Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 25, 2013

Minta Ketua Dewan Ulama PAS Isytihar Masuk UMNO

Betul juga kata Penarik Beca. Bilakah kali terakhir kita lihat Ustaz Harun Taib menyertai demonstrasi menyerang UMNO?

Malahan sewaktu Najib melancarkan judi bola tempohari, kita tidak lihat Ustaz Harun Taib menganjurkan mahupun menyertai mana-mana demo di Terengganu baik di Malaysia.

Ustaz Harun Taib cuma terkenal sebagai musuh kepada IRC. Sampai Khalid Samad pun geng2 mereka gelar IRC. PAdahal Khalid Samad di England menjadi musuh kuat IRC.

Waktu royalti ditarik di Terengganu dulu pun, kita tak nampak Harun Taib menjadi juara mempertahankan hak rakyat Terengganu.

Tak hairanlah Harun Taib baru2 ini telah meminta Dato Najib menjemput PAS untuk bekerjasama. Kalau selama ini dia takut untuk berhadapan dengan UMNO, maka tak terkejut lah dia hendak bersama-sama dengan UMNO.

Sesiapa yang mengenali HArun Taib akan tahu bahawa beliau lebih memusuhi kumpulan IRC berbanding dengan UMNO.

Sekarang ini, Harun Taib sedang menjalankan propaganda UMNO di dalam PAS.

Apabila UMNO melarang perhimpunan2 yang memprotes penipuan pilihanraya, Harun Taib pun ikut sama meneruskan nasihat UMNO ke dalam PAS.

Maka, lebih baiklah Harun Taib tunjuk wajah sebenar beliau dan masuk UMNO.

Mungkin dalam UMNO kelak Harun Taib boleh menjalankan kerja2 memusuhi IRC yang beliau pelopori dahulu.

TULANG BESI




Harun Taib
SHAH ALAM – Pas tetap dengan pendiriannya menolak sebarang cubaan menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan seperti didakwa cuba dilakukan sesetengah pihak.

Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib berkata, Pas juga tidak masuk campur dengan pendirian pemimpin atau penyokong PR yang menyokong cara sedemikian.

“Dalam Pas, kita utamakan jalan perdamaian. Kita juga berpegang kepada prinsip demokrasi yang diamalkan.

“Saya tak melarang perhimpunan dilakukan, namun saya tidak berminat untuk menyertainya. Jika ada pemimpin PR atau pihak lain yang tetap mahu melakukannya, terserah kepada mereka. Itu pendirian mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas usaha sesetengah pihak yang didakwa cuba menggunakan kekerasan untuk menggulingkan kerajaan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Tegasnya, parti itu menerima kegagalan dalam PRU13.

“Kita terima keputusan PRU13 lalu dengan hati terbuka. Namun, dalam perjuangan Pas, tiada istilah putus harapan.

“Kita akan majukan diri dan cuba lagi untuk menang dalam PRU akan datang,” katanya.

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

34 comments:

Anonymous said...

Taktik Mahathir tikus yg dah biasa makan daging tikus akan memakan tikus yg lain jugak....survival!!! Gunakan orang dlm pas menjatuhkan pas...bijak bijak

Anonymous said...

Inilah orgnya yg disebut orang ... 'bila PR sedang memecut guna gear 5 utk ke Putrajaya, dia pakai gear reverse undur ke belakang'.... Tak ada gunanya PAS berretorik dgn laungan berjuang utk kemenangan PAS dan letih saja TG Presiden & Mursidur PAS bertungkus lumus utk menewaskan UMNO/BN ... sedangkan ada Panglima tua PAS yg duduk goyang kaki sambil menekan gear kebelakang. Itulah sebab utama mengapa selamanya PAS tak menang2.. dan org2 PAS jangan susah hati... redha lah bahawa PAS tak akan menang selagi PAS mengangkat pemimpin spt Harun Taib, Harun Din, Mustafa Ali, Nik Abduh dan yg seangkatan dengannya menjadi pemimpin mereka.

chuta chaiyoh said...

