Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, December 26, 2013

MCA Pernah Minta Ekuiti Bumiputra Dimansuhkan



Tapi, ke hulu ke hilir UMNO sebar cerita kononnya PR nak gadai hak melayu dan islam. Rupanya, dalam rumahtangga dah mula nak gadai hak Melayu.

Tibalah masanya orang Melayu semua tolak Barisan Nasional. Tolak UMNO. Kalau kerja setakat tanam tebu di bibir, lebih baik kita buang UMNO dan BN ke Laut Cina Selatan.

Betul tak?

Tulang Besi


(Baca laporan FreeMalaysiaToday di bawah)




KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA, dalam deklarasinya semalam, menggesa dimansuhkan syarat ekuiti 30% Bumiputera secara perlahan-lahan.

Gesaan ini dibuat ditengah-tengah desakan golongan radikal Melayu yang mahu dasar pengagihan ekonomi berasaskan kaum dikekalkan.

Kongres itu berkata, "selari dengan promosi tadbir urus yang baik dan lebih telus" dan "pemansuhan secara perlahan-lahan" kuota berasaskan kaum ini mestilah sejajar dengan amalan sistem tender terbuka supaya semua pihak mempunyai peluang yang adil dan sama rata.

Kuota ekuiti Bumiputera menjadi dilema utama di tengah-tengah sistem ekonomi negara.

Di samping ada pihak yang percaya hak Bumiputera sebagai "kontrak sosial" telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, golongan lain berpendapat dasar ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan rasuah.

Kongres juga menyalahkan orang-orang Melayu kerana gagal bersaing dalam perniagaan dan perdagangan.

Terdahulu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, menggesa supaya diperkenal dasar yang lebih inklusif berhubung penyertaan bukan Bumiputera dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini juga merupakan satu lagi isu yang sensitif di mana golongan radikal Melayu dalam arus perdana politik di mana ramai memikirkan bahawa GLC adalah hak eksklusif Bumiputera, dengan penyertaan yang kecil dari bukan Bumiputera.

Tetapi Chua, yang membaca deklarasi 12 perkara itu, berkata pendekatan yang radikal ini adalah penting untuk merealisasikan seruan Perdana Menteri Najib Tun Razak tentang konsep 1Malaysia.

"Kongres mendesak kerajaan mengamalkan dasar-dasar yang inklusif dengan meliberalisasi GLC supaya mengambil ahli lembaga pengarah dari berbilang kaum dan tenaga kerja dalam sistem-eko GLC.

"Ini termasuk memberi kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan yang layak tanpa mengira komposisi ekuiti," kata bekas menteri kesihatan itu.

Titik perseimbangan

Tuntutan-tuntutan ini meletak Najib dalam keadaan serba salah dalam menghadapi proses membuat keputusan.

Beliau perlu mencari titik perseimbangan di antara mengekalkan sokongan orang-orang Melayu yang radikal atau menghadapi risiko hilang undi Cina. Masyarakat Cina merupakan golongan kedua terbesar para pengundi.

Chua, dalam ucapan penutupnya, secara berseloroh berkata, pertemuannya dengan Najib di kongres pagi semalam membuat Najib keluh, di mana perdana menteri berharap rumusan forum tidak membawa "lebih banyak masalah kepadanya."

"Saya telah bertemu beliau dan memberitahu beliau tentang tuntutan itu dan beliau menasihati supaya saya perlu faham bahawa dengan ekonomi, terdapat isu-isu yang rumit yang perlu kepada titik perseimbangan," kata Chua.

Bagaimanapun, kongres telah berikrar sokongan penuh dan taat setia terhadap pentadbiran Najib dan program-program reformasinya.

Banyak perkara yang ditimbulkan mempunyai persamaan dari segi kelemahan yang dikenalpasti oleh kerajaan, yang memerlukan perhatian segera seperti dasar gaji minima yang komprehensif dan pemotongan subsidi bagi mengurangkan defisit belanjawan yang sangat luas.

Kongres menggesa kerajaan menambah bantuan tunai kepada enterprais kecil dan sederhana (SME), yang disifatkan oleh kongres sebagai kritikal untuk mencapai status negara maju dalam tempuh 10 tahun sepertimana digariskan di bawah Model Baru Ekonomi.

Satu lagi perkara yang ditimbulkan ialah keperluan kepada langkah pro-aktif oleh pentadbiran Najib untuk mengukuhkan usahasama perniagaan Bumiputera-Cina yang tulen dengan mengambil peluang dari kekuatan dan pelbagaian etnik.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.