Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, May 12, 2013

PAS Cemerlang di Negeri Tidak Dikawal Geng Perpaduang

Mengapa PAS Selangor cemerlang dan PAS Kedah hampeh? PAS Selangor berjaya tambah kerusi sekali ganda dan PAS Kedah jatuh tersungkur.

Selain dari itu kita ada juga PAS Perlis yang dipimpin oleh Ustaz Hashim Jasin, seorang yang pro kepada Perpaduang.

Kita ada PAS Pahang yang dipimpin Ustaz Tuan Ibrahim, juga pro kepada Perpaduang.

Di Pulau Pinang, PAS hanya mampu kekal satu kerusi. Semua maklum PAS Pulau Pinang adalah pro PERPADUANG dan anti Pakatan Rakyat. Kerusi Sungai Acheh/Nibong Tebal tu pun sengaja diletakkan calon walaupun mereka maklum dari mula itu kerusi PKR. Sepatutnya ada satu lagi wakil MElayu dalam kerajaan sekarang ni dah berkurang.

Yang lebih kelakar, YDP PAS Nibong Tebal (ditangkap menurunkan banner dan poster PKR dua hari sebelum hari pilihanraya.

Kedah pula dipimpin oleh Ustaz Azizan yang terkenal rapat dengan geng2 perpaduang. Barangkali itulah alasan mereka tidak mahu mengganti Ustaz Azizan sebagai MB.

Dah kalah tersungkur baru nak ganti Pesuruhjaya dengan YB Mahfuz.

Di Perak pula, Pesuruhjaya Perak dilantik sebagai mewakili puak2 Perpaduang sewaktu NAsa mengalahkan Husam pada tahun 2009. Jadi, tak hairanlah PAS tidak dapat memerintah di Perak. MAlahan, PAS hilang satu kerusi berbanding 2008.

Kalau Presiden PAS ikhlas mahu menawan Perak, nescaya sudah ditukar Pesuruhjaya Negeri Perak kepada YB Nizar sejak lama dulu. Ertinya Presiden PAS memang tiada kemahuan Pakatan Rakyat menang di Perak.

Secara umumnya, negeri Selangor mencatat kejayaan yang gemilang bagi PAS. PAS menambah bilangan kerusi dari 7 kepada 15, yakni lebih 100%.

PAS negeri Selangor telah bersih dari pengaruh PERPADUANG. Mungkin yang tinggal pro PErpaduang adalah Ketua Pemuda Negeri, Ketua Ulama Selangor yang mulut cabul kerja menyebar fitnah, Ketua Muslimat Negeri Selangor, YDP Selayang merangkap ADUN Taman Templer sahaja.

Di KElantan yang dipimpin Tok Guru Nik Aziz mencatat kejayaan juga walaupun begitu hebat serangan UMNO ke atas mereka. UMNO cuma mampu tambah 5 kerusi kepada 12.

Tapi, nampaknya selepas menang Tok Guru Nik Aziz telah diganti dan tampaknya puak2 PErpaduang telah berjaya mengambil alih pemerintahan Kelantan.

MENGAPA PENTING TIADA PENGARUH PERPADUANG?

Apabila ada daki2 perpaduang dalam PAS Negeri, maka apa yang biasanya berlaku adalah hubungan antara Pakatan Rakyat akan menjadi amat keruh.

Ada satu negeri tu terus terang mereka berkata yang mereka berkonflik dgn DAP dan PKR negeri mereka. Hasilnya mimpi untuk memerintah hanya tinggal mimpi.

Berbeza di Selangor, PAS boleh menubuhkan sebuah MARKAZ PUSAT PAKATAN RAKYAT dan mampu mengawal kempen ketiga-tiga parti dengan begitu baik sekali.

Kita lihat di peringkat PAS Pusat di mana Presiden dan SU Agung adalah pro kepada PERPADUANG.

Presiden PAS lebih kuat memaki dan mensabotaj Pakatan Rakyat sepanjang kempen berbanding menentang UMNO.

Presiden PAS membuat ucapan terbuka memfitnah PKR kononnya calon PKR jual pil kuda. Mujur Anwar halang calon tersebut dari menyaman malu Presiden PAS.

Presiden boleh keluar watikah untuk sabotaj PKR di Kota Damansara dan 3 DUN di Terengganu.

Beberapa bulan sebelum Pilihanraya, Presiden PAS juga terlibat dalam projek mahu melantik Ku Li sebagai Perdana Menteri.

