Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 26, 2013

Aqidah Harun Din dan Mustafa Ali Adalah Assabiyyah Melayu

Penolakan Ketua Dewan Ulama PAS terhadap projek lantik Ku LI sebagai Perdana Menteri membuat TUlang Besi berfikir panjang.

Mengapa dalam hal ini, tiba2 Ustaz Harun Taib berubah arah dan tidak bersama2 dengan puak perpaduang yang lain?

Kepada yang mengenali Ustaz Harun Taib ini, beliau seorang yang suka menampilkan diri sebagai pejuang Islam ataupun pengamal Islam.

Beliau juga berimej seorang yang iltizam dengan Islam. Dengan kata lain, apa sahaja yang beliau lakukan adalah di atas nama Islam.

Walaupun acuan Islam yang diikuti oleh Harun Taib ini lebih kepada realiti beliau di Terengganu dan secara khas nya di DUN Manir. Apabila ada realiti lain dari apa yang beliau biasa, maka terus itu dianggap tidak islamik.

Maka, Ustaz Harun Taib menolak Anwar Ibrahim kerana beliau anggap Anwar tidak cukup Islam nya seperti acuan yang beliau fahami.

Adapun orang-orang seperti Ustaz Harun Din serta Mustafa Ali ini hati mereka masih tebal dengan aqidah assabiyyah Melayu.

Walaupun Islam lekat di mulut Ustaz Harun Din sepanjang masa, tapi ia hanya setakat kerongkong beliau sahaja. Di dalam hati Ustaz Harun Din hanya ada ruang untuk assabiyyah atau kebangsaan Melayu.

Ini kerana sepanjang perbincangan beliau menolak Anwar Ibrahim tidak sekali pun Islam itu dijadikan rujukan atau asas. Mana mungkin Islam boleh dijadikan asas. Kalau dibandingkan amal islami Anwar Ibrahim berbanding Ku LI adalah ibarat langit dengan bumi. Kalau dibuka apa sahaja kitab pun pasti Anwar Ibrahim itu lebih baik dari Ku Li.

Maka, pencalonan Ku Li sebagai PM itu tidak lain berasaskan sebab musabbab berkaitan dengan assabiyyah Melayu semata-mata.

Amat malang nasib ahli2 PAS yang mempunyai kepimpinan yang tidak beraqidah kepada Islam tetapi kepada kebangsaan Melayu.

Isu Kalimah Allah tu pun mendedahkan sikap Ustaz Harun Din yang menebal fahaman beliau kepada assabiyyah Melayu. Ini kerana Islam sendiri tidak pernah mengharamkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah. Hanya orang2 dan kepimpinan UMNO sahaja yang tidak suka dan mengajak rakyat jelatan ikut sama.

Tempat yang paling layak bagi setiap pejuang kebangsaan Melayu adalah dalam UMNO dan bukannya dalam PAS. Seeloknya Mustafa Ali dan Ustaz Harun Din isytihar masuk UMNO terus.

Syukur alhamdulillah majoriti rakyat Melayu sudah boleh menilai dengan baik. Mereka tidak sanggup dipimpin oleh perompak atau penyamun walaupun perompak atau penyamun itu berbangsa Melayu tulin. Mereka mahu MElayu yang memimpin mereka itu Melayu yang amanah lagi fathanah.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Mana Lebih Untungkan Melayu: Perpaduan vs Persaingan?

Mufti Perak menuduh PAS lebih teruk dari kafir kerana menolak perpaduan dgn UMNO. Anak Ustaz Fadzil pula meminta PAS dna UMNO bersatu. Hasan Ali, Nasha dan geng2 Perpaduang mahukan PAS dan UMNO bersatu sehingga sanggup mencalonkan Ku Li sebagai Perdana Menteri.

Mereka2 ini mahukan PAS bergabund dengan UMNO tidak kira samada UMNO itu dipenuhi dengan penyangak dan penyamun. Dengan kata lain, mereka ini masih tertipu dengan idea kononnya apabila Melayu bersatu maka Melayu akan gagah dan kuat. Mereka2 ini masih hidup dalam alam fantasi dan masih tidak mampu membuka tempurung yang selama ini menutup minda mereka.

Soalannya cukup mudah. Adakah selama lebih 40 tahun UMNO memerintah dalam keadaan UMNO menguasai majoriti 2/3 di Parlimen maka Melayu telah jadi kaya dan kuat?

UMNO telah gagal membangunkan orang Melayu. Pasaran saham Malaysia masih dikuasai orang bukan Melayu dan orang Melayu masih duduk dalam kalangan yang berpendapatan rendah di Malaysia.

Ekonomi negara masih belum dikuasai bangsa Melayu dan Melayu masih majoriti di penjara serta pusat2 serenti.

Mengapa berlaku demikian? kerana UMNO sememangnya sudah lama gagal membangun orang Melayu. Dan orang Melayu pula kerap membalas kegagalan UMNO dengan undi mereka. Hasilnya UMNO tidak perlu risau untuk berbuat benar dan baik kerana bangsa Melayu akan terus menyokong mereka.

Setiap saing mereka seperti PAS akan ditindas, ditangkap ISA, di buang daerah, di fitnah, dinista dsbnya menyebabkan UMNO tidak ada saingan di peti undi.

Dengan kuasa mutlak seperti ini UMNO tidak perlu risau untuk meembangun bangsa melayu. Mereka cuma membangunkan kroni2 mereka serta anak beranak mereka sahaja.

MAjoriti ornag Melayu dibiarkan merempat dan ketinggalan sama sekali.

Maka datanglah Pakatan Rakyat dengan darah baru, konsep baru, kaedah baru dan pegangan yang baru. Pakatan Rakyat mampu berbuat lebih baik lagi dari UMNO sekaligus membangunkan bangsa Melayu supaya menjadi lebih terhormat dan terpelajar.

Bukankah lebih baik kita gantikan UMNO sahaja kerana UMNO telah usang dan bersawang. UMNO sudah tidak lagi membela bangsa Melayu hanya kroni2 dan anak beranak mereka sahaja.

Orang2 seperti Harun Din dan Mustafa Ali tidak mampu memahami konsep bersaing dalam membangungkan orang Melayu.

Mereka tidak faham bahawa persaingan itu lebih berkesan di dalam membangunkan orang Melayu. Setiap parti melayu yang gagal akan dibuang dan dilontak keluar digantikan oleh parti bangsa Melayu yang lain yang lebih baik.

Tulang Besi tak faham bagaimana Harun Din dan Mustafa Ali mahu membawa PAS bersatu dan berpadu dengan penyangak dan penyamun. Adakah penyangak dan penyamun seperti ini boleh diharap untuk membangunkan bangsa Melayu?

Misal yang paling mudah adalah projek NFC. Bayangkan, duit yang mereka guna untuk beli kondo tu berapa ramai bangsa Melauyu yang mampu mendapat manfaat membela lembu dan kambing?

TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Monday, February 25, 2013

Harun Taib Pun Menolak Projek Ku LI Sebagai PM?


Tulang Besi baru mendapat satu maklumat yang mengejutkan. Namun Tulang Besi tiada bukti cumanya sumber Tulang Besi itu solid dan kuat.

Sumber Tulang Besi memberitahu Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib tidak bersetuju dengan cadangan menjadikan Ku Li sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Beliau tak tergamak menghina diri beliau untuk menjayakan projek gila ini.

Sememangnya Tulang Besi sebelum ini menyangka Ustaz Harun Taib adalah sebahagian dari konspirasi ini, tapi rupanya beliau sekarang ini menjadi liabiliti kepada pencadang2 projek gila ini.

