Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 9, 2013

Kalah Kedah Takpa Asalkan Ulama

Tulang Besi difahamkan itulah antara sebab2 Presiden PAS mengekalkan Ustaz Azizan sebagai calon MB. Kalau ditukar Azizan, ganti kepada nya itu adalah bukan dari golongan ulama.

Samada Dr. Ismail, Mahfuz Omar mahupun Phahrolrazi, semuanya bukan golongan yang dikategorikan sebagai ulama.

Maka, Presiden pun mengekalkan Ustaz Azizan sebagai calon MB Kedah walaupun Dewan Ulama PAS Kedah sendiri meminta kepada PResiden supaya dibuang Azizan ini.

Tulang Besi hairan. Adakah di dalam PAS apabila mendapat gelaran ulama maka mereka bebas melakukan sesuka hati?

Dan adakah PAS sanggup mengorbankan satu demi satu negeri hanya kerana mahukan seorang yang dianggap ulama untuk memimpin?

Kita lihat di Kelantan.

Perlantikan Ustaz Ahmad Yaakob dan Ustaz Nik Amar sebagai MB/Timbalan MB.

Semuanya mendapat restu Presiden sendiri.

Untuk menjadi exco Kelantan, perlu ada watikah yang ditanda tangani oleh Presiden PAS. Kalau tidak tak boleh angkat sumpah sebagai exco negeri Kelantan.

Maklumat yang Tulang Besi dapat watikah2 telah pun tersedia untuk exco2 tersebut walaupun baru satu hari selepas keputusan Pilihanraya umum.

Keputusan melantik exco Kelantan tidak pun dirujuk kepada Dewan Harian PAS Pusat lantas terus sahaja dilakukan oleh PResiden.

Semuanya tiada masaalah kerana yang dilantik adalah "ulama". Walaupun jelas kepada kita Ustaz Ahmad Yaakob itu sendiri tidak berapa fasih berbahasa Arab tapi masih disukai Presiden kerana dia "ulama"

Kelantan bakal menjadi seperti Kedah pilihanraya akan datang.

Tapi semua itu tak penting bagi Presiden PAS.

Dia dah biasa serah negeri kepada UMNO. Mula2 Terengganu, lepas tu Kedah sekarang ini Kelantan.

Lepas Kelantan jatuh kepada UMNO, tak tau apa lagi yang Presiden PAS hendak serah kepada UMNO?

Mungkin Presiden PAS akan serah bangunan PAS di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk dijadikan stor menyimpan barang kepada UMNO.

Tidak apa, asalkan ulama.

TULANG BESI

ps Tulang Besi masih tidak menyalahkan Ustaz Azizan di atas kejatuhan Kedah dan bakal jatuhnya Kelantan.

Tulang Besi juga pelik, sejak bila Ustaz Azizan ni ulama?


17 comments:

Anonymous said...

Bro, PAS Kalah kat kedah sebab swing orang melayu against PR kat rural area. 15%-20% tu. Bukannya pasal benda2 ni. Kita Ada net iphone etc. Kat baling orang Tak berapa layan. Buat himpunan besar2. Kat bandar. Orang Selama Perak mana pi. Dulu masa Ustaz fadhil dulu, Rajim depa masuk kampung.

In short what I'm saying is not sabotaged or things like that but the idea that we need to go back to kampung and help them out. Tuition free. Kumpul PC lama hantaq Pi madrasah. Tolong jawab naaaa

Anonymous said...

Maknanya calon pas yg mng dulu semuanya x guna. Dah mng ego dan bongkak. X nak ngaku kpg dah. Kalo ini mcm baik aku sokong pkr lah.

Anonymous said...

aku nk tanya sebab?
sebab apa "Bro, PAS Kalah kat kedah sebab swing orang melayu against PR kat rural area."......orang selalu kata swinglah..bertukar arahlah....mesti ada puncanya.....
.swing tur adalah kesan...sekali lagi KESAN@HASIL....AKIBATNYA

apa2 pun aku setuju kenyataan TULANG BESI...

