Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, April 30, 2013

Kalau Dapat Halang Penipuan, Kerajaan Akan Bertukar

Mengikut beberapa kajian yang baru sahaja dikeluarkan oleh berbagai pihak, Pakatan Rakyat sedang mendahului dari segi bilangan kerusi Parlimen dan bakal menang beberapa negeri termasuk negeri Johor.

Malahan, diberitakan kepada Tulang Besi, negeri Johor lebih besar kemungkinan untuk jatuh kepada Pakatan Rakyat berbanding negeri2 MElaka dan Negeri Sembilan.

Namun, Tulang Besi telah menempelak salah sebuah badan kajian dengan begitu kasar sekali. Tulang Besi kata pada badan itu:

"Kamu badan kajian bodoh. Keluarkan keputusan kajian kepada umum dalam keadaan kajian kamu separuh masak. Buat jentera2 Pakatan Rakyat lalai dan tidak kuat bekerja. Cuba kamu masukkan "faktor penipuan" dalam analisa matematik kamu itu dulu dan tengok berapa kerusi yang PR akan menang?"

Selepas dimasukkan faktor tersebut, secara amnya Pakatan Rakyat cuma mampu mendapat balik bilangan kerusi dan negeri yang dimenangi pada tahun 2008 yang lepas. Mungkin lebih sedikit bilangan kerusi parlimen nya (pertambahan 10-12 kerusi).

Dengan kata lain:

Samada dapat atau tidak menawan Putrajaya adalah bergantung kepada kebolehan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat menangkis penipuan Barisan Nasional serta SPR

Penipuan2 itu akan berlaku dalam area2 ini, misalnya:

1.0 Sewaktu perjalanan pengundian serta pengiraan undi. Kalau jentera Parlimen/DUN tidak menyediakan PACA yang terlatih dan tahan diuji dari dibeli, maka keputusan akan memihak kepada BN. Ini kerana setiap pegawai SRP telah diarahkan untuk mencari jalan bagi memenangkan UMNO/BN termasuk dengan cara manipulasi Borang 14.

Ketiadaan Polling Agent dan Counting Agent akan dipergunakan sepenuhnya oleh SPR untuk memberi Borang 14 yang palsu yang sekaligus akan menjamin kemenangan UMNO

2.0 Penggunaan pengundi2 hantu. Jentera2 PR harus memastikan setiap pengundi hantu terhalang untuk mengundi. Sekiranya ini berjaya, maka UMNO akan kalah

3.0 Pembelian dan ugutan pengundi

dan banyak lagi.

Pendek kata, jentera Pakatan Rakyat jangan lena. Khabar2 kononnya kita telah menang tidak mengambil kira penipuan secara besar2 an yang dirancang UMNO/BN.

Masa sekarang adalah masa bekerja dengan lebih kuat bukan masa untuk rilek dan berehat kerana memikirkan kita telah menang.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Senarai Taktik2 Kotor Biasa Di Saat2 Akhir

Ada beberapa taktik kotor yang biasa dibuat di saat2 akhir mengikut pengalaman2 yang lepas:

1.0 Membeli Polling Agent dan Counting Agent PAkatan Rakyat: Biasanya senarai PACA akan diserah pada SPR. Oleh kerana SPR adalah agen UMNO, senarai PACA PR ini akan sampai ke tangan BN. Seterusnya, BN akan cuba membeli PACA. Kesannya nanti adalah samada PACA itu tidak hadir untuk bertugas ataupun mereka sama2 membantu menipu.

Bayangkan, pegawai2 SPR cuma harus menukar maklumat di atas Borang 14 dan BN menang. Tak menjadi isu berapa jumlah undi yang telah dibuang sebenarnya. Hanya data di atas Borang 14 sahaja yang akan menentukan siapa menang dan kalah.

2.0 Tukar Beg Undi POS : Biasalah ni. Atas sebab inilah SPR tidak mahu terus mengira undi pos pada hari pengundian awal. PAtutnya, selepas mengundi dan undi di masuk dalam beg, undi tersebut harus terus dikira bagi menyenangkan proses. Tapi, SPR mahu ditunggu sehingga lima hari baru hendak dikira undinya.

Tulang Besi tidak tahu berapa banyak kawasan yang mempunyai tenaga yang cukup untuk memerhati beg2 undi pos ini selama 5 hari berturut2.

3.0 Penggunaan pengundi2 hantu secara berleluasa : Benda ni kita hanya boleh menghalan mereka dari mengundi sahaja. Ini juga terpulang kepada kekuatan jentera2 pilihanraya yang ada.

4.0 Penyebaran bahan2 fitnah secara berleluasa : VCD, risalah dsbnya harus dikutip dan ditangkap penyebarnya oleh jentera tempatan. PErkara ni Tulang Besi pengalaman sendiri sewaktu berkempen untuk Dato Zainal Abidin Zain di BAgan Serai sewaktu PRU 1990 dimana risalah Tengku Razaleigh dituduh masuk Kristian dan khianat pada agama Islam tersebar.

5.0 Membeli pengundi2 : Jentera kena tangkap orang2 yang membawa duit ini. Biasanya duit akan dibawa berbeg beg. Untunglah siapa yang boleh tangkap orang2 ni sbb dapat makan besar. 
6.0 Mengungut Pengundi: Digunakan gangster dan pihak berkuasa untuk mengugut pengundi2 yang lemah di kampung2 dan pinggir2 bandar supaya tidak keluar mengundi terutamanya pengundi India dan Cina. Dari boleh menang jadi kalah
Banyak lagi tapi 5 ni yang biasa berlaku di saat2 akhir ini

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Friday, April 26, 2013

TUlang Besi Sebuk Kempen, Tak Sempat Update Blog

Tulang Besi sekarang terpaksa berulang alik ke Selatan Tanah Air kerana berkempen dengan orang2 kampung dengan "kaedah baru".

Terkejut Tulang Besi kaedah Tulang Besi tu agak berjaya. Mulanya ingatkan satu hari je, tapi sampai hari ni dah tiga hari berturut2 Tulang Besi dijemput.

Rasanya sampai hari election la Tulang Besi di sana, inshaalah.

Jadi tak sempat nak update blog.

Cumanya, satu maklumat, Kedah boleh jadi 50-50 sbb Kak Mah sabotaj Mukhriz bertanding di Air Hitam instead of Kota Seputih.

Syukur. Kalau tidak kita semua dah boleh kiss Kedah goodbye.

TULANG BESI

ps tips kempen pada pengundi Melayu kampung, tumpukan isu2 agama.

Misalnya:

1) UMNO halalkan judi
2) Presiden2 UMNO rasmi kilang Arak
3) Babi jadi bahan eksport oleh UMNO

Inshaalah, mereka akan sedar. Semua perkara ini adalah maklumat dalam blog TUlang Besi. Cuma search sahaja.

Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, April 24, 2013

Bila Presiden PAS Nak Mula Serang UMNO?

Alkesah sekarang ini video Presiden PAS menuduh calon PKR jual pil kuda dan calon PSM penyokong komunis dimainkan sepanjang masa di TV oleh media UMNO.

Kalau hanya kenyataan pemimpin UMNO sahaja membuat tuduhan kesannya hampir tiada kerana cakap2 pemimpin BN sudah tidak dipercayai.

Namun, kerana ia video Presiden PAS dan ianya video bukan gambar, maka kesannya amatlah buruk kepada PAkatan Rakyat terutamanya PAS.

Kenyataan Presiden PAS itu akhirnya akan menyebabkan calon2 PAS di Johor terutamanya jatuh sokongan Melayu nya.

LEbih2 lagi, tuduhan jual pil kuda itu adalah fitnah memandangkan ia hanyalah fitnah tajaan UMNO. Calon PKR yang mengoperasi sebuah farmasi itu telah pun disiasat oleh pihak Polis dan akhirnya terbukti dia tidak bersalah. Tidak cukup bukti pun untuk didakwa di mahkamah. Ianya hanyalah fitnah tajaan UMNO semata-mata.

TUlang Besi dengar khabar calon tersebut mahu menyaman malu terhadap Presiden PAS tetapi dihalang oleh Anwar Ibrahim.

Soalnya sekarang bilakah PResiden PAS mahu mula menyerang UMNO?

Atau dalam PRU ini Presiden PAS hanya mahu menumpukkan usaha beliau menyerang sesama PAkatan Rakyat?

Mungkin inikah lanjutan dari agenda PERPADUANG yang kita selama ini tidak sedar?

TULANG BESI

ps Dato HArun Din hari ni dilapor kenyataan beliau oleh media2 UMNO sebagai berkata akan melaksana hudud. Kenyataan yang jelas merugikan PAS dari segi undi kaum India dan Cina.

Kedua2 Harun Din dan Presiden PAS adalah tokoh2 yang terbabit dalam agenda perpaduang dan projek melantik Ku Li sbg PM.

Kalau ditakdirkan PAS dapat kerusi paling sikit dalam PR, maka berterima kasihlah kepada Presiden, Mursyidul AM serta SU Agung (video).


Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 22, 2013

Penjelasan Tulang Besi Belasah Puak2 Sendiri Dalam Musim Pilihanraya

Tulang Besi hendak tunjukkan bahawa sabotaj di Perlis, Kedah, tiga penjuru yang banyak kecuali di Panti adalah hasil kerja beberapa ekor pemimpin PAS yang kemaruk nak menangkan UMNO.

Mereka bukanlah memikirkan bagaimana hendak mengalahkan UMNO. Mereka hanya memikirkan bagaimana hendak memastikan UMNO terus berkuasa supaya selepas PRU 13 mereka boleh menubuhkan kerajaang PERPADUANG semula.

Mereka2 ini adalah talam dua muka dan gunting dalam lipatan dalam perjuangan Islam.

Misal yang paling utama adalah keengganan PAS menjadikan Anwar sebagai PM. Hasilnya, Ghani OThman dan MCA/Gerakan/MIC sedang ke hulu ke hilir memberitahu yg Haji Hadilah yang akan menjadi PM.

Ini bakal menjatuhkan tahap sokongan pengundi CIna dan India kepada Pakatan Rakyat. Kalau tak banyak, sikit pun jadi. Estimasi dalam 3-7% pengundi Cina dan India.

Jelas, puak2 PERPADUANG dalam PAS adalah bekerja untuk UMNO.

Kerusi Kota Damansara adalah juga bukti jelas bagaiamana puak PERPADUANG sabotaj jentera Pakatan Rakyat. Dengan meletakkan calon, secara otomatik UMNO telah berjaya menang satu kerusi di DUN Selangor. Apa pun alasan yang diberi oleh Presiden dan menantu beliau, hakikatnya tindakan mereka telah memberi UMNO satu kerusi percuma.

TAHNIAH DDIN AYAM, TAHNIAH MESNI, TAHNIAH PERPADUANG.

Akhir kata, tujuan utama artikel2 ini adalah untuk mendedahkan bahawa segala yang berlaku stkt ini adalah hasil kerja tangan UMNO semata-mata melalui agen2 mereka dalam PAS.

Ia tidak mencerminkan naluri dan hati nurani majoriti ahli2 dan penyokong2 PAS sama sekali.

Jangan kita berasa patah hati dan hilang semangat. Sebaliknya, kita mesti memenangkan PAS dan PAkatan Rakyat. Kalau ini berlaku, maka segala perancangan UMNO itu telah gagal sama sekali.

Secara mudahnya, demi mengagalkan agenda KERAJAANG PERPADUANG, kita semua haruslah bekerja keras dan memenangkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana objektif utama agenda PERPADUANG adalah untuk memenangkan UMNO laknatullah. Kalau UMNO tetap kalah, maka objektif UG itu gagal sama sekali.

Masa tu barulah PJ Perlis dan PJ Terengganu menangis tak berlaku sbb seluruh Malaysia UMNO kalah kecuali di Perlis dan Terengganu. Padan muka kamu jadi alat kepada UMNO

TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Presiden PAS Sokong Pertindihan Kerusi

Jangan haraplah akan ada penyelesaian dalam mesyuarat PAS hari ini untuk kes pertindihan kerusi. Jelas, Presiden sendiri menyokong tindakan khianat PAS Subang itu.



Komen Tulang Besi:

1) Jawapan pasal Kota Damansara jelas nak bela menantu sendiri. Majoriti ahli2 PAS Kota Damansara tidak pernah komplen ataupun mengeluh pasal Dr Nasir. Dia tidak pernah belot atau khianat pada PAS. Hanya PAS sahaja yang khianat pada dia sekarang ini.

2) Apa fahaman Dr Nasir tidak memberi hak kepada PAS memberikan kemenangan kepada UMNO dgn meletak calon

3) Dengan lebih mudah, nak lawan calon yang ada gambar Stalin dan Lenin, kita beri UMNO menang. Nak selamatkan PAkatan Rakyat dengan memberi kemenangan mudah pada UMNO? Rasanya, tu alasan yang sangat dangkal.

4) Di kerusi2 bertindih lain tu, semuanya tokeh kuda ke? Chegu Bard tu tokeh kuda ke?

5) Tiada siapa marah kes DUN Panti. MAlahan, ramai yang berterima kasih. Tapi, itu cuma satu DUN sahaja.

6) Adakah PResiden menyokong tinddakan khianat Hj Mesni dan menantu beliau?

