Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, May 26, 2013

Tumpu Daftar Pemilih Baru Untuk Atasi Penipuan Pilihanraya

Nak tau sebab apa BN berjaya di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Johor.

Nak tau kenapa Pakatan Rakyat berjaya di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang?

Jawapannya mudah.

Di 3 negeri PR berjaya menang gemilang itu, mereka telah mendaftar pengundi baru lebih ramai dari Barisan Nasional.

Di Penang misalnya kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan khas untuk proses pendaftaran pemilih. Mereka telah mendaftar beratus ribu pendaftar baru.

Begitu juga di Kelantan. Di sana, aktiviti mendaftar pemilih baru adalah aktiviti lumrah PAS Kelantan sejak tahun 1990 lagi. MEreka tidak pernah berhenti mendaftar pemilih baru.

Yang lebih membanggakan, PAS KElantan menumpu pendaftaran anak2 Kelantan yang duduk di luar Kelantan. Hasilnya, beratus2 ribu anak Kelantan di perantauan telah didaftarkan sebagai pemilih di Kelantan dan mereka ini pulang ke Kelantan untuk menyelamatkan Kelantan dari jatuh ke tangan BN. Inshalah, sampai kiamat pun Kelantan tidak dapat ditawan oleh BN.

DI Selangor pula, mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat, ada beberapa NGO yang telah mendaftar lebih 200 ribu pengundi baru semenjak 2008.

Di samping itu, hasil usaha beberapa NGO itu, rakyat Selangor secara otomatik juga mendaftar sendiri. Lebih 220 ribu rakyat Selangor mendaftar secara sukarela.

Hasilnya, di Selangor, walaupun UMNO mendaftar lebih 200 ribu pengundi baru yang majoriti dari pendaftaran ini adalah pengundi2 hantu, tapi mereka tetap kalah tersungkur.

Walaupun pengundi2 hantu mereka ramai yang dapat mengundi tapi pengundi2 Pakatan Rakyat yang telah mendaftar telah keluar mengundi dan membenam pengundi2 UMNO dan hantu2 mereka (baca: pengundi2 Bangla, Kambodia, Burma dsbnya)

Malahan, ada PAS kawasan yang sedar mereka tidak mendaftar bilangan pengundi yang cukup telah mengambil tindakan agresif menghalang pengundi2 Bangla ini. Hasilnya mereka menang dengan gemilang sekali.

Yang menyedihkan adalah sikap Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor. Mengikut maklumat Tulang Besi dapat, Tan Sri Khalid tidak memberi apa2 bantuan membantu usaha pada NGO tersebut dalam mendaftar pemilih2 baru. Mengikut maklumat TUlang Besi dapat, Tan Sri Khalid tidak membantu walau satu sen pun walaupun telah dibuat permintaan.

Sekiranya Tan Sri Khalid telah membantu, nescaya NGO2 tersebut telah menggunakan sumber mereka di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dan Pakatan Rakyat telah memerintah Malaysia sekarang ini.

Tulang Besi tidak faham mengapa Tan Sri Khalid tidak mahu membantu. Mendaftar pemilih baru adalah tanggungjawab semua kerajaan tidak kira kerajaan negeri mahupun Pusat.

UMNO memilih untuk tidak mendaftar pemilih secara otomatik kerana UMNO mempunyai wang sendiri yang banyak. MEreka cuma mendaftar pemilih2 yang mereka rasa hanya akan menyokong mereka sahaja. Hasilnya, hanya UMNO sahaja yang menang tiap2 kali pilihanraya.

Sedih juga Tulang Besi mendengar kesah Tan Sri Khalid Ibrahim itu. Begitu tidak bertanggungjawab sekali. Apa masaalahnya kerajaan Selangor menjalankan aktiviti mendaftar pemilih. Bukankah itu satu aktiviti yang mulia. Nasib baik ada usaha dari beberapa NGO yang mengambil kesah. Kalau diharap Tan Sri Khalid sahaja, sudah tentu Selangor telah jatuh ke tangan Barisan Nasional sekarang ini.

