Wednesday, November 20, 2013
Hudud Bukan Penentu Keislaman PAS
Adapun usaha2 puak UG dalam PAS menaikkan hudud adalah sangat dikesali. Hudud hendak dijadikan bahan kempen sempena pemilihan yang akan diadakan. Kononnya PAS telah membuang hudud dan hukum syariah Islam sama sekali dari agenda perjuangan. Maka, untuk mengembalikan kemurnian dan kesempurnaan perjuangan Islam PAS, perlulah calon2 pro Multaqa Ulama diundi.
Ditambah pula dengan jolokan murahan dari Tan Sri Annuar Musa yang merayu2 kepada kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud. Padahal Tan Sri Annuar Musa sepatutnya merayu kepada kerajaan Kedah ataupun Johor ataupun Melaka kerana kerajaan2 tersebut diperintah oleh partinya sendiri.
Hakikatnya, agenda hudud dan jinayah Islam sudah tidak lagi menguntungkan Islam kalau dibawa sebagai isu pilihanraya. Sepanjang wujudnya demokrasi, orang2 berfahaman UMNO telah menyatakan sikap tegas mereka menolak hukum tersebut. Orang2 bukan Islam juga menolak kerana mereka tidak faham dan takut dengannya.
Maka, dimanakah untungnya Islam bila hukum tersebut dijadikan isu pilihanraya? Itu yang hendak disoal oleh Tulang Besi.
Bukankah sudah ada kaedah feqah yang berbunyi:
Di kala ini terdapat mudharat yang jauh lebih besar yakni pemerintahan UMNO itu sendiri.
Maka, apa yang dibuat oleh PAS adalah memainkan isu2 lain dari hudud dan jinayah Islam sebagai mudharat yang lebih kecil kerana mahu menghapuskan mudharat yang lebih besar.
Nak tanya pada Dr Zaharudin aka Din Ayam, kalo benar2 nak hudud, mengapa pemerintahan PAS Terengganu 5 tahun tidak dilaksanakan hudud?
Berhentilah menyamar jadi juara hudud dalam PAS wahai Din Ayam. Orang lain dalam PAS tu lebih matang dan lebih memahami hukum syariah Islam berbanding dengan kamu.
Puak2 ulama muda dalam PAS ni pernah ke duduk dan hidup di bawah hukum hudud? Jawapannya tidak. Apa yang mereka tahu pasal hudud hanyalah teori semata-mata dan mereka tidak pernah melihat perlaksanaan hukum hudud atau merasi perlaksanaannya.
Hinanya bila orang jual hukum Allah SWT untuk merebut jawatan.
TULANG BESI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.
Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.
Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.
MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427
Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)
Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.

No comments:
Post a Comment