7) Hanya sebut kejatuhan Perak tapi tak sebut langsung pasal kejatuhan Terengganu sewaktu di jadi MB


Islam tidak mengajar umat nya melakukan khianat kepada sesama manusia

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

UMNO Bakal Terlungkup Kerana Belakangkan Wanita UMNO?


Tulang belakang kepada sokongan UMNO adalah dari wanita Melayu. Secara amnya wanita Melayu memberi sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional tanpa soal. Wanita Melayu telah menyelamatkan UMNO pada tahun 2008 sewaktu berlakunya tsunami politik yang melanda Semenanjung Malaysia.

Sepanjang sejarah Malaysia, hatta sewaktu UMNO mengalami perpecahan sekalipun pada tahu 1990 dan 1999, jentera Wanita UMNO utuh dan tidak berbekas.
Wanita UMNO membekalkan jentera yang tidak ada tandingannya membolehkan UMNO sampai ke setiap pelusuk negara. Wanita2 Melayu seperti terpegun dan terpukau hasil gerak kerja Wanita UMNO yang sebegitu kemas dan tersusun rapi.

Namun, pada pilihanraya kali ini, ada sedikit kelainan. Apabila Ketua Wanita UMNO sendiri tidak bertanding akibat terpalitnya skandal NFC. Dan Naib Ketua Wanita UMNO (dalam gambar) sanggup keluar parti untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Walau apa badai melanda UMNO, Wanita UMNO tidak pernah terusik. Waktu UMNO berpecah kepada S46, amat sedikit dari Wanita UMNO yang keluar dan menyertai S46. Itulah sebabnya S46 gagal menjatuhkan UMNO.

Namun, pada kali ini, Wanita UMNO lah yang paling kuat berkrisis berbanding golongan lain dalam UMNO. Tulang Besi tidak tahu sejauh mana jentera Wanita UMNO menjadi lemah kerana ini. 

Cumanya, perkara ini tidak pernah berlaku dan ada kemungkinan jentera Wanita UMNO yang selama ini menjadi tonggak UMNO akan cacat dan tidak boleh berfungsi seperti biasa.

Ini mungkin petanda awal kejatuhan Barisan Nasional.

TULANG BESI


Read more!(Selanjutnya)

Sunday, April 21, 2013

Penjelasan TIga Penjuru di DUN Panti

TIga penjuru di DUN Panti ada penerangan yang kuat dan boleh dijustifikasikan. Ia bukan angkara perebutan kerusi antara PKR dan PAS.

Pada hari penamaan calon tersebut, calon PKR telah tidak muncul-muncul. Walaupun pihak PAS berhempas pulas menelepon dan memanggil namun tidak boleh dihubungi.

Lebih2 lagi semua pemimpin PKR pada masa itu sebuk dan terlibat dalam penamaan calon masing-masing.

Maka, pada jam 0945 pagi, SAlahuddin dan pemimpin2 PAS Johor mengambil keputusan untuk memasukkan calon PAS supaya tidak berlaku menang tanpa bertanding kepada UMNO dan BArisan Nasional.

Namun, tiba2 lima minit sebelum tutup proses penamaan, calon PKR tiba-tiba muncul. Apabila diberitahu yang PAS sudah pun meletak calon, dia masih degil untuk masuk sebagai calon.

Maka, dia pun masuk dan berlaku lah tiga penjuru tadi.

Yang hairannya boleh pulak calon PKR tu muncul lepas PAS meletakkan calon? Boleh pulak pihak satu lagi menghubungi beliau?

Pada hemat Tulang Besi, calon PKR tersebut mungkin telah dibeli. Dia sengaja menghilangkan diri tapi tak sangka PAS telah bersedia dengan calon alternatif.

Tulang Besi mencadangkan supaya PKR menarik calon mereka kerana jelas sudah ada syak terhadap kedudukan calon itu. 

Kalau dikatakan dia kemalangan jalanraya, sudah tentu dia tidak boleh hadir lagi lima minit sebelum masa tutup untuk serah borang dalam keadaan sehat walafiat.  Ertinya ada udang di sebalik batu. Jangan ambil risiko dengan calon PKR ini.

Besok2 boleh serah semula kerusi ini kembali kepada PKR.

Kalau ditakdirkan menang pun calon PKR itu, boleh percaya ke dia tidak akan melompat masuk UMNO macam si Badrul Port Kelang tu?

Mustahil dalam keadaan penamaan calon itu dia tidak boleh menghubungi pihak PAS ataupun DAP bagi memberitahu akan kelambatan beliau.

Mustahil sama sekali.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Pesuruhjaya PAS Terengganu Orang Gila

3 dari 7 kerusi bertindih antara PAS dan PKR berlaku di Terengganu. Tahukah anda kenapa?

Ia adalah kerana PJ Terengganu tu orang gila.

PAS Terengganu pun kumpulan manusia yang gila.

Semenjak gagalnya agenda PERPADUANG dengan UMNO, mereka menjadi musuh dan seteru kepada Anwar Ibrahim serta PKR. Mereka benci PKR lebih teruk dari mereka benci UMNO.

Maka, jalan mereka menabur jasa kepada UMNO adalah dengan cara mensabotaj Pakatan Rakyat.

Cara sabotaj tidak lain dengan meletak calon di kerusi yang PKR telah tandingi dan pegang semenjak 2008.

Ketiga-tiga DUN, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi adalah DUN yang tiada harapan untuk menang. Kalau PAS biar PKR tanding pun, tetap PKR tidak ada harapan menang.

PAS Terengganu tahu perkara ini. Tapi mengapa mereka tetap terus meletakkan calon?

Pertamanya sebab mereka mahu sabotaj PAktan Rakyat di peringkat nasional. Dengan berlaku 3 penjuru, imej Pakatan Rakyat jadi rosak dan akhirnya akan menguntungkan UMNO.

Keduanya, PAS Terengganu mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah musuh asasi kepada Anwar Ibrahim. Malahan, telah pun diberitahu oleh PJ Terengganu bahawa mereka tidak mahu Anwar datang ke Terengganu.

Kalau ke Terengganu, kita lihat jarang2 ada program bersama PAS-PKR. Samada PAS atau PKR bersendirian. Anwar pun hanya datang ke kawasan2 yang ditandingi oleh PKR sahaja.

Itulah bukti betapa dengki dan angkuhnya PAS Terengganu mahu membalas dendam kepada Anwar IBrahim kerana mengagalkan projek PERPADUANG dengan UMNO.

DIn Ayam, menantu Presiden, yang mengacau di Selangor tu pun orang Terengganu jugak.

Samalah dengan tindakan Hashim Jasin menghalang Dr Juanda bertanding kerana takut UMNO akan kalah di Perlis.

