Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 4, 2013

Hubungan Konsep Kepimpinan Ulama Dgn Revolusi Iran

Ini adalah hasil nukilan sdr Aris Awang, mantan Ketua Pemuda PAS Kedah yang saya ambil terus dari FB beliau.

Komen Tulang Besi cuma satu yakni konsep kepimpinan ulama ini tidak ada dalam budaya Ahlus SUnnah wal Jamaah. Malahan, syarat menjadi Khalifah pun tidak mewajib mempunyai ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat FAQIH (ataupun ulama).

Kepimpinan Ulama ini adalah bersumber dari tradisi Syiah.

Pun begitu, kalau kita lihat di Qom, para ulama Syiah yang dihantar untuk terlibat dalam medah politik terlebih dahulu mendapat latihan yang begitu giat dalam hal2 berkaitan ilmu pentadbiran, politik serta ekonomi. Dengan kata lain, bukan semua yang berkelulusan agama dibenarkan oleh aliran Syiah untuk masuk terlibat dalam dunia politik. Hanya mereka2 yang terlatih dan layak serta berkerampilan sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam politik.

Ia jauh berbeza dengan tradisi PAS. Perkataan ulama dijual dengan sebegitu murah terutama nya di musim pemilihan parti semata-mata untuk mendapat sokongan dari perwakilan untuk diundi. Samada ia layak atau tidak untuk berkecimpung dalam politik tidak menjadi isu. Yang penting haruslah ia mempunyai gelaran ustaz walaupun hanya sekadar lulusan bahasa Arab dari Al Azhar sahaja.

Hujjah yang lagi satu adalah kepimpinan ulama hanya merujuk kepada kedudukan Majlis Syura Ulama. Kepimpinan ulama tidak pernah mensyaratkan golongan ustaz wajib memegang jawatan Presiden serta Timbalan Presiden PAS. Malahan, sekiranya TIADA seorang pun golongan ustaz yang dipilih di peringkat AJK PAS Pusat sehingga ke Presiden, kepimpinan ulama masih tetap wujud dalam PAS. 

Jadi, berhentilah jual nama ulama demi mendapat jawatan dan pangkat serta menjadi calon pilihanraya. Kelak kamu akan dilaknat.

Terima kasih kepada sdr Aris Awang di atas research yang sebegitu baik dan teliti.

TULANG BESI



SAYA CUBA MEMADAM SEJARAH PENGARUH REVOLUSI IRAN 1979 TERHADAP PAS TAHUN 1982... NAMUN TIDAK MAMPU KERANA DIA TERCATAT DI BANYAK AKHBAR, MAJALAH, BUKU DAN ARTIKEL

ANTARANYA IALAH:-

Menurut Datuk Asri, PAS telah terpengaruh dengan Iran

“…..the new Pas leaders were obsessed with the idea of shi’ite rule and would adopt the Iranian system by violent means if necessary” (Asia Week 3 Dis 1982: 7)

“……sikap ekstrim yang dilahirkan oleh setengah kalangan, terutama di kalangan Dewan Pemuda PAS yang telah mengadakan muktamar tahunanya secara berasingan di Bukit Mertajam, dan pro revolusi Iran telah berjalan dengan rancak sekali dan merebak dengan cepatnya kedalam sebuah organisasi PAS sehingga tidak mampu dibendung lagi. Demikian pula suasana yang berlaku dalam muktamar tahunan PAS dengan menunjulnya revolusi Iran yang dilaung dan dipamerkan (Asri 1993: 114, Mastika Januari 83: 8-12, Utusan Malaysia 2 April 1982: 2)

Dewan Pemuda Pas yang mempelopori kepimpinan ulama’ telah mengadakan lawatan rasmi ke Iran sebagai mewakili gerakan Islam di Malaysia untuk mengiktiraf kejayaan kepimpinan ulama’ di Iran. Rombongan ini disertai oleh Haji Subki Abdul Latif setiausaha Dewan Pemuda Pas dan dua orang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz abu Bakar Chik dan Ustaz Suhaimi Haji Ahmad (penyata Tahunan Dewan pemuda PAS, 1981-1982: 6).