Ertinya di kalangan geng perpaduang pun tidak sehati sejiwa dalam menyokong projek gila ini.

Walaupun Ustaz Harun Taib dikenali sebagai anti Anwar Ibrahim dan antara penyokong tegar gagasan PERPADUANG dengan PAS, namun dia tak sanggup menyokong idea yang bakal membunuh PAS samasekali.

BUTIRAN BERKENAAN PROJEK KU LI JADI PM

Beberapa butiran berkenaan projek KU LI jadi PM ini:
1.0 PAS akan memastikan Ku Li menang tanpa bertanding dengan tidak meletakkan calon di Gua Musang
2.0 Selepas itu, Ku Li akan diarak seluruh Malaysia sebagai calon Perdana Menteri (tapi tak sebut Perdana Menteri bagi parti mana satu, PR atau BN)
3.0 Apabila menang, Ku Li akan angkat sumpah dan jadi PM manakala Anwar tak tau letak di mana
4.0 Mungkin selepas dua tahun Ku Li akan letak jawatan dan Anwar boleh ambil alih, tapi tiada jaminan
Rasanya sesiapa yang waras pemikiran akan melihat betapa gilanya idea ini. Soalan pertama adalah kalau Ku Li ditabalkan sebagai PM, parti manakah yang dia wakili? Pakatan Rakyat atau Barisan NAsional?

Kalau Pakatan Rakyat, sudah tentu lah cadangan ini harus dibincang di mesyuarat Pakatan Rakyat dan wajiblah mendapat persetujuan PKR dan DAP. Adakah PKR dan DAP akan hilang kesiuman mereka untuk memberikan sokongan mereka kepada idea gila ini?

AKIBAT PROJEK GILA INI

Sebaik sahaja PAS isytihar Ku LI calon PM, PAS akan kalah di SEMUA KERUSI MELAYU. Dan di kerusi2 campuran, calon2 PAS akan tergolek menyembah bumi apabila pengundi2 Cina dan India beramai2 menolak PAS.

Agaknya inilah kehendak dan kemahuan Ustaz Harun Din serta Che Gu Mustafa Ali. Mereka mahu memberi kemenangan percuma kepada Ku Li dan juga kepada UMNO Barisan Nasional dengan melaksanakan idea gila seperti ini.

MULUT CAKAP ISLAM TAPI HATI MASIH ASSABIYYAH MELAYU

Bagi Tulang Besi, walaupun Ustaz HArun Din ini bercakap agama dan bersyarah agama, tapi jiwa Harun Din ini masih tebal dan kuat dengan fahaman assabiyyah Melayu.

Harun Din dan Mustafa Ali ini tidak faham. Perpaduang Melayu ini tidak membantu Melayu. Yang membantu Melayu adalah PERSAINGAN MELAYU YANG SEHAT. Parti mana yang bijak memerintah, bersih, amanah, tidak korup maka parti itu akan memimpin orang Melayu.

Mana2 parti yang remuk dan rosak, maka parti itu patut ditukar tidak kira parti itu 100% Melayu atau tidak. 

Nasihat Tulang Besi pada Ustaz Harun Din dan Mustafa Ali, berentilah berlakon. Eloklah kamu berdua isytihar masuk UMNO dan berhenti jadi duri dalam daging.

Ucapan tahniah kepada Ustaz Harun Taib kerana tidak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja gila seperti ini. Namun, Tulang Besi tidak pasti samada Ustaz Harun Taib masih lagi pro kepada agenda perpaduang Melayu bersama UMNO atau tidak. Yang pastinya, projek gila melantik Ku Li sebagai Perdana Menteri sedang menuju kepada kegagalan.

Bulan enam nanti para perwakilan PAS wajib membersihkan PAS dari segala anasir-anasir jahat yang hanya merosakkan parti dan menguntungkan UMNO seperti mereka ini.

TULANG BESI


Read more!(Selanjutnya)

Saturday, February 23, 2013

Peranan Harun Din Dalam Menjana Perpecahan Dalam PAS (Rakaman)

Tulang Besi ada mendapat serangan dari seorang di Facebook bernama Mohd Shahir Abu Hasan. Mulanya dia panggil Tulang Besi sebar fitnah. Besoknya dia ubah cerita pulak. Dia tuduh Tulang Besi dedah maklumat rahsia AJK PAS Pusat serta Majlis Syura Ulama PAS. Sdr Mohd Shahir ini rupanya bekas anak murid Ustaz Harun Din di Darul Syifa.

Rasanya bukan Mohd Shahir sorang saja yang terkejut. Ramai juga terkejut bagaimana Ustaz Harun Din boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM ini.

Di sini Tulang Besi ingin menyiarkan semula rakaman ucapan Ustaz Nasa berkaitan peranan Ustaz Harun Din di dalam membawa kepada perpecahan di dalam PAS dalam projek UG1 dahulu. Sila pergi ke minit 04:15 sehingga minit 06:00.

(minit 04:15)“Until the 31st April 2008 ada mesyuarat Majlis Syura Ulama. Dalam masa tempoh sebulan daripada Mac 08 sampai April 08 rupanya Ustaz Harun Din tak duduk diam. Dia study the political scenario within ourselves. Kita dah mula Nampak perkembangan2 di Selangor. Walaupun baru tempoh sebulan. Kita dah mula Nampak kita dah dengar cerita di Penang. 
Ustaz HArun Din came up with a paper. Paper tu bertajuk “Tahaluf Siyasi dalam pasce Pilihanraya Umum ke 12”. Dia bagi konsep syarak apa itu dipanggil tahaluf siyasi and contemporary political situation.  On that paper dia menyebut beberapa option. Salah satu dari option yg perlu diambil oleh PAS ialah mengadakan perbincangan dengan UMNO. For the sake of Islam sebab kita lihat ada benda yang ada pada UMNO dan ada benda yang ada pada kita tiada pada UMNO.  
Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam.  
Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO"(minit 06:00)
Ertinya, tanpa sebab atau alasan munasabah, Ustaz Harun Din telah pun berkempen mahukan PAS mengadakan hubungan belakang dengan UMNO bermula dengan dialog ataupun perbincangan. Partai2 politik tidak akan mengadakan perbincangan untuk saja2 berbincang. Setiap perbincangan pasti akan ada natijah dan keputusannya. 
Dengan kata lain, baru lepas sebulan kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan, Harun Din telah pun mencadangkan PAS mengadakan hubungan (tidak kira rasmi atau tidak rasmi) dengan UMNO. Ini adalah kata2 yang datang dari Nasaruddin sendiri dan bukannya dakwaan orang2 yang tidak dikenali. Jelas, Harun Din bertanggungjawab terhadap perjumpaan dalam gelap serta perpecahan dalaman PAS yang berlaku selepas itu. Empat tahun kebelakangan ini dihabiskan berperang dengan puak2 dalam PAS yang mahukan PAS bersama dengan UMNO. 
Maka, kalau Harun Din menjadi penaja kepada perbincangan dalam gelap serta kerajaang perpaduang dahulu, jangan lah terkejut kalau Harun Din juga boleh terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. Malahan, mereka2 yang terlibat dalam konspirasi berjumpa dalam gelap dengan UMNO tempohari adalah yang sama terlibat dalam konspirasi melantik Ku Li sebagai PM. 
Tulang Besi sendiri berpendapat Ustaz Harun Din ini adalah duri dalam daging di dalam PAS. Kehadziran beliau di dalam PAS hanya membawa kerugian serta perpecahan dan tiada untungnya beliau bersama PAS. 
TULANG BESI 
 ps ada beberapa penipuan dalam ucapan Ustaz Nasa itu:
1.0 Kertas kerja Ustaz Harun Din itu tidak pernah diluluskan oleh Majlis Syura. Kalau ia pernah diluluskan, mengapa setelah berita perjumpaan dalam gelap pecah, terpaksa diaadakan mesyuarat Syura di JKR 10 bersama Tok Guru Nik Aziz. 
2.0 Yang dikatakan "Keputusan Syura" membenarkan perjumpaan dalam gelap dengan UMNO juga adalah pembohongan. Permintaan beberapa AJK PAS Pusat untuk melihat MINIT MESYUARAT SYURA sebagai bukti keputusan itu juga sehingga hari ini tidak pernah ditunaikan 
3.0 Kita tidak faham apa perlunya pertemuan dengan UMNO sedangkan kerajaan PR baru umurnya sebulan lebih Sudah tentulah banyak kelemahan dan ketidak serasian yang berlaku dan perlu dibetulkan secara dalaman. Apa perlunya berjumpa UMNO hanya setelah sebulan lebih sahaja kerajaan terbentuk? 
4.0 Mengapa keputusan berjumpa dalam gelap dengan UMNO itu TIDAK DIKETAHUI OLEH TOK GURU NIK AZIZ SELAKU PENGERUSI MAJLIS SYURA ULAMA PAS? Namun, waktu mula2 isu itu dipecahkan oleh Pak LAh, alasan yang digunakan adalah mereka mendapat mandat dari Majlis Syura Ulama PAS. 
5.0 Sedikit pun Nasa tidak bercerita mengapa perlunya bercakap dengan UMNO walaupun baru sebulan lebih PR memerintah. Hakikatnya, tiada apa2 isu yang membahayakan Islam mahupun bangsa Melayu berlaku dalam tempoh sebulan setengah itu. Yang ada hanyalah geng2 NAsa yang sudah kemaruk mahu bersenggama dengan UMNO.
Read more!(Selanjutnya)