Teringin nak joint dgn group UG kot. Berjuanglah dengan ikhlas. Kita berjuang bukan untuk mendapat sanjungan manusia. Kita ingin mendapat keredhaan Allah swt. Apakah kita hanya akan berdiam diri sekiranya kita dizalimi. Fikirlah wahai ulamak.

Anonymous said...

ustaz harun, sebenarnya belum terlambat utk ustaz masuk umngok. drp istiqomah pendirian bercanggah dgn jemaah, lebih baik ustaz peluk terus umngok

mamakmia said...

dasar pkr bodoh...x kan nak politik hari2..org pkr x cukup ke nak angkut p demo

Anonymous said...

Siapa yg mampu boleh join. Sapa yg tak mampu boleh sokong. Dua2 pihak kena ikhlas dlm menilai isu. Sudah2lah asyik tembak parti sendiri. Nanti muktamar tukar saja pimpinan yg ada dgn yg lebih bijak politik spt khalid samad, irc abim dsbgnya. Memang diorang ni layak pada pandangan umum. Yg ptg menang pilihanraya. Yg lain tu fikir2 sendiri.

Anonymous said...

Woiii IRC pulak dahhhh hang ni. Biar betullll !!!

Dia Tak join Mungkin dia suruh prioritize benda lain yang lagi penting. Takda bukti jangan Kita tuduh.

Anonymous said...

Hang dok ikut tuan guru karpal Singh ni. Percaya kar Lebai Guan Eng dari ulamak. Bertaubatlah . Jemaah yang tulin berjasa isma Sila baca website isma

Anonymous said...

Kita harap ustaz nasha masuk Isma. Ustaz timbang2 kan

Anonymous said...

Kat sini kita guna le bahasa yg elok..sbb kita bukan berbincang dgn bangla@nepal@vietnam..kita sesama kita..jd tk perlu la kita mengeluarkan perkataan kesat..kita lihat la nnti sejauh mana kebenaran mereka2 ni..

Anonymous said...

Ustaz Harun tak kata dis halang cuma dia tak participate. Laaaa dia tak join dia buat benda lain untuk party. Aku pun malas nak join benda2 ni. Aku lagi suka lepak kat Akar umbi lagi. Takkan sebab aku Tak join aku UG.

Aku waktu student dulu. Benda2 agama aku join Hizbi, shoru free Pi lawatan aku ilkut Kelab umno. JIM/IRC aku Tak suka sebab tak cool. Sampai la ni aku hate bias kat Ikram.

So aku boring dgn IRC sampai la ni. So what takkan tu Buat aku UG kottt..

Isu ni tak penting lantaq Pi la Ustaz Harun rraib Yg penting kita contribute walaupun cara berlainan.

Ini satu lagi isu yg kurang penting. Cerita roti canai, dhal, kari atau sambal. Cicah apapun no Hal yg penting kenyang


Cerita

Anonymous said...

Hang nak tau DUN ijok nyaris dapat kat BN. Peti undi kampung PKR kena kitai. Cuma peti undi bandar saujana Utama selamatkan keadaan. Penolakan orang kampung cukup brutal. Khalid MB pun kena maki dgn orang kampung bila melawat masjid kat ijok.

Anonymous said...

Bukti TB racist. Melayu dia maki. Orang asing macam penyokong mercun thunderclap dia sokong.

Golongan nilah yg tau memertabatkan bangsa bawah satu suara

Kalau melayu lemah siapa nak Memakmurkan masjid di malaysia.

Mari kita bertaubat ingatlah bangsa ingatlah Adat.

Jangan jadi Tulang Besi. Si tanggang bangsa....

Anonymous said...

Ulamak PAS mcm Harun Taib, Harun Din begitu naive sekali dalam permainan politik menentang UMNO. Amat sedih sekali silap langkah kedua ulamak ini dalam PRU13 baru ini menyuarakan pandangan bertemakan UMNO telah mengundang polemik yang menjejaskan PAS.

