Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 29, 2013

PSM/PKR Kempen Kaum India Paya Jaras Undi PAS

Baru tadi Tulang Besi berjumpa dengan aktivis2 PKR SUbang yang dari bangsa India. Mereka beritahu pada Tulang Besi mereka telah berkempen pada kaum India Subang untuk mengundi PAS di Paya Jaras semenjak 2008 lagi.

Majoriti yang PAS dapat di Paya Jaras adalah sekitar 5500 undi. Undi kaum India boleh dikatakan membentuk kesemua dari majoriti yang memenangkan PAS di DUN Paya Jaras. Dengan kata lain, tanpa usaha gigih PKR dan PSM berkempen untuk PAS selama 5 tahun sebelum ini, nescaya keputusan tidak berpihak kepada PAS.

Maka, puak2 pro Din Ayam yang begitu kasar sekali memaki PSM di Kota Damansara seharusnya berhenti dengan mulut cabul mereka.

Tindakan bongkak mereka mempersoalkan Khalid Samad dan menyuruh Khalid Samad masuk PKR, menghalang tindakan disiplin ke atas Din Ayam serta PAS Subang, menyerang dan memfitnah Dr Nasir serta PSM dsbnya bakal membahayakan kedudukan PAS di DUN Paya Jaras.

Puak2 Pemuda pro Din Ayam ni berfikiran sempit dan pentingkan diri sendiri.

Mereka tidak sedar sewaktu diisytiharkan PAS meletak calon di Kota Damansara, jentera Paya Jaras berada dalam keadaan genting. Diberitakan pengundi2 India amat marah dengan tindakan PAS itu yang dilihat sebagai menikam belakang kawan sendiri.

Syukur Cikgu Pa telah mengisytiharkan kerusi Kota Damansara milik PKR menyebabkan kaum India di Paya Jaras kendur sedikit. Kesannya mereka telah kembali menyokong PAS di Dun Paya Jaras.

Kalau mulut2 dalam PAS seperti mulut Ketua Pemuda PAS Gombak serta Naib YDP Gombak tidak dijaga dan ditutup maka tidak mustahil PAS akan hilang DUN Paya Jaras dalam pilihanraya yang akan datang.

Malahan, sokongan kaum India seluruh negeri Selangor bakal dalam bahaya.

Adalah lebih baik PAS memecat manusia2 seperti Ketua Pemuda PAS Gombak, PAS Subang, calon PAS Kota Damansara serta menantu Presiden Ustaz Din Ayam. Saya jamin sokongan kepada PAS akan melonjak seluruh Malaysia kalau ini dilakukan.

Saudara/ri pembaca boleh lihat sendiri betapa ceteknya pemikinan setengah2 puak Pemuda dalam PAS ini. Langsung tidak kesah pasal kepentingan parti. Yang penting adalah kepentingan puak mereka serta ketua mereka merangkap menantu Presiden itu.

Sudah tiba masanya PAS melakukan operasi pembersihan besar-besaran supaya PAS tidak lagi rugi dan hilang sokongan angkara sekumpulan pemuda yang jumud lagi cetek akal. Mereka2 ini lebih baik dibuang keluar dari PAS dan biarkan mereka reput dalam UMNO.

TULANG BESI

ps Punya kuat kempen PKR pada orang India di Paya Jaras sehingga ada orang2 India ini rupanya mendaftar dalam DUN Kota Damansara. Pengundi2 India ini telah mengundi calon PAS di Kota Damansara dan bukannnya calon PKR. Kita tahu ini kerana apabila mereka habis mengundi mereka memberitahu mereka telah mengundi PAS tapi mereka hairan kerana nama Khairuddin Othman (calon PAS Paya Jaras) tiada dalam kertas undi.

pss Oleh kerana Tulang Besi ada di kawasan Kota Damansara, maka Tulang Besi telah bertanya keapda anak Dr Nasir berkenaan dengan beberapa fitnah yang dilempar oleh puak2 PAS Kota Damansara. Anak Dr Nasir menafikan bahawa bapanya tidak solat dan terdapat gambar Lenin dan Stalin digantung di pejabat beliau

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

27 comments:

Anonymous said...