Ku Li Amal Islam Lebih Baik Dari Anwar?

Macam2 alasan yang diberikan kepada Anwar atas mengapa Ku Li lebih baik dari dia. Antaranya adalah tuduhan kononnya Anwar ini meminta2 jawtan Perdana Menteri. Namun, alasan itu disanggah oleh salah seorang anggota rombongan yang berkata bukan Anwar yang minta tetapi rakyat Malaysia yang minta Anwar jadi PM.

Rata-rata alasan2 yang diberikan adalah dangkal dan cetek belaka. Tiada bukti dan tiada asas kukuh.

Juga bersama alasan2 itu diberikan juga hujjah mengapa Ku Li lebih layak dari Anwar Ibrahim.

Kalau saya orang UMNO, mungkin saya boleh berhujjah demikian tapi bagi pimpinan sebuah parti Islam, pemilihan Ku Li ini sangat2 menghairankan serta melanggar hukum Islam.

Dari segi amalan Islam juga kita dapat lihat jauhnya beza antara Ku Li dengan Anwar. Isteri Anwar bertudung. Anak perempuan Anwar bertudung. Anwar sendiri jadi Imam Solat. Jadi Khatib Jumaat. Boleh bertazkirah dan berceramah agama. Rapat dengan ulama2 antarabangsa mahupun ulama nusantara.

Adakah amalan Islam sebgitu dapat dilihat dalam diri Ku Li?

Dimanakah ajaran Islam yang mengutamakan orang yang lebih hampir dengan Islam untuk dijadikan pemimpin? Mengapa tidak diamalkan oleh mereka yang mengaku diri mereka ulama serta memahami Islam?

Hanya kerana jemputan menonton video lucah tajaan Rahim Thamby Chik di Bukit Aman boleh mengubah persepsi masing2 dan menampakkan Ku Li lebih baik dari Anwar?

Padahal terdapat 1001 sebab video kabur hitam putih itu tidak boleh dijadikan hujjah lebih2 lagi Anwar sendiri menafikan menjadi orang di dalam video tersebut.

Mana pergi ajaran perlunya 4 saksi? Mana pergi hukum syariah Islam di sini?

Benarlah kata salah seroang pimpinan tertinggi. Sebab utama penolakan ke atas Anwar Ibrahim adalah hasad dengki dan dendam kesumat.

Dendam kesumat kerana menyalahkan Anwar Ibrahim di atas kegagalan projek PERPADUANG DENGAN UMNO. Maka, tak dapat nak burukkan Anwar, maka dihalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri. Tak kira jalan apa sekalipun, namun dendam di dalam hati mesti dilayan dan dipenuhi.

Hasad Dengki pula kerana "kalau aku tak dapat, engkau pun tak boleh dapat". Dr Syed Azman sendiri mengalami perkara ini secara pribadi sewaktu PRK Kuala Terengganu. Walaupun majoriti cawangan2 mahukan Dr Syed Azman sebagai calon, namun calon lain yang dicari. Tidak kira siapa calon tersebut asalkan bukan Syed Azman.

Begitulah hendak dikenakan ke atas Anwar Ibrahim. Ambik ko Anwar. Sapa suruh ko memandai-mandai gagalkan projek PERPADUANG dengan UMNO dulu?

Pokoknya TIADA SATU ALASAN SYARIEE untuk menolak Anwar menjadi Perdana Menteri. Hanya dendam kesumat serta hasad dengki menjadi alasan serta panduan di dalam menolak Anwar Ibrahim. Juga, ada juga antara mereka itu agen UMNO menjalankan arahan dan kehendak UMNO sepenuhnya.

Tak kira bahawa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor berulang2 kali menyatakan sekiranya Putrajaya tumbang, Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

Tidak kira bahawa atas pemecatan dan kezaliman Anwar barulah PAS dapat merasa kenaikkan sokongan yang tinggi dari kalangan rakyat Malaysia.

Tidak kira bahawa tindakan mereka ini bakal merugikan PAS dan mengurangkan kerusi yang PAS bakal menang akibat protes dari pengundi2 atas pagar.

Tidak kira bahawa Ku LI itu pernah mengkhianati PAS dan belot terhadap PAS. Kalau tidak disebabkan pemecatan Anwar nescaya Kelantan pasti jatuh pada tahun 1999.

Tidak kira bahawa selama 16 tahun Anwar dipecat dari UMNO, Anwar setia dengan PAS dan sentiasa menghormati PAS.

Barang diingat. Keputusan melantik Ku Li sebagai PM ini bukan keputsan Majlis Syura Ulama mahupun AJK PAS Pusat. Rata2 AJK PAS Pusat terkejut dengan berita ini.

Malahan, kalau tidak ditanya dalam mesyuarat AJK PAS PUsat, nescaya perkara ini tidak masuk ke dalam pengetahuan AJK2 PAS Pusat.

Ini adalah konspirasi beberapa kerat pimpinan Majlis Syura Ulama dan AJK PAS Pusat yang juga pro kepada PERPADUANG. Mereka menggunakan nama PAS untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Sama seperti waktu mereka berjumpa dengan Pak LAh dan UMNO dalam gelap dulu.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, February 21, 2013

Tidak Mustahil Ku Li Ganti Anwar - Harun Taib

NOTA : Laporan Malaysiakini dan Utusan Malaysia di bawah ini adalah dalam konteks siapa yang akan ganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.  Artikel ini pada tahun 2011 di saat Anwar dianggap bakal masuk ke penjara atas tuduhan liwat.

Yang saya hairan, mengapa nama Tuan Guru Presiden tidak dikedepankan oleh Ketua Dewan Ulama PAS ini?