Betul bacaan Tulang Besi, dia orang nilah yang memberi banyak kesusahan kepada calun-calun PAS lain yang berkerja keras seperti Salahuddin,
Mat Sabu

memang Berita Harian, Utusan mencari komen Harun Taib dan Harun Din yang bersuara spt orang UMNO untuk membelasah PAS dan memecahbelahkan PR.

Sedih.

Anonymous said...

DAP menguasai selangor, khalid bukan ada kuasa. Melayu terpinggir kat selangor. You all tolak persaudaraan bangsa habis negerI tergadai. Bumi dipijak milik orang. Orang macam penulis blog ini amat jahat dan Tak berhati perut

Anonymous said...

Pembaca dan penulis di blog ini busuk hati. Kerana you all lah Selangor tergadai

Woiiii brader swkarang orang melayu kat selangor hidup susah

Puas hati!!!!!!

Anonymous said...

Cerita Ustaz Harun, walapun aku Tak sokong statement dia tapi aku rasa kita takdak hak kutuk prsonnel opinion dia. Dia bercaksp bukan Atas nama parti tapi atas individu. Biaq Pi la.

Ulamak kan pewsris nabi. Jgn la maki ulamak sebab isu remeh.

My roti canai sambal story refers.

Hang nak maki mat Isma ni boleh la. Tampal plaster kat mulut.

Anonymous said...

Banyak yg bengong nih... tak paham2 isu sebenar... TB bukan tibai ulamak, bukan tibai ahli parti sendiri, bukan tibai bangsa melayu... tapi TB TIBAI ORANG YG NK MEMIMPIN PAS, TAPI HATINYA ADALAH UMNO mcm Us Nasa & Hasan Ali... Buat apa ahli PAS berpenat lelah berjuang lawan UMNO kalau pemimpin sendiri pun nk ke UMNO. Lebih baik semua pakat wala' ke pemimpin ulamak ni dan ikut masuk UMNO ramai2... org mcm ni lah yg ahli2 PAS suka dan wala'.. boleh ikut sama berpelok2 dgn puak2 UMNO.

Che Alhadi Abas said...

Sesiapa sahaja perlu faham.... apabila seseorang membuat kenyataan sedangkan dia adalah pemegang jawatan di dalam sesuatu organisasi... dia tetap terikat dengan konsep "amal jama'i". Apatah lagi di dalam sebuah Jamaah Islam dan berjawatan Ketua Dewan Ulamak.... mesti faham semua ini kecuali beliau sendiri tidak pernah ditarbiyyah di dalam jamaah Islam...

Anonymous said...

Asskm, isu kecik jgn dibesarkan, Harun Taib tak salah bagi opinion dia. Dia bukan halang punnnn.. Kenyataan dia sama dgn TGHA. Statement tu tak salah banyak lagi benda nak buat. Hang nak Pi tak pa ikut suka hang. Itu makna dia.

Aku pun Tak suka kat Ikram sebab isu2 kecik. Aku tak tampal pun penyampahan aku kat depa kat sini. Sebab apa!! Tak baik bro..... Walaupun aku boring dgn Ikram tapi aku hormat point of view depa. Takkan aku UG sebab ni. Kalau aku yg grassroot tau hormat kat jemaah lain, Lagilah ulamak. Jgn maki ulamak sebab benda kecik

Anonymous said...

Lagipun ni bukan cerita Wala' . Dah memang Tak Dak isu. Orang tanya Mahfuz pasal Harun Taib Tak join gathering. He refused to comment. Why no issue at all

Anonymous said...

Gila!!! Mana hang tau hati Ustaz dgn Umno. Tulang Besi macam real. Hang ada khashaf ka boleh baca hati orang. Mana bukti dia pro UG. Nasha dgn Hassan Ali lain sebab Ada bukti kukuh

Anonymous said...

"Anonymous said...