Presiden PAS termakan dengan video hitam putih Rahim Thamby Chik kononnya Anwar Ibrahim adalah seorang penzina dengan China Doll.

Yang herannya bila keluar video seks Chegu Pa, cepat pula Presiden mempertahankan Chegu Pa. Takda pula Presiden PAS tuduh Chegu Pa berzina.

Sampai ke sudah Presiden PAS tidak mahu mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang menyebabkan undi Melayu kepada Pakatan Rakyat tidak mencukupi untuk menang.

Pokok pangkalnya apabila ada anasir2 Perpaduang dalam Perhubungan Negeri mahupun PAS Pusat hanya menyebabkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang akhirnya menjadikan UMNO menang.

Sepanjang 5 tahun PAkatan Rakyat, Presiden PAS hanya melakukan perkara-perkara yang menguntungkan UMNO dan merugikan Pakatan Rakyat. Kenapa? Kerana Presiden PAS adalah pro PERPADUANG.

Saya berharap Presiden PAS bergembira dengan penyerahan Kedah kepada UMNO.

Kalau Presiden PAS ni terus kekal, lepas ni Kelantan pula Presiden akan serahkan kepada UMNO.

Lama2 bila sudah tiada apa lagi nak diserahkan kepada UMNO, serban Presiden tu akan beliau serahkan kepada UMNO.

Pokoknya : bila tiada perpaduang, negeri tersebut akan cemerlang

TULANG BESI



6 comments:

Juragan 69 said...

Bhai...aku cuma mmpu gelak baca lu pnya komen...bhai lu ada baca mentera ke sblm buat komen....hahaha..sbb yg aku nmpk lu bukan buat analisis melalui fakta...ttp lbh kepada menilik dlm mngkuk...

azmie said...

kau lupa nak sebut kecemerlangan tranung

Anonymous said...

Tg harun din,hj hadi,harun taib dan us azizan kena undurkan diri.mereka bagi malu org islam apabila mengkhianati keputusan bersama PR.
Sepatutnya nyatakan pendirian sebelum keputusan di ambil ini tidak, dan sanggup jadi musuh dalam selimut.
Kalau tak mempercayai rakan seperjuangan ie..DSAI elok keluar dari PR pergi join umno habis cerita. Busuk punya worang.

otakbesi said...

kah kah kah!
TB,
kau ni macam dulu-dulu, tak berubah,

Anonymous said...

Hang seorang yg dok meroyan pasai perpaduan. Org dah lama letak ketepi isu tersebut. Kalau tak puas hati dgn Pas. Silakan angkat kaki buat parti dan tadbir sendiri. Nak jaga parti bukan nak jaga kedai kopi. Ada dlm jamaah pun menyusahkan. Bagi idea utk penambah baikan bukan main hentam saja. Tinggalkan pas dan masuk pkr. Tolong bantu pkr yg nak cari ahli dan pemimpin pun masalah. Ceramah berdegar2 boleh lah. Kerja dgn rakyat belum tentu. Harap hebat atas pentas boleh jadi bagus ke. Piirah. Mana2 ahli dan pemimpin pas yg taajub dgn DSAI silakan ikut dia. Kita negara demokrasi boleh ikut siapa yg kita suka. Tapi bilamana berada dlm jamaah Islam ada adap dan sopan santun. Tak boleh ikut silakan berambus.

Anonymous said...

PAS dipimpin ulamak yang tak mengerti tanggungjawab Ulamak????

DR MAZA sudah mengatakan bahawa Rasisma tiada dalam Islam.... Apakah Melayu itu lebih mulia dari Cina? Di China ada 60 Juta Islam lebih ramai dari Islam Melayu jauh lagi ramai Islam PAS. Mungkin Islam China tiada Islam Mat Rempit seperti di Malaysia, Terengganu terutamanya.

Geng Perpaduang adalah Mentaliti Benggap ajaran sesat di alad moden ini. Bukankah Rezeki Jodoh Hidup Mati semuanya di tangan ketentuan ALLAH SWT dan bukan parti UMNO PAS atau DUMBNO?????

Ulamak masakini perlu mengulangkaji Al Quran dan Sunnah untuk membuka mata hati mereka kerana kepimpinan bercara Mamak tidak dapat memgembangkan apa apa ajaran yang cuba di bawanya.

Jangan ASS-U-ME semua nya rakyat tahu, kerana ianya akan membuatkan dirinya seperti ASS , U dan Me !!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.