Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, June 1, 2013

Penerangan Beberapa Kalimah Biasa Yg Diguna Puak UG Dalam PAS

Mari kita lihat propaganda2 puak UG dalam PAS:

1) Dedah rahsia parti = Dedah pengkhianatan dalam PAS i.e. jumpa UMNO dalam gelap, lantik Ku Li sebagai PM, fitnah parasit etc. Hakikatnya, segala pengkhinatan2 ini tidak pernah menjadi keputusan parti ataupun pendirian PAS. Jumpa UMNO dalam gelap selepas 2008 lepas pun tidak pernah mendapat persetujuan mana2 pihak dalam PAS

2) Tidak mengikut disiplin jemaah = mendedahkan pengkhianatan dalam PAS oleh pengkhianat parti seperti Nasa dan Hasan Ali

3) Memberi wala' kepada Anwar Ibrahim = menolak agenda kerjasama dengan UMNO yang dicadangkan oleh kumpulan ustaz dalam PAS, menyokong perjanjian dalam Pakatan Rakyat

4) Tidak wala' kepada ulama = tidak menyokong ustaz2 yang mahukan kerjasama dengan UMNO dan keluar dari Pakatan Rakyat.

5) Bukan budaya dalam PAS = jangan persoal tindakan2 pengkhianat parti seperti Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa

6) Parasit = tidak menyokong usaha menubuhkan kerajaan perpaduan, pemimpin2 yang menentang pengkhianat2 dalam parti. Misalnya Harakah mengecam NAsaruddin Mat Isa. Kemudian kecaman tersebut telah dijawab oleh Nik Abduh, Timbalan Ketua Pemuda dengan marah sekali. Tak lama lepas tu, Dewan Pemuda mengusulkan supaya sidang editor Harakah dirombak.

Kesimpulan: apabila orang macam saya menentang para pengkhianat parti seperti Hasan Ali dan Nasa, maka puak2 UG inilah yang datang menentang saya.

Mereka2 ini giat memfitnah orang mcm Dr Dzul dan Khalid Samad dengan memanggil gelaran seperti parasit, tapi mereka diam membisu pasal Nasa dan Hasan Ali

Akhirnya tak hairanlah Allah SWT menarik kemenangan dari Parlimen Titiwangsa sedangkan Allah SWT memberi kemenangan kepada Nurul Izzah.

Puak2 UG ni lebih rela jadi pendokong pengkhianat2 dalam parti terutamanya puak2 Pemuda PAS.


TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
A

36 comments:

C++ said...

Bhai TB...

Stuju benar ngan pandangan lu.... itulah masalahnyer.... biler orang yang katanyer ader ilmu agama lebih tinggi membekap guru agama dier yang membuat fitnah ...

Aper daa...

Anonymous said...

Berkokok sorang2,,syok sendiri..

Anonymous said...

TB dengan ustaz dan ulamak dia berani. Dgn Lim anak beranak, mahaguru tak pakai sarban Penang mari kamu penakut. Dgn sosialis kamu kesian. Kerja kat rural area ambik remeh. Merosakkan jemaah betul la

Anonymous said...

La mana ada benda2 UG niii. Yang ada gang2 yg memaki hamun ahli dewan ulamak tapi takut dgn mahaguru Tak pakai serban kat Gelugor, Lim tua dgn Lim muda not to forget Anwar sadat.

Sudahkah kamu baca tafsir surah al kafirun dan surah al munafiqun. Ari tu Ada brader Berjasa Isma post Komen kat blog hang. Aku bukan nak join depa. Aku tetap dgn bulan. Tapi dari ugama point of view kita kena Hormat ulamak, kasih kat orang susah kat kampung.

Hang ni tak kesian Dk Tok Tok guru. Asyik2 kesian kat mamat socialist. Hang tau tak Khmer Roque yg dipimpin oleh Pol Pot tu socialist

Anonymous said...

Anon 1:23,

"Tapi dari ugama point of view kita kena Hormat ulamak, kasih kat orang susah kat kampung."
-----------------------------

Bhai,

Ugama suruh ke hormat ulamak-ulamak yang dok beria-ria nak bergabung dengan UMNO yang kita semua tahu hari-hari dok meipu melayu sejak dari dulu. UMNO yang dok biarkan Islam diperlekehkan oleh rakan dalam BN depa. UMNO yang tak mahu hudud.

UMNO yang dok hidup mewah dengan merompak harta rakyat.

Lupakah sdra tentang dalam Islam ada 2 jenis ulamak. Ulamak yang sebenar dan ulamak su'.