Puak2 Terengganu dan puak2 Perpaduang ini wala' mereka adalah kepada UMNO dan bukan kepada Allah dan Rasul

Kepada penyokong2 PAS dan PKR, jangan patah hati.

Ini semua adalah angkara agen2 UMNO dalam PAS. Bukannya melambangkan sikap sebenar 99% ahli PAS seluruh Malaysia

TULANG BESI

ps Tulang Besi dapat sms. Alasan yg diberikan oleh PAS Terengganu adalah PKR gagal memberitahu siapa calon mereka sehinggalah pada saat akhir yakni pada malam Jumaat (19/04/2013). Maka, PAS Terengganu terpaksa meletakkan calon mereka bagi mengelakkan menang percuma.

Tulang Besi sendiri tahu ini alasan bohong. Tulang Besi telah menghadiri majlis penyerahan watikah pada calon2 PKR di Empire Hotel pada 15/04/2013 yakni pada hari Isnin. Tulang Besi lihat sendiri watikah diserahkan kepada calon2 PKR untuk DUN Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir. Mustahil PAS Terengganu tidak mengetahui perkara ini.
Read more!(Selanjutnya)

Trajedi PAS Subang Serah DUN Kota Damansara Pada UMNO

Zaharuddin Muhammad@Din Ayam
merangkap menantu Presiden PAS
Sepertimana yang kita tahu, calon PAS Kota Damanasara menyerahkan watiqah yang di tandatangan oleh Presiden sendiri. SEMUA calon2 PAS seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak watiqah mereka di tt oleh SUA, CIkgu Mustafa Ali.

Hanya Ustaz Zaharuddin Muhammad aka Din Ayam sahaja yang mempunyai hubungan dan pengaruh untuk menyakinkan pak mentuanya bagi menurunkan tandatangan ke watiqah tersebut. CIkgu Mustafa Ali tiada tahu menahu berkenaan watiqah tersebut.

Majoriti ahli2 PAS Subang juga TERKEJUT BERUK dengan adanya calon PAS di DUN Kota Damansara. 

Itu pun kalau tt itu tidak dipalsukan atau disalin. Kalau betul dipalsukan pun, takkan lah bapak mentua hendak ambil tindakan undang-undang ke atas anak menantu dia. Maka, akan terlepas la Ustaz Din Ayam.

Adapun Hj Mesni, YDP PAS Subang, tidak boleh berlepas tangan sama sekali. Beberapa hari sebelum penamaan calon, beliau telah mengetuai sebuah sidang akhbar di mana diisytiharkan PAS akan meletak calon di DUN Kota Damansara.

Dan sejak akhir2 diberitakan hubungan Mesni dengan Din Ayam amat rapat sekali.

Barang diingat, Din Ayam adalah sebahagian dari Majlis Syura Ulama PAS mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat. Perlantikan beliau adalah semata-mata kerana dia anak menantu kepada PResiden dan tiada kena mengena dengan kelayakan ilmu mahupun kebolehan berfikir dan melaksanakan tugas.

Beliau juga berumah di Kota Damansara dan menjadi ustaz utama di Masjid kuning Kota Damansara. Tulang Besi menggelarkan Masjid Kota Damansara itu sebagai Masjid PERPADUANG.

Ustaz Din Ayam ini pernah membuka blog bertajuk Al Faqeeh yang digunakan untuk menyerang Ustaz Wan Ji, Dr Dzul, Khalid Samad dsbnya. Malangnya blog telah ditutup barangkali kerana tidak laku atau tiada siapa yang boleh faham tulisan beliau.

BUKAN HANYA DI KOTA DAMANSARA DIN AYAM KACAU?

Tulang Besi juga beranggapan Din Ayam juga memainkan peranan dalam mengacau proses memilih calon di Taman Templer dan Paya Jaras. Tulang Besi tiada bukti tetapi ia memerlukan pengaruh seseorang yang rapat dengan kepimpinan tertinggi bagi membolehkan keputusan AJK PAS Pusat diterbalikkan.

Di Taman Templer misalnya, keputusan AJK PAS Pusat telah meletakkan Hj Mat sebagai calon. Semua nya telah dipersetujui. Namun, tiba-tiba nama Zaidy Talib naik. Padahal, Hj Mat adalah Penyelaras DUN dan popular di Taman Templer. Di samping itu Hj Mat adalah anak tempatan Selayang berbanding Zaidi yang berasal dari Kelantan. Zaidi juga tidak dikenali oleh rakyat setempat dan orang2 Cina dan India rata2 tidak begitu selesa dengan beliau berbanding Hj. Mat.

Yang lebih merisaukan adalah calon UMNO, Dato' Subhan Kamal, adalah anak jati Selayang dan selama-lamanya tinggal di Taman Selayang Baru. Kepada pengundi Melayu, Subhan cuma perlu memainkan isu anak tempatan dan inshaalah Zaidi Talib ini akan tersunggkur. Itu tidak termasuk faktor Subhan ada banyak duit serta beliau adalah "incumbent"

Zaidi Talib adalah orang kuat Pemuda PAS Pusat dan amat rapat dengan geng2 perpaduang dalam PEMUDA. Sepanjang pemerintahan Hasan Ali, Zaidi menjadi penyokong kuat agenda perpaduang Hasan Ali. Tak hairanlah kalau Din Ayam masuk campur untuk memastikan Zaidi jadi calon. Jelas, DUN Taman Templer akan sekali lagi terlepas dari gengaman PAS.

Sama juga di DUN Paya Jaras. Oleh kerana Hj Mesni kemaruk nak bertanding di situ, maka saya syak Din Ayam telah menggunakan pengaruh beliau untuk mensabotaj Khairuddin Othman yang juga SU Perhubungan SElangor.

Semua ini bagi memastikan ketiga-tiga DUN ini kekal dalam gengaman BN: Paya Jaras, Taman Templer dan Paya Jaras. Nampaknya, dua DUN telah selamat jatuh ke tangan BN. Yang berjaya diselamatkan adalah DUN Paya Jaras kerana berjaya dikekalkan Khairuddin othman sebagai calon PAS.

Saudara/ri bayangkan betapa gilanya keadaan di Paya Jaras. Khairuddin Othman diarahkan supaya jangan bertanding dalam keadaan tiada calon yang ada untuk mengganti beliau. Nama calon pengganti beliau berubah-ubah dari satu nama ke satu nama. Tapi, akhirnya perwakilan dari MTD Paya Jaras berjaya berjumpa dengan Cikgu Pa dan akhirnya nama Khairuddin kekal.

Besarnya pengaruh Din Ayam ini sehingga Perhubungan Negeri Selangor pun tidak boleh mengatasi cakap beliau. Semuanya kerana Din Ayam ini menantu Presiden?