Mungkin idea Ku Li jadi PM ini telah lama difikirkan dan dirancangkan



Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia terus 'menyakat' Pakatan Rakyat dengan melobi agar ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah diangkat sebagai ketua pembangkang baru kerana mendapat sokongan sebahagian ahlinya.

Terbaru, dalam laporan akhbar itu hari ini, Utusan mendakwa Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib (kiri) tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar itu mendakwa ahli parlimen Umno berkenaan mempunyai pengaruh serta ramai pengikut selain mendapat majoriti sokongan.

Harun bagaimanapun berkata, semua parti dalam Pakatan Rakyat akan meneliti terlebih dahulu prestasi Tengku Razaleigh sebelum memastikan bekas presiden Semangat 46 itu layak menjawat jawatan itu, jika keadaan memerlukan.

"Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau (Ku Li), kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan ketua pembangkang)," kata Harun dipetik Utusan.

Bekas pesuruhjaya PAS Terengganu PAS sebelum ini juga dilihat sebagai penyokong kuat cadangan kerajaan perpaduan di antara Umno-PAS yang telah berulang-kali ditolak oleh pemimpin dan ahli parti Islam itu.

Utusan sejak Jumaat lalu berkempen hebat agar Tengku Razaleigh, selepas melancarkan NGO barunya Angkatan Amanah Merdeka, menggantikan Anwar.

Karpal: Ku Li bukan alternatif

NGO yang mengumpulkan bekas menteri dan ahli parlimen BN yang kini dipinggirkan bertujuan menghidupkan semula idea perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman berhubung beberpa isu yang menyentuh mengenai penduduk berbilang bangsa, demokrasi dan kedaualatan undang-undang.

“Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," kata Harun dipetik Utusan lagi.

Ditanya sama ada Tengku Razaleigh dipelawa memegang jawatan Ketua Pembangkang setelah Anwar dianggap sebagai liabiliti kepada pembangkang termasuk masalah moral yang dihadapinya, Harun menjelaskan: "Itu bukan faktornya.''

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh (kanan) berkata, Tengku Razaleigh bukan alternatif kepada Anwar kerana ketika mempunyai peluang dalam pembangkang melalui Semangat 46, beliau kembali kepada Umno.

"Dan selepas itu, hanya Umno bahagiannya sahaja mencalonkannya bertanding jawatan presiden parti menentang (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak," beliau dipetik sebagai berkata kepada The Star.

Karpal berkata, sekiranya terdapat anggota parlimen PKR membelot pada Anwar dan meninggalkan Pakatan, DAP dan PAS tidak akan menuntut kerusi ketua pembangkang.

"Tanpa Anwar, pembangkang dan negara ini tidak akan menyaksikan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008," katanya
Read more!(Selanjutnya)

Projek Lantik Ku LI jadi PM BUKAN KEPUTUSAN PARTI

Semenjak cerita projek Ku Li terdedah, puak2 PERPADUANG dalam PAS telah membalas balik dengan beberapa serangan kepada orang2 macam Tulang Besi.

Antara lain serangan mereka adalah:

Orang seperti Tulang Besi ini telah mendedahkan rahsia parti dan kandungan mesyuarat AJK PAS Pusat serta mesyuarat Syura

Hakikatnya projek "Ku Li" ni tidak pernah dibincang secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat rasmi PAS di mana-mana peringkat pun baik di Syura Ulama mahupun di AJK PAS Pusat.

Hatta, kita pun hairan atas otoriti apa Ustaz Harun Din berjumpa dgn Anwar meminta Anwar mundur dari menjadi calon PM dan memberi laluan kepada Ku Li?

Kalau pun berlaku perbincangan isu ini adalah tidak sengaja kerana telah dinaikkan dalam mesyuarat AJK sehingga berlaku perbahasan yang begitu hangat yang akhirnya membawa kepada keputusan supaya projek ini digugurkan sama sekali.

Itupun perbincangan itu bukan dalam agenda mesyuarat rasmi tetapi berbentuk soalan dari salah seorang AJK PAS Pusat.

Tok Guru Nik Aziz sendiri menafikan wujud perbincangan Majlis Syura berkaitan dengan projek perlantikan Ku Li sebagai calon PM inikan pula ada keputusan Syura.

Ia sama macam masa kontroversi berjumpa dalam gelap dengan UMNO yg didedahkan oleh Pak Lah.

Pak Lah kata telah berlaku perjumpaan dalam gelap sebanyak tiga kali yang Pak LAh hadzir sendiri. Padahal sebelum itu Presiden serta Ustaz Nasha telah menafikan pertemuan berlaku secara terbuka.

Apabila tertekan dengan pendedahan PAk Lah itu, maka alasan yg diberikan kebenaran diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS.

PAdahal tiada satu dokumen rasmi hatta minit mesyuarat yang merekodkan wujudnya kebenaran sebegitu. Mereka berbohong dua kali:

1.0 Berbohong mereka tidak bertemu Pak Lah dan UMNO dalam gelap
2.0 Berbohong mereka diberi kebenaran oleh Majlis Syura Ulama PAS

Pembohongan yang sama yang cuba digunakan oleh puak2 ini dalam projek PERPADUANG atau UGII ini. Kononnya ia adalah keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan ia tidak boleh didedahkan kepada umum kerana rahsia parti.

Nah, Tok Guru Nik Aziz telah mendedahkan bahawa ini adalah satu PEMBOHONGAN yang nyata. Projek lantik Ku Li jadi PM BUKAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA dan BUKAN KEPUTUSAN PAS.

Ia adalah konspirasi beberapa ahli Majlis Syura yang pro UMNO.

Yang hairan tu sampai boleh pergi jumpa Anwar Ibrahim untuk bagitau Anwar tak boleh jadi PM dan mesti beri laluan pada Ku Li.

Boleh pulak Harun Din bertindak atas nama parti tanpa keputusan AJK PAS puia dan Majlis Syura pulak ye?

Yang jelasnya sekiranya AJK PAS PUsat dan Majlis Syura Ulama buat keputusan sebegini, maka keputusan itu tidak sah kerana melanggar usul di dua Muktamar yang mahukan Pakatan Rakyat diperkasakan.

TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, February 20, 2013

Daripada Tengku Razaleigh, Baik Salahuddin Ayub Jadi PM

Saya pun hairan. Kenapa nak ambik sangat TEngku Razaleigh sebagai calon Perdana Menteri? Ku Li ni dalam parti dia sendiri dia tak cukup pencalonan untuk merebut jawatan Presiden UMNO.

Kenapa tiba-tiba nak ambil Ku Li sebagai ganti kepada Anwar Ibrahim?

Adakah hati2 puak ini semuanya telah menjadi hitam seperti arang sehingga hasad dengki serta nafsu syaitan sudah melebihi pertimbangan akal yang waras serta iman kepada Allah SWT?

Lupakah mereka bahawa Tengku Razaleigh yang sama juga pernah mengkhianti PAS serta menista Tok Guru Nik Aziz secara terbuka? Lupakah mereka Tengku Razaleigh yang sama pernah mengatakan Tok Guru Nik Aziz ni nyanyuk dan tidak pandai memerintah?

Bagi Tulang Besi, dari mengambil Tengku Razaleigh jadi calon, adalah lebih aula sekiranya PAS mengkedepankan Salahuddin Ayub. Beliau tiada kes, setia kepada parti, dipuja dan disukai ramai, UMNO Johor sedang runsing dengan beliau yang dicalonkan sebagai calon MB Johor dan dia mendapat sokongan padu dari ahli2 serta akar umbi PAS.

Dia calon yang seratus kali lebih baik dari Ku Li. Soalnya mengapa tidak Salahuddin Ayub? Mengapa Ku Li?

