Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 7, 2013

Sudah 2 Negeri Hilang Bawah Pemerintahan Presiden PAS

Saya terpaksa tulis perkara ini. Saya rasa perkara ini perlu disedari oleh setiap ahli dan penyokong PAS. Terutamanya ahli2 yang senior seperti saya ini yang telah berkorban untuk PAS puluhan tahun rasanya.

Termasuk Kedah, sudah dua kerajaan negeri jatuh dan hilang di bawah pemerintahan Presiden PAS.

Ia bermula dengan negeri Terengganu pada tahun 2004. Waktu itu Presiden PAS yang ada sekarang ini telah pun menjadi Presiden PAS.

Masuk ke dalam PRU 2004 dengan begitu yakin dan konfiden dapat menang semula di Terengganu.

Namun, malang seribu kali malang, apabila keputusan diisytiharkan negeri Terengganu terlepas dari tangan PAS. Dari sebuah kerajaan yang mengawal 2/3 kerusi DUN Terengganu PAS cuma mampu tinggal 5 kerusi sahaja.

Sehingga hari ini, PAS masih gagal menawan semula negeri Terengganu Darul Iman.

Dalam pilihanraya 2013 ini kita lihat PAS sekali lagi hilang kerajaan negeri.

Kali ini kerajaan negeri Kedah.

Presiden sudah pun diberitahu mengenai perangai dan tingkah laku UStaz Azizan Razak yang dibenci dan ditolak oleh bukan sahaja rakyat jelata tetapi juga ahli2 PAS yang tegar.

Malahan, ahli2 PAS turun berdemo menolak kepimpinan usang dan bodoh Azizan Razak. Exco2 pun sama protes kepimpinan Ustaz Azizan Razak.

Namun, Presiden dan SU Agung terus mempertahankan kepimpinan beliu. Amaran2 yang datang dari pelbagai sumber yang kredible serta berotoriti ditolak mentah2 oleh Presiden dan SU Agung.

Malahan, apabila di "konfron", Presiden dan SU Agung lah yang paling kuat mempertahankan kepimpinan Azizan Razak.

DEngan kata lain, Presiden dan SU Agung telah pun maklum akan risiko kepimpinan Azizan serta mereka telah pun tahu akan kejatuhan Kedah sekiranya Azizan dikekalkan.

Akhirnya, seperti Kerajaan PAS Terengganu 2004, negeri Kedah hanya bertahan satu penggal di bawah PAS.

Soalan Tulang Besi kepada pembaca sekelian adalah berapa banyak kerajaan negeri lagi yang harus runtuh sebelum ahli2 serta perwakilan2 memberhentikan kegilaan ini?

Adakah kita hendak tunggu sehingga hancur lebur PAS serta Pakatan Rakyat barulah kita hendak mengambil tindakan?

Ataupun kita hendak tunggu bantuan dari langit dari Allah? Kalau wujud bantuan Allah sudah tentulah PAS masih berkuasa di Terengganu dan Kedah.

Soalnya sekarang adakah kita masih mahu mengekalkan seorang Presiden semata-mata kerana doktrin Kepimpinan Ulama walaupun Presiden itu secara jelasnya telah hilang kelayakan memimpin semenjak 2004 lagi?

Adakah ini tanda2 Allah SWT redha dengan PAS kerana mengamalkan kepimpinan ulama?

TULANG BESI

ps jangan lupa ucapan Presiden yang menghentam PKR serta PSM pada hari penamaan calon dalam youtube serta pertandingan2 3 penjuru yang sepatutnya dapat dielakkan sama sekali oleh Presiden. Semua ini membawa kepada jatuhnya undi kepada PAS

27 comments:

Anonymous said...

PRU 13 sudah pun lepas , Kedah pun terlepas ke San Miguel...apa lagi PAS boleh buat. Pemimpin Utama PAS berkelakuan Sombong Bodoh , memimpin buta buta mengharapkan Mursyidul Tok Guru Nik Aziz saja yang menyelamatkan kredibiliti PAS sehingga Tok Guru Nik Aziz pun sudah tak berdaya.

Buat habis beras aje !!!!

Bila saja Terengganu hilang pada BN dalam 2004, ahli ahli PAS sepatutnya dapat menilai tahap keberkesanan Pemimpin Utama PAS. Kalau kot tangkap muat aje , dari 2004 hingga 2013 mamat merempit pun boleh di ajar asah jadi Presiden PAS.

Di Malaysia ini , apa apa pun boleh jadi....

"Now Everybody Can Vote" tau.