Bro aku setuju dgn cakap hang. Mulut2 pemimpin kena tapis sikit. Tapi isu Kota Damansara dan Semenyih klasik sebab PSM bukan part of PR. Itu sebab PAS masuk Betanding kat Kota Damansara n PKR lawan kat semenyih. 2 tempat ni PR lawan PSM lawan BN. Benda lagu Azmin Dah bertanggungjawab sebab kelam kabut.


Nak marah PAS sebab mulut laser tanpa selidik. Hang betul. Nak marah PAS sebab lawan PSM kat Kota Damansara hang salah sebab takdak agreement . Dalam Islam beli cendol pun agreement bro. Aku pelik Awat hang Tak marah kat Semenyih. PKR pun lawan PSM kat situ

Anonymous said...

Hang pun ambik kira PKR pun bergasak dgn PSM pasal logo mana Kota Damsara nak pakai. Logo PKR Ka PSM. Benda tu berlarut sampai last minute sebelum penamaan calon. Azmin dah kata dia responsible untuk penindihan calon.

Anonymous said...

Kalau Din Ayam rasa dia hebat sangat sebagai menantu TG presiden... kenapa tak beroperasi di Terengganu? Kan lebih baik dia dan juak2nya berjuang tawan Terengganu dari BN daripada hanya berjuang utk menawan Kota Damansara yg kecik tu? Kalau dapat tawan Terengganu baru lah org akan menobatkan Din Ayam sebagai menantu terhebat... Ini takat nk bergasak sesama puak PR hanya utk tawan Kota Damansara... apa la punya kecik otak Din Ayam.

otakBesi said...

Tb,
Suatu kesilapan jika Din Ayam menganggap bahawa surat nikah yang ada padanya membolehkan beliau memiliki kuasa tertinggi dalam PAS.
Din Ayam boleh tersenyum bangga bila beliau diberikan watikah oleh mentuanya, untuk membolehkan calon pilihan beliau bertanding menentang calon PKR/PSM di kerusi kota Damansara. Namun Din Ayam mesti ingat bahawa tindakan beliau bukan sahaja melahirkan sikap kurang senang penyokong PAS, bahkan boleh menghancurkan kepercayaan Pengundi yang bukan rakyat PAS.
Mungkin dengan bantuan Nasaruddin Buncit dan Nik Abduh, Din Ayam boleh membebelkan kewajipan wala' kepada pemuda PAS. Namun Din Ayam mesti ingat bahawa tidak semua penyokong PAS percaya pada Din Ayam. Bahkan sebahagian besar penyokong PAS menunjukkan sikap tidak senang kepada pimpinan PAS kesan dari tindakan Din Ayam.

Anonymous said...

Ni apa kena kutuk peribadi orangni. Dulu anwar kena fitnah peribadi kita semua defend. La ni tukang komen kat atas ni. Kutuk sorang ni yg bermentua sseorang. What the fu@k arsehole betul la. Nak kutuk sesama party members do it on professional basis.Fu@king idiot.

Dah kena maki sebab Komen Tak professional

Anonymous said...

Bodoh punya komen, Kota damansara PSM lawan PAS lawan BN. PAS mana Ada agrreement dgn PSM. Semenyih PKR lawan PSM lawan BN. Azmin pun Dah kata pertindihan ni sebab calon lambat finalise. Dia pun dah kata dia bertanggungjawab

Anonymous said...

Hang tau tak PSM bukan dalam PR. Kota Damansara tu yg bertanding PSM bukan PKR. Itupun anwar paksa depa pakai logo PKR. Awatlahh teruk sangat TB woii PKR dgn PSM Tak tau beza. PKR warna biru muda PSM cap penumbuk warna merah.

Cap penumbuk aku Tak main sebab aku suka tomoi

Anonymous said...

singkirkan president dan din ayam,, habis cerita...

Anonymous said...