Hang dok ikut tuan guru karpal Singh ni. Percaya kar Lebai Guan Eng dari ulamak. Bertaubatlah . Jemaah yang tulin berjasa isma Sila baca website isma

May 25, 2013 at 7:40 PM"

=============

Karpal singh, Ustaz Haron Taib, Hasaan Ali dll adalah satu geng, geng kerajaang Perpaduang.

dalam banyak kes, Ustaz Haron Taib bangkit isu tentang hudud dll, maka rakan beliau dalam kerajaang perpaduang belah DAP ni akan sambut untuk menghangatkan isu supaya memberi gambaran buruk kepada Pakatan rakyat dan memberi keuntungan kepada UMNO.

Aku cop jari bahawa pasangan bergu ini berjaya setiap kali dalam misi mereka memporakperandakan Pakatan Rakyat setiap kali bila bila UMNO terdesak. Stail mereka senang je - Ustaz Haron Taib mula dulu dengan memberi bola tangung, lalu Karpal singh terus merejam libasan pari kat Pakatan rakyat.Esoknya Utusan malaysia akan memutar belitkan aski Ustaz haron Taib- karpal singh di muka depan sampai berminggu-minggu. Hasilnya UMNO mendapat peluru dan terlepas dari keadaan tertekan.

Aku bukan tuduh sebab aku selalu perhati apa terjadi bila pasangan bergu ini berduet. Tolonglah...tolonglah perhatikan sendiri apabila pasangan ini berakhir dilain kali.

Bukan Ustaz haron taib tak boleh mempunyai pandangan peribadi. TGNA, TGHH dan lain-lain pemimpin PAS juga mempunyai pandangan peribadi tetapi mereka tidak menghebahkan seperti cara Ustaz haron taib. Mereka tak guna dan digunakan oleh Utusan malaysia dan UMNO untuk memburukkan Pakatan dan PAS. Ini pokok ceritanya!

Muhaz

Anonymous said...

Ustaz Haron Taib memberi bola tangung, lalu Karpal singh terus merejam libasan pari...???

Cerdik la sikit... yang Harun Taib gatal mulut bersuara bagi bola tanggung tu buat apa??? tak kan ketua dewan ulamak bertaraf budak sekolah tak tahu statement itu merosakkan matlamat PR utk menumbangkan UMNO/BN??? Lepas tu boleh pulak kata itu pandangan peribadi. Kalau kedudukan sebagai ketua dewan ulamak PAS, bagi pulak statement ke utusan Malaysia... statement tu pulak adalah statement yg merosakkan perjuangan PR... boleh kira sbg pandangan peribadi ke??? kalau ye pun ada pandangan peribadi, cakap kat org kampong Ganu dah la... mungkin org Ganu boleh faham bila dia ni cakap, hanya sbg pandangan peribadi. Tapi kalau cakap kat utusan yg diterbitkan ke seluruh negara, impaknya bukan sbg pandangan peribadi lagi. kecualilah kalau nak giler glamer nk semua org wala' ke dia.

Anonymous said...

lawan ulamak nampak....

mohd akram said...

Puak2 ni memang tujuan dorang nak jatuhkan ulama' dlm PAS...mereka ini ada team yg buat kerja jahat ni..

mohd akram said...

Inilah salah seorg yg nak mnjatuhkan ulama' dlm PAS...

mohd akram said...

Puak2 ni memang tujuan dorang nak jatuhkan ulama' dlm PAS...mereka ini ada team yg buat kerja jahat ni..