Anonymous said...

bersambung..
prsoalan ISLAM bukan "agama" ttpi sbnar2 ISLAM itu adalah SYSTEM

lihat lah keAJAIBAN2 SYSTEM disekeliling kita yg tlh dpamerkan NYA. Drp SYSTEM prnafasan kita..kpd SYSTEM biology..SYSTEM ekology.. SYSTEM solar..SYSTEM milkiway dgn orbital planet2 nun jauh diangkasa!

SYSTEM yg kita saksikan itu sgguh AJAIB krn SYSTEM itu milik ALLAH..& sume mahluk2 itu mnyerah sepasrah2 nya(ISLAM) ddlm SYSTEM "NYA"itu!
Kita wajib SEDAR bhw ertiHAKIKI ISLAM itu adalah mnyerahPASRAH.. spasrah2nya kpd ALLAH!

mnyerah spasrah2nya adalah lambang INTEGRITY(amanah)& TRANSPARENCY(kudusSUCI)yg tak swajarnya wujud pnting diri.
Apb wujud pnting diri, maka jd lah sprt IBLIS yg akan merosakkan SYSTEM harmoni'NYA(Islam) ddlm khidupan bmasyarakat.

Ego sombong..RASA besar..RASA mulia..RASA hebat..RASA @ PRASAN sbg "ulamak"adalah ciri2 IBLIS?

Mari kita HALUSI..adakah nabi2 tu PRASAN & brlagak ego'SOMBONG krn mrk adalah nabi?
nabi2 slalu brkata bhw mrk adalah abdi2'NYA smata2..'mukhlisina laduDDIN'..yakni org2 yg bnar2 ikhlas ddlm SYSTEM'NYA' itu..

Nabi bsabda:'al ulamak warassatul anbiya'..ulamak adalah WARISAN nabi2
& kita coba VISUALISE kan apakah ciri2 tugas2 kerja2 BESAR yg dbuat oleh nabi2?

Adakah dgn mngajar tajwid'Taranum doa..mandiJunub/haid..solatJenazah..imam masjid- itu mnjd ciri2 ulamak?
Adakah boleh bsbahasa arab dgn sijil2Tauliah dr jordan/azzahar itu WARISAN drp nabi?
adakah yg guru2pondok dgn kitab2 yg byk dpt dianggap sbg ulamak?

Adakah pandai ceramah bdegar2 dgn Quran & hadis & mmiliki ahli/pak2 turut yg ramai & dah byk karang buku dkira ulamak?

Coba kita VISUALISE kan lagi..
TAKDIR nya nabi yg BUTAhuruf.. TAKde ijazah &tauliah itu HADIR pd hari ini adakah ulamak2 "agama" yg PERASAN itu dpt mengenali & mngIKTIRAF 'keULAMAK kan' yg ada pd nabi?

ulamak2 "agama" yg PERASAN krn MA @ PhD ini bukan lah ulamak klu mengikut STANDARD piawaian ddlm SYSTEM(Islam) yg tlh nabi wariskn.

SYSTEM(Islam) yg dbawa nabi dpt meNYULOH sgl GELAP samar & SILAU dgn terang BENDERANG!
Nabi meNYULOH sgl2 kebobrokkan hidup yg dbawa AbuJahal & AbuLahab &meNYULOH seterang2nya TIPUsamar'KLIRU trutama dr golongan2 "agama" ahlul'Kitab?

Hanya SYSTEM(Islam) yg dpt & mmpu menyuloh kbobrokan hakikat"agama"..
krn org2 "agama" sprt ahli2Kitab adalah egoSOMBONG pnting diri.. manakala SYSTEM'NYA'(Islam) wajib spasrah2nya TOTAL dgn INTEGRITY & TRANSPARENCY..yakni AMANAH yg KUDUS &SUCI!

Ulamak2(SYSTEM) warisan/PIAWAIAN nabi2 adalah org2 yg dpt meNERANG & ""meNYELESAI""kan masaalah umat secara mnyeluruh..
manakala ulamak2 "agama" adalah mrk yg akan mbawa MASAALAH demi ""MASAALAH""..saksikanlah?