Harap2 dalam penggal kedua ini Tan Sri Khalid tidak bersikap kedekut di dalam menmpertahankan hak dan suara rakyat Selangor. Islam tidak mengajar menjadi kedekut. Islam mengajar kita menjadi berhemah. Perangai kedekut itu dipandang buruk oleh Islam.

Di Perak dan negeri2 lain, Pakatan Rakyat tidak berusaha ke arah mendaftar pemilih2 baru. Di KEdah misalnya, Barisan Nasional mendaftar 70% semua pengundi baru. Tidak hairanlah mereka dapat merampas Kedah.

Negeri2 itu mesti memulakan usaha mendaftar pemilih baru mulai bulan ini kalau mereka masih ada cita-cita hendak memerintah Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah dan Pahang. Sama juga dengan Sabah dan Sarawak.

Di Sabah, punya ramai penyokong2 Pakatan Rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pemilih menyebabkan UMNO masih kekal memerintah Sabah.

TUlang Besi mencadangkan gerakan Black505 memasukan aktiviti mendaftar pemilih sebagai salah satu agenda mereka. Pastikan semua rakyat Malaysia mendaftar sebagai pemilih.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

25 comments:

Anonymous said...

I agree with your analysis it's good
To be fair to Khalid he did allocate a couple of million to check and clean up the electoral rolls in selangor But it's difficult to trace hantus because they are 'hantus' so cannot be seen only appearing during polling time Also when traced the courts did not allow the hantus to be removed from the electoral rolls so it was a waste of money
Pakatan had 5 years to prepare why did they not register more people? It's terrible especially in perak pahang SabahI In Kedah mahatir wanted to get back kedah so they aggressively registered and put in lots of new voters some of them foreigners from Thailand and rohingya people But weak PAS leadership there also contributed to even PAS people voting for umno

Anonymous said...

Pas kena ambik perhatian ni terutama pas kedah. S' body tlg bgtau mahfuz.

Anonymous said...

ni hal binatang SPR punya penafian:

tolong hebah2kan perkara ini, penafian SPR berkenaan cubaan menipu oleh SPR, memang sah gambar letrik padam pd masa kiraan undi pru13. sila baca:
http://www.kedahlanie.info/2013/05/adun-seri-serdang-akui-gambar-yang-spr.html

pengerusi dan tim pengerusi SPR wajib jwp, nak kentong sampai tahap mana??? pemimpin PR kena paksa SPR jwp, jgn sekali2 biar SPR terlepas.

Anonymous said...

Laaa kutuk Khalid MB pulak. Dis diterima oleh Pas, DAP n PKR. Apa nak jadi dgn hang ni, ulamak macam Harun Taib hang perleceh, orang amanah macam Khalid MB pun hang nak kutuk.

Punya amanah Khalid tu sampai seduif pun dia Tak bagi PR Duit selangor, orang Selangor punya BN ka, PR Ka, bebas ka, tak kisah.

Taubatlah kamu wahai TB jangan kamu benci ulamak ( eg Ust Hassan Taib) dgn orang yg amanah ( Tan Sei Khalid).

Orang yg amanah disayangi Oleh Allah

Anonymous said...

isu hang ni betul. Kutuk khalid no wayyyy. Hang Nu fraksi Azmin apa!!!

Anonymous said...

Wooii Duit rakyat bukan bolei guna untuk party itu corruption. Mujoq Khalid seorang jujur. Alhamdulillah

Malaysiabaru said...

Salam

Tak guna lawan umno ... Mereka pakar menipu sejak 56tahun. Apabila kita detect penipuan... Dan kita complain maka kita yg complain akn di sunbat dlm pnjara dgn alasan kita patut terimala keputusan pilihanraya yg sudah berakhir spt kata tok guru hadi PIN . Sabarrrr.

Anonymous said...

Betul cakap hang register new voter. Pakai duit selangor untuk usaha ni equates to pecah amanah yg tu aku tak Setuju.