Yang jauh lebih penting adalah Salahuddin Ayub adalah anak tarbiyyah PAS kerana ulama2 PAS sering menuduh orang macam saya bukan hasil tarbiyyah PAS. Jadi, adakah Ku Li itu juga hasil tarbiyyah PAS jugak skrg ni?

Apa yg Tulang Besi nampak dari perancangannya adalah seperti berikut:

Kalau ditakdirkan UMNO kalah:
1.0 Ku Li dinobat sebagai Perdana Menteri
2.0 Sebulan selepas menjadi PM, Anwar Ibrahim akan ditangkap dan disumbat dalam penjara
3.0 Pakatan Rakyat akan pecah lapan
4.0 Setelah menjadi PM, Ku Li akan merebut jawatan Presiden UMNO
5.0 Selepas Pakatan hancur, PAS dan UMNO akan bergabung di dalam satu barisan
6.0 UMNO kekal selamat dan hidup sejahtera
7.0 Apabila UMNO kuat semula, PAS akan ditendang keluar mcm anjing
Salahuddin Ayub tidak mungkin dapat menghidupkan semula UMNO. Hanya Ku Li yang boleh melakukannya.

Bertaubatlah dari hasad dengki serta tamak haloba. Mengikut maklumat Tulang Besi dapat, motivasi utama mereka sekarang ini adalah "Kalau aku tak dapat, engko pun tak buleh dapat"

Inikah perjuangan yang diberkati Allah SWT?

Inikah yang hendak dibawa ke Padang Mahsyar kelak?

Lupakah amanat Arwah Ustaz Fadzil yang terang jelas menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Putrajaya tumbang.

Acap kali arwah Ustaz Fadzil berkata demikian dalam ceramah2 beliau. Secara terbuka arwahnya membuat pernyataan sebegitu.

Di saat genting sebegini, seharusnya kita memikirkan bagaimana untuk menghapuskan UMNO, bukannya untuk memberi nafas baru kepada UMNO.

Tulang Besi tahu. Harapan UMNO adalah Anwar akan melatah seterusnya menunjukkan seolah2 Anwar ini gila kuasa dan kemaruk untuk jadi Perdana Menteri.

Tulang Besi menyerahkan segala-galannya kepada Allah SWT. Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

AMIN!!!

Tulang Besi

ps cerita pasal tarbiyyah, busuk2 Anwar iBrahim tu pernah lah ikut tarbiyyah ABIM dan Ikhwan Muslimin. Ku Li ikut tarbiyyah sapa?
Read more!(Selanjutnya)

120 Ribu Pengundi Hantu Menentukan Siapa Perintah Selangor

Kerajaan Negeri Selangor telah pun mengeluarkan senarai lebih 120 ribu pengundi baru yang TIDAK WUJUD. Pengundi2 ini terdaftar di dalam Daftar Pemilih namun mereka tidak wujud sama sekali.

Mereka ini samada:
1.0 Pendatang2 asing Myanmar, Bajau Filipina, Indonesia, India dan lain2 lagi.

2.0 Pengundi2 dari luar negeri Selangor yang telah didaftarkan di Selangor bagi menjadi pengundi UMNO dan BN

3.0 Pengundi2 yang bakal mengundi berulang dengan menggunakan nama-nama lain

4.0 Pengundi2 Selangor dari kawasan2 DAP atau kawasan2 yang mereka yakin kalah

Mereka2 ini akan menentukan siapa yang akan menang dan memerintah negeri Selangor. Mereka akan dikerah dengan ramainya pada hari mengundi dan mereka akan mengundi untuk menguburkan kerajaan Pakatan Rakyat

SERAM SUNGGUH SPR DENGAN NICK XENOPHON

Marah betul Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof terhadap Nick Xenophon. Pengerusi SPR dilaporkan berkata;




Tanpa sedar, Pengerusi SPR telah mengaku mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan serta hujjah2 yang diketengahkan oleh Nick Xenophon.

Kalaupun benar hujjah2 tersebut datang dari pihak pembangkang, apakah yang boleh menghalang SPR dari memberi jawapan2 yang jitu?

Stkt yang kita dapat lihat hari ini, dengan parti2 pembangkang pun SPR tak boleh memberikan jawapan2 yang jitu. Misalnya, lebih 110k orang pengundi baru yang didapati tidak wujud di Selangor itu pun SPR tidak mahu mengangkat jari untuk membersihkan mereka dari daftar pemilih.

Maka, sudah tentulah SPR takut dgn Nick Xenophon kerana sudah tentu Nick Xenophon akan bertanya perkara yang sama dan sudah tentu SPR tidak mampu menjawab.

NICK XENAPHON ADALAH KETUA DELEGASI AHLI2 PARLIMEN AUSTRALIA

Untuk pengetahuan saudara/ri pembaca sekelian, Perdana Menteri Australia, Julian Gillard, sendiri mengesahkan bahawa Nick Xenophon adalah ketua kepada sebuah delegasi tidak rasmi ahli2 parlimen Australia bagi menyiasat perjalanan pilihanraya di Malaysia.

Adapun Malaysia sedang mendapat kutukan dan nista dari kerajaan dunia pertama seluruh dunia kerana melayan seorang wakil rakyat seperti penjenayah.

PERCAYALAH, 120 ribu pengundi tidak wujud yang dijumpai oleh Kerajaan Negeri Selangor bakal menenggelamkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor pada pilihanraya ke 13 kelak.

Inilah rahsia besar yang tidak mahu diberitahu kepada Nick Xenophon.

Bak kata orang tua2, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

TULANG BESI



Read more!(Selanjutnya)

Sunday, February 17, 2013

Insiden Nick Xenophon Petanda SPR akan Menipu Besar-Besaran

Malaysia sekrang berlagak seperti negara dunia ketiga. Senator Nick Xenaphon adalah senator yang dipilih oleh rakyat Australia. Menghantar pulang Nick Xenaphon bererti Malaysia tidak menghormati negara Australia mahpun rakyat Australia yang telah memilihnya.

Apakah dosa dan kesalahan Nick Xenaphon? Beliau datang ke sini kerana mahu memerhati proses pilihanraya serta berjumpa Kerajaan Selangor berkaitan dengan wujudnya 170ribu orang pengundi hantu.

Maka, Nick Xenaphon telah ditahan di LCCT. Begitu rendah diri Senator ini sehingga sanggup naik AirAsia sahaja untuk datang ke Malaysia.

SPR dan UMNO takut dan kecut Senator Nick akan pulang ke Australia dan mendedahkan betapa UMNO bergantung kepada ratusan ribu pengundi hantu untuk menang pilihanraya.

Ia menjadikan taraf UMNO sama dengan rejim2 dunia ketiga di Afrika dan Asia Tengah.

SPR antara badan yang paling awal menyokong kebiadapan Malaysia terhadap Senator Nick Xenaphon menandakan SPR amat takut dengan kehadiran beliau ke Malaysia.

SPR memang telah bersumpah akan memastikan kemenangan UMNO dan BArisan Nasional di PRU ke 13 kelak. SPR juga telah bertanggungjawab memenangkan BN di Sabah dgn cara kotor dan jijik. Perkara sama akan dilakukan di Semenanjung.

Tugas setiap rakyat Malaysia adalah menangkap dan menghalang setiap pengundi hantu dari mengundi. Setiap pengundi hantu wajib ditangkap dan dihantar ke Balai Polis pada hari mengundi nanti.

Kalau tidak, Malaysia akan jadi seperti negara2 dunia ketiga kdi Afrika elak.