Ufuk pmandangan ddlm SYSTEM(Islam) yg dbawa oleh nabi2 mnjd kan idea2 ILHAM kreativiti mluas seLUAS2 'universe' kursy'ARASY langit & bumi..maka lahirlah pakar2 Islam yg mnjd lagenda shingga kehari ini!
Ddlm SYSTEM(Islam) agenda2 pnting diri kaum/bngsa TAK wujud samaskali
krn kita sume adalah "SATU" br'asal dr Adam as..
Nabi dgn penoh kasehSayang.. brwasiat bhw RKYAT @ ummat sentiasa diHATI:UMMATI ummati ummati..

manakala ufuk pmandangan bg org2 "agama" pula adalah SEMPIT gelap & jumud..sgt2 mudah dTIPU apatah lg mudah diBELI & KLIRU?
perkauman &"agama" adalah isu PALING2 BESAR..manakala INTEGRITY & TRANSPARENCY..yakni AMANAH yg kudusSUCI tiada samaskali?

mrk lah pmbawa masaalah demi MASAALAH ttpi mrk PERASAN sbg org2'ALLAH'?










Anonymous said...

Bukan ke PAS tu asalnya pergerakan ulamak. Jadi kalau dah tiada imej ulamak, apa pagi relevan PAS. Hang pa ingat professional PAS tu cerdik sangat ka hak orang lain bodo ?

Nak branding lain, negara kebajikan, kendian tak puas hati dengan presiden sendiri, baik ko resign masuk DAP..kan senang..lebih jelas ideologi dan terang-terang tolak Islam dan ulamak...

Anonymous said...

1.ko tak payah meroyan dan melalak pasai negeri kedah la bhaii!!ko tenguk sendiri kat selangor!!14 kerusi yang di pegang oleh Pas!!tapi tetap jadi macai cina jee!!siang-siang lagi khalifah ko guan eng dah kata tak sokong pas pegang mb selangor!!
2.itulah gambaran yang Allah bagi untuk direnung oleh umat islam jika Pr menang dalam pru 13!!Pas hanya layak jadi tukang cuci pinggan kafir dap jee!!
3.ko tak payahla pertikai ulama atau tidak seseorang tu!!ko tu lihat sendiri diri ko!!ko dengan tidak malu istihar bahawa ko telah mendapat hidayah dari Allah!!punya bodohnya diri ko nii!!
4.ko ni tidak lebih dari barua dan hamba dap jee!!

Anonymous said...

Ulamak Ulamak adalah pengembang agama Islam fasih segala hukum hakam Islam, bukan saja dalam hal hal mendakwah tapi juga dalam hal hal duniawi aspek ekonomi , sosial , perhubungan komunikasi antara kaum bangsa dan agama dan paling utama tidak mengejar kedudukan pangkat dan harta.

Di sini kita dapat lihat Ulamak Ulamak tempatan kebanyakan kuat dalam segi keagammaan saja tetapi lemah di bidang 'marketing & human relations plus economy' yang amat ketara.

Rakyat senantiasa cuba sebaik mungkin patuh ajaran agama , tetapi kehendak mengisi perut keluarga amat sangat penting. Kemiskinan boleh membawa ke Kekufuran.

Ulamak Ulamak tempatan pasti ada perasaan bangga diri dan angkoh serta benggap sombong , dapat di perhatikan tingkah laku mereka amat jelas. Rakyat bukan buta jauh lagi bodoh. Ulamak Ulamak tempatan juga ada gila menongkat dunia , dan mengira berapa keuntungan mereka dapati dari kerja mereka.

Baik makan gaji aje jika sebegini , seterusnya membuat keputusan ikut nafsu tanpa banyak pikir panjang. Itu punca nya Terengganu dan Kedah gagal di pegang PAS.

Tengok aje air muka sudah tahu , perangai macam si Azmin juga.

Anonymous said...

Bhai..ini strategi politik la. Biar kalah dulu asalkan Islam menang kemudiannya. Macam Rasullullah kalah dalam perang Uhud tapi menang kemudiannya.

