setempat.

Anonymous said...

Gagal di putrajaya dan ke putrajaya lak salah sapa? Salah husam? Salah anwar? Anwar tak salah. Dia nabi akhir zaman....maksum. husam lak tak silap, dia mcm al masih...masa belum sampai.

Anonymous said...

Tulang besi lebih sesuai dinama tulang babi. Ust nazmi tentu setuju...

Anonymous said...

masa pas kalah ditganu tu ada buat post mortem ke? kalau dah buat post mortem tak kan boleh kalah lagi sampai Kedah pun tergadai. ataupun saja buat postmortem mcm mana bagi negeri pada umno tanpa dihidu oleh rakan lain. Pada PRU14 akan dtg ini Kelantan akan tergadai juga apabila pentadbiran baru cuba sabotaj projek TGNA dan Husam dlm projek lebuhraya dan tuntutan royalti.

Anonymous said...

Aku kenal hang sapa. Ini mesti hamid akauntan ni. Hang sorang ja orang parti bulan pakai kepiah pakai Baju megadeth kat titi serong waktu pru hari tu. Nanti sat lagi aku e mail hang. Betul cakap brader ni kami jaga Akar umbi sampai berdarah kaki kena pacat. Itu baru satu contoh yg baguiihh. Itu sebab kat Perak menang kat Parit Buntaq n Bukit Gantang walaupun tempat lain kalah

Anonymous said...

Kami kat Parit buntaq kami sokong Mujahid bukan sokong parti. Ustaz ni baguihh jaga tempat. Orang Melayu, cina dgn india Semua hormat dia. Orang dia hati Besar.

Tulang Besi kena Bagi kredit kat Mujahid. Kalau bulan boleh lahirkan 50 lagi orang macam ni inshaallah 10-15 kerusi luar bandar kita boleh kitai.

Anonymous said...

Gang pro PR salam PAS memang macam tu.Bising tapi dia Bukan peduli apa jadi kat tempat orang susah. Bukan depa buat gotong royong bulanan macam kat Pokok Sena. Tokai, Sg Limau.

Puak2 konservative dalam PAS pulak strategi ada lari. Depa kurang paham kehendak Atas pagar.

Yang betul gang grassroot. Mantapkan benda2 setempat.

Anonymous said...

TB, cuba check tengok. Munasabah jugak komen2 ni

Anonymous said...

Memprofesionalkan Ulama dan Mengulamakan Profesional.

Nampak gaya golongan 'Ulama yang diprofesionalkan' cenderung nak redha walau ditipu oleh SPR, mungkin tiba masanya golongan 'Profesional yang diUlamakan' untuk mengambil alih sementara kepimpinan dalam Muktamar kali ini untuk menghadapi permainan kecoh SPR ni.

Anonymous said...

Hahaha Tulang Besi terkedu

Anonymous said...

Woiii bodohh yg ada pengaruh PAS dan DAP saja. PKR tumpang Pas dgn DAP. Parti Kaki Rojak kuat kencing

Anonymous said...

Kocok kelate kami tak fahe. Kami orang KL

Anonymous said...

Ni TB takut nak analysis.

Anonymous said...

Gua ingat TB ni baik masuk Parti tupperware jelah. Konfius betul

Anonymous said...

Laa apala Tulang Besi ni. Kata kepimpinan tak mau dengar. Dia yg tak mau dengar input. Cakap orang dia lebih

Anonymous said...

Apa lobang TB ni. Khalid MB pun nak fokus rural area kat Selangor. Aku dah kata grassroot kat kampung isunya bukan isu yg TB cakap

Anonymous said...

khalid MB Selangor mensasarkan luar bandar. Tengok tu PKR pun Paham benda rural urban.

Hang Tak terima Tu abang Tulang Besi.

Nampak gaya hang lagi kolot Dari puak UG. Pi masuk Jati

Anonymous said...

Macam mana Kita mau nenang kawasan luar bandar. Mahfuz Dah terjah, khalid mb dah terjah, kit Siang pun dah terjah. Tulang besi dgn mentaliti space cop gaban dok kata no issue lepas tu suruh orang research Fu@k man!!!!!

Alih2 UG. Benda besar macam luar bandar trus imply not interested. Apa Ke gampang mentaliti macam ni.

Hang terus Tak paham. Kat kuala selangor kalah sebab orang melayu tolak PR. Why? Because we have 100000 idiot in PR that have same wave lenght as TB. Mohh kita terjahhh macam mana mau menang. Orang kampung takut hilang NEP. mangkuk TB alih2 point kampung Rasis. Butohhh hang laaa. Isu dia macam mana nak educate and tashkil orang kat kampung.

Sorry bro maki hang. Sebab hang dok denial syndrome

Anonymous said...

Hang nak publish Tak publish Komen aku earlier lantaq hang la. But it is real truth.

P/s: Can I play with madness. Lagu iron maiden

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.