Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 13, 2013

Presiden PAS TIdak Sokong Himpunan 505

Mengikut kenyataan terbaru Presiden PAS, beliau tidak menyokong usaha Himpunan 505 yang membantah penipuan pilihanraya. Beliau cuma berkata beliau tidak menentang sahaja.

Ini menjelaskan kenapa setelah 3 perhimpunan, beliau tidak hadir walaupun satu.

Mungkin Presiden PAS tidak suka rakyat Malaysia membantah UMNO dan Barisan Nasional kerana beliau melihat kemenangan BN sebagai kemenangan Melayu?

Ataupun menyokong Himpunan 505 akan mengagalkan rancangan UG Fasa II?

Macam2 spekulasi kita boleh buat di atas sikap dingin Presiden PAS terhadap Himpunan 505 ini.

TULANG BESI


Hadi tidak bantah himpunan
WARTAWAN SINAR HARIAN
13 Mei 2013


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyerahkan kepada pucuk pimpinan Pas negeri sama ada mahu menyertai atau tidak himpunan membantah keputusan PRU13 yang dikatakan tidak bersih.

“Kita serahkan kepada pucuk pimpinan Pas negeri sama ada mahu menyertai atau tidak,” katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Dewan Ulama Pas yang tidak menyokong tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan himpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan PRU13.

Ketuanya, Datuk Harun Taib dipetik sebagai berkata, semua pemimpin pakatan pembangkang perlu menerima keputusan rakyat dengan hati terbuka kerana banyak kerusi yang ditandingi calon pakatan turut menang.

Pada PRU13, BN memenangi 133 kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan manakala pembangkang memperoleh 89 kerusi sekali gus menafikan cita-cita mereka untuk merampas Putrajaya.

Bagaimanapun mereka mengekalkan kuasa di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, tetapi kehilangan Kedah.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menuding jari kepada masalah dalaman Pas sebagai punca kekalahan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah, Abdul Hadi berkata, 'no comment'.

“Saya tidak mahu kata apa-apa tunggu dulu post-mortem nanti baru kita tahu puncanya,” katanya.
http://www.malaysiawaves.net/2013/05/presiden-pas-tidak-sokong-himpunan-505.html

24 comments:

Anonymous said...

Nak protes pun kena ada kaedah. Hal2 berkaitan pru ada saluran melalui petisyen. Buat ikut saluran. Himpunan tak henti2 sesuai utk org tak dak kerja lain. Kita jgn buat benda yg akhirnya memberi impak negatif kpd pr. Pas kena ada prinsip. Penipuan memang ada setiap kali p/raya. Cuma kaedah berbeza utk selesaikan. Kemukan bukti supaya kita boleh nilai. Biar rakyat faham. Bukti yg kukuh mampu digunakan dlm mahkamah. Kalau setakat tanggapan semata mata memang cari nahas le. Berhimpun itu salah satu kaedah dan bukan selalunya sesuai.

Anonymous said...

secara peribadi aku rasa ini sesuatu yang bukan bencana pon...

orang alim ni lain skit...dorang dah diajar reda atas ketentuan ilahi, jadi tak mau bising sgt walaupon tau pilihanraya penuh penipuan...Dorang ada hujah dorang sendiri...tidak membantah tu dah kira diplomatik sgt ler tu...

aku pon rasa himpunan 505 ni tak boleh menjatuhkan kerajaan haram sekarang ni, cuma bagusnya ia menghangatkan semangat anak muda, dan menghakis semangat perkauman...

lagi satu ada kira baiknya kita selang selang dengan himpunan 505 solat hajat dan sebagainya

betul kuasa rakyat, akhir sekali kuasa Allah juga lah yang mutlak tiada kuasa selain dia...kan...jadi jangan putus memohon kerajaan haram malaysia ini tumbang... walaupon terpaksa menunggu 50 tahun lagi lamanya

penjual ubat said...

salam,
Apa la nak jadi dengan presiden kita ni tatau la?
Sepatutnya kita terus bersama dengan arus kebangkitan rakya hari ini terus melawan umno BN yang terang2 menipu dalam hal dakwat kekal yang ternyata umum tau dakwat tu korek hidung pon boleh tanggal.
Terpulang ke mu lah wei mu dah besar dah, baik berhenti saja jadi pemimpin kalau dah kita tau dengan jelas penipuan Bn pon kita nak suruh ahli kita terima?

Anonymous said...

eloklah kalau dah semangat pun mula berkurangan tak perlu keluarkan ungkapan yang melemahkan semangat perjuangan jemaah - biarkan arus perubahan meredah era mendatang diatas landasan yang diredoi Allah.

Anonymous said...

Dakwat kekal luntur tak sampai sehari pun masih tak mahu membantah?

TGHA ni mukmin atau apa? Berkali-kali dipatuk di lubang yang sama? Kalau tak mahu bantah secara keseluruhan, bantah sebab SPR menipu berkaitan dakwat kekal.

