Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, December 15, 2013

Tahaluf yg Syariee Hanyalah Tahaluf dengan UMNO

Hebat kempen sebelum pemilihan PAS tahun ini oleh puak2 Ustaz muda. Sepanjang kempen mereka mempersoalkan Tahaluf yang dijalin dalam Pakatan Rakyat.

Sebenar-benarnya Tulang Besi tidak terkejut pertandingan 3 penjuru di Terengganu pada PRU 13 yang lepas.

Benda yang sama telah dilakukan PAS Terengganu pada tahun 1990.

Mereka telah meletakkan calon di dua kerusi DUN yang telah dipersetujui diberikan kepada S46.

Semuanya kerana mahu mensabotaj arwah Ustaz Fadzil Nor kerana arwahnya telah memperkenalkan Tahaluf Siyasi dalam gagasan Angkatan Perpaduan Ummah.

Alasan yg digunakan PAS Terengganu pada masa itu sama dgn pada tahun 2013 yakni alasan calon tidak sesuai.

Pada tahun 1990 kononnya calon2 S46 tu tak diterima oleh masyarakat tempatan dan pimpinan S46 tempatan.

Tahun 2013 kononnya calon PKR itu jual pil kuda dan penyokong komunis.

Bezanya, calon PKR tahun 2013 sudah pun memfail saman dan kes akan didengari dalam dua tiga bulan ini.

Syukur keputusan 1990 cukup baik.

PAS menang di Kelantan pada tahun 1990 dengan gemilang serta menubuhkan kerajaan dan menabalkan Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan.

Kalau tidak nasib arwah Ust Fadzil Nor akan sama dgn nasib arwah Ust Ysuf Rawa tahun 1986.

Arwah Yusuf Rawa, atas desakan PAS Terengganu yang meletakkan kekalahan teruk PAS tahun 1986 di Terengganu atas program Tahaluf berasama CCC dan beberapa parti nyamuk seperti NASMA dan SDP.

Mereka menyalahkan Yusuf Rawa di Terengganu mereka cuma mampu menang 3 kerusi DUN sahaja. Sepatutnya mereka dapat memerintah Terengganu pada 1986 tapi disebabkan "tahaluf" maka PAS kalah teruk.

Dalam Muktamar di Rusila itu mereka telah menolak sebahagian dari ucapan dasar arwah Yusuf Rawa semata-mata kerana isu Tahaluf ini.

Arwah Yusuf Rawa telah menulis surat perletakan jawatan beliau sewaktu Muktamar sedang berjalan. Beliau juga enggan memberi ucapan penggulungan dan ucapan beliau telah dibuat oleh Ustaz Fadzil Nor.

Bagaimanapun, setelah dipujuk oleh arwah Ustaz Fadzil Nor, perletakan jawatan tersebut telah ditarik balik. Arwah Yusuf Rawa kemudiannya dilantik Mursyidul Am pada tahun 1989.

Hakikatnya, PAS kalah seluruh Malaysia kerana isu2 seperti solat dua imam, boikot kenduri dan majlis2 orang UMNO, perpecahan dalam kampung kerana perbezaan politik, kafir mengkafir dsbnya.

Syukur arwah Fadzil Nor meneruskan legasi Arwah Yusuf Rawa dengan menjalin Tahaluf Siyasi bersama Semangat 46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Hasil dari Tahaluf 1990 PAS terus menerus memerintah negeri Kelantan sehingga hari ini.

Mungkin juga kesan dari Tahaluf Siyasi pertama PAS tahun 1990 ini maka Presiden PAS sekarang ini telah menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada Tengku Razaleigh sebelum PRU 2013 yang lepas? Wallahualam.

PAS Terengganu ni hanya bawa keburukan dan kehancuran pada PAS dan Islam. Mereka bahagia dalam kejumudan dan kejahilan mereka.

Yang jelas sejelasnya. Puak2 Terengganu dalam PAS hanya akan redha sekiranya Tahaluf ini dilakukan dengan UMNO. Itu adalah persepsi yang Tulang Besi dapat.

TULANG BESI

.www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.