Nizar dan Khalid Samad sepadan menjawat Pemimpin Utama PAS dan yang sedia ada ini eloklah saja duduk kampong , buat kaunseling pada mat mat rempit di Terengganu nun. Ianya lebih berbaloi dari hulu hilir Kuala Lumpur.

Se eloknya ahli ahli PAS panggil EGM Pilih Kepimpinan Utama dan Barisan Pengurusan Utama PAS. Yang kantoi baik di ADUN dan Parlimen tu , elok saja duduk kampong.

PAS sudah jadi suatu Parti Politik 'Nak Tolong Pun Susah , Dah Di Tolong Pun Susah' , jangan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang kata "Give Up!" sudah...

Buat habis beras aje !!!!

Anonymous said...

Keluar PAS

Anonymous said...

Terbaik

Anonymous said...

Terengganu ni cerdiknya tak boleh nak diikut. Bodohnya tak boleh nak diajar.

Anonymous said...

Tg harun din,hj hadi,harun taib kena undur diri serta merta,us azizan di pecat dari pas.

JANGAN biarkan pas jadi mb selangor.selangor akan lingkup.

Kalau nak sangat mb dari pas lebih baik jadikan hasan ali sebagai ahli pas dan lantik dia sebagai mb

Anonymous said...

Adakah patut Presiden PAS masa mengundi nak hampir, boleh londehkan calun2 PAKATAN dihadapan khalayak ramai. Saya betul2 terkejut bila TGHA boleh keluarkan kenyataan bahawa ada calun2 PAKATAN yg ambil pil kuda....yang bermazhabkan Karl Mark/Lenin dan lain2 lagi. Memang tak patut.....
Kemudian tiada langsung arahan pada bahagian/kawasan yg bertindih supaya mengundi calun PAKATAN yg dipilih setelah selesai isu pertindihan.
Semua ini telah melemahkan jentera parti.
Sebab itu aku rasa di Sg Aceh, banyak undi yang rosak ieitu lebih 800 undi dan ada juga yang masih undi calun PAS sedangkan PAS telah tidak bertanding di situ (lebih 600 undi). Jadi jika di jumlahkan undi yang rosak ialah lebih 1400 undi. Jumlah ini sepatutnya boleh memenangkan cikgu Bard di sana.

Juga, dlam masa PRU lepas, PRESIDEN PAS juga telah mengeluarkan kenyataan seolah2 "PAS BOLEH KELUAR DPD PAKATAN BILA2 MASA". Ini sebenarnya telah mempengaruhi mood pengundi.

Itulah SILAPNYA PRESIDEN PAS DI SAAT2 AKHIR. SEOLAH2 TIDAK MENUNJUKKAN KESETIAKAWANAN PADA PAKATAN. BANYAK KESILAPAN PRESIDEM PAS dilakukan disaat2 akhir sehingga ia menjadi PELURU memakan tuan (PAKATAN)

Anonymous said...

Bukan saja diperingkat kepimpinan dan ulamaknya, diperingkat ahl12 PAS juga banyak yang angkuh dan besar kepala. Ada yang bagi statement minta PAS keluar pakatan dan orang melayu semua akan menyokong PAS. Ini satu statement yang bodoh, angkuh dan tak sedar diri. Cuba check, berapa banyak kerusi yg PAS menang hasil sokongan orang bukan Islam? Berapa ramai orang bukan Islam yg bertungkus lumus menyokong PAS? Apa semua Melayu yang menyokong UMNO selama ini akan berpindah ke PAS jika PAS keluar PR? Inilah namanya politik jumud.. orang2 ini nak berpolitik tapi tak smart berpolitik. Mereka ingat asal orang Islam hukumnya wajib sokong parti Islam? Menyuruh orang Melayu menyokong PAS dengan paksaan hukum. Buktinya Tim Presiden PAS yg bertanding di kawasan majoroti melayu pun tak menang. Kedah dan Terengganu yg majoriti melayu pun PAS tak dapat tawan. (Kelantan tu sbb melayu melantan cerdik berpolitik). Itulah PAS.. tak cerdik2 dlm strategi, tak sedar2 hakikat politik malaysia dan sentiasa menimbulkan isu yg menghalang matlamat utk menumbangkan BN.

Anonymous said...

Wahai pemimpin PAS , hentikanlah sikap tamak dan angkuh. Janganlah berasa dah cukup hebat hingga besar kepala, tak nak mengakui hakikat dan pertolongan yg orang lain beri. Bertolak ansurlah, berikan saja TS Khalid dari PKR untuk meneruskan kecemerlangan Selangor. Dengan kewibawaan dan amanah beliau, prestasi yg beliau buktikan serta penerimaan oleh DYMM Sultan, elok PAS beralah memberi laluan utk TS Khalid terus menjadi MB. PAS pun bukan ada org secerdik beliau utk memerintah. Kecualilah jika Presiden dan pemimpin PAS tamak dan mementingkan diri sanggup kehilangan penyokong PAS yg akhirnya memberi kemenangan kepada UMNO/BN.