Pada bulan Jun 1982 sekali lagi Dewan pemuda Pas mengadakan lawatan ke Iran dengan diketuai oleh Mustafa Ali dan Mohd Rusdi Arif untuk meninjau keberkesanan kepimpinan ulama’(Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat, 1981-1982: 6).

Apabila soalan ditanya kepada Fadhil Noor apakah Pas hendak ikut Iran? Beliau menjawab kita akan ikut negara yang pegang polisi al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama’ .(Mastika Jan 83: 17)

Pemimpin Umno menuduh Pemimpin PAS suka pergi ke Iran maka Haji Hadi jawab “we go every where we see every body and we talk about all things” (New Strait Times 13 November 1983: 4)

Sungguh pun begitu Pas menyifatkan mereka hanya menjadi perjuangan Ulama’ Iran sebagai sumber aspirasi sahaja dan tidak lebih daripada itu. Ini dapat dilihat dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyifatkan perjuangan Ulama’ Iran sebagai pemimpin Islam yang perlu dicontohi malah beliau turut mengakui sering mendengar meniru ucapan pemipin Iran itu.(Dunia Islam Feb 1995: 19)

Sungguhpun begitu adalah sukar untuk mentafsirkan perjuangan PAS diresapi semangat dari Iran kerana dalam banyak perkara suasana di Iran dan di Malaysia adalah jauh berbeza. Ini diakui oleh Yusuf Rawa, bahawa memang apa yang berlaku di Iran memberi rangsangan kepada PAS tetapi revolusi tidak sesuai untuk di import ke Malaysia(New Strait Time 4 Jan 83: 5)

Begitu juga sukar untuk membuktikan PAS telah menerima doktrin Syiah dalam perjuagan mereka. Tindakan PAS memecat ahlinya yang disyaki terlibat dengan kegiatan Syicah membuktikan PAS tidak mahu dikaitkan dengan ajaran syicah. Seramai lapan orang ahli PAS di Perak telah diambil tindakan tatatertib iaitu Ustaz Ahmad Jildbaz Mukhlis bin Mokhtar Ghazali, Sdr. Munawir Mahmud, Sdr. Mohd Zain b. Abdul Rani, Saudara Ariff Muhammad, Saudara Shamsuddin Razali, Saudara Zulkifli Said dan Saudara Razali Kassim(PAS/PA/1.06/1.03/97-98(8) bertarikh 12Zulhijjah 1418/9 April 1998)

Bagi mengesahkan kepimpinan Ulama’ di peringkat PAS Pusat maka pindaan Perlembagaan PAS dibuat dalam Muktamar Tahunan Agung PAS Pusat yang ke 29 pada pada 29 April 1983 telah meluluskan pindaan Perlembagaan PAS bagi menubuhkan Majlis Syura Ulama’ .Pindaan ini kemudian diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 18 Mac 1987 bagi membolehkan seorang Mursyidul Am dilantik(Perlembagaan PAS, Fasal 7, 1987: 4-9). dan Ustaz Haji Yusuf Rawa dilantik sebagai al-Mursyidul Am Pas pertama pada Nov 1987 (Harakah, 27 November 1987: 1)

Majlis ini berfungsi sebagai badan yang memantau dan mengawal agar perjuangan parti terus selari dengan syariat Islam. Ustaz Haji Yusuf Rawa menegaskan penubuhan ini untuk mengembalikan peranan Ulama’ sebagai pemimpin ummah dan segala dasar, segala keputusan parti akan sentiasa berpaut kepada ajaran Islam dan tidak akan keluar daripada panduan dan bimbingan mereka (Yusuf Rawa, 1987: 18).

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

16 comments:

Anonymous said...