Ko ni mana tahu strateji Islam.Habiskan mengaji dulu baru komen

Ustaz Azahari al Deobandi

Anonymous said...

Tak abih2 menghalakan senapang ke parti sendiri. Sudah2 la. Bertaubat dan kita kaji kenapa rakyat khususnya org melayu masih belum terima Pas. Berubahnya org jahiliah atas dasar iman dan ilmu Islam yg diterapkan oleh nabi. Bukan budaya politik semata2. Persoalannya, sejauh mana usaha tersebut dilakukan oleh pendokong Pas. Adakah masa ditumpukan hanya menembak sesama sendiri dan tinggal kerja dakwah. Malang kpd Pas mempunyai ahli yg mcm ni.

Anonymous said...

Rasanya keinginan rakyat Kedah ke arah Islam belum cukup kuat. Menang PRU 12 dulu semata2 sebab angin perubahan isu2 nasional. Kemenangan macam ni memang boleh dijual beli. Memang anytime boleh kalah semula. Sebab ni jugak TGHH nak kan ulama sebab kebiasaannya kemenangan Islam ni lebih hakiki dunia dan akhirat. Lebih bertahan bila semua orang nak ke arah Islam. Cuma PAS sepatutnya lebih aktif program dakwah lepas PRU12 dulu.

Yang ni, DS Nizar memang patut dipuji dan dicontohi. Lepas menang PRU12, dalam tempoh 11 bulan bergerak ke masjid2 setiap hari untuk program tazkirah. Cuba bayang tazkirah yang diberi oleh MB sendiri. Cuba tengok kesannya. Sampai sekarang melayu Perak nak kan PR menang.

Anonymous said...

yg teramat mlng bila kaki ampu berduyun duyun ada dlm pas.. bila ketua di kritik mula la melenting... mana hujah kamu? ko ingat dgn ada gelaran ustaz tu dah terlepas dari dosa ke... kepala hotak ko la...

Malaysiabaru said...

KHalid ibrahim akan jadi macam azizan. khalid gagap umur dah 67. nak bagi political speech pun tak reti dan masih tak nak belajajar atau pergi kursus.

semua org tahu khalid susah nak buat keputusan exco. setiap minggu tangguh tangguh tangguh mcm di mahkamah rayuan pulak.

khalid makin lama makin sembap. sudah laa.. bg org muda laaa... baru vibrant negeri selangor... khalid ni nak jadi kuda DAP jer.

dulu pada 24 april kami telah doa supaya pas WP kalah semua kerusi. dan allah telah makbul.

HARI NI JIKA KHALID GAGAP JADI MB KAMI DOAKAN KEHANCURAN PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR dan diterbalikkan hanya 12 kerusi untuk PR BN 44 pru 14. amiiiiiiiiiiin!

Anonymous said...

Anon May 9, 2013 at 10:40 PM,

Tak kan PAS bodo sangat berjuang utk kalah... siapa yg ajar mcm tu? Islam kalah uhud sbb askarnya tk dengar cakap Rasulullah, bukan sbb nk kalah dulu menang kemudian.