Anonymous said...

assallam, sy bukan ahli pas, tapi rasanya presiden pas perlu meletak jawatan sbg tanda t/jawab atas prestasi buruk pas kali ini. bukan x sokong ulamak tapi kepimpinan yg ada ini perlu di "refresh" kerana senario politik sudah berbeza.

lan44646 said...

UG sentiment masih ada diperingkat tertinggi parti,
Sepatutnya wajib bertanggungjawab atas jatuhnya 2 negeri dibawah pimpinan beliau. Dah tiba masanya parti
Pas ubah sesuatu(buang duri dlm daging),
Majoriti rakyat cuma menanti Pas ubah dulu barulah boleh ubah kerajaan,
Pas berjaya masa ini disebabkan usaha org lain yg dpt
satukan Pas & Dap,
Pas kena lebih berusaha bukan tikam pakatan & lebih back up kezaliman,
Dlm Islam tak ajar kita burukkan sahabat tanpa bukti,
Kenyataan President (Karl mark, pil kuda )amat tidak waras,Islam tidak ajar begitu,anda telah ada sifat 2 musuh,tuduh tanpa bukti,tak pro langsung,tahniah anda
Berjaya gembirakam musuh yg nyata,sepatutnya isu itu dibincang secara tertutup bukan jadi org gila atas pentas,
Anda tak layak sebagai peminpin,
Pas for all tak direalisasikan,


Ikhlas pandangan seorang rakyat ,


Malaysiabaru said...

Salam

Ana ada post pd 24 april kata hadi ni bwk sial kpd pktn rkyT. Dan pr cuma dpt 95 keruzi jer.
Kita kn panggil kerajAan paz kerajaan satu semester. Apa apa hadi buat jhnm. Ana juga mhn allah bg kalah semja kerusi di wp tnda bala kpd geng ganu wp dan pemuda paz anti anwar. Amin makbul

Allahuwalam

Anonymous said...

saya rasa di samping kelemahan parti kita menghadapi p/raya, amno sgt2 hebatnya menipu kali ini, macammana letrik boleh padam di banyak tempat, serentak pulak tu, lepas padam macam2 jadi kpd peti undi, di merbok pulak polis yg hntar peti undi boleh sesat konon.. ada2 saja. POKOKnya musuh kita telah merancang utk menipu dgn hebat dan sistematik sekali, tapi org kita hanya berdoa?

1 lagi peniouan di perlis dan kedah, berlaku kejadian org pas bertukar DUN. sebenarnya pas tetap kuat di kedah, dun yg di menangi bn sikit2 ja majoriti, tu pun mungkin atas penipuan.

di selangor lain pulak rasanya, skuad penangkis penipu mungkin lebih sistematik dan aggressif. ini yg PAS sgt kurang dan lemah. tapi apa2 pun saya sgt kesian pd pertugas yg letih dan berjaga mlm, mereka telah berusaha dgn sepenuh jiwa raga. t/kasih.

ini komen saya pasal kedah di blog lain, saya paste balik:
-----------------------
Anonymous May 6, 2013 at 10:57 AM

ya steuju sgt2 kerajaan pas yg memerintah kedah tak reti ambik peluang, dah ada kuasa tak reti guna kuasa, baik tak kena tempat, sehari sebelum p/raya round bandar alor setaq, boleh ka skrin besar dekat simpang traffic light hospital lama dekat kmc tu, tayang dacing, gerammmm aku, bila call s'body yg ada kaitan dgn kerajaan kedah, dia kata ustaz azizan lah tu bagi kontrak kat org amno, jadi content nya amno yg pegang, budus. dgn org pas sendiri kepala batu.

lagi 1 yg paling geram sanggup ustaz azizan berperang mulut dgn prof aziz bari hari tu semata2 nak bela rektor kuin yg otak amno tu. sanggup kutuk buku jingga yg PR sama2 buat rujukan. kbg pasu ni yg semedang kbg lembu ni, tak adanya hutbah jumaat ka, program apa2 ka yg MB dtg, yg pemimpin pas masuk berjinak2, macam negeri bwh amno ja dulu kini dan sampai terlepas balik ni. kesian dr rohani and the geng kerja teruk2 akhirnya kalah jugak.
-------------------------

Anonymous said...

For : Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Tuan, Our job on earth is to correct the wrong and make it good even if we will to lose our life for it, that is why god has given this mission to us in this life time and if it is beyond our capabilities, then it is left to god in our afterlife. In this case, I cannot accept Najib as my leader( PM ), because he is the leader of a bunch of thieves, who cheated us this GE13, Devils only know how to cheat and by accepting him as leader, then I'll become one of them, a DEVIL believer, that is why I cannot and will not accept him. I believe in God like you, Tuan Guru, sir, I respect you, but we have to do god's works as long as we are here on this earth and not afterlife. Afterlife is god's work and we got noting to do with afterlife, ours is here NOW. Thank you, Tuan Guru.

Anonymous said...

Salam,

Sy bukan ahli PAS dan bukan ahli mana2 parti, tp sy menyokong kuat perjuangan PR dibwh kepimpinan DSAI. Tanpa DSAI DAP dan PAS senang citer manjang jadi "punching bag" BN dulu, kini dan selamanya. Jd kesatuan dan persefahaman utk melihat rakyat dibela dan negara diselamatkan dr kehancuran yg mengerakan PR. Pucuk pimpinan tertinggi PKR dan DAP begitu bersungguh dgn menyertai kesemua ceramah seluruh negara, tapi PAS hanya menampilkan geng edrogan dan geng ulama semcm melepaskan batuk di tangga termasuklah presidennya.

Sy rasa TG presiden ni dah mcm paklah dah jd kaki tidur dan menantunya Din Ayam yg menjlnkan pecaturan. Jd kesannya dah jelas kegagalan yg sama spt paklah dlm BN akan dialami oleh PAS sekiranya perangai Din dan bapak presidennya tidak diperbetulkan.

Anonymous said...

Kita dah bercakap, Kita dh tegur tapi depa tak dengar..

So apa kita blh buat? Taip keyboard marah2 depa je..

Mari cuba taktik saya untuk membantu PAS PRU14 nnt.. Sy dlm proses tukar lokaliti undi sy dari Damansara Utama ke Setiawangsa krn sy ada rmh yg di sewa sana.. Damanasara Utama kita dh terlalu kuat dan kita tukar ke tempat yg lebih mmerlukan..

Org2 Kelantan yg dtg berduyun2 dgr ceramah Husam/Nik Aziz/Azhar Idrus kat Putrajaya tak payah lah balik kampung lg untuk mengundi. Tukar lokaliti ke Putrajya

Anonymous said...

Dengan kesombongan PAS inilah yang menyebabkan Kedah yang berada dalam tangan jatuh ke tangan UMNO/BN seperti jatuhnya Terengganu dulu. Dengan kesombongan dan keras hati ini juga mengakibatkan Kota Damansara dan Semenyih di Selangor jatuh. Jika PAS menarik diri di kedua-dua tempat tersebut sudah pasti kerusi di Selangor bertambah lagi. Kesimpulannya PAS bukanlah kepastian kepada kemenangan, tetapi usaha yang gigih dan ditambah dengan pengalaman yang luas. Bukan hanya bergantung kepada serban di kepala.

Anonymous said...

Ass.mkum,
Saya perpendapat pemimpin sudah masuk umur melebihi pencen berhati mulia dengan beri laluan kepada pelapis. Masa sudah berubah, strategi kita mesti berubah. Walaupun kita "HERO" dizaman kita, masa sudah meninggal kita. HARAP MESAGE INI JELAS UNTUK PEMIMPIN.

Anonymous said...

TB tak boleh mengatakan begitu PAS secara keseluruhan. PAS ni sebenarnya ada dua blok. PAS TGNA dan PAS UG. PAS TGNA dpt pertahan Kelantan lebih 20thn. PAS UG tak boleh harap. Mcm ada blogger kata TGHA, HT, MA & KS ni Trojan umno.

Dr. soh said...

saya amat bersetju yang pimpinan pas wajib ditukar kalau hendak melihat pas berjaya. Dalam pas ramai yang mampu memimpin dan menjurus halatuju pas ke landasan yang betul. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:Dari Anas r.a. berkata: Rasulullah saw pernah bersabda: ......... Adapun yang membinasakan iaitu; kedekut yang dipatuhi dan hawa nafsu yang diturut dan kekaguman seseorang
terhadap dirinya sendiri.
[HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi]
inilah peringatan yang amat bernilai. pemimpin utama pas sudah terjebak sekurang-kurangnya dalam dua perkara yang dinyatakan oleh rasulullah saw. rasulullah saw mengingati lagi yang bermaksud: Sesungguhnya tidak lain yang aku takuti atas ummatku
melaikan para imam (pemimpin) yang menyesatkan.
[HR At-Tirmizi dari Tsauban]
jangan kita taksub. Seseorang tidak akan dapat melihat keburukan lakuannya kerana:….dan syaitanpun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan.
[Al-An’aam (6) : 43].