TULANG BESI
And here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, February 14, 2013

Judi: Antara Mao Ze Dong Komunis dan UMNO

Antara perkara yang paling awal yang dilakukan oleh Mao Zedong adalah MENGHARAMKAN JUDI SAMA SEKALI di seantero negeri besar China. Pengharaman TOTAL ini berlaku semenjak tahun 1969. 

Pengharaman ini termasuk judi loteri, judi kuda, judi sukan, judi mahjong dan judi nombor. SEMUA KEDAI2 JUDI SELURUH CHINA telah DITUTUP SAMA SEKALI atas arahan Mao Zedong.

Pada waktu yang sama, Mao Zedong ini juga adalah seorang KOMUNIS yang benci kepada agama, benci kepada tuhan dan benci kepada apa2 nilai yang bersangkut paut dengan agama.

Mao Zedong dilaporkan berkata:


Seluruh negeri Besar China tidak ada walau satu pun kasino. Berbanding Malaysia yang ada GENTING semenjak tahun 60an lagi.

Mari kita banding Mao Zedong yang anti tuhan dan anti agama dengan UMNO yang kuat berkokok memperjuangkan Islam dan kalimah Allah.

Ke sana ke mari UMNO mendabik dada memperjuangkan agama Allah kerana kalimah Allah mahu dirampas oleh orang Kristian.Tapi, pada waktu yang sama UMNO mempertahankan lebih 11 lesen judi di seluruh "Negara Islam" Malaysia.

Malahan, UMNO telah menghalalkan judi semenjak tahun 1951 lagi melalui projek "Loteri UMNO 1951", yakni sebelum UMNO memerintah Malaysia. Dengan kata lain, sebelum UMNO memerintah Malaysia, mereka telah pun menghalalkan judi sesama mereka. Apabila mereka memerintah, mereka telah mengeluarkan lesen judi supaya judi dijual berleluasa di Malaysia.

Berbeza dengan MaoZedong yang kafir dan anti tuhan, UMNO jauh lebih hina dan lebih kufur. Kalau Mao Zedong yang anti tuhan dan anti agama boleh nampak betapa buruknya judi, UMNO yang kononnya berjuang agama boleh tak nampak. Ertinya UMNO lebih sesat dari Mao Zedong yang anti tuhan dan anti agama itu.

Jangan lah kita tertipu dgn sandiwara UMNO kononnya mereka memperjuangkan Kalimah Allah. Hakikatnya, puak2 UMNO adalah musuh Allah no 1 setaraf dgn puak2 komunis yang anti tuhan dan anti agama.

Berkat kerjasama PAS-DAP mengagalkan pemberian lesen judi ke 12 (judi bola) kepada syarikat Vinsetan bernama Ascot Sport oleh UMNO yang mengaku berjuang Islam.

Islam ini jelas dan terang. Setiap orang yang mengaku pejuang Islam setiap langkah dan gerak mereka mesti selaras dengan Islam. UMNO bukanlah parti yang berjuang agama dan berjuang Islam.

Patulah benci sangat UMNO dengan komunis. Puak komunis ni benci sangat2 dengan judi yang menjadi kesayangan UMNO

TULANG BESI

ps berbahagialah Nasa dan Hasan Ali menjadi pejuang judi dan arak. HAHAHAHAHA

Dengar kabarnya Fidel Castro yang komunis pun haramkan kasino dan judi sampai hari ini di Cuba. Lebih senang berjudi di Malaysia berbanding di Cuba.


Read more!(Selanjutnya)

Presiden PAS Hampir Pasti Kalah di Marang

Antara maklumat terbaru yang Tulang Besi dapat:

1.0 Puak2 pro UMNO dalam Ulama PAS dan Majlis Syura mencadangkan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri kerana hasad dengki serta marahnya mereka kepada Anwar Ibrahim

2.0 Marah mereka kepada Anwar Ibrahim lantaran Anwar Ibrahim dianggap sebagai sebab utama projek PERPADUANG bersama UMNO gagal

3.0 Nama Presiden juga dijual untuk menjayakan perancangan UMNO bagi memecah belahkan perpaduan Pakatan Rakyat. Diharap pencalonan Presiden PAS bakal menyebabkan konflik yang besar dikalangan PAS bersama-sama parti komponen Pakatan Rakyat yang lain

4.0 Mereka ini bukanlah hormat dan taat kepada Presiden PAS pun. Presiden PAS bagi mereka hanya alat untuk menjayakan perancangan UMNO serta mensabotaj Anwar Ibrahim.

5.0 Buktinya, dalam isu kalimah Allah, mereka dengan senang hati memalukan Presiden dan menyanggah kenyataan Presiden tanpa rasa hormat walau sedikit pun

Namun, dari dalaman PAS mereka telah mendapat beberapa hujjah menyanggah yang tidak dapat mereka patahkan. Antara hujjahnya adalah:

1.0 DAP memberi sokongan padu kepada Anwar Ibrahim. Kalau kelak diambil undi di kalangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tidak mungkin Presiden PAS akan mendapat bilangan undi yang mencukupi.

2.0 Presiden PAS sendiri kemungkinan besar akan kalah di kerusi Parlimen Marang. Malahan, Presiden PAS sendiri pernah memberitahu bahawa akan ada calon lain menggantikan beliau di Parlimen Marang.

3.0 Bagaimakah hendak menaikkan Presiden PAS sebagai Perdana Menteri padahal harapan PAS Terengganu memerintah Terengganu adalah amat tipis. Kalau di Terengganu negeri Presiden sendiri dia ditolak, bagaimanakah PResiden hendak jadi PErdana Menteri?

Soalan2 di atas tidak dapat dipatahkan oleh puak2 Pro UMNO dalam Syura Ulama serta Dewan Ulama.

Lantaran kelemahan hujjah maka nama Tengku Razaleigh diangkat sebagai calon alternatif kepada Presiden PAS.

Malahan, ada diantara mereka bergurau bahawa mereka lebih rela angkat Karpal Singh jadi PM berbanding Anwar Ibrahim.

Begitulah dengki dan hasad mereka kepada Anwar Ibrahim lantaran kegagalan projek PERPADUANG dengan UMNO

MENGAPA MARANG BAKAL KALAH?

Mengikut maklumat terbaru, sebuah kem Polis Hutan telah pun siap dibina di Marang. Kem itu juga sudah siap didiami dan ada lebih kurang 5000 pengundi pos baru didaftarkan di Parlimen Marang.

Oleh kerana majoriti TG Presiden baru2 ini tidak sampai 2k undi, maka hampir pastilah Presiden tidak akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Marang.

Tulang Besi pernah melihat laporan keahlian baru di MArang sewaktu PAS memerintah Terengganu. Walaupun PAS memerintah Terengganu namun hampir tiada keahlian baru di PArlimen Marang sepanjang pemerintahan PAS.

Dan keadaan yang sama dapat dilihat di Marang sekarang ini. Dengan kata lain, tiada penyokong atau pengundi UMNO yang telah beralih kepada PAS di Parlimen Marang sehingga hari ini.

Ia bererti tidak mungkin undi2 pos ini dapat diatasi dengan kenaikkan sokongan kepada PAS di Marang dikalangan ahli dan penyokong UMNO.

Rata2 nya Terengganu amat berbeza dengna negeri2 lain. Di negeri2 lain di Semenanjung, kenaikkan sokongan kepada PAS amat ketara hatta di negeri Sabah dan Sarawak. Malahan, di Selangor, Johor, Melaka dsbnya kita dapat melihat kemasukan ahli2 baru yang ramai.

Namun di Terengganu, perkara ini tidak berlaku dan tidak pernah berlaku.