1.ko pun sama hampas jee!!macam la ko ni pandai guna strategi itu dan ini!!kununnya ko pandai pujuk puak hindu bla!bla!bla!bla!!
2.last sekali ko ni tak lebih dari macai dap dan kafir jeee nampaknya!!!!

Anonymous said...

Root problem dia sebab Komponen PR ( PAS, DAP and PKR) Tak bagi depa masuk PR. Sebabnya

- PAS tak mau sosialiis
- PKR Tak mau bagi seat. Contohnya kat Semenyih. Reason PKR lagi kuat kat sana.
- DAP , takkan suruh dia korban seat allocation dia. Tempat2 core DAP. Mana Ada tempat parti kuman nak Tumpang. Kalu nak bagipun Atas Ehsan sahaja.

Kalau hang nak cakap PAS kena jaga mulut, yes aku setuju. Kalau nak salahkan PAS bertanding. Itu Tak betul. PSM mana Ada agreement dgn PAS. Satu lagi PSM Kawan PKR. Sardin je PKR lanyak.

Aku rasa paling baik PSM merge dlm PKR buat Dewan golongan pekerja. Bila merge hilanglah isu gaduh gaduh.

Anonymous said...

Azmin dah explain lagi mau panjang2. Poooodah

Anonymous said...

Yg brader komen pasal Din Ayam pun mangkuk . PSM bukan PR.

Anonymous said...

PKR kena selesai isu PSM cepat. Masukkan PSM sebagai associate party bawah PKR. 2013 dah isu PSM dekat Kota Damansara ( tindan dgn PAS) dan Semenyih ( tindan dgn PKR) . Jika benda ni tak selesai tak lama lagi dgn DAP PSM ada issue. Kalu dgn DAP hang tau la sebulan Karpal bising

Anonymous said...

Patut Zul Kulim yang bertanding tiket BN di Kota Damansara . Kita perlukan Abang Zul untuk memperjuangkan hak hak Islam dan melayu di Selangor. Contoh terbaik Statesman melayu yang mantap. Sila comment Yes atau betul jika anda sependapat

Anonymous said...

Alasaa TB. Bagi hang semua masalah yg benar adalah Mahaguru Karpal dgn Lebai Guan Eng. Sikitpun tak tulis bangsa melayu merempat di bumi selangor

Anonymous said...

Laaa amende kau cakap ni. Yang kalah orang melayu kat Selangor. Mujur Kota Damansara UMNO menang. Tengok kat Kota Damansara, orang melayu mampu duduk flat saja. Bangsa lain duduk rumah mewah di Tropicana. Cukuplah penulis blog 5 tahun PR memerintah, orang melayu kat Selangor hidup macam Red Indian kat Texas. Merempat dibumi sendiri

Anonymous said...

Orang macam TB bercits2 merosakkan persaudaraan melayu. Kalau melayu lemah, sapa yg nak meramaikan masjid. Sapa nak pentingkan kelas Fardu Ain, sapa nak perjuangkan kelas KEMAS. Mujur Kota Damansara Parti melayu menang. Harapkan PR yg berjuang atas sekularisme habis rosak orang melayu.Kat Kota Damansara orang macam TB endorse orang sosialis, mana maruah engkau TB

Anonymous said...

Di Selangor tanah dipijak milik orang. Semua sebab PR yang racist dan sekular. Tidak hormatkan pujangga2 bangsa macam Arwah Datuk Harun Idris. Betapa sedihnya orang macam Arwah dr burhanuddin. Datuk Onn. Pak Sako dll. Kerana mereka inilah orang melayu dapat belajar tinggi2 termasuk TB. Jika mereka masih hidup akan menangis mereka ini kerana kesal dgn sifat2 manusia macam TB.

Diberi peluang dilupakan jasa pertubuhan bangsa malah bekerjasama dgn Golongan sekular merosakkan ummah bangsa. Berkat doa kami Kota Damansara tetap utuh. Nur kebenaran tetap bersinar di kota damansara

Anonymous said...

Puak PAS haprak ni saja nk cari alasan utk menghalalkan tindakan lebai2 PAS yg mengacau Kota Damansara... mulalah bagi alasan PAS tak ada agreement dgn PSM lah..., PSM tak ada dlm PR lah..