So Tulang besi jgn kutuk Khalid MB. Jgn ikut style melaun lain. Aduihh register vote bagus. Korupsi film hindi kata Nahe Nahe zindagi corruption Inspector Saab nahihee.

Macam cerita roti canai. Cicah dengan dhal basi terus cirit.Roti canai = register new votes = bAgus
dhal bass= salah guna kuasa = cirit

Anonymous said...

1.blackout!! kantoi!!malah YB DAP sendiri mengakui tiada bekalan elektrik terputus disitu!!
2.bangla 40,000!!kantoi!!tiada sekeping gambar pun boleh dijadikan bukti untuk dibawa kemahkamah!!
3.Hidup penuh dengan penipuan dan fitnah!!pru 14 nanti ada 3 juta orang melayu yang tak mendaftar pada Pru 13 akan mengajar DAP dan barua-barua macam ko!!

Tulang Besi said...

I agree with your analysis it's good
To be fair to Khalid he did allocate a couple of million to check and clean up the electoral rolls in selangor But it's difficult to trace hantus because they are 'hantus' so cannot be seen only appearing during polling time Also when traced the courts did not allow the hantus to be removed from the electoral rolls so it was a waste of money


Not true.

All of the hantu has already been detected

Khalid refuse to release the funds for reasons we do not know.

So, he was never really interested in keeping the Selangor electoral list clean

Tulang Besi said...

Pakai duit selangor untuk usaha ni equates to pecah amanah yg tu aku tak Setuju.

Sejak bila pakai duit Selangor dikira pecah amanah?

Di mana bukti?

Ikut undang2 mana?

Heran aku tengok ko ni

Anonymous said...

Alamak. Betul la pecah amanah. Macam pakai duit negeri untuk kempen, Itu kerja parti. Mana boleh pakai duit state. Register orang jadi pengundi pun kerja politik. Kena pakai duit parti or sendiri punya fulus. Salah tu paling kurang dari segi moral.

Hal ni aku dibelakang Khalid MB dgn solid. Anwar sadat ka, Anwar ibrahim ka, Anwar Musa Ka, Anwar Sidek ka. I don't care. Sungai waylah nak pakai duit state for politicking. Aku sokong PR tapi Bab ni no compromise. Isu amanah niiiiiiu

Anonymous said...

Korupsi termasuk pakai duit rakyat untuk politik. 1998 dgn 1999 kami bangun kena ligan kena gas sebab apa. Sebab kami against penyalahgunaan kuasa. Kalau PR buat lagu ni. Aku tuju sekor2 dgn kuah dhal roti canai

Anonymous said...

Alaaaa Abang hamid, sekolah dulu kita rembat ikan keli kat kolam jabatan pertanian titi serong. Bukan sikit2, setengah guni minimum. Kah kah ada hati nak lecture TB pulak. Lepas tu bohong mak ayah dapat ikan menjala kat tali ayaqq.

Ha ha. Jgn mare Abang hamid. Next week TT kat taiping aku blanja. Nanti aku call

Tulang Besi said...

Korupsi termasuk pakai duit rakyat untuk politik. 1998 dgn 1999 kami bangun kena ligan kena gas sebab apa. Sebab kami against penyalahgunaan kuasa. Kalau PR buat lagu ni. Aku tuju sekor2 dgn kuah dhal roti canai

Aku bukan cakap pasal politik. aku cakap pasal pendaftaran pemilih baru.

Undang2 mana kata ia korupsi?

Ataupun ni ngko je buat undang2 kayangan?

Tulang Besi said...

Macam pakai duit negeri untuk kempen, Itu kerja parti. Mana boleh pakai duit state. Register orang jadi pengundi pun kerja politik. Kena pakai duit parti or sendiri punya fulus. Salah tu paling kurang dari segi moral.

Setau aku kalau register orang jadi pemilih, kita tolong orang untuk bersuara dalam memilih pemimpin2 negeri dan negara.

Kat mana yang korupsi nya?

Mengundi ni ada sebut dalam Perlembagaan Negara.

Anonymous said...

Setuju..

Anonymous said...