Kesimpulannya, kalau pun PAS hendak mencalonkan Presiden PAS sebagai Perdana Menteri tidak boleh kerana Presiden PAS cuma akan mampu mempertahankan DUN Rhu Rendang sahaja. Presiden PAS bakal duduk di luar Parlimen.

Saya tak tau sampai bila ulama PAS akan terus meneruskan budaya hasad dengki serta pengkhianatan mereka ini. Bagi Tulang Besi ini adalah cabaran yang sama yang dihadapi oleh Rasul SAW dengan orang2 munafik di Madinah satu masa dulu.

Sedihnya melihat bagaimana UMNO sudah mampu menguasai Majlis Syura Ulama PAS.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, February 13, 2013

Belanja Berjuta2 Hanya Untuk Dimalukan Hadapan Berjuta2 Rakyat Malaysia


Malu yang pertama apabila Najib tanya "Are You Ready for BN" (Adakah anda sedia untuk BN?). Maka dijawab oleh hadirin "NO!!!"(Tidak!!!)

Malu yang kedua apabila Psy telah dipanggil untuk bersama Najib untuk upacara "Yee Sang", tapi PSY tidak muncul untuk bersama dgn PM walaupun telah dipanggil berkali2 oleh penganjur.

Sebenarnya ada malu ketiga yang hanya dapat dilihat oleh mereka2 yang faham dengan adat istiadat orang Melayu dan tatasusila bangsa Melayu.

Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin nombor satu dunia, sepatutnya tumpuan dan sokongan hadirin mestilah ditujukan kepada beliau melebihi tumpuan kepada PSY. Rakyat Malaysia sepatutnya mengutamakan Najib melebihi PSY.

Sehebat PSY, beliau hanyalah seorang artis dan penghibur. Najib adalah pemimpin negara dan mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih besar dari PSY terhadap rakyat Malaysia.

Namun, apa yang kita lihat sangat menyedihkan. Najib Tun Razak sebagai PM dan Presiden UMNO yang terkinja2 menjual nama PSY. Sampai majlis YEE SANG tu pun nak panggil PSY sekali ke? Apa Najib Tun Razak tidak cukup ke untuk majlis itu.

Ada jugak yang bertanya, berapa kali PSY sebut nama Najib sepanjang konsert beliau yang tak sampai setengah jam itu berbanding Najib menyebut nama PSY?

Jelas, dalam majlis itu, Najib sanggup meletakkan taraf beliau lebih rendah dari PSY. Kalau di bumi asing, takpalah Najib buat begitu tapi di bumi Malaysia, Najib itu sepatutnya lebih tinggi taraf dari PSY.

Adapun berkaitan sponsor misteri, spekulasi Tulang Besi adalah hanya syarikat judi dan arak di Malaysia sahaja yang mampu membelanjankan RM6-7 juta ringgit tanpa meminta apa-apa publisiti dari nya.

Adapun syarikat2 kerajaan yang lain sudah tentu tidak mampu berbuat demikian tanpa disoal

Atas sebab itulah agaknya cyberuk2 UMNO seperti kelu tidak dapat berbahasa dek kerana malunya mereka melihat gelagat presiden mereka yang sanggup membuang maruah hanya kerana seorang artis. 

Dah lah berjuta duit habis, malu yang dapat. Ibarat pegang ayam. Ayam terlepas, tangan penuh taik.

Video2 Najib dimalukan ada diberi di bawah untuk tontonan umum

TULANG BESI


Video Najib kena "NO!!!"



Video PSY tak mau keluar ikut sama dalam majlis YEE SANG

And here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, February 12, 2013

Alasan2 yg Digunakan Untuk Menyokong Ku Li Sebagai PM

Puak2 pro UMNO dalam Majlis Syura Ulama PAS sudah tentulah tidak bergantung kepada hanya satu alasan sahaja untuk mencalonkan Ku Li sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat. Bagi kumpulan2 pro UMNO yang pekat keUMNOan mereka, alasan membalas dendam dan hasad dengki kepada Anwar Ibrahim sudah cukup.

Hasad dendam mereka kepada Anwar kerana mengagalkan agenda perpaduang dengan UMNO sudah cukup untuk mereka mensabotaj Anwar dari menjadi Perdana Menteri kalau ditakdirkan Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.

Namun kepada ahli2 lain yang tidak benci dan tidak marah dengan Anwar, telah disediakan alasan-alasan berikut:

1.0 Ku Li lebih baik dari Anwar kerana Ku Li akan melindungi orang Melayu dan Hak Melayu. Anwar dilihat sebagai memusuhi hak istimewa Melayu

2.0 Anwar dilihat sebagai seorang yang liberal dan tidak boleh diharap untuk menjaga Islam

3.0 Anwar Ibrahim adalah agen Amerika dan agen Barat serta agen IMF

4.0 Anwar Ibrahim tidak menyokong perpaduang Melayu

5.0 Anwar adalah peliwat dan penzina.
Dengan kata lain, semua alasan yang dipergunakan oleh puak2 pro UMNO dalam Majlis Syura Ulama ini adalah diambil terus dari propaganda Biro Tatanegara.

Juga dapat dilihat alasan MELAYU itu tidak dapat dipisahkan sama sekali. Walaupun mereka2 ini mengaku sebagai pejuang Islam tapi dalam hati mereka rupanya karat dengan nasionalisma Melayu.

Tidak hairanlah kerana selama ini pun puak2 pro UMNO dalam PAS ini mengulangi kesemua propaganda UMNO terhadap Anwar Ibrahim demi memastikan projek perpaduang dengan UMNO berjaya.

Adapun Nasa telah melampau. Kalau Nasa tidak dibuang dengan segera kelak imej Syura akan menjadi lebih buruk sekaligus menjadikan kepercayaan ahli kepada Syura akan terhakis sepenuhnya.

Lihatlah alasan yang diberikan. Nasa tidak hadzir dalam mesyuarat. Ertinya selepas ini ahli2 PAS bebas membantu pemimpin2 UMNO di dalam menjayakan propaganda mereka kerana Majlis Syura tak marah pun.

Yang ditakuti Tulang Besi adalah kalaulah keputusan PRU 13 menjadi terlalu dekat, maka orang2 ini akan memanggil mesyuarat Syura dan menyuruh PAS bekerjasama dgn UMNO. 

TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Monday, February 11, 2013

Ahli Majlis Syura Pro UMNO Calon Ku Li Sbg PM Malaysia

Heboh dalam sebuah akhbar kononnya Majlis Syura PAS Pusat menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Hakikatnya, perbincangan ini adalah hanya dikalangan ahli2 Majlis Syura yang pro UMNO. GEng ahli2 Majlis Syura ini jugalah di belakang pencalonan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia sewaktu Muktamar PAS baru-baru ini.

Namun, nampaknya Tuan Guru Haji Hadi Awang juga telah nampak kemunafikan mereka setelah mereka memalukan Tuan Guru Presiden dalam isu kalimah Allah. Begitu puak2 pro UMNO ini mahu menyokong pendirian UMNO sehingga mereka sanggup memanggil mesyuarat khas Majlis Syura walaupun Presiden PAS telah pun mengeluarkan kenyataan bagi pihak PAS berkenaan dengan isu kalimah Allah.

Cuba ingat kembali sewaktu terdedahnya perjumpaan UMNO-PAS dalam gelap tempohari seperti yang didedahkan oleh Pak Lah. Alasan2 yang digunakan oleh puak2 ulama adalah ianya adalah keputusan Majlis Syura. Namun, apabila diminta minit mesyuarat bagi membuktikan keputusan itu, satu habuk pun tarak. Ini kerana ia adalah satu pembohongan. Hakikatnya, Majlis SYura Ulama tidak pernah membincangkan cadangan seperti itu.

