Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 17, 2013

Tugas Berat Abang Mat Sabu di Penang

Tahniah kepada Abang Mat Sabu di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Sesungguhnya ia adalah kali kedua Abang Mat memegang tampuk pemerintahan Pulau Pinang ini.

Bezanya, kali ini kawan rapat Abang Mat Sabu, saudara Lim Guan Eng, menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Maklumat yang Tulang Besi dapat kerajaan Pulau Pinang serta PR Penang memang tidak bersemangat untuk bekerjasama dengan PAS Pulau Pinang.

Atas sebab itulah banyak permintaan PAS Pulau Pinang tidak dilayan.

Persepsi (dan saya rasa ia bukan persepsi tapi realiti) PAS Pulau Pinang adalah UG.

Maka, kalau kerajaan Pulau Pinang terlampau rapat dengan PAS Penang maka dikhuatiri rahsia PR dan Kerajaan Penang akan sampai kepada UMNO.

Persepsi ini disokong dengan tindakan PAS Penang meletakkan calon di kerusi Sungai Acheh walaupun PKR tidak pernah mempersetujui penyerahan kerusi tersebut.

Hasilnya satu kerusi DUN Penang terlepas kepada UMNO.

PAS juga gagal menambah apa2 kerusi berbanding PKR dan DAP di Penang. Seolah-olah PAS berusaha mengekalkan kerusi UMNO di Penang.

Orang2 mcm Afnan Taib Azamuddin, Yusni Mat Piah, SU Perhubungan Pulau Pinang terkenal dengan sikap pro UG mereka dan terkenal hubungan baik mereka dengan pengkhianat parti Hafiz Nordin.

Tugas Abang Mat Sabu adalah membersihkan PAS Penang dari anasir2 UG ini.

Mereka tidak lain hanya mensabotaj Pakatan Rakyat dan PAS.

Seeloknya mereka2 dipecat dari parti supaya boleh mengikut jejak langkah Hafiz Nordin menjadi barua UMNO.

Selamat bertugas Abang Mat Sabu.

Nasihat saya, pastikan tiada anasir UG dalam kabinet Perhubungan Negeri yang baru.

Kalau tidak sukar untuk mendapat kepercayaan Kerajaan Negeri Penang.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.