Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, November 19, 2013

Muktamar PAS: PIlihan Antara Kekal atau Keluar Pakatan Rakyat


Multaqa Ulama yang diadakan beberapa bulan lalu adalah signal jelas perancangan kumpulan UG.

Mereka mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat

Ini kerana sepanjang perjalanan Multaqa tersebut, tiada perkara positif yang disebut berkaitan Pakatan Rakyat. Segalanya negatif. Segala berkaitan Pakatan Rakyat adalah buruk.

Padahal kertas kerja Multaqa yang dibentangkan mengandungi kosong bukti yang mengaitkan Pakatan Rakyat dengan kekalahan PAS.

Ini kerana pada tahun 2008, PAS juga tidak menang banyak kerusi padahal PAS tidak berada dalam Pakatan Rakyat.

Pada tahun 2004, PAS hilang negeri dan pada waktu itu tiada Pakatan Rakyat.

Tahun 1999, PAS menang Terengganu walaupun PAS mempunyai hubungan rasmi dengan DAP dalam Barisan Alternatif.

Pokoknya, perkaitan antara kekalahan PAS 2013 dengan Pakatan Rakyat adalah perkaitan yang songsang dan jarang. Tiada bukti jelas PAS rugi kerana Pakatan Rakyat namun Multaqa terus mengasak Pakatan Rakyat sebagai faktor kekalahan.

Setelah dipenuhi pandangan negatif, tidak salah kalau kita simpulkan resolusi Multaqa yang mahu mengkaji Pakatan Rakyat bermaksud mahu PAS keluar Pakatan Rakyat.

Kumpulan2 yang pro kepada resolusi Multaqa Ulama telah pun meletakkan calon mereka di jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta AJK PAS Pusat. Mereka juga mengasak dgn calon mereka di jawatan Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda serta Naib Ketua Pemuda (dan AJK).

PAS benar-benar berada di persimpangan jalan sekarang ini.



Sekiranya puak2 yang pro Multaqa Ulama berjaya, maka harapan PAS keluar Pakatan Rakyat adalah teramat cerah.


Kali ini tiada kempen untuk bersama UMNO. Hanya untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan duduk sendirian. Panggilan seperti ini mungkin dapat menarik lebih ramai perwakilan berbanding sebelum ini.



Setiap pembaca artikel ini wajib mengambil sikap dan bertindak. Usahakan berjumpa pimpinan2 PAS Kawasan dan Cawangan yang terdekat dan minta mengundi calon2 yang pro Pakatan Rakyat.


Misalnya, kita tak dengar Kamarulzaman berkata dia akan menguatkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. 

Kalau tak boleh, doa saudara/ri sekelian juga amat amat penting. 

Wallahuaalam bissawab

Tulang Besi

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.