Perbincangan hanyalah di kalangan beberapa orang "ulama" yang sudah tergiur dan terjelir lidah untuk bersenggama dengan UMNO.
Kumpulan yang sama ini jugalah sekarang ini sedang berbincang mahu menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selaras dengan kehendak UMNO. Dalam perbincangan terbaru mereka, Tengku Razaleigh akan dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri bagi memastikan Anwar tidak menjadi PM Malaysia.

Semua ini dilakukan kerana dendam kesumat mereka yang meluap-luap. Mereka menyalahkan Anwar Ibrahim di atas kegagalan projek Kerajaan Perpaduang bersama UMNO. Mereka (puak2 pro UMNO dalam Majlis Syura serta ulama PAS) menyalahkan Anwar Ibrahim kerana bagi mereka sokongan ahi2 PAS menyebabkan usaha memadukan PAS dengan UMNO telah gagal sama sekali.

Begitulah hitam nya jiwa mereka sehingga mereka terlupa Tengku Razaleigh pernah mengkhianati PAS secara terbuka. Namun, dendam kesumat puak2 ulama ini melebihi kepentingan parti dan kepentingan Islam.

Sebelum ini kan dari mulut jahat mereka dibuat fitnah kononnya Khalid Samad, Dr Dzul, Dr Hatta dsbnya lebih setia dengan Anwar Ibrahim berbanding Presiden PAS hanya kerana pemimpin2 di atas itu menolak gagasan PERPADUANG dengan UMNO.

Cerita sebenarnya, gagasan PERPADUANG dengan UMNO itu HAMPIR HAMPIR menjadi kenyataan hakiki hanya kerana penolakan Tok Guru Nik Aziz sahaja menyebabkan ia gagal. Penolakan Tok Guru Nik Aziz itu pula telah diletakan kesalahan nya di atas Husam Musa dan Husam Musa pula dituduh sebagai agen Anwar Ibrahim dalam PAS.

Pokok pangkalnya, puak2 pro UMNO dalam Majlis Syura sedar hayat politik mereka semakin pendek. Dalam jangkamasa yang pendek ini mereka akan cuba untuk berbuat apa sahaja untuk mensabotaj Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat. Dalam waktu yang sama mahu mendapat laba yang banyak dari pihak UMNO.

Hakikatnya, puak2 ulama dalam PAS ini sudah lama meninggalkan perjuangan Islam. Perjuangan yang tinggal dalam mereka hanyalah perjuangan mendapat pangkat dan kekayaan semata-mata.

Tidak hairanlah Ketua Dewan Ulama skrg ini dalam keadaan sakit2 pun masih mahu terus memegang jawatan. Masih terus mahu jadi calon pilihanraya dan masih terus mahu menjadi juara dan jaguh. Konsep amanah sudah tidak wujud lagi bagi Ketua Dewan Ulama PAS ini. Tak hairanlah pada satu waktu dulu, dia pernah dibooo oleh penyokong sendiri di Kemaman. Tuhan punya kuasa.

TULANG BESI


Read more!(Selanjutnya)

Ahli Majlis Syura Pro UMNO Cuba Sabotaj Anwar

Heboh dalam sebuah akhbar kononnya Majlis Syura PAS Pusat menolak Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. Hakikatnya, perbincangan ini adalah hanya dikalangan ahli2 Majlis Syura yang pro UMNO. GEng ahli2 Majlis Syura ini jugalah di belakang pencalonan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri Malaysia sewaktu Muktamar PAS baru-baru ini.

Namun, nampaknya Tuan Guru Haji Hadi Awang juga telah nampak kemunafikan mereka setelah mereka memalukan Tuan Guru Presiden dalam isu kalimah Allah. Begitu puak2 pro UMNO ini mahu menyokong pendirian UMNO sehingga mereka sanggup memanggil mesyuarat khas Majlis Syura walaupun Presiden PAS telah pun mengeluarkan kenyataan bagi pihak PAS berkenaan dengan isu kalimah Allah.

Cuba ingat kembali sewaktu terdedahnya perjumpaan UMNO-PAS dalam gelap tempohari seperti yang didedahkan oleh Pak Lah. Alasan2 yang digunakan oleh puak2 ulama adalah ianya adalah keputusan Majlis Syura. Namun, apabila diminta minit mesyuarat bagi membuktikan keputusan itu, satu habuk pun tarak. Ini kerana ia adalah satu pembohongan. Hakikatnya, Majlis SYura Ulama tidak pernah membincangkan cadangan seperti itu.

Perbincangan hanyalah di kalangan beberapa orang "ulama" yang sudah tergiur dan terjelir lidah untuk bersenggama dengan UMNO.
Kumpulan yang sama ini jugalah sekarang ini sedang berbincang mahu menghalang Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri selaras dengan kehendak UMNO. Dalam perbincangan terbaru mereka, Tengku Razaleigh akan dicadangkan sebagai calon Perdana Menteri bagi memastikan Anwar tidak menjadi PM Malaysia.

Semua ini dilakukan kerana dendam kesumat mereka yang meluap-luap. Mereka menyalahkan Anwar Ibrahim di atas kegagalan projek Kerajaan Perpaduang bersama UMNO. Mereka (puak2 pro UMNO dalam Majlis Syura serta ulama PAS) menyalahkan Anwar Ibrahim kerana bagi mereka sokongan ahi2 PAS menyebabkan usaha memadukan PAS dengan UMNO telah gagal sama sekali.

Begitulah hitam nya jiwa mereka sehingga mereka terlupa Tengku Razaleigh pernah mengkhianati PAS secara terbuka. Namun, dendam kesumat puak2 ulama ini melebihi kepentingan parti dan kepentingan Islam.

Sebelum ini kan dari mulut jahat mereka dibuat fitnah kononnya Khalid Samad, Dr Dzul, Dr Hatta dsbnya lebih setia dengan Anwar Ibrahim berbanding Presiden PAS hanya kerana pemimpin2 di atas itu menolak gagasan PERPADUANG dengan UMNO.

Cerita sebenarnya, gagasan PERPADUANG dengan UMNO itu HAMPIR HAMPIR menjadi kenyataan hakiki hanya kerana penolakan Tok Guru Nik Aziz sahaja menyebabkan ia gagal. Penolakan Tok Guru Nik Aziz itu pula telah diletakan kesalahan nya di atas Husam Musa dan Husam Musa pula dituduh sebagai agen Anwar Ibrahim dalam PAS.

Pokok pangkalnya, puak2 pro UMNO dalam Majlis Syura sedar hayat politik mereka semakin pendek. Dalam jangkamasa yang pendek ini mereka akan cuba untuk berbuat apa sahaja untuk mensabotaj Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat. Dalam waktu yang sama mahu mendapat laba yang banyak dari pihak UMNO.

Hakikatnya, puak2 ulama dalam PAS ini sudah lama meninggalkan perjuangan Islam. Perjuangan yang tinggal dalam mereka hanyalah perjuangan mendapat pangkat dan kekayaan semata-mata.

Tidak hairanlah Ketua Dewan Ulama skrg ini dalam keadaan sakit2 pun masih mahu terus memegang jawatan. Masih terus mahu jadi calon pilihanraya dan masih terus mahu menjadi juara dan jaguh. Konsep amanah sudah tidak wujud lagi bagi Ketua Dewan Ulama PAS ini. Tak hairanlah pada satu waktu dulu, dia pernah dibooo oleh penyokong sendiri di Kemaman. Tuhan punya kuasa.

TULANG BESI


Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.