Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Loading...

Friday, May 3, 2013

Mengapa Perlu Tolak Calon PAS Kota Damansara

Hanya satu perkataan sahaja yang boleh dijadikan alasan: KHIANAT.

Apa pun kritikan mereka terhadap Dr Nasir, fakta menunjukkan Dr Nasir tidak pernah khianat kepada PAS mahupun Pakatan Rakyat.

Dengan kata lain, Dr Nasir dan PSM adalah kawan kepada Pakatan Rakyat.

Maka, atas semangat setiakawan sahaja pun sudah cukup bagi sesiapa sahaja untuk tidak menikam Dr Nasir dari belakang.

Apa yang dilakukan oleh PAS Subang di Kota Damansara adalah satu bentuk pengkhianatan yang tidak diajar dalam ISlam.

Lebih-lebih lagi sudah pun ada persefahaman di peringkat Pusat berkenaan dengan siapakah yang patut bertanding.

Namun, hakikat sebenarnya menantu Presiden PAS, Ustaz Din Ayam tidak mengendahkan semua itu.

Beliau ingat dengan ijazah Al Azhar beliau itu, beliau boleh lakukan apa sahaja yang beliau suka termasuk mengkhianati persahabatan dengan PSM.

Setelah kedatangan Cikgu Mustafa Ali ke Kota Damansara malam tadi pun puak2 Pemuda Subang serta YDP PAS Subang dengan selamba sahaja melanggar arahan PAS Pusat.

Kalau dimenangkan calon PAS Kota Damansara itu, nescaya selepas ini tiada siapa lagi yang akan percaya dengan PAS. Semua akan menganggap PAS adalah parti penipu dan pembohong.

Hakikatnya, PAS dirosakkan oleh puak2 PAS Terengganu dengan mereka membawa perangai Terengganu mereka ke Selangor.

Ustaz Din Ayam yang mendapatkan watikah dari Presiden itu adalah orang Terengganu.

Calon PAS Kota Damansara, Ridzuan Ismail itu juga orang Terengganu. Maka, perangai hodoh sombong bongkak PAS Terengganu di bawa ke Selangor oleh mereka ini tanpa memikirkan tindakan mereka menyebabkan imej PAS jatuh merudum.

Alasan sosialis yang digunakan oleh puak2 ini juga dangkal kerana Islam tidak pernah mengharamkan Sosialisma.

BArangkali kerana terlalu malu dengan kutukan yang datang dari seluruh Malaysia, puak2 PAS Kota Damansara/Terengganu ini telah menggunakan mimbar Masjid/Surau Al Hikmah hari ini untuk menista dan memaki Dr Nasir serta menyebarkan cerita bohong kononnya Sosialisma itu haram di dalam Islam.

Yang sebuk mengharamkan sosialisma adalah puak2 Wahabbi dan SAlafi kerana budaya sosialisma dibenci oleh keluarga Saud memandangkan ia berpotensi untuk menjatuhkan kerajaan Saudi.

Hakikatnya tiada IJMA akan haramnya fahaman sosialisma. 

Hakikatnya, Dr Burhanuddin Al Helmi satu masa dahulu adalah seorang Sosialis dan pernah menjadi Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Tidak cukup dengan itu, semasa di Indonesia Dr Burhanuddin pernah menjadi pengikut Sarekat Islam Merah.

Sosialisma tidak bertentangan dengan Islam. Yang berlawanan dengan Islam adalah SEKULARISMA.

Sosialisma adalah bermaksud harta negara dibahagi lebih kepada rakyat dari kaum pemodal. Itu sahaja. Apa yang berlawanan dengan Islam nya?

Penutup, janganlah tertipu dengan mainan menantu Presiden, calon Kota Damansara Ridzuan Ismail yang tidak disukai oleh dalaman PAS Subang sendiri. 

Bayangkan, kalau Ridzuan ni menang habis semua orang dia akan kafirkan kerana perangai beliau yang suka mengkafir. Termasuk yang dikafirkan oleh beliau adalah parti PKR sendiri.

Punya banyak masjid yang bermasaalah dgn Ridzuan ini kerana secara amnya beliau tidak reti menjaga masa. Kalau dijemput program, kena terima hakikat yang beliau tidak akan dapat menepati masa.

Ridzuan dijadikan calon kerana dia adalah budak suruhan Ustaz Din Ayam@menantu Presiden. Dia tidak dipilih oleh PAS kAwasan mahupun Perhubungan Negeri Selangor.

Malah, pada tahun 2008 nama beliau ditolak bertanding di DUN Paya Jaras dan diganti dengan orang luar bernama Khairuddin Othman.

Bagi Tulang Besi, calon PAS kota Damansara tidak mewakili PAS, mewakili dakwah mahupun mewakili Islam. Dia hanyalah alat kepada Din Ayam yang mahu menunjukkan kuasa beliau serta mahu mensabotaj Pakatan Rakyat.

Tindakan Din Ayam, Hj Mesni, Ridzuan serta Pemuda Subang ini telah memberi jasa besar kepada UMNO. Kerusi Kota Damansara sudah pun selamat berada dalam tangan UMNO sekarang ini.

