Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 11, 2013

Kempen Doa Laknat Kepada Pengerusi dan Timbalan SPR

Tulang Besi yakin penipuan2 yang dijalankan oleh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bagi pihak UMNO adalah satu bentuk kezaliman yang nyata.

Misalnya, di DUN Manjoi, pada pengiraan pertama, Pakatan telah pun menang dengan majoriti 54 undi. Bila diminta pengiraan semula, tiba-tiba lampu padam dan BN menang dgn majoriti 120 undi.

Di Kuala Selangor, undi rosak lebih banyak dari undi majoriti. Juga, apabila Dr Dzul meminta pengiraan semula, Pegawai SPR telah menolak mentah-mentah walaupun jelas dalam undang2 SPR Dr Dzul berhak meminta pengiraan semula.

Maka, Tulang Besi ingin memulakan kempen mendoakan laknat dan kehancuran ke atas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR.

Kita sudah berusaha sedaya upaya untuk mengatasi penipuan tapi daya usaha kita adalah terbatas.

Mana mungkin kita bertanding tetapi pengadil pertandingan memihak kepada pihak lawan.

Maka tiada tempat kita untuk bergantung kecuali kepada Allah SWT.

Marilah kita semua berdoa dan tidak berhenti berdoa:

Ya Allah, sekiranya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sengaja menipu untuk membantu UMNO dan BN menang, maka ko turunkan bala Mu ke atas mereka seperti mana kau telah menurunkan bala Mu ke atas kaum Nabi Nuh dan Nabi Hud. AMIN!!!!

Marilah kita berterusan mengamalkan doa ini sehingga Allah SWT menurunkan bantuan dan pertolongan Nya

AMIN.

TULANG BESI

11 comments:

Anonymous said...

Nak sahaja aku doakan agar tiada satu pun keturunan dari sulbi mereka berdua yang hidup sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir... namun nampak zalim sangat. Nanti fikir semula pakai dacing nurani aku... berbaloi atau tidak dengan penipuan yang mungkin mereka lakukan... nak tengok perangai mereka selepas ini, kalau angkuh juga... insyaAllah.

Anonymous said...

Aku sejak tersebarnye penipuan diaorang ni ,setiap lps solat aku mendoakan agar ALLAH s.w.t turunkan bala pd mereka berdua ni.aku brtanya pd seorg ustaz boleh kah kita mendoakan agar ALLAHswt menurunkan bala pd pemimpin yg zalim,dia kata boleh.Jom kita ramai2 mendoakan dua orang ini(SPR) n yg seangkatan melakukan Penipuan PRU diturunkan BALA yg seberat2nye.Aminn

Anonymous said...

Brader, mana sumpah nuor dan stopa?

Anonymous said...

Umno dan spr adalah setan

Anonymous said...

Fasal apa mereka berdua shj? Patutnya doa laknat itu ditujukan kepada semua yg menipu baik pegawai SPR, Polis dn Umno. Penipuan itu satu pengkhianatan kepada negara dan agama.

Kalau pilehanraya menipu, lebih 5.4 juta orang yang mengundi PR tertipu. Ini satu penkhianatan kpd negara dan agama. InshaAllah Tuhan makbulkan supaya penipuan ini tidak dilakukan olih penkhianat2 dan waris2 mereka.

Anonymous said...

Alhamdullillah !!!!!


" Ya Allah, sekiranya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sengaja menipu untuk membantu UMNO dan BN menang, maka ko turunkan bala Mu ke atas mereka seperti mana kau telah menurunkan bala Mu ke atas kaum Nabi Nuh dan Nabi Hud. AMIN!!!! "

Amat berpatutan, sesungguhnya tiada tempat untuk orang orang Kafir Munafik dan Fasik untuk memimpin Umat Umat Islam kearah KeTamadunan Islam berpandukan Al Quran dan Sunnah Rasullulllah SAW.

Muka muka mereka ini telah dipertunjukan tidak bersih, setanding mayat hidup dan moga moga ALLAH SWT turunkan bala nya keatas mereka mereka serta yang sewaktu dengannya kerana menganiaya jutaan Rakyat Islam dan Bukan Islam di negara kita ini.

Masya Allah.

Anonymous said...

Tak ci lah kalau kita buat doa bala kepada SPR saja..Apa kata kita buat doa bala pada semua orang yg menipu..tak kiralah SPR..BN..dan juga Pakatan Rakyat..Tengok sapa pulak yang kena.

Doa KO BN masih tak menjadi..mungkin PRU14 nanti..bersebablah doa tak dimakbulkan oleh Allah..doa laknat Saiful dan Eskay pun masih tak de ape ape.. Doa pecah perut Najib oleh Nik Azis pun tak bawa mudarat ke atas Najib. Yg heran sumpah Bala mengikut kitab Hindu..tak sampai tiga hari dia pun gol.

Anonymous said...

Kena fitnah lagi korang, pcaya pulak tu, korang tak tpikir ke sape yg paling dpt keuntungan ni? Dari mana sumber fitnah ni? Ke korang dengar2 ja? Atau tbaca dlm tenet dri blogger2 yg smemangnya nk tengok malaysia jahanam? Aku cabar korang cari sumber fitnah2 ni dan kaji kesahihannya, jangan jadi manusia yang xgunakan akal yg dianugerahkan Allah, buat lah kajian siapa anuar, siapa kit siang, siapa hadi, siapa nik aziz dan siapa najib yg sbenarnya, kaji smenjak zaman 1998, dan apa sumbangan diorag ni thadap islam dan melayu, aku sebut melayu sbab 99.99peratus melayu adalah muslim, berjuang utk org melayu juga bjuang utk islam, fikir2kan le sahabat, melayu islam sdang dpermainkan.

Juragan 69 said...

Bhai...jujur sngt ke pr...baik lu doa kpd Allah utk turunkn bala kepada siapa saja yg menipu dlm pru...trmasuk yg mmberi komen dlm blog...itu lbh adil sbgi yg tak sempurna...

Juragan 69 said...

Hahaha...sedih bhai...

Anonymous said...

Ya Allah, tunjukkan kebenaran pada kami. Kau tunjukkan siapa yg benar, dan siapa yg salah. Jgn Kau tutup pintu hati kami dari kebenaran. Kau peliharalah pemimpin kami dari fitnah, Ya Allah. Sesungguhnya kami ini hambaMu yg lemah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.