1.ciri-ciri kearah sistem komunis!penolakan pada ulama!
2.ulama-ulama yang kununnya pro umno seperti noh gadut,harussani dicemuh dan dihina!!kini giliran ulama dalam pas seperti hadi awang,harun din,harun taib dll turut dihina dan dicemuh!!akhirnya semua ulama dimalaysia ditolak ketepi!!tinggallah pengkhalwat,pengliwat,penzina ,penjual agama dijadikan idola!!
2.gelak sakan kit siang dan guan eng melihat kebodohan puak melayu macam ko!!

Anonymous said...

Apaaaa Shiah ni, Banyak ajaran khurafat. Antaramya sujud atas batu Karbala waktu solat.

Shiah sangat Bahaya. Ramai ulamak cakap jgn discuss ugama dgn Shiah. Depa ni ramai putar alam bab ugama.

Setengahtu macam Druze sesat terus. Jumpa Shiah kita report polis. Wajibtu.

Anonymous said...

Yang layak hantar Ke Qom adalah Mahaguru Gelugor marei. Dia cakap merapu, kita merapukan lagi otak dia. Mungkin mahaguru masih cakap Dei kici PR secular lahhh, tapi balik Qom dia pakai serban. Kah kah kah. Macam suweyy

Anonymous said...

Bingainya orang PAS. Mastika dibuat rujukan. Apasal Tak refer kat artikel Siri bercaksp Dgn Jin dalam Variasari

Anonymous said...

Jangan kutuk Ustaz jgn menyamjung belajar dekat Qom. Yg belajar kat Qom tu ramai suka maki sahabat nabi. Hang mau belajar ikut Style Sheikh Qutb, Hassan all-banna dll. Mereka ni Sunnah, orang Ikhwan pulak tu.

Lu baca cerita Hassan Al Banna, dia pentingkan dakwah, kebajikan sosial. Politik tu komponen saja. Ikhwan buat hospital, sekolah, kilang dgn kedai. Duit Ada Pi infaq.

Itu contoh yg baik. Hang Pi Parit Buntaq 30% kedai kat pekan Kedai orang PAS. Kedai kain, dentist, Klinik, Kedai dobi etc. Itu sebab kami sayang Mujahid. Cakap ting tong saja Tak cukup brader

Anonymous said...

Apara bro, lu sunnah apasal pakai shiah punya case study. Lu pakai Islamist group kat turkey, morsi kat mesir lagi mantap. Kerja lu nak bantai Ustaz saja,

Anonymous said...

Dah merapu tu pakai la case study christian democratic party kat german. Gua terus tak baca article Lu. Lu ni sama species dgn ridhuan tee, cuma lain pertubuhan saja

Anonymous said...

Apahal Mr Tulang isu dgn Shiah. Kalau nak kata bodoh boleh jugak. Sat cakap socialist sat cakapn shiah...

Bodoooo betul la

Betul kalau Kira PR mangkuk hayunn. shiah+ socialist+ liberal + sekular + anarchist + chauvinist = Pakatan Rojak = Pesembur Rojak =PR.

Patutlahh Lu cakap macam mabuk stout. Ideology berterabur

gua rasa Lu kena keluar Tabligh 40 hari. Balik Tabligh maihh masukk usrah Isma

Anonymous said...

Itulah manusia PAS yang hidup mereka dibina atas persepsi. Persepsi ni boleh berubah, hanya perlu kepada mainan propaganda. Bila dah benci, mula main persepsi tak ada kepimpinan ulama. Bila ada keperluan, sibuk main kepimpinan ulama. Nampak sangat kecelaruan minda.

Anda kata tak de kepimpinan ulama, sedangkan konsep itu dijaja berpuluh tahun oleh PAS dari anda kecil sampai dah beranak pinak. Kenapa anda tak tentang PAS suatu ketika tulu kerana mempropagandakan agenda kepimpinan ulama yang didakwa dari syiah? Kenapa hanya hari ni, bila puak-puak Erdogan mula menguasai PAS, tiba-tiba isu ini timbul?