TULANG BESI




15 comments:

Anonymous said...

tapi kenapa di semenyih PKR lawan PSM? Kat Kota Damansara oun PKR hanpir letak calon sendiri jika PSM guna lambang sendiri...

Pak Mat said...

Calon Pas Kota Damansara bukan saja Wajib di Tolak oleh pengundi Pakatan Rakyat Tetapi Pas Pusat Wajib Pecat serta merta puak-puak tu... Pengkhianat kepada Perpaduan dalam Pakatan....

Anonymous said...

tak fhm..kenapa nak kaitkan org terengganu dgn sikap dr segolongan wakil pas tersebut? artikel ni seolah2 ada unsur kenegerian pulak..

bumi-non-malay said...

Setuju..TOLAK Calon PAS kat Kota Damansara.... Doktor Jauh lebih baik dan berfaedah kepada Rakyat@@

Anonymous said...

Pergi mampos pas dgn sikap bongkak

Anonymous said...

Tuan tulang besi
Dgn isu dun Damansara saya ambil keputusan tan Akan balik mengundi calon pas Di kawasan parlimen Gua Musang Dan juga Dun Galas

Boikot....

Anonymous said...

ingat hati nk mgundi pkr dr nasir, tp bila baca artikel ni terus azam nk undi pas lak.. meluat aku dgn blogger.yg hentam sesama pakatan time dkt election ni.. aku nk undi pas bkn aku x setuju dgn dr nasir atau suka kpd calon pas, tp sbb aku meluat dgn blogger spt hang ni

Anonymous said...

Sedih tapi benar....

Sebahagian besar umat umat PAS masih lagi sombong dan bodoh , dan masih lagi termimpi mimpi ingin menjadi Perdana Menteri dengan tahap pemikiran Lebai Kampong yang terhad lagi gagal dalam Public Relations antara kaum , juga antara bangsa.

Budak budak bahalol sebegini ini lah yang akan membahalol kan lagi umat umat PAS dan akan kencing kawanan mereka di dalam Pakatan Rakyat apabila menang di PRU 13 ini.

Unity Gomen tu mungkin besar akan muncul kembali jika Lebai Lebai Kampong yang kata-nya "tidak menongkat langit" , padahal ada sikap "menongkat nafsu" elok di perhatikan selalu.

Apa pun , selagi sebahagian besar umat umat PAS ber padu di belakang Tuan Guru Nik Aziz semua nya dalam Pakatan Rakyat pasti teguh.

Sedih tapi itulah hakikatnya...

Anonymous said...

Aku ingat elok buat beauty contest, macam kita nak pilih calon isteri, nak yang lawa, nak yang ada tarikan seks, nak yang berada, nak yang punya keturunan baik baik, nak yang sopan santun, berakhlak baik dan yang paling penting orang yang punyai latar belakang agama tak tinggal solat..

Antara Dr Nasir dan calon PAS, mana yang lebih baik? Kalau ikut kriteria diatas, dah tentu aku pilih calon PAS....

Bagi aku aku pilih orang ya

Anonymous said...

Serabut punye blogger. agak2 la. understandable ape kat semenyih dan jelapang tuh???
nampak sgt tak ikhlas nak bersama pr.
tempat lain jadi musuh, kat kota damansara nak kitorg berbaik pulak.

teruk!
akar umbi pkr pun sokong pas. tolak PSM!

-pengundi KD

Ganu Perantau said...

Sama aku pun...mluat dgn mulut busuk blogger ni. Apa yg nak kait dgn negeri terengganu? Buruk sgt ke smua pyokong pas terengganu?

Anonymous said...

Ini lah masalah kalau PAS dikuasai oleh ustaz ustaz yg dlm kepompong sendiri. mereka hidup dengan dengan memgharap undi ahli dAP dan PKR tapi mereka tak mahu pula mengundi Dap dan Pkr atau lain.

Anonymous said...

Wahabi pulak dah, perkauman negeri pulok. Ini kata nak perjuangkan kesatuan ummah dan menegakkan hukum Allah. Menghina presiden sendiri, kompromi sembrono semata-mata dendam dan politik. PAS lebih hodoh selepas GE12 dan semakin tenat di GE13.

Ini hang cakap PAS boleh memerintah dan mengawal DAP ? Orang atas pagar dah "blacklist" PAS dan PKR sejak 2010 di Selangor. Selamat Tinggal PAS dan tiada peluang kedua untuk mu.

Anonymous said...

Patutpun Hj Hadi beriya2 benar menempelak Dr Nasir itu hari dalam ceramahnya. Rupa2nya bakan menantunya yang jadi hantu?
Apa tindakan PAS Pusat pada golongan yang menentang keputusan PUSAT? Kita mahu lihat yang bakal menantu Hantu tu dikenakan tindakan.

INGAT...NO MORE UG. NO MORE COOPERATION WITH UMNO.

Anonymous said...

Yg ko nk bising apasal admin. Ko dok kt kota damansara ka ? Ko kalu x tau citer sebenar jgn dok bt fitnah dan jgn dok suka hati kata org parasit. Pas x pernah ada perjanjian dgn PSM. Yg ada antara PSM dgn PKR. Yg kt Semenyih PKR vs PSM boleh lak tp bila PAS yg x dak kena mengena ngan PSM lawan PSM kp nk bising. Tolong jgn jd hipokrit la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...