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, April 20, 2013

Peristiwa Kota Damansara Jelas Bantuan UG pada UMNO!!!!

Berbeza dengan calon-calon lain, di Kota Damansara calon PAS menggunakan watikah yang di tanda tangani oleh Presiden PAS sendiri. Calon2 PAS seluruh Malaysia menggunakan watikah yang di TT oleh SU Agong PAS, Cikgu Mustafa Ali.

Ada pun motif meletakkan calon PAS di Kota Damansara ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk memberi kemenangan yang jelas kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Ini kerana calon PAS Kota Damansara ini adalah orang yang rapat dengan Ustaz Zaharuddin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Din Ayam.

Malahan, sewaktu penamaan calon, kedua-dua YDP Kawasan, Mesni dan Ustaz Din Ayam, tidak kelihatan sama sekali. Tak tau la kalau ada orang lain yang nampak.

Sebelum dari penamaan calon hari ini, telah diadakan sidang akhbar yang diketuai oleh YDP PAS Kawasan, Hj Mesni, yang menyatakan bahawa calon PAS akan bertanding di DUN KOta Damansara. Ini bererti adanya calon PAS di Kota Damansara ini adalah hasil kerja YDP PAS Kawasan Subang dibantu oleh hubungan keluarga Ustaz Din Ayam yang menjadi menantu Presiden.

Tindakan PAS Kawasan Subang ini tidak diketahui oleh Cikgu Mustafa Ali. Pencalonan ini jelas dilakukan oleh orang yang rapat dengan Presiden kerana mana mungkin orang lain mampu mendapatkan tanda tangan Presiden PAS.

Kumpulan penyokong Din Ayam ini berteduh di bawah Masjid Kota Damansara ataupun dikenali sebagai Masjid Kuning.

Bilangan cawangan PAS tidak banyak tapi mereka giat menjalankan aktiviti2 sabotaj seperti yang kita lihat hari ini.

Sememangnya ramai maklum Ustaz Din Ayam ini penyokong kuat agenda PERPADUANG bersama UMNO dan ramai maklum betapa bencinya beliau kepada Pakatan Rakyat.

Malahan, Tulang Besi syak sabotaj calon di DUN Paya Jaras dan Taman Templer juga hasil pengaruh Ustaz Din Ayam ini.

Cuba bayangkan, Khairuddin Othman itu adalah penyelaras DUN PAya Jaras sekaligus SU Perhubungan Selangor. DIarahkan supaya tidak bertanding di Paya Jaras dalam keadaan tiada calon pengganti. Tidak kira apa jadi, Khairuddin tidak diizinkan bertanding.

Tulang Besi yakin tanda tangan Presiden telah ditiru dan surat tersebut adalah palsu. Tidak mungkin PResiden PAS boleh bersetuju dengan pengkhianatan dan kebodohan seperti ini.

Yang jelasnya, dari pengamatan Tulang Besi, jentera UMNO telah naik semangat dengan pencalonan PAS itu. Mereka sudah nampak satu kerusi DUN sudah dalam tangan mereka hasil usaha PAS Kawasan Subang.

Terima kasih PAS Subang, terima kasih DIn Ayam, terima kasih Hj Mesni

TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Thursday, April 18, 2013

Mungkin Ini Sebabnya Zul Nordin Dapat Kerusi Shah Alam...

Pelik dan hairan. Zul Nordin ni taraf macai je dalam PERKASA. Ibrahim Ali adalah pengasas serta Presiden PERKASA merangkap orang kesayangan Dr Mahathir Muhammad.

Mengapa Zul Nordin pulak yang dapat kerusi tapi Ibrahim Ali tidak?

Sedangkan Zul Nordin adalah liabiliti yang lebih besar berbanding Ibrahim Ali. Sekurang2 nya tiada video jelas Ibrahim Ali memaki dan menista kaum dan agama Hindu.

Pencalonan Zul Nordin bakal menyebabkan undi India kepada BN jatuh dengan menjunam. Ditambah Zul Nordin ahli PERKASA yang dibenci oleh kaum CIna.

Pencalonan Zul Nordin sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat dengan sebegitu besar terutama di kawasan2 campuran. Dan Dato Najib maklum berkaitan perkara ini.

Dan Ibrahim Ali sudah dikenali di kerusi Parlimen Pasir Mas tu sejak zaman berzaman. DItambah pula Ibrahim Ali adalah penyandang kerusi Parlimen Pasir Mas. Tiada sebab pencalonan tidak diberikan kepada Ibrahim Ali kerana beliau mampu menawan kembali kerusi tersebut dari PAS.

HABIS TU KENAPA CALONKAN ZUL NORDIN JUGAK? DI SHAH ALAM PULAK TU?

Ramai lupa, sewaktu isu pembunuhan Altantunya berlaku, kedua2 pegawai polis Sirul dan Azilah telah mengambil Zul Nordin sebagai peguam mereka.

Mengikut kawan lawyer Tulang Besi, di dalam simpanan Zul Nordin adalah akuan bersumpah kedua2 anggota polis tersebut.

Tak tau apa kandungan akuan bersumpah mereka, namun kalau sampai boleh bertanding di Shah Alam tu, konfirm la akuan bersumpah tu sangat2 panas bagi orang2 besar BN

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, April 16, 2013

UMNO Sudah Serah Kerusi Shah Alam pada PAS

Adapun pencalonan Zul Nordin di Shah Alam adalah bukti jelas UMNO telah give up di Parlimen Shah Alam. Agaknya, dia pusing macamanapun, dia tengok dia tak boleh pergi di Shah Alam tu.

Cumanya, dgn Zul Nordin bertanding di Shah Alam, dia akan mendapat "platfform" untuk memfitnah dan berdusta ke atas Pakatan Rakyat serta Anwar Ibrahim.

Selepas ini TV dan media UMNO mempunyai sebab untuk mengambil kenyataan2 dari beliau di dalam menyebarkan kata2 kesat serta maki hamun yang tidak boleh diungkapkan oleh pimpinan2 UMNO yang lain.

Tulang Besi mencadangkan supaya pimpinan2 Pakatan Rakyat jangan melayan provokasi serta cacian2 yang bakal keluar dari mulut Zul Nordin ini.

Malahan, dengan bertandingnya beliau ini, Pakatan Selangor dan Malaysia berpeluang mendapat undi India yang tinggi kali ini. Pencalonan Zul Nordin melambangkan sokongan Dato Najib terhadap kutukan dan kata nista Zul Nordin terhadap agama Hindu serta sembahan agama Hindu.