Buat le mcm mn pun..SPR ni agensi yg cekap..next pru mereka akn buat sistem baru yg akn menguntungkan pemerintah..last2 sekali pr yg akn terperangkap..

Anonymous said...

Abang Mid kata Sg Way brader nak pakai duit state. Gila siolll bunga bunga bahasa tahun 80s . Baca politik kat paper Watan, hisap rokok perrylis kotak hitam dengar lagu dlloyd n shopping Raya kat supermarket Batu road.

Ha ha ha

Anonymous said...

Azmin dah mengaku silap dia yg seat bertindih. Aku respek kat mamat ni sebab dia honest kesilapan dia. Sila baca Tranungkite. TGHA tak salah. Cuma yang bawah2 ni jump to conclusion. Itu yang teruk tu ... Hadi salah, MB khalid salah, Harun Taib salah. Kat sini yg benar Adalah yg nama anwar. Tak kisah anwar Sadat Ka, Anwar ibrahim ka, Annuar Musa ka, Anwar said Ka or even Anwar Zin. Teruk betul hangpa ni semua salah yg benar yg ikhlas orang bernama annuar.

PS aku pun nak tukar Nama Jadi Anwar kashaf. Kat sini selalu betul bila aku pakai Nama ni. Kashaf pulak sebab nak baca hati orang. Bengkekkkk je TB baca

Anonymous said...

Yeke? Bukan kerana Penang banyak cina dan Kelantan bnyak melayu? Dan di Selangor banyak cina dan melayu? Walaumacamana spin pun 1 dunia dah tahu yang cina Malaysia dah bersatu, mereka juga undi calon pas, bukan kerana menyokong Pas tapi kerana menyokong pakatan yang didominasi DAP, sekarang dah terbukti siapa yang lebih berkuasa, Pas ke? Sedar-sedarlah Pas hanya dipergunakan.

Juragan 69 said...

Bhai...berapa ramai yg kena sumbat dlm penjara sbb komplen...yg menhasut utk buat huru hara pun bebas jew...

Anonymous said...

Puak2 kononnya progressive dalam PAS kata needs to focus new voters. True I Agree.

At the same time they refuse to acknowledge that the rural area rejected PAS this time as they perceived PAS have abandon PAS Islamic fundamentals such as Hudud laws etc. Another issue they perceived PAS have abandon malay-muslim struggles. These people in rural areas in have bought in propaganda by main stream media.

You want to win, 1st you need to understand the rural people. Then you need to win the hearts and mine.

At the same time, the progressive people still fond of poiinting fingers to renowned cleric such as Ustaz Haron Din and Ustaz Harun Taib. These blessed people are talking on the basis of religion, which is right and strategy for rural areas. If the Hudud things was not raised by the clerics, I believe PAS will lose more rural seats especially in Kelantan and Terengganu.

What I disagree on so called self proclaimed progressive are their poor respect to cleric and to accommodative to PR partners.

A good example, how TB mentioned about PAS do not have the rights to request Exco seat in Penang. What is the issue of asking, again it is subject to clearance from DAP n PKR. There was no problem about asking, if the partners refused than we will accept their refusal.

If PAS is to accomadative, the main media will blow things out of proportion and we will lose more votes in rural.

Thanks

Anonymous said...

Pengomen dlm English diatas memang betoiiii. Gang gang yang dok kutuk Ulamak ini yg kononnya progressive ayat banyak. Kat kampung mana depa Rajin tolong. Hang tengok mujahid. Orang kampung dia jaga. Ulamak dia hormat. Ayat kurang kerja Kat akar umbi lebih. Dari hang dok kutuk pemimpin amanah, ayoh terus turun padang tolong orang kampung n kempen register voters kat Kuala Selangor. Stone Cold Steve Austin pernah sebut action talks louder than words. TB bukan berani jawab tulisan brader omputeh macam kat Atas ni. Isi jitu

Anonymous said...

jangan-jangan yang PR daftar tu yang sebenarnya pengundi hantu...siapa tahu??? Allah SWT yang Maha Mengetahui....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.