Dan sewaktu kemuncak propaganda kepimpinan ulama, masa tu Ustaz Fadhzil, Nik Aziz dll semua masih dalam kepimpinan tertinggi pas, malah dalam kemucak kekuasaan mereka, kenapa mereka tak tentang kalau ia tak betul? Kenapa tiba-tiba sekarangnya boleh jadi tak betul?

Adakah ia bermakna PAS selama ini menjaja suatu yang tak betul dan tidak ada dalam Islam atau kepimpinan pas termasuk Nik Aziz membiarkan suatu yang tak betul di propagandakan kerana keuntungan politik?

Anda adalah orang yang celaru dan sangat celaru. Adalah lebih baik anda pi tanya orang yang anda pangil "Abang Mat" tu akidah dia akidah apa.

Anonymous said...

Sekarang kelihatan blogers yang dulunya pro PR mula membuak ruang mempertikai kepimpinan PR khususnya PAS dan adalah sedikit PKR. Persoalan adakah mereka ini sebenarnya 'MUNAFIK' @ agen BN @ benar2 ikhlas nak membetulkan jamaah. Kalau ikhlas bukan ini caranya. Membuka ruang perbincangan terbuka akan meruntuhkan jamaah melalui komen yg dipelabagaikan maklumat yg tidajk sahih.

Anonymous said...

Wooiii bacalaaa 5 sahabat yang terdahiulu

Saidina abu bakar
Saidina Umar
Saidina Othman
saidina Ali

Semua sahabat diatas Faqeeh dan dapat guarantee masuk syurga

Khalifah Muawiyah pula seorang Faqeeh dan seorang sahabat. 5 sahabat ni bukan Shiah.

Khalifah Umar Ibn Aziz. Mujaddid pertama pun seorang Faqeeh

Engkau ni memang style conclusion dulu lepas tu cari point. Dia kena cari point dulu baru masuk conclusion.

Anonymous said...

Jelutong laaaa bukan Gelugot. Ha ha

Anonymous said...

Mahaguru penang mariee Lu suruh dia Pergi qom untuk pakai saRban. Macam lahanat punya lawak

Anonymous said...

Lu sehari tak kutuk ulamak tak boleh ka. Ulamak2 yg engkau kutuk tu sampai kata ulamak dunia. Apahal

Dema yg Lu kutuk2 tu adalah dari Kumpulan bulan. Bulan bukan tempat cari duit. Bagi duit. Bagi masa ada la. Ada pulak beruk kata kepimpinan ulamak bukan style sunnah. What the fuck

Lu kutuk orang melayu takut kat bangsa lain. Lu ada Pi masuk tanjung karang ka.
Walk the talk man. Lu orang lompat2 kat 505 pakai baju hitam, Lu tau tak kat Tanjung Karang tu ramai orang miskin. Awat tak semangat tolong huloq dan kumpul beras. Gula dan tepung.

Kempen maknanya Bagi penerangan. Kat kampung kena kempen dan kena jadi contoh yg baik.

Lu tau Tak indirectly PAS and PKR Kalah kat kampung sebab perangai macam lu. Lu kalau biasa keluar tabligh, buat Ghash kena ada adab, berhemah. Kat kampung kena control sikit ego taik engkau tu.

Arios

pas bertanding banyak kawasan rural. Mau menang ini tempat lu mau paham orang kampung

Anonymous said...

Yahhhh talk only no action

Anonymous said...

SALAM

CALON NAIB PRESIDEN PAS

1. DR RANI SELANGOR
2. DR MUJAHHID PERAK
3. DR SHEIKH JOHOR

KALAU BOLEH BIARLAH PAS TAKDE PRESIDEN ATAU TIM PRESIDEN ... BERI JER JAWATAN TU KPD BERUK BIN BIOL DAN LABU BIN SAPU

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.