Pakatan Rakyat menang di kerusi-kerusi yang ada sebab penipuan tidak dapat dilakukan kerana jumlah pengundi terlalu ramai sokong PR sehingga undi yang cuba ditipu tidak mampu menampung tsunami tersebut.

Kalau begini sikap pemimpin PAS, saya syorkan jika berlaku PRU14 dalam tempoh terdekat, wajar PAS jangan letak calon... malu pada rakyat, malu pada Allah.

Anonymous said...

Asskm, TGHA tak kata dia tak sokong. Dia kata serah kat pimpinan negeri. Usaha dah buat, solat hajat sudah bikiin. Report kat spr pun nak buat.

Hang kena tau PAS kalah sebab pengundi rural melayu tak sokong kita sebab kita Dah kempen kat urban macam gathering Besar kat Kelana jaya. Orang kampung bukan peduli pun. Bukan Tak boleh join gathering tapi resources kecik. Hangpa semua tuduh ni la itu la sebab PAS Kalah kat Kedah but reality kata kita yg silap focus in urban areas.

All this happen due to laxity in poll strategy. Now we need to indentify the weakness. Semua tuduh Ustaz azizan but we can see most who lost in kedah are the progressive type like Mat Sabu. We go to far into national issue until we have lost touched in grassroots issue. What I'm saying past is past and we need to recover fast for PRU-14. Again the strength is always in kampung2 where there are madrasah

Anonymous said...

2nd to my earlier comment. Hang tengok Mujahid Yusuf rawa. Dia menang big time sebab dia selalu jaga rural area kat Parit Buntar. Semua orang kat Titi Serong. Tanjung Piandang kenai dia. Naik turun SEkolah agama Sekolah Tamil n Cina, masjid2 semua dia round . Keratin semua bangsa Pi. Jumpak Anak Yatim.

Nak jumpa dia selalu kat sungai kerian Pi jogging nbertanya khabar. National issue dia Tak lupa jugak.

Kita kena ikut macam Hassan Al Banna. Kena berbakti kat orang susah. Lepas tu dawaah

Anonymous said...

PKR n DAP lain. Lifeline dia kat urban. PAS punya lifeline 60% rural 40% urban. Yg 60% tu terlepas sebab ligan 40%. Macam aku kata la gathering besar kat orang kampung tak lut punya. Pendek kata marketing orang jual burger lain dari orang jual nas kandaq. Bro Tulang besi kasi Komen aaaaaaa

Anonymous said...

Cakap kat hang grassroot punya people Azizan. Taulan Rasul, Mujahid . Orang macam Nizar menang pun sebab 3 Tahun Dah dia ronda Changkat jering. Mehh buat kerja grassroots. Post lahh kat sini session melawat orang kampung Bagi personal dakwah. Tolong depa. Hangpa ni (dgn aku aku sekali) orang senang. Tau Komen saja. Ajak mai jengok, bantu, gotong royong kat Pendang pun Tak pi. Election time baru eager. Caittttt

Anonymous said...

Tindakan Hj Hadi itu waras..Buat apa nak cari penyakit.. kan kita ada prosedur.. boleh buat petisyen.. jangan kita ikut semua kerja gila anwar dan DAP.. Pemimpin islam kita berfikiran jauh dan sentiasa menjaga ahli dari kerja yang sia2..

Anonymous said...

cukuplah cerita cerita pasal Hadi yang tak produktif. buat apa bazir masa dan tenaga bercerita pasal Hadi yang sudah pasti tiada tenaga untuk maju ke hadapan seperti yang di buktinya dalam PRU 12 & 13 di Terengganu.

manusia ni ALLAH SWT jadi bersama akal, tetapi kalau sudah kantoi di tempat sama maka nya manusia tersebut sudah tahap baghal (bukan maksud nak hina ke tidak). kita dijadikan ber akal dan itu bezanya manusia dengan Lembu...

ahli ahli PAS sepatutnya memanggil EGM untuk memilih Presiden PAS yang baru, dan bukan bazir masa dan tenaga membebel pada yang sudah rapuh lagi Gagal.

Nik Aziz tiada pula masalahnya, jika dibanding dengan Hadi. makanya, Hadi patut berundur dengan sendiri jika beliau ulamak yang ber-maruah dan bukan nya ulamak mamak nasi kandar nun.

ini semua common sense lah...

Anonymous said...