Ayat diatas sama standard hujah pencacai-pencacai UMNO pakai belit dan putar je.

----------------
Anon 1:23,

Anda membangkitkn isu sosialis diatas lebih kepada untuk menegak benang basah mengenai sabotaj geng PAS Subang terhadap calon PKR dari PSM di kerusi KD.

Kalau isu sosialis dijadikan alasan, itu alasan orang bodoh yang pemikirannya cetek sama seperti pencacai UMNO. Aku dah banyak tulis pasal ini.Mengapa timbul semasa PRU 13 sedangkan PAS menerima dan menyokong Dr Nasir dalam PRU 13. Keputusan pimpinan PAS semasa krisis pertindihan kerusi dengan PKR memberi laluan kepada Dr Nasir sudah dibuat. Isu sosialis yang sdra sendiripun tak jelas tak timbul lagi.

Pol Pot tu calon parti mana dalam PRU 13 malaysia baru-baru ini? Dia bertanding kerusi apa dan dimana?

Cerita dengan hangpa dan kuncu-kuncu hangpa termasul Anon 12:18 yang menyokong Din ayam dan ulamak-ulamak PAS yang nak sangat bergabung dengan UMNO senang sahaja - HANGPA DERHAKA DAN TAK PATUH KEPADA KEPUTUSAN PUCUK KEPIMPINAN TERTINGGI JAMAAH HANGPA! KEDUA, WALA' HANGPA KEPADA DIN AYAM DAN KONCO-KONCO LEBIH BESAR DARIPADA WALA' KEPADA PUCUK PIMPINAN TERTINGGI JAMAAH!

Jadi, apakah langkah terbaik yang patut Din Ayam dan penyokong-penyokongnya buat slepas ini? KELUAR JE PARTI PAS, BUAT PARTI SENDIRI JIKA SUDAH TIDAK DAPAT MEMBERIKAN WALA' DAN AKUR DENGAN KEPUTUSAN PUCUK PIMPINAN TERTINGGI JAMAAH.

baik keluar dari PAS sebelum diambil tindakan disiplin oleh jamaah. Akibatnya lagi buruk.

Muhaz

ps:

Seburuk-buruk Dr nasir dimata hangpa, da tidak merompak harta rakyat seperti melayu Islam UMNO. Dia tidak memperlekeh dan menjual Islam sebagaimana melayu islam UMNO.

Apakah tindakan dan perbuatan Dr nasir yang lebih buruk dari perbuatan melayu Islam UMNO? cakap mai....

Pernahkah Dr nasir mengkritik dan memburuk-burukkan PAS sebagaimana UMNO telah memburuk-burukkan PAS dengan tuduhan parti sesat atau parti syaitan?

Kalau hangpa boleh menerima segala perbuatan durjana melayu-melayu Islam UMNO dan menolak Dr Nasir atas dasar tahallul siyasi, aku rest my case. hangpa dengan melayu-melayu UMNO takde beza....hangpa dengan depa bagai pinang dibelah dua. Eloklah bergabung.




Anonymous said...

pui kesian kat org yg tak tau strategi perang
nak mampuih?
Org dok usaha naik, hampa dok tarik gear reverse?
Kesian kat hampa pasal takdak akai!

Anonymous said...

Fuh dahyat hujah dia yg last Allah SWT menarik kemenangan di Parlimen Titiwangsa.... sbb apa dia sebut Titiwangsa kononnya sbb yg btanding calon daripda Pemuda yg kononnya dikaitkan dengan agenda UG.... tp dia xciter pasal Alls STW menarik kemenangan di Parlimen Kuala Selangor dan Pendang... dia xciter pulak Ketua & Timbalan Ketua DPPM menang di Parlimen Temerloh dan Pasir Mas... Dia xcakap KP DPPN Selangor menang di DUN Gombak Setia, begitu juga YDP Selayang yang juga mantan EXCO DPPM yg turut dikaitkan dengan UG dan diramalkan akan akan oleh TB menang dengan majoriti 7K lebih di DUN Taman Templer..... loq laq btul tb ni xhabis2 jadi nujum pak belakang....

Anonymous said...

Wooiii PR Sekular. Golongan yang durhaka dgn perjuangan bangsa dan agama . Insaflahh kamu. Baliklah kamu ke perjuangan kebangsaan.

PR mula menollak hukum agama. Yg penting hati parti cap Mercun thunderclap.

Golongan PAS sekular mengamalkan ugama suku, politik suku. Baik tinggalkan PAS dan PR

Anonymous said...

Bolei bkahhh TB, lu merosakkan jemaah

Anonymous said...