Adapun Khalid Samad boleh berehat sedikit dengan pencalonan seorang manusia yang tiada prinsip dan sanggup menjual agama untuk tujuan politik murahan.

Akhir kata, mungkin Dato Najib terlupa sokongan kaum India yang bakal dikompromi dengan tercalonnya manusia jahat seperti Zul Nordin ini.

Gunakanlah peluang ini sepenuhnya, wahai Pakatan Rakyat.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Najib Seram Sejuk Hadapi Pakatan Rakyat yang Bersatu

Misteri penangguhan pembubaran Parlimen akhirnya terjawab. Rupa-rupanya Dato Najib menangguhkan pembubaran Parlimen kerana menunggu terbarainya Pakatan Rakyat.

Melalui agen2 yang mereka telah bayar dan pegang di dalam PAS dan PKR, Najib dengan sabar menunggu hasil usaha agen2 mereka memainkan peranan memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Barang diingat sebelum PRU 2004, Dr Mahathir telah berjaya memecah belahkan Barisan Alternatif. Atas isu kecil Negara Islam telah berjaya memaksa DAP keluar dari Barisan Alternatif.

DAP pula begitu emosional pada waktu itu dan hanya dengan jolokan Dr Mahathir sahaja, mereka telah melompat keluar dari Barisan Alternatif.

Sebenarnya, pada hemat saya, keluarnya DAP pada masa itu bukanlah kerana Negara Islam. Namun, ia lebih berkait dengan semangat anti Islam yang begitu meluap2 seluruh dunia hasil dari peristiwa 911. Ada seorang pemerhati memberitahu saya BN dan UMNO telah diselamatkan oleh peristiwa 911.

Seterusnya, PAS juga termakan dengan jolokan Dr Mahathir itu dan terus mengeluarkan Dokumen Negara Islam yang akhirnya telah membenam PAS dan PKR pada tahun 2004.

Kejayaan 2004 itulah yang mahu diulangi oleh Najib Tun Razak. Pak LAh yang pada masa itu mengambil alih jawatan PM dari Dr Mahathir, telah memanggil PRU 2004 dalam keadaan pengundi bukan Islam takut dengan PAS dan pakatan pembangkang berada dalam keadaan kucar kacir dan berpecah.

Najib mahukan PRU 13 ini dipanggil dalam keadaan yang sama. Maka, Najib telah sanggup menunggu perpecahan Pakatan Rakyat sebelum PRU dipanggil.

Malang seribu kali malang bagi Najib. Rupanya2 PAS, PKR dan DAP telah belajar dari kesilapan mereka. Segala jolokan dan provokasi UMNO/BN tidak dilayan.

Hatta video seks hitam putih kabur tajaan Rahim Thamby Chik juga tidak dilayan.

Tuduhan2 liar seperti Melayu ditindas DAP juga tidak memberi bekas kepada Pakatan Rakyat.

Maka, suka tak suka, pada 3 April 2013, Najib pun terpaksalah membubarkan Parlimen.

Nak tunggu Pakatan Rakyat pecah ni umpama menunggu buah tak jatuh.

Itu yang sampai Najib tersasul sebut tahun dalam ucapan pembubaran Parlimen beliau yang disaksikan seluruh pelusuk dunia.

Marilah kita sama2 berdoa dan berusaha supaya Barisan NAsional dikuburkan buat selama-lamanya

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Monday, April 15, 2013

Perempuan Dalam Video Chegu Pa Bakal Keluar?

Itulah maklumat yang Tulang Besi dapat. Tapi tak tau betul atau tidak. Dan Tulang Besi berdoa kepada Allah SWT bahawa pperkara ini tidak berlaku sama sekali.

Khabarnya perempuan ini akan keluar dan mengaku dia adalah perempuan dalam video tersebut.

Juga, perempuan itu akan mengatakan bahawa dia dibayar oleh PKR untuk memerangkap Cikgu Pa.

Dan perempuan itu akan mengaku telah berzina dengan Chegupa seperti dalam video tersebut.

VIDEO SEKS CIKGU PA UNTUK PECAHKAN PAKATAN RAKYAT

Ini kerana tujuan utama video tersebut didedahkan sekarang adalah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Misteri Najib menunggu begitu lama untuk membubar Parlimen terjawab dengan tersebarnya video seks Chegu Pa ini.

Rupa-rupanya, Najib selama ini menunggu Pakatan Rakyat berpecah dan berpisah sebelum mahu memanggil pilihanraya.

Agen2 mereka dalam PKR dan PAS telah dikerahkan sehabis-habisnya untuk menjayakan perancangan Najib ini.

Atas sebab inilah kita dengar dan lihat perkara-perkara ini dalam 5 tahun kebelakangan ini:

1.0 Penubuhan Kerajaan Campuran UMNO-PAS
2.0 Penentangan Hasan Ali dengan DAP dan Ronnie Liu secara terbuka padahal Dato dan Ronnie sebelum ini kawan rapat
3.0 Penyebaran fitnah yang begitu galak oleh HAsan Ali kepada pimpinan2 PAS kononnya kerajaan PR Selangor anti Islam dan Anti Melayu
4.0 Kertas Kerja kerjasama UMNO-PAS yang ditulis oleh salah seorang Ahli Majlis Syura Ulama PAS
5.0 Perjumpaan dalam gelap dengan Pak Lah sehingga terdedahnya perjumpaan itu
6.0 Cadangan gagasan Kerajaan PERPADUANG
7.0 Sikap PAS yang tidak mahu melawan dan menyerang UMNO dan MCA walaupun dalam kes Chua Soi Lek menghina Islam secara terbuka
8.0 Sikap PAS berdiam diri dalam segala kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO.
9.0 Sikap Nasarudin Mat Isa yang galak menyerang DAP sedangkan bila UMNO buat judi bola, si Nasa diam membisu
10.0 Percubaan membersihkan geng "Erdogan" di dalam PAS dengan label tidak wala' dan anwarina
11.0 Pembelian wakil2 rakyat PKR yang akhirnya melompat dan menyerang PKR
12.0 Sikap Zul Nordin yang munafik dan menggunakan Islam untuk kepentingan diri
13.0 Sikap dingin Presiden PAS serta beberapa pimpinan PAS lain untuk menyerang UMNO. Hatta dalam isu "amanat haji hadi" sekalipun tindakan yang diambil amat defensif dan tidak merosakkan UMNO sama sekali
14.0 Mengambil sikap mahu menyamakan pendirian PAS dengan UMNO dalam isu Kalimah Allah
15.0 Tidak mahu mengiktiraf Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri. PAdahal, pengiktirafan ini akan memenangkan PAS di majoriti kawasan Melayu termasuk merampas semula Terengganu.
16.0 dan yang paling akhir dan paling besar, adalah Projek Melantik Ku Li sebagai Perdana Menteri

Ini perkara-perkara yang terdedah kepada umum. Banyak lagi benda yang telah dilakukan di sebalik tabir yang saya tak terdaya nak cerita di sini memandangkan pilihanraya sudah dekat.