May 9, 2013 at 8:04 PM,

PAS perlu mengakui hakikat sebenar masalah PAS.. mereka tak faham berpolitik lagi2 politik dimalaysia. Mereka beranggapan sistem politik di malaysia sudah boleh diatur berdasarkan acuan politik Islam, sedangkan negara ini belum lagi menjadi negara Islam dan rakyatnya berbilang kaum dan agama. Sistem politik di Malaysia memerlukan seseorang itu menang pilihanraya utk menjadi wakil rakyat atau pemimpin. Bila PAS nak jadi pemimpin, mereka menceburkan diri dl area politik malaysia dan menyertai pilihanraya. Maka PAS meletakkan ulamak sebagai calun dgn harapan rakyat malaysia semua menyokong calun tersebut. Mereka mahu semua org melayu/Islam menyokong ulamak yg jadi calun tersebut dgn anggapan 'awak org Islam, wajib sokong ulamak Islam, kalau tak sokong, awak tak Islamik'. Tapi PAS ini tak faham dan tak mau kaji... kenapa rakyat malaysia perlu sokong PAS? adakah kerana calun PAS itu ulamak maka semua org wajib sokong ulamak/PAS? cuba kaji kenapa masih banyak org Islam tak mau sokong PAS walaupun calun itu ulamak? Kaji juga kenapa org bukan Islam banyak yg sokong calun PAS? adakah sbb org bukan Islam sokong PAS kerana mereka nak ulamak? Jawapannya adalah PAS kena sedar, sebahagian org sokong PAS kerana mengikut kehendak Islam, dan sebahagiannya lagi kerana benci BN/UMNO, bukan sbb suka PAS.. cuba kaji berapa ramai yg sokong PAS kerana nk sokong calun ulamak tersebut? disini lah PAS tak buat kajian, PAS tak mahu meneliti diri sendiri dan kehendak rakyat. PAS suka meletakkan calun mengikut citarasa pemimpin dan ulamak PAS saja, tak mahu mengkaji citarasa rakyat yg akan mengundi. Conthnya spt TG Harun Din, walaupun dia ulamak besar, tapi kenapa tak menang bertanding di Perlis walaupun telah bertanding beberapa kali disitu? Hakikatnya pemimpin PAS hanya syok sendiri beranggapan bila dia ulamak besar, semua org akan sokong ulamak. Cubalah kaji hati nurani org tempatan yg nak mengundi di situ. Sbg org Perlis, mereka menganggap apa perlunya nk undi dia, sedangkan dia setiap masa tak ada di Perlis dan apa sumbangan bakti dia terhadap org tempatan? Jadi bila waktu memilih wakil, org akan pilih calun yg dapat berdamping dgn mereka dan dapat berbakti kepada rakyat tempat itu. Bukannya calun payung terjun spt beberapa calun PAS dan juga calun PKR yg kalah. Itulah hakikat pilihanraya di negara ini. Jadi jika pucuk pimpinan PAS masih syok dgn agenda sendiri yg hanya anggap ulamak saja yg boleh jadi pemimpin, tak payahlah nk mimpi nk tawan Malaysia dan menerajui kepimpinan negara ini. Ini belum lagi diambilkira faktor diri calun itu sendiri, yg mana ada yg besar diri, angkuh dan tak mesra rakyat, yg hanya tahu jatuh hukum. Sedangkan suasana negara ini memerlukan pemimpin yg bukan saja bijak, amanah, berkredibiliti, sensitif terhadap kehendak rakyat dan juga tahu mengemudi negara dlm bidang pentadbiran, sosial, ekonomi dan antarabangsa.

Anonymous said...

Tutup jelah blog ni. Makin lama makin merapu. Kalau tak suka dgn kepimpinan ulama, xperlu hina dan kutuk mcm kpd mereka...berambus kluar dr PAS, pilah masuk PKR yg penuh dgn golongan profesional (kononnya), xpun masuk BN trs, xde org kisah pun...Bengong!!!

Anonymous said...

Korang ni baru setahun jagung dlm politik, tp berlagak mcm pandai. Klu betul anak jantan, jgn sekdr mengomel di laman blog, tp masuk gelanggang...pamerkn diri yg kononnya hebat sgt dan reti segala bende...

Tp kalau stkt nk jadi pencacai tukang fitnah dan maki2 pimpinan ulama dlm Pas, tak payah cite byklah...baik korg bertaubat je... Konon ahli parti Islam, tapi konsep wala' kpd pemimpin parti langsung xde...poorraaahhhhhh..

Anonymous said...

Inilah perangai orang PAS... tak boleh kena kritik, tak boleh ditegur. Tak mahu terima kelemahan diri sendiri. tak boleh org lain bagi pandangan yg berlawanan.. bila org kata langkah yg PAS ambil tidak efektif, tak menarik hati rakyat, dikata tak wala'lah.. nk sangat org wala', tengok2 undi PAS pun kalah jugak.

Juragan 69 said...

Yes...tolak ulama naikkn peliwat...lu org bagus cam siot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.