Isu pokoknya bukankah Kota Damansara awal2 lagi dah diperuntukkan kepada PKR. Tok Pa SUA PAS pun dah kata kawasan itu diserah kepada PKR... pandailah PKR tentukan siapa calun disitu. Sebelum ni pun kawasan tu diwakili oleh Dr Nasir dibawah lambang PKR jugak.. tak jadi kudis pun. Sg. Siput hangpa tak langgar pulak. Sekarang kuasa apa yg PAS ada yg membolehkan dia langgar kawasan tu?... kenapa PAS pulak yg nak jadi 'uncle Sam' utk tentukan siapa boleh siapa tak boleh bertanding disitu... tunjuk besar yg PAS ni akan lawan kalau PKR letak calun yg tak sekufu dgn PAS. Berpuluh kerusi lain yg diperuntukkan kepada PAS tak nak pulak bergasak bagi PAS menang...

Sama jugaklah mcm si Yusni besar kepala di Sg Acheh tu.. bila org kritik, mula lah kata tak wala' lah, perosak PASlah, agen UMNOlah, pengikut Karpal & LGE lah,.. tapi hangpa tak sedar yg tindakan hangpa tu adalah tindakan yg tak berakal... yg akhirnya UMNO jugak yg mengaut untug.

Anonymous said...

Anon 2:11 PM,

Apa kena mengenanya ustaz PAS yang khianat bertanding lawan kawan sendiri dgn kelas Fardu Ain dan kelas KEMAS? ustaz tu menegakkan kelas KEMAS ke?

Anon 2:25 PM,

Betul memang sedih bila tidak menghormati pujangga2 bangsa macam Arwah Datuk Harun Idris, Arwah dr burhanuddin. Datuk Onn. Pak Sako dll... tapi siapa yg selama ini gadai tanah2 rezab melayu di selangor? rembat tanah selangor dgn harga murah dan jual pada cukong2? Bukan pejuang melayu dulu, kini dan selamanya ke? bukan puak ni ke yg nk gadai Kg Baru yg diberi oleh Dato Harun kepada org melayu? Orang selangor pun dah celik lah.

Anonymous said...

PR = sekular cuba tanya mahaguru korang abang karpal. Jgn cakap Islamic la kalau sekular. Campur sosialis campur ekstremis. PR merosakkan bangsa melayu

Anonymous said...

Yes. Hidup melayu

Anonymous said...

Alooo brader aku nak kata mujur BN menang kat Kota Damansara. Harapkan PR = sekular. Orang melayu menderita kat selangor tau tak. Bumi dipijak milikK orang

Anonymous said...

Orang melayu mampu beli flat saja kat selangor ni semenjak PR memerintah.

insafdoh67 said...

kah.kah.kah... geng kite tranung dok layan puok ni.. sebab tu lari jauh... org kampung kenal puok ni... politik cari makan... org kd je bodo baham tipu... nawok belaka ni... hancur pas klau puok ni jaga parti.. kih.kih.kih.. serik doh wei.. berebut nok jd yb spai kalah tanding... sayang jawatan sayang dunia.. nok nama.. akhirnya pas tranung tersungkur depan mata.. insaflah semua.. takdir....

Anonymous said...

puak puak PKR pun dok memaki PSM di semenyih... kat KD tu pun nyaris nyaria jugak sebab diselamatkan oleh PSM setuju pakai logo PKR... kalau tak puak PKR pun memaki PSM di KD...

Anonymous said...

Anon 12:34 AM ni buto ko pokak?...
Apo org melayu selangor mulo dudok flat dari thn 2008 ko? sebelom tu tak ado melayu yg duduk flat ko? lagi banyak yg jadi setinggan tak ado rumah.... melayu yg dudok banglo bosar ado la sorang yg kelmarin mahkamah suroh bagi balik ko nogori selangor sobab dapat banglo caro rasuah...

yang roboh rumah dan rampas tanah kampong berembang dan ganti dgn flat tu sapo? PR yo?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.