Anonymous said...

aku penyokong pas yg mengundi di kedah...dah tau pas akan kalah sebab banyak faktor...faktor MB yg lebih melayu dari umno satu hal..faktor wakil rakyat yg tak pernah nampak muka satu hal...faktor kempen dok tibai cina satu hal...faktor keras kepala satu hal..banyak la..sebab tu umno senang tipu pas...

Hardy Benz said...

Hj Hadi jg sebut selepas daripada ayat2 yang 'dipetik' HarakahDaily tu.... " Kita balik rehat dulu malam ni, esok kita sambung lagi kerja melawan penipuan dan kezaliman dlm PRU 13" , tp apakan daya Harakahdaily pun dah jd mcm ahlilkitab amek separuh2 saje..hampeh!!! Saudara Tulang Besi jangan ikut sama cam perangai ahlilkitab aaa...

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/05/presiden-pas-ajak-semua-terima-penipuan.html#ixzz2SaV3QyS3

Anonymous said...

Dah kalah macam- macam teori la buat. Ada terfikir pulak ke kemungkinan Allah hukum sebab sekongkol dengan kafir menghina kemuliaan namaNya dan mempermainkan perintahNya menjalankan hudud. Sembah lagi anwar ibrahim dengna DAP. Melayu sofistikated atas pagar terang-terang tolak PAS(Pas erdogan cam kau dan PAS merapu cam Mat Sabu)..sembahlah undi cina lagi..Tak pedih ke kene tunggang dengan cina harbi ?

Anonymous said...

Dah kalah macam- macam teori la buat. Ada terfikir pulak ke kemungkinan Allah hukum sebab sekongkol dengan kafir menghina kemuliaan namaNya dan mempermainkan perintahNya menjalankan hudud. Sembah lagi anwar ibrahim dengna DAP. Melayu sofistikated atas pagar terang-terang tolak PAS(Pas erdogan cam kau dan PAS merapu cam Mat Sabu)..sembahlah undi cina lagi..Tak pedih ke kene tunggang dengan cina harbi ?

Anonymous said...

diharap penulis keluar jd ahli PAS jika benar beliau ahli PAS dan kalau benar penulis senior, sudah tentu faham dgn perjuangan PAS tidak perlu utk kecewa dgn individu dlm PAS melainkan penulis tidak dpt.jawatan.yg diharapkan

kahkahkah said...

Jika kekalkan ulamak hampas maka pas akan terbabas dalam politik baru malaysia.

Anonymous said...

Secara ringkasnya, puak-puak agama dalam PAS cuma hebat berceramah hal-hal keagamaan melainkan seorang dua sahaja. Hal pentadbiran? Tak hebat pun!!! Sebab mereka lemah tapi keras kepala. Pandai mereka berceramah mengatakan adil ialah meletakkan pada tempat yang manasabah. Jadi puak-puak agama dalam PAS, sila amalkan apa yang sdr cakapkan. Jangan duk nak berebut jawatan kerana sdr lemah dalam hal pentadbiran!!!

Anonymous said...

Apa pun kamu semua boleh komen mengikut teropong ratusan kilometer jaraknya. PAs sebenarnya tidak kalah. Atas semangat islamnya semakin menebal hinggakan ke saluran pemuda. Seluruh negara!. Kadar celik agama Islam dalam pemuda PAS cukup baik pada PRU 13 ini. Hal pentadbiran dan agama adalah sama cuma perlukan sentuhan pro dalam pentadbiran.Pro juga dalam stategi pilihanraya. Pro juga dalam mengatasi penipuan pilihanraya ( jika ada ?). Di kawasan PKR menang pun ada puak-puak PAS yang beri undi namun segelintir Mamat ketagih YB dari PAS ini yang mengekari arahan dan sepakat diperingkat DUN/kawasan. Apapun yang pentingnya kena bersatu mengalahkan UMNOBN yang licik( hakikatnya dah mula tumbang). Usah bergaduh sesama pakatan. Turuti peraturan Al kitab melalui saluran agama.Nak tahu keluargaku pun reda mengundi calon PKR kerana kami patuh arahan untuk membantu memenangkan islam melalui pakatan. Kepada pemimpin PAS, anda perlu selalu belajar dari kekalahan dan mula dari akar umbi..turun dan bekerja dari akar umbi. Buangkan yang kotor ambillah yang jernih. Bagi pemimpin yang ada hati UG sila berambus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.