Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, November 25, 2013

MUKTAMAR: Kempen Fitnah yang Disolek Berupa Dakwah

Syukur alhamdulillah.

Segala fitnah dan dusta yang dihambur oleh puak2 yang tamakkan jawatan terbalas dengan kekalahan yang amat nyata.

Bagi kumpulan pro UMNO (aka UG) keputusan kali ini adalah jauh lebih teruk berbanding tahun 2011.

Kalau pada tahun 2011, semua jawatan dalam Pemuda Pusat dikuasai oleh mereka yang pro UG kecuali Naib, maka tahun ini lebih ramai yang bukan UG duduk dalam Pemuda.

Juga, objektif mereka membuang Mat Sabu dan Mahfuz dari Dewan Harian juga gagal. 

Walaupun Dato' Mahfuz tidak masuk ke senarai Naib Presiden, tapi pengganti beliau Tuan Ibrahim juga bukan seorang penyokong UG.

Jelas kepada kita para perwakilan menolak sesiapa sahaja yang terlibat dalam usaha mempadukan PAS dengan UMNO.

Tahun ini kita tengok penyebaran fitnah tu disolek seperti dakwah. Malahan, kita pun boleh jadi keliru antara dakwah dan fitnah kerana yang menyampaikan fitnah tu adalah dari golongan2 yang biasanya kita anggap menyampaikan dakwah.

Fitnah menjadi hebat tahun ini ia disolek dan dipakaikan pakaian dakwah.

Atas sebab itu kita dengar tuduhan2 sumbang seperti menganut islam liberal, tidak wala', tidak sokong ulama, tidak memperjuangkan Islam. Semua ni bunyi macam kuliah dan dakwah Islam tapi hakikatnya ia adalah kempen fitnah yang sangat jahat semata-mata untuk merebut jawatan.

Itulah hebatnya fitnah tahun ini.

Cumanya Allah SWT Maha Berkuasa.

Fitnah yang disorok di belakang dakwah tidak menjadi.

Akhirnya puak yang sebar fitnah rugi lebih besar berbanding 2011.

Undi Abang Mat Sabu juga naik jauh lebih tinggi berbanding tahun 2011. Tahun 2011 dia cuma dapat 45%. Sekarang dia dapat 60%.

Cumanya dalam Dewan Harian hanya tinggal Dato Husam dan Mat Sabu yang berani membantah apa2 agenda UG secara vokal. Yang lain tu walaupun bukan pro UG tapi saya tak yakin mereka akan bersuara lantang.

Semoga selepas ini Presiden PAS akan mula menghadiri mesyuarat2 Pakatan Rakyat. Dah lama beliau menghilang diri

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.