Kemukan bukti supaya kita boleh nilai.......nak tgk bila pak lebai nak turun padang cari bukti

walaupon terpaksa menunggu 50 tahun lagi lamanya......tunggu2.....doa kena sertakan dgn usaha

baik berhenti saja jadi pemimpin kalau dah kita tau dengan jelas penipuan Bn pon kita nak suruh ahli kita terima?...ni aku sokong sesangat

Berkali-kali dipatuk di lubang yang sama?...ular tur tak patuk...julur lidah jer....bila masa dia kena patuk....lain orang bukan patuk...belit sampai mampo

Asskm, TGHA tak kata dia tak sokong. Dia kata serah kat pimpinan negeri......dia ni tak faham hirarki organisasi

Hang tengok Mujahid Yusuf rawa...baguslah kalau rajin turun padang...jgn turun tambah org rumah ...

Anonymous said...

1.sokong juga hadi awang letak jawatan!!begitu jugak dengan barisan dewan ulama pas!!
2.tinggalla mat sabu syiah jadi presiden!mahfuz mr bean jadi naib presiden!!khalid gereja jadi ketua ulamak pas!!
3.gena!!!pakat-pakat setujulah nooo!!

Anonymous said...

Pas ditipu ditipu ditipu dan terus akan ditipu dgn ubn..

Anonymous said...

hadi nie proxi umno. ramai dah tau dah cuma penyokong pas saje bodoh bangang. kena tipu pemimpin mereka bulat2. pas nie hadi dpt tawaran nak bersatu dgn umno.dia setuju lah sbb $$$$ byk dpt. itu pasal TGNA x nak bersekongkol dah..puak2 perpaduang nie degil dan berkebendaan..

Anonymous said...

Jadi TABLIGH le bagus. Buat apa bertanding pru bila tau SPR penipu. PRU14 mesti kena tipu lagi dgn skala besar2an

Anonymous said...

Tuan Presiden...

Panglima Perang : Tentera bersekutu dari Batalion Adil dan Misil telah mengambil ketetapan untuk menyerang Tentera Biru yang mungkir kepada penjanjian.

Presiden : Tak apa. Biar mereka pergi sendirian. Kita redha walau kita kena tipu hidup-hidup.

Panglima Perang : Jadi kita tak bersama mereka, Presiden?

Presiden : Kita redha. Dismiss!

Sepakat yang ala-ala taik kucing Punyalah busuk.

Anonymous said...

Bila TGHA nak letak jawatan... Aku rasa kalau tukar presiden pas akan sampai kemuncak... Tak kira sape yg akan teraju pas... Nasib anuar buat perhimpunan bantah keputusan PRU 13.. Kalau tak TGHA dah jumpa umno dlm gelap...

Anonymous said...

ada jugak macai menjampuk

Anonymous said...

Wooiii hangpa baca Malaysian insider. Umno menang kat rural pasal tu PAS kalah banyak. Aku cukup boring bila orang jenis point kat orang lain. Hang tengok kat Kedah, Pendang, Baling kalah mainly sebab orang tempatan Tak boleh accept calon luar. PKR kalah kat Kulim pun sebab tu

Aku dah cakap kampung people grassroot style. Hang cakap Perpaduang ka, Bersih ka, Baju Hitam Ka,depa kata menaqsah kat pekan rabu pun Hang Tak Pi.

Itu sebab gang grassroot Tak kalah. Example Nizar, Mujahid, Azizan, mahfuz, taulan.

Macam Mat Sabu dia patut kat Selangor, sebab dia cakap federal issue.

Kat Bagan Serai contohnya hang bubuh Anwar Ka, TGHA ka Tak tentu menang wool sebab calon BN orang suka.

Aku harap Tulang Besi taruk comment ni kat main article

By warrior Pak Su Yemm

Anonymous said...

anwar pencetus huru hara sejak dulu. rendah moral sampah buangan umno tak layak jadi pemimpin. pembohong bersiri

Anonymous said...

Ni Tulang Besi tak Komen pun pasal Azmin Ali pun tak join perhimpunan.

Sampai la ni hang tak komen rural n urban area ni. Hang tengok kat Selangor PR Kalah kat Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sungai Besar and Hulu Selangor. Ini tempat mana peduli perhimpunan Beesih, Baju Hitam dll. Orang yg peduli benda2 orang Pekan.

Dah tau kalah tempat rural, resources kena channel la dekat luar bandar macam gotong royong, dawaah etc.

Selalu kita touch benda sensasi tapi remeh tapi benda besar tapi boring ni Tak mau tulis. Hang nak cerita Perpaduang Ka Lantak hang la. Benda pressing issue macam mana nak improve winning seats kat rural area. Ingat ingatlah golongan kat Gerik jugak I.e their expectation and issues.

Tolong jawab. berkoyan dah bagi feedback rural n urban . Sikit pun hang Tak kupas.

Warrior Pak Su Yemm

Anonymous said...

Pas-umno marriage considered only if najib asks-harun taib -malaysiakini ...dah mula nk perpaduang dh..

Anonymous said...

Buatlah perhimpunan sampai jalanan..Kalau berlaku tumpah darah kau jawab dengan Allah di akhirat kelak..Yang pasti munafik dan fasik dalam PAS tunggulah nasib anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.