Segala perkara di atas dilakukan oleh agen2 UMNO dalam PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Syukur alhamdulillah, dgn sokongan padu dari majoriti ahli2 PAS, Pakatan Rakyat tetap utuh. 

Hasilnya, Najib terpaksa menunggu sehingga lagi 20 hari tarikh otomatik Parlimen terbubar untuk membubarkan dewan. Khabarnya kalau tidak kerana paksaan dalaman, Najib akan terus tunggu sampai akhir, manalah tau perancangan pecahkan PR itu boleh berjaya dalam 20 hari terakhir itu.

Maka, penyebaran video seks Cikgu Pa ini adalah jalan akhir mereka dengan harapan Pakatan Rakyat akan terbelah dua. Mereka mengharapkan Presiden akan menyalahkan PKR kerana video ini sekaligus membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat.

Sama-sama lah kita semua berjaga dan melawan fitnah yang amat dahsyat ini.

Kepada UMNO, kalau betul dakwaan kamu Chegu Pa telah berzina, sila kemukakan 4 orang saksi yang adil selaras dengan kehendak syara dan dakwa Chegu Pa di Mahkamah Syariah selaras dengan ajaran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, April 14, 2013

Video Mustafa Ali Tiada Kesan Kepada PAS

Saya nak bagitau pada pihak UMNO, tindakan mengeluarkan video seks Mustafa Ali itu adalah tindakan yang bodoh.

Mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat, tujuan pengeluarannya adalah untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Malahan, sebab utama Najib Tun Razak tidak membubarkan dewan selama ini adalah beliau menunggu agen2 beliau dalam PAS dan PKR untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Apabila keluar sahaja salah satu parti dalam Pakatan Rakyat, maka tidak sampai seminggu, Najib akan isytihar bubar dewan. Namun, syukur alhamdulillah, Allah SWT Maha Besar. Pakatan Rakyat tetap utuh walaupun pada satu masa dulu hampir-hampir ranap.

Video Anwar dikeluarkan satu masa dahulu adalah bagi tujuan untuk membuat PAS rasa serba salah. Sememangnya, puak2 PERPADUANG dalam Syura dan AJK PAS Pusat menjadikan video Dato T itu sebagai NAS YANG SAHIH bagi menolak Anwar sebagai Perdana Menteri. 

Malahan, kalau tidak disebabkan Usul Muktamar di dua Muktamar PAS, nescaya PAS telah lama keluar dari PR hasil dari video tersebut.

Syukur PAS tidak terikut dengan otak gila geng perpaduang itu. Cuba bayangkan. Ditakdirkan PAS keluar sahaja dari PR atas alasan kononnya Anwar itu penzina, UMNO terus keluarkan video seks Cikgu Pa ini.

PAS nanti akan jadi kera sumbang dan dalam PRU confirm PAS tinggal 2 kerusi.

Puak yang sama juga, setelah gagal membawa PAS keluar kerana isu liwat dan video seks juga menaja projek melantik Tengku Razaleigh sebagai Perdana Menteri.

Alasan yang sama digunakan. Bahawa Anwar adalah kaki seks dan perlu dilantik Perdana Menteri yang tiada masaalah dengan seks dan diterima umat Melayu.

Sampai sanggup pegi jumpa Anwar Ibrahim untuk suruh Anwar terima idea gila ini.

Last2 sekali, rupanya orang yang menuduh pun ada video seks. Tak tau video seks tu betul ke tidak tapi skrg ni dia rasa apa yang Anwar rasa/

Tulang Besi tidak tau video itu benar atau tidak. Tapi tindakan menolak Anwar berdasarkan hanya video hitam kabur tiada suara telah dibalas oleh Allah dengan video sendiri yang jelas, berwarna-warni serta bersuara jelas.

Dan masaalah yang berlaku di Perlis dan Kedah skrg ini pun hasil kerja tangan orang yang dikaitkan dalam video itu juga.

Syukur kerana majoriti rakyat Malaysia tidak kenal siapa Cikgu Pa ini. Kalau video ini terkena pada Husam Musa, Salahuddin Ayub atau Mahfuz Omar atau Mat Sabu, mungkin PAS akan gulung tikar kerana tokoh2 ini dikenali umum dan popular dengan rakyat jelata.

Tolonglah buat sesuatu. Takkan kita nak kalah Kedah kerana keputusan seorang yang sekarang ini dibelenggu dengan fitnah video seks?

TULANG BESI

ps diberitakan kita akan melihat ramai calon bebas di Kedah dalam PRU yang akan datang ini

pss Tak payah nak tuduh Tulang Besi beri peluru pada musuh. Musuh tu semuanya sangat2 berharap Azizan kekal jadi calon MB kerana ia bermaksud BN akan merampas semula KEDAH.

psss Ni semua angkara PUAK2 PERPADUANG

pssss Kalau arwah bapa Tulang Besi masih hidup, Tulang Besi akan suruh dia sembur Ustaz Azizan ni. Cuba pegi tanya Ustaz Azizan siapa arwah bapa Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

(VIDEO) Bagaimana Menjaga Kerahsian Undi Anda. PENTING!!!!!!!!!


Undi anda adalah rahsia. Pastikan ia kekal rahsia. Ikuti petunjuk di bawah ini dengan teliti.

Secara mudahnya:

1) Jangan bagi pegawai SPR menulis apa2 di atas kertas undi. Kalau ada tulisan, wajiblah dibantah dan diminta kertas undi baru

2) Pastikan tiada tulisan di atas counter foil ataupun senarai daftar mengundi

3) Jangan takut membantah walaupun perkara itu kecil

UNDI ANDA ADALAH RAHSIA!!!!!

Hanya Allah SWT yang tahu siapa anda akan undi


Read more!(Selanjutnya)

Mat Taib Bakal Isytihar Masuk PAS?

Maklumat terbaru Tulang Besi dapat dari salah seorang AJK PAS Pusat yang telefon terus Tulang Besi adalah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad bin Muhammad Taib atau lebih dikenali sebagai Mat Taib atau nama timanggannya Mike Tyson bakal mengisytiharkan diri beliau untuk menjadi ahli PAS.

Saya tak tau berita ni betul atau tidak tapi sama2 lah kita tunggu pengisytiharan rasmi dari beliau.

Waktu Sinar Harian cuba mendapatkan maklumat dari beliau pun, Mat Taib tidak menafikannya. Beliau cuma kata beliau tidak mahu komen.