Anonymous said...

ada ulamak pentingkan agama dan pengembangan agama, dan ada juga ulamak yang utamakan periuk nasi dan habuan dunia.

ulamak ulamak juga ada nafsu dan bukan maksum.

ulamak duniawi ini pula ulamak jenis bahalol, bergaya ulamak tetapi dalam hati sanubari ingin juga ber isteri barju dara lagi montok serta rumah besar dan kereta Mercedes Benz S Class.

cerita cerita nak gabung dengan UMNO ini cerita ulamak gilakan bangsa dan duniawi kerana di dalam kubur tiada specialnya bangsa dari taqwa kepada ALLAH SWT.

cukuplah berbicara dengan umno yang munafik tahap yahudi. sesiapa yang berkawan dengan syaitan terang terangan atau dalam gelap bukan lagi ulamak tetapi syaitan juga lah.

di sini dapat lah diperhati kedudukan ulamak ulamak dalam PAS sebenarnya. jika Karpal Singh dapat hidayah memeluk Islam dari ALLAH SWT, nescaya kedudukan nya lebih baik dari ulamak PAS yang berdampingan dengan UMNO mengembangkan Bangsa dari Agama Islam itu sendiri.

Anonymous said...

"Puak2 ni memang tujuan dorang nak jatuhkan ulama' dlm PAS...mereka ini ada team yg buat kerja jahat ni.."

==============

jawapan 2 x 5 dengan jawapan pencacai-pncacai UMNO bila tak boleh nak menangkis hujah.

Patut sangat le puak-puak ni bergabung dengan UMNO. Pi masuk UMNO le ghamai-ghamai, lagipun UMNO memerlukan ulamak-ulamak hebat untuk terus memerangi PAS dalam keadaan terdesak selepas PRU 13 ni.

PAS milek ummah bukan milek peribadi mana-mana individu sepertimana UMNO Baru tu milek peribadi Mahathir.

Nak sangat dengan UMNO, pi je isi borang UMNO. Dalam keadaan sekarang UMNO amat-amat memerlukan bantuan dari geng hangpa. Sama seperti UMNO memerlukan Zahrain, Ezam, Zul Kulim dll satu masa dulu. Tapi jangan lupa nasib barua-barua ini apabila UMNO tidak memerlukan mereka lagi.

Muhaz

Anonymous said...

Khas buat Mohd akram dan sahabat2,

------------
Trajedi PAS Subang Serah DUN Kota Damansara Pada UMNO

MENJAWAB MENANTU PRESIDEN PAS, DIN AYAM
MENJAWAB MENANTU PRESIDEN PAS, DIN AYAM-BICARA ABU NAWAS

Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa Pak Lah jadi PM dulu.


Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

Islam cara Din ayam boleh khianat kerusi kawan. Haram PKR khianat kerusi PAS. Tp halal PAS khianat kerusi PKR. Islam cara Din Ayam adalah haram untuk orang lain. Islam orang lain semua tidak betul. Tp halal jika din ayam yang buat.

Islam cara Din Ayam laksanakan hudud dan Qisas sahaja. Masa PAS perintah Kedah dia tak pernah pun paksa laksana hudud dan Qisas. Berjuta-juta alasan dia bagi nak kata Kedah terkecuali laksanakan hudud dan Qisas. Din ayam nak bagitau kita, wajib itu bila dia kata wajib. Kalau dia tak kata wajib, ia tak jadi wajib. Islam kroni cara Islam Din Ayam sang menantu Hadi.

Mungkin Din Ayam nampak islam itu hanya hudud dan Qisas. Rasuah, tindas, ISA itu bukan larangan islam. Mungkin bila PAS perintah nanti, Din Ayam akan digunakan seribu satu dalil nak halalkan rasuah kot? Nak halalkan tindas kot? Nak halalkan ISA kot? Almaklumlah, Islam hanya sah dari tafsiran Din Ayam. Selain Din Ayam adalah Islam tak benar (?)

PSM yang lawan ISA itu tidak sah pada pandangan Islam cara Din Ayam. PSM lawan Rasuah itu tidak sah. Dr Jayakumar gunakan duit AP-nya untuk buat jambatan rakyat itu tidak sah. Tetapi yang sah adalah Hashim Jasin ambil AP-nya buat beli kereta pocher untuk anak. Hebat Islam cara Din Ayam ni rupa-rupanya.