Padan muka. Tulis merapu, Tak kena mengena PSM kena panggil Pol Pot. Tabik spring kat commentator diatas

Anonymous said...

Lupakanlah PR dan secularism mereka. Mari Kita memartabatkan pertubuhan kebangsaan sebagai wadah agama dan bangsa. Kalau bencikan kami Berjasa Isma adalah alternative yg baik

Anonymous said...

ulama spt TGNA mesti dihormati. Beliau konsisten dlm perjuangan. Selagi ada hayat beliau, nik abduh jangan mimpilah nak berselingkuh dgn umno. Iman memang tidak dapat diwarisi. Bapa anti umno; anak pro umno.
Puak2 jumud ni bila org pakai serban je terus jadi ulama. Seorang ulama takkan menuduh tanpa bukti atau khianat perjanjian. itu munafiq namanya.

Anonymous said...

Sudah2 la merapu TB. Dari hang cerita merapu ni baik hang buat analysis Parlimen kuala kangsar. Tanjung karang, larut, kuala selangor, bagan serai.

Ini semua tempat kampung yg kalah kecik. Aku baru balik kampung kat Parit buntar. Dok sembang2 dgn orang kampung, aku dapat tau depa gila benci kat DAP. 70% orang umno dgn PAS support UG.

Yang mengelakkan kekalahan ialah commitment Mujahid sebagai MP yg perihatin, bagus, santun, selang hari melawat pengundi. Continuous bro 5 tahun.

Itu sebab PAS menang besar kat Parit Buntar. Nak harap populariti PAS tak lah power, Image PR lagi tak laku kat Parit Buntar. Mujahid punya pasal... Melayu, cina dgn india undi dia walaupun setengah tu karat biru.

Nizar pun macam tu la jugak.

Dari hang merapu tulis benda Tak jadah baik hang buat case study, mintak feedback pembaca and submit kat PAS. Sorry to say PR is an asset in urban area only.
Bila hang buat kerja macam ni. Pembaca dgn parti pun respek. Pahala inshaallah dapatt

Anonymous said...

hahahaha....ramainya macai-macai UMNO dok pertahan dan tolong cai-cai UG. Sekapai katakan.Dah merpati dua sejoli...nak kata apa....

Anonymous said...

Yessss betul gua stuju. Satu lagi dia tak berani sebut Magaguru Gelugor mari. Cukup penakut. Kici in PR sekular, Kici jangan cakap itu Islamic. Mahaguru sound macam ru, TB demam seminggu

Anonymous said...

Betulka kat Selangor PR nak control JAIS. Nak letak penasihat DAP dalam JAIS. Harap2 berita palsu. Kalau benar memang habissla kita. Tolong check kebenaran info ni

Anonymous said...

"Betulka kat Selangor PR nak control JAIS. Nak letak penasihat DAP dalam JAIS. Harap2 berita palsu. Kalau benar memang habissla kita. Tolong check kebenaran info ni"

----------------------

Cai UMNO ni nak cucuh api kat puak UG yang terok kena belasah dengan orangramai/rakyat supaya makin naik angin...hahaha

Cai...apara lu. Kat geng yang tergila-gila sama lu pun lu mahu buat dajai ka? Geng UG sikit punya nak berbaik dengan geng lu, lu lagi mau makan kiri kanan...hahahaha.

Padan muka puak UG!

Ni orgkata: hidung tak macung, pipi tersorong2...terhegeh2 kat orang yang nak permainkan dia!....hahahahaha!

INgat kat nasib zahrain, ingat kat nasib Zul Kulim...ingat kat nasib Hassan Ali....huhuhu



HIDUP PUAK KERAJAANG PERPADUANG!

mamakmia said...

tulang besi ada sindrom x suka ulama dan ustaz

Anonymous said...

Waduhh waduhhh, Bikin mumet Tullisannya. Bukan bernerr Tuan Azmin berbicara, Isu PEMILU ka 13, di provinsi Selangor ada sedikit kekurangan dalam pemilihan calon. Percaturan kurang lancar dan PKR sebagei Jurumudi lambat mengklasifikasi calon.

Ini sudah dijelaskan oleh Tuan Azmin Ali . Mengapa mau bingit-bingit berbicara mengenai UG. Kumpulan Pabcasila tidak serupa sama Parti agama

Sekarang tiada isu, usah gaduh gaduh . Banyak sabareee.

Lu tak paham BM itu sebab gua tulis dalam Indon. Mana ada issue.

Anonymous said...

