Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, November 30, 2013

Percubaan Jadikan Suhaizan Boneka

Sesungguhnya apa yang berlaku dalam Mesyuarat Exco Pemuda yang lepas adalah sangat jijik dan busuk sekali.

Kesahnya telah menjadi buah mulut ramai. Tak perlu nak dapat kan maklumat sahih dari mereka yang hadir. Cukup dgn makluamt dari aktivis2 Pemuda peringkat Kawasan.

Konon puak2 yang ke sana ke mari menjaja wala' namun dalam mesyuarat semalam merekalah yang paling tidak wala'.

Setiap pencalonan Ketua Pemuda ditolak mentah2 oleh mereka. Misalnya Ketua Pemuda mencalonkan Raja Ahmad Iskandar sebagai calon Ketua Penerangan Pemuda juga ditolak mentah2 dan dinaikkan Din Ayam.

Kita semua maklum Din Ayam bila buka mulut lebih banyak yang buruk dari yang baik yang keluar. Tapi yang mereka pentingkan adalah menaikkan orang2 mereka semata-mata.

Yang hairannya, Timbalan dan Naib Ketua Pemuda sepatutnya memberi sokongan kepada Ketua Pemuda kerana mereka di dalam Dewan Harian tetapi langsung sepatah haram tidak buka mulut.

Ketua Pemuda mahu mencalonkan Abang Ahmad Kardee sebagai SU Pemuda. Dia adalah exco yang menang serta terbukti kebenarannya.

Puak2 UG pula mahu memaksa si Fadli Botak menjadi SU.

Walaupun Ketua telah mengalah dalam jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dan Pengarah Pilihanraya tapi jawatan SU pun mereka hendak paksa kehendak jahat mereka.

Padahal Fadli Botak ni terbukti mulut jahat dan aktif menyebar fitnah terhadap pimpinan2 PAS Pusat. Pendeknya rekod beliau amat buruk. Dan dakwaan kononnya dia mempunyai PhD juga bohong walaupun bukan beliau yang mendakwa tapi beliau tidak pernah menafikannya.

KECEWA KERANA KALAH

Mengikut sumber Tulang Besi, tindakan puak2 UG dalam Pemuda ini adalah seperti mahu membalas dendam.

Mereka amat kecewa dengan kekalahan calon UG kepada Abang Mat di jawatan Timbalan Presiden, kekalahan ABC dan kemenangan Husam di Naib, kekalahan ramai calon mereka di AJK seperti Mokhtar Senik, Khairuddin At Takiri, Din ayam, Norazli Musa, Kamarulzaman.

Yang lebih menyakitkan hati mereka adalah kekalahan Kamarulzaman sendiri sebagai Ketua Pemuda.

Maka, mereka meresa adalah tugas mereka mempertahankan Pemuda dari dikuasai golongan2 yang mereka pandang sebagai bukan ditarbiyyah dan taat kepada ulama.

Padahal, mereka2 ini adalah manusia2 jumud dan tertutup minda dan marah apabila PAS mahu menjadi lebih terbuka dan lunak dengan rakyat Malaysia.

Puak2 ni mahu mengeksport kebodohan dan kekalahan PAS Terengganu ke setiap pelusuk PAS.

SUHAIZAN WAJIB BERKERAS DAN JANGAN MENGAKU KALAH

Kalau terpaksa, arahkan Pengerusi Tetap Muktamar untuk mengadakan Muktamar Khas bagi memilih semula AJK yang baru.

Jangan sekali mengalah dengan puak2 ni sebab mereka menang baru2 ini pun dengan kempen fitnah dan nista yang cukup dahsyat.

Mereka sebenarnya yang kecewa bukan Suhaizan.

Kalau mereka masih berdegil, biarkan Dewan Pemuda tanpa Dewan Harian sehinggalah ke Muktamar depan. 

Ketua Pemuda boleh melantik pembantu2 yang mampu menjalankan tugas sebagai SU, Pengarah Pilihanraya, Bendahari dan Penerangan.

Mari kita semua doakan percubaan puak2 jumud UG untuk membonekakan Suhaizan digagalkan Allah SWT.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

3 comments:

joe penang said...

1. Perlukah perjalanan mesy didedahkan dgn terperinci? Adakah bukan ahli mesy tahu semua?
Berlembutlah dlm menegur...

joe penang said...

1. Perlukah perjalanan mesy didedahkan dgn terperinci? Adakah bukan ahli mesy tahu semua?
Berlembutlah dlm menegur...

Anonymous said...

berlembut mestilah kena kepada keadaan. apakah mesti berlembut kepada puak2 yang menggunakan serban dan istilah2 arab untuk memfitnah?

apabila penyelesaian tertutup gagal, maka mestilah dibuka kepada ramai. biar semua orang tahu keadaan sebenar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.