Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, December 27, 2013

Harga Kereta Tinggi di Malaysia Adalah kerana Proton (BUKTI)


Suka Tulang Besi menaqal dari WIKIPEDIA berkaitan kenyataan Dr Mahathir itu:



(TERJEMAHAN: Polisi kerajaan menyebabkan harga Proton lebih murrah berbanding kereta lain yang dijual di Malaysia dengan strategi yang cukup mudah, yakni dengan memngenakan cukai yang tinggi kepada jenama kereta yang bukan Proton sementara Proton pula tidak dikenakan cukai yang sama.)

Mungkin juga Dr. Mahathir dah nyanyuk kerana beliau lah yang telah meluluskan cukai-cukai ini yang menyebabkan harga sebijik kereta Honda lebih mahal dari harga sebuah rumah teres satu tingkat.

Hakikatnya, Proton sewaktu pelancarannya sedang menuju kebangkrapan dan tutup kedai. Maka, terpaksalah Dr Mahathir menjalankan cukai tidak masuk akal beliau semata-mata untuk memaastikan rakyat Malaysia membeli Proton dan bukan jenama lain.

Cuba bayang. Proton Saga pertama yang keluar dari kilang dahulu harganya sekitar RM15000 sahaja. Selepas Mahathir melaksanakan cukai beliau, harga Proton naik kepada RM60 ribu. Harga kereta lain jangan ceritalah.

Sampai sekarang harga kereta di Malaysia antara termahal di dunia kerana kebodohan dan kebongkakan Dr. Mahathir Muhammad Iskandar Kutty.

Projek Proton hanya merugikan rakyat Malaysia dan merugikan negara. Yang untung hanya kroni sahaja. Kalau nak tengok kerugiannya, tanyalah mangsa-mangsa feri karam di Penang satu masa dahulu.

Semata-mata untuk menjaga Proton, Dr Mahathir membelanjankan ribuan juta untuk membina jalan dan jambatan menyebabkan perbelanjaan ke atas pengangkutan awam menjadi semakin kecil.

Rakyat Malaysia juga terpaksa membelanjakan 30% dari pendapatan mereka untuk membayar kos kereta serta yang berkaitan dengannya (repair, minyak dsbnya).

Dan, kerajaan di bawah Mahathir menghabiskan wang untuk membina jalan2 raya yang besar-besar (rakyat juga yang kena tol) menyebabkan perbelanjaan ke atas pengangkutan awam menjadi semakin mengecil.

Kalau Dr. Mahathir pandai mentadbir, sudah tentu beliau membina Sistem Aliran Ringan semenjak tahun 80'an lagi di waktu kos pembinaannya masih murah.

Namun, beliau mahukan Proton yang jelas telah gagal menyebabkan beliau terpaksa menaikkan harga kereta dengan begitu tidak masuk akal.

Dr. Mahathir hendak menyorok kebodohan beliau di dalam mentadbir negara. Sebab itulah dia buat kenyataan merapu ini.

Saya rasa kalau letak kambing sebagai Perdana Menteri pun, kambing tersebut lebih berkebolehan sebagai Perdana Menteri berbanding Dr. Mahathir.

Tulang Besi


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.