Dri kenyataan mangkuk kat atas ni comfirm mamat ni bukannya dari pr..tp badut amngok..spesis yg hampir pupus d negaraku banglasia..

Anonymous said...

Satu lagi manusia macam TB, orang bernama anwar sadat sentiasa berul

Anonymous said...

Mamakmia,

Sebenarnya tulang besi tak suka dengan segelintir ulama-ulamak dalam PAS yang tergila-gla nak bawa Parti PAS bekerjasama dan bergabung dengan UMNO. Ulamak jenis ini hanya beberapa kerat je dalam PAS mengikut TGNA. Majoriti ulamak yang lain di dalam PAS masih teguh dengan dasar perjuangan PAS dan tidak mahu bekerjasama dengan UMNO yang ada hari ini.

Pendirian tulang besi ini dikongsi oleh ramai akar umbi dan penyokong PAS yang lain yang melihat ini kerja gila kerana banyak amalan yang ditegah Islam seperti rasuah, menyonglap harta kerajaan, bersongkol dengan MCA menghina Islam(dengan berdiam diri macam setuju dgn MCA) dan 1001 lagi benda-benda terok.

mamakmia kena faham...jumlah ulamak dan penyokong kerajaan perpaduang ini adalah amat kecil berbanding dengan keseluruhan ulamak dan ahli PAS.

Tu pasai le puak ni bergerak senyap-senyap dalam PAS, tak berani bergerak dalam terang. Sabotaj pun depa buat macam stail perang gerila...ambush sana ambush sini bila ada peluang baik untuk memporkperandakan PAS dan Pakatan dan memberi political mileage kat UMNO! Berbudi kat UMNO katakan...sebagai bukti-bukti cintan depa sama UMNO....hahaha

Kalau nak ikut sokongan penyokong PAS dalam PRU 13 yang lalu, penyokong yang terdiri dari pelbagai bangsa adalah lebih ramai lagi dari keseluruhan ahli PAS termasuk puak kerajaang perpaduang ini. Mereka menyokong PAS atas dasar PAS sedia ada, bukang gagasan yang dibawak oleh UG.

Dengan sokongan ahli-ahli akar umbi yang menolak puak UG dan dengan sokongan penyokong-penyokong berbilang bangsa, PAS akan lebih utuh dan kuat jika puak minoriti dari kumpulan UG ini meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

Jika mereka menyertai UMNO, ulamak-ulamak UG ini akan dapat membantu Tan Sri Harunsani, Mufti Perak dengan lebih baik untuk menyerang PAS.Tak larat Tan Sri Mufti dok bersilat sorang-sorang. Ini sepatutnya menjadi insentif untuk mereka, disebabkan hanya segelintir kecil, meninggalkan PAS dan menyertai UMNO.

Muhaz

Nota:

TB, ahli-ahli akar umbi dan penyokong di luar PAS tidak bergaduh pun dengan ulamak-ulamak PAS yang Pro UG atas urusan ugama. Yang dipertikaikan adalah hal politik. Kebetulan pemimpin2 UG ni ada yang bertaraf Ulamak. kalau Husam atau mahfuz pun buat kerja pro UG ni, kami tentang juga.

Anonymous said...

Kah kah kah TB kena sound dlm bahasa indon.

Anonymous said...

"Akhirnya tak hairanlah Allah SWT menarik kemenangan dari Parlimen Titiwangsa sedangkan Allah SWT memberi kemenangan kepada Nurul Izzah"

woi TB...tak payah lah nak gunakan nama Allah SWT semata-mata nak membenarkan apa yang kau sangka...

Anonymous said...

Yea, I agree with you. Everybody is UG based on the inputs of Mr Besi.

Anonymous said...

Tengok Abang jawa pun bengkek dgn komen UG

Anonymous said...

Cepu emas yang disebut banyak kali, Azmin Ali kata yg dia bertanggungjawab keatas penindihan calon.

Ustaz Saharuddin pun dah bagi penerangan.

Sudah cukup tu. Apasal golongan dlm PAS lompat lebih dari Azmin? Apa apapun we need to respect Abang Azmin. Doff a hat Abang azmin for your gentlemanship

Anonymous said...

Ezam, Ustaz Nasharuddin, Abang Zul Kulim dan Haji Hassan Ali amat berbakti waktu kebangkitan 1998-1999. Jangan dihina mereka ini . Pengorbanan mereka terlalu banyak. Mungkin ada kebenaran dalam tindakan mereka. Fikir-fikirkanlah.

Orang2 diatas kalau mereka mahukan pangkat, tiada sebab mereka bersama rakyat diwaktu zaman critical 1998-1999.