Din ayam kata UMNO menang itu lebih baik dari PSM menang. Mungkin menantu presiden tu nak kata bahawa rasuah itu lebih baik, ISA itu lebih baik, tipu duit rakyat itu lebih baik. UMNO yang lansakan benda ni. PSM konsisten lawan semua ni.

Sebenarnya Kota Damansara tu kerusi PKR. Bukan kerusi PAS. Tahun 2004 PKR bertanding di DUN Paya Jaras. Kota Damansara pula PAS bertanding. Haji Arif calon PAS Kota Damansara masa tu. Tp tahun 2008 PAS minta tukar kerusi Paya Jaras dengan PKR. PAS nak bertanding di DUN Paya Jaras. Dun Kota Damansara pula PAS bagi kepada PKR. Tahu-tahu PKR menang di DUN kota Damansara. PAS kalah di DUN Paya Jaras.

Kalau Din ayam nak PAS bertanding di kerusi Kota Damansara. Kenapa Din ayam tak bagi kerusi Paya Jaras kepada PKR? Oh, Din Ayam amalkan islam kroni. Islam Hadi dan menantu.

Bila tahun 2008 PKR menang di Dun Kota Damansara, Din Ayam dah mula merepek. Dia duduk di seksyen 8 Kota Damansara. Dia mula kata orang itu tidak betul, orang ini tidak betul. Orang itu tidak Islam, orang ini tidak Islam. Yang islam hanya datang dari dia sahaja. Dia mula buat fitnah macam-macam kat Dr Nasir. Geng dia tukang sebar. Dorang kata Dr Nasir tak sembahyang. Dorang kata Dr Nasir tak puasa. Islam cara Din Ayam ni boleh tuduh orang. Fitnah orang dapat pahala pada Din Ayam.

Din ayam semakin tamak. Masa isu ADUN Bukit Lanjan. Gambar Elizabert wong tersebar. Menantu presiden PAS tu buat kenyataan minta DUN Bukit Lanjan itu diberikan kepada PAS.

Bila datang tahun 2013. Din ayam sekali lagi pamerkan tamak. PAS kawasan Subang dah buat keputusan dah yang PKR bertanding di kerusi itu. masalah PKR nak bubuh calon PSM atau tidak, itu PKR punya pasal la. Sebab itu kerusi PKR. Macam PAS letak hasan ali dulu kat DUN Gombak setia. Kalau PKR masuk juga bertanding, mesti PAS pun marah. PAS nak letak hasan ali ke kat DUN Gombak tu, PAS punya pasal la.

.....bersambung

Muhaz

Anonymous said...

...Sambungan

Bila PAS Kawasan Subang dah tau bahawa Dr Nasir bertanding di DUN Kota Damansara atas tiket PKR. Lawyer Razlan asalnya calon PKR pun dah tarik diri. Dia bagi laluan kepada Dr Nasir Hashim. PAS kawasan subang pun buat keputusan tak akan bertanding.

Tp, malam penamaan calon lain pula jadinya. Watikah calon PAS pun sampai. Hadi yang tandatangan. PAS selangor dan PAS pusat tak tau. Timbalan presiden kata itu kerusi PKR. Semua Naib presiden pun kata benda sama. PAS selangor pun kata benda sama. SU Agong PAS pun kata benda sama.

Tp Hadi sahaja yang diam. Rupa-rupanya Hadi dipengaruhi Din Ayam untuk tandatangan watikah. Lebih-lebih lagi Calon PAS Kota Damansara itu kawan baik Din Ayam masa belajar di Mesir dulu. Sama-sama dalam PMRAM.

Masa hari penamaan calon. Dorang sekali lagi licik. Dorang tak datang awal. Dorang datang lewat. Bila dah selesai semua calon-calon DUN dalam Parlimen Subang masuk dewan penamaan calon baru dorang masuk. Selepas Khairuddin masuk. Selepas Sivarasa Masuk. Selepas Elizabert wong masuk. Tiba-tiba dengar takbir.