Anonymous said...

Aku dah lama kata dahh, fokus luar bandar. Itu kunci kemenangan. Dia hingaq UG, PSM dll.

Aku malas nak tulis dah, kumpuiii ramai pakai Baju hitam..... Itu wargA kampung Tak boleh terima. Hang Pi surau. Tanya AJK mau cat surau ka. Tanya Pi Ada orang Susahka. Pi la melawat. Kumpul gula, beras, tepung, minyak masak peket bagi kat orang susah. Jgn lupa bagi harakah free. Usap sikit kepala anak yatim tu. Rope in ketua2 PAS groot untuk sampaikan. Benda2 tu kita kumpul atau pakai duit kiIta. Tukang sampaikan ketua2 PAS Grassroot.

Setiap bulan kita buat camni Dunia dapat akhirat dapat. Parit Buntaq kami buat macam ni habaq kat hang. Kami tak terpekik melolong bantai Parti lawan. Kami pakai behemah, buat ghash ala PAS ( hang ingat tabligh saja buat ghash). Buat beehon bodo makan sama dgn budak Punk, lepas tu tashkil depa

Orang ada mata boleh nilai. Orang melayu masuk Islam kat melaka masuk Islam sebab pendakwah Islam Yaman buat lagu ni.

Anonymous said...

Hang mai turun Parit Buntaq kasi tengok. Kami buat benda ni tak kira kaum. Melayu , Cina, India, eskimo dgn negro kami pi. Tak kira parti kami pi.

Nak buat lagu ni jgn pakai baju hijau cap bulan... Orang tak suka

Resultnya calon kami menang kat parit buntaq, tanjung Piandang dgn titi serong. Tak kisahlah kami menang sebab calon bukan sebab parti. Janji menang. Kami dah export Idham Lim Pi Kuala Kangsar. Takpa dia kalah tipis. Bagi 5 tahun dia buat kerja grassroot, insyaAllah Kita boleh dapat kuala kangsar.

Anonymous said...

Kebenarannya diluar bandar golongon progressive dalam PAS ramai kecundang (Dr Dzul, mat Sabu dll) Gang gang conservative pun ramai kalah ( Ustaz Haron Din dll).

Yang ramai menang gang grassroot.

Bukan apa kat kampung orang total reject PR. Aku dah dapat rasa dah. Felda lagilah

PR brand yg bagus dibandar saja. Kat kampung image perihatin, cakap isu isu setempat itu yg winnable. Itu sebab Nizar pun tak hingaq la ni. Mana sempat hingaq, sebok Layan isu setempat

Anonymous said...

Itu branding kampung style semua orang suka. Tak kisah bangsa.



Anonymous said...

Calon kita kat kuala terengganu. 2 tahun turun padang. Itu pasal dia menang. Habis pasar malam, wakaf dia ronda.

Aku ingat isu isu national bagi PKR saja highlight. Kita kuatkan usaha grassroot. Isu2 national pasal agama Islam baru kita bersuara.

Anonymous said...

Hang tengok gang grassroot bukan hingaq macam hang. Pi baca site Pas Parit Buntaq. Cerita gotong royong, bola piala YB, anak yatim, Kedai ah Seong terbakar, gerai muthu kena roboh, abang Mie hilang kaki lepas tu melawat depa2 ni. Hulur bantuan. Tanya berita. Bantuan ni ahli2 yg sedekah, wakil kat YB. Alhamdulillah

Ini baru Islamic style. Baru Omar Ibnu Aziz. Semua bangsa, ugama dan fahaman politik suka

Anonymous said...

Kami pi pusing habihh titi serong, bagan tiang, kuala kurau, Sg dungun dll.

YB PKR tanjung piandang gang grassroot jugak, Uiiiii syokkk wo kami buat kerja masyarakat.

Sg Acheh cerita paling bodohhh. PR letak calon parachute. Orang kampung kata PR cari calon kat basten Klang. Elok2 ranggi nak menang terus
kalah. Apa la punya binawe. Orang kampung mana Kenal brader.... Letak Mat Yo simpang Lima lagi baguihh. Orang PAS no hal dgn brader ni. Orang kampung pun kenal. Lead tahlil bolehh, kerja masyarakat banyak, gang PAS Parit Buntaq dia rapat.

Anonymous said...

Tuan tuan berbahas pakai bahasa elok sikit. Guna pakai nama Pol Pot, anwar sadat, Lim tua dgn Lim muda agak melampui batas.

Kalau diluar alam maya boleh bertumbuk ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.