Orang-orang PAS yang berada di bahagian hadapan terkejut. Dorang tengok calon PAS dah masuk dah. Ni calon mana pula. Dorang ingat calon ISMA. Rupa-rupanya calon PAS. Riduan Ismail. Pandai dorang buat strategi. Kalau dorang datang awal. Nanti sempat Khairuddin selesaikan lebih awal sebab Khairuddin tu setiausaha PAS Selangor. Tp dorang datang lambat supaya Khairuddin tak sempat nak selesaikan benda ni. Memang kerja dorang licik. Din ayam mastermindnya. Tahniah hadi ada menantu macam Din Ayam.

Bila Din Ayam berhujjah. Dia guna hujjah lawak. Alasan dia 7 ribu undi PAS itu tak akan undi calon PKR. Kata Din Ayam 7 ribu tak akan keluar mengundi kalau PAS tak bertanding. Mungkin Din ayam nak pakai logik. Kalau PKR tak bertanding mungkin 14 ribu undi tak akan undi PAS. Hujjah intelek Din Ayam lebih hebat dari hujjah seekor kambing.

Din Ayam ni sesuai sangat jadi penasihat Hizbut Tahrir atau ISMA. Din Ayam ni salah seorang Ahli majlis Syura Ulama. Dia buat keputusan. Dia dilantik sebab dia menantu Hadi. Kalau dia bukan menantu dia tak akan jadi Ahli Majlis Syura Ulama PAS punya. Majlis Syura Ulama PAS ni penentu dasar dan keputusan parti. Dia boleh buat desakan supaya PAS keluar dari PR dengan fatwa-fatwa dia. Islam Din Ayam, Islam kroni anak menantu Hadi.




Yang benar;

KD (Kambing Din)

------ end--------

Muhaz

( Muhaz tinggal di kota damansara dan merupakan jemaah masjid kuning yang menjadi markas Din Ayam)

Anonymous said...

Harap pimpinan pas harus berhati-hati akan jarum2 halus yg telah dan akan dilakukan oleh umno bn yg mendapatkan tunjuk ajar dari zionis yahudi freemason. Kita sorot kembali kisah jatuhnya kerajaan uthmaniah turki disebabkan jarum2 halus zionis yahudi. Baca kisah ini secara mendalam dan ambil pengajarannya. Umno bn tidak bole memecahbelahkan pas tapi pas bole berpecah disebabkan oleh ahli2nya.

Anonymous said...

PAS ni parti kampung yang cuba jadi internasional wannabe.Dalam hal globalisasi, UMNO terlalu jauh tinggalkan PAS terutama dalam menggunakan strategi di media yg sentiasa nampak smooth sentiasa. PAS masih belum mampu bergerak smooth mcm UMNO walaupun UMNO penuh bergelumang dgn pelbagai kes rasuah dan salahguna, namun dlm strategi media, PAS mmg nampak lekeh dan terlalu kekampungan. Gua respek UMNO lagi dlm hal strategi berbohong dan menipu dan kemudian buat2 bodoh terang2 pun, org ramai menjadi bangang xtau nak buat apa2 walaupun bola tanggung duduk tergantung beberapa tahun sekalipun,, tapi tak ada sesiapa mampu nak melibas.

Gua mmg sayang PAS, tak pernah gua kasi undi melainkan PAS dan pembangkang. Cuma sejak 20 tahun gua terlibat dlm politik ni, PAS memang banyak kasi gua hangin satu badan. DAP dan PKR walaupun x islamik, tapi pandai bawak diri dlm masyarakat. Dimana silap bengongnya PAS ni? Tak ada ka pemimpin lain yg sebaik TGNA? Selain TGNA, gua memang pandang lekeh sungguh tongkoi2 kayu dlm PAS yg lain sambil mengharapkan dpt ikut contoh TGNA yg masih hidup didepan mata masing2.. takkan nak tunggu TGNA mati mcm ustat azizan, baru segala contoh dan kebaikan nak dibukukan? Even anak TGNA pun blom mampu meniru ciplak karisma TGNA sendiri?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.