Mari kita doakan hati Mat Taib tidak berubah dan beliau istiqamah untuk terus membuat pengisytiharan itu.

Kalau perkara ini berlaku, alamat UMNO Pusat dan UMNO Selangor habis dan hancur.

TULANG BESI

ps khabarnya Mat Taib telah pun mengisi borang PAS
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, April 13, 2013

Jangan Harap Najib Turunkan Harga Kereta!!!!

Baru-baru ini Najib mengisytiharkan manifesto Barisan Nasional. Antara akujanji pertama beliau adalah BN akan menurunkan harga kereta antara 20-30%.

Malangnya, Najib tak sebut bagaimana harga kereta hendak diturunkan. Dia tidak sebut cukai mana yang hendak diturunkan. Ini kerana harga kereta di Malaysia ditentukan oleh tiga jenis cukai: cukai eksais, cukai import dan cukai jualan. Najib cuma kata harga kereta akan diturunkan 20-30% sahaja.

Mengapa saya bertanya begini? Ia adalah kerana sebelum ini lagi juak2 UMNO telah mendakwa harga kereta telah lama diturunkan. Ia adalah kerana bermula tahun 2006, Malaysia telah menyertai AFTA. Dan sebahagian dari program AFTA adalah penurunan cukai import sebanyak 20-30% dari harga kereta sehingga akhirnya AFTA dilaksanakan sepenuhnya.

Angka yang sama antara kedua2 nya (20-30%) membuatkan Tulang Besi berfikir. Janji Najib untuk menurunkan harga kereta 20-30% itu tidak lebih dari merujuk kepada program AFTA yang telah disertai oleh BN semenjak 2006.

Hakikatnya harga kereta tidak akan menjadi kurang kerana cukai aksais dan cukai jualan tidak dijanjikan penurunannya oleh Najib Tun Razak.

Dengan kata lain, kalau ditakdirkan BN menang, harga kereta akan kekal sama seperti sekarang. Cumanya, BN akan berkata mereka telah pun menurunkan 20-30% cukai eksport yang mungkin akan menurunkan harga kereta dalam 5%.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Janji BN Janji DiCapati

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Percubaan Mengintip Aishah (Calon Jempul) yang Tidak Berjaya

Peristiwa ini diceritakan kepada saya oleh seorang yang rapat dengan Aisyah (nama sebenar Wan Aishah bt Wan Ariffin). Maka, oleh kerana saya kenal sumbernya dan kalau saya sebut nama sumber saya ini nescaya tuan2 dan puan2 pembaca kenal siapa sumber saya ini.

Pada satu hari Aisyah telah menelfon sumber saya ini. Beliau berkata tiba-tiba dengan tidak semena-mena bumbung rumah beliau telah bocor. Kebetulan hari itu hari hujan yang sangat lebat. Air hujan telah masuk ke dalam rumah Aisyah melalui bumbung.

Lantas, sumber saya ini meminta bantuan beberapa orang unit Amal di sebelah Ampang sana untuk menengok-nengok apa yang telah berlaku kepada bumbung rumah Aisyah itu. Manalah tahu, mungkin bumbung rumah Aisyah itu telah rosak akibat hujan yang sangat lebat itu.

Apabila beberapa orang Unit Amal Ampang memeriksa bumbung rumah Aisyah, didapati kebocoran itu berpunca dari lubang yang ditebuk di bumbung rumah Aisyah.

Lubang2 itu kemudiannya akan diletak kamera bagi mengintip Aisyah di kamar mandi atau di kamar tidur atau di tempat2 lain. Tujuannya supaya gambar2 yang tidak elok itu boleh digunakan bagi memalukan atau meengugut Aisyah.

Cumanya belum sempat kamera dipasang, tiba-tiba hujan dan air masuk melalui lubang2 yang ditebuk itu. Allah SWT menyelamatkan hamba Nya.

Kejadian ini membuktikan bahawa ada skuad khas yang ditubuhkan UMNO untuk mengintip serta merekod tindakan2 pemimpin pembangkang bagi tujuan menguntungkan UMNO dan BArisan Nasional.

Usaha2 sebegini sudah tentulah memakan wang yang banyak serta sumber yang besar dan tidak mungkin dijalankan oleh parti2 politik yang bukan memerintah seperti PAS, PKR dan DAP.

Usaha2 ini juga membuktikan UMNO telah bangkrap idea dan terpaksa bergantung kepada mendedahkan aib dan keburukan orang hatta gambar2 bogel dalam bilik mamdi dan bilik tidur pun mereka mahu gunakan.

Tidak hairanlah ada gambar PApagomo (seorang felon) bersama Ketua Polis Negara dan tidak hairanlah blogger2 UMNO ini kaya sumber bahan lucah mereka.

Bukanlah mereka itu hebat pun tapi mereka mendapat sumber dari kumpulan2 pengintip ini yang mengintip untuk tujuan yang sangat jahat

Saya telah meminta sumber saya itu memujuk Aisyah untuk membuat PC berkenaan perkara ini supaya satu dunia tahu apa yang telah berlaku

Dan supaya satu dunia sedar bahawa UMNO ini adalah parti lucah dan parti porno. UMNO sekarang bergantung harap kepada fitnah dan lucah untuk survival hidup mereka yang semakin habis itu.

TULANG BESI

Read more!(Selanjutnya)

Friday, April 12, 2013

Tak Perlu Sumpah. Hanya Letak Jawatan dan Jangan Tanding

Setelah ditegur oleh beberapa orang maka Tulang Besi menarik balik cadangan bersumpah ke atas Cikgu Pa.

Cumanya sebagai ganti diminta Chegu Pa isytihar letak jawatan sebagai SU Agung dan jangan bertanding di mana-mana kerusi baik DUN mahpun Parlimen.

Dengan cara ini, parti akan terlindung dari kontroversi ini sementara Chegu Pa mencari jalan menyelesaikan isu ini.

Apabila isu ini selesai kelak, boleh semula Chegu Pa dilantik SU Agung memandangkan SU adalah jawatan yang dilantik bukan dipilih.

Isu ini agak kompleks dan memerlukan sedikit masa untuk diselesaikan, Kita tiada masa untuk menyelesaikan isu ini kerana kita sedang berhadapan dengan PRU umum dalam masa beberapa minggu lagi.

Menarik diri dari PAS buat sementara waktu akan mematahkan senjata pihak musuh untuk menyerang PAS dalam PRU yang semakin dekat.

Chegu PA perlu berkorban untuk parti dan Islam dengan berbuat begini.

TULANG BESI


Read more!(Selanjutnya)

Minta Mustafa Ali Bersumpah Video Itu Palsu

Itu adalah respon pertama Tulang Besi terhadap video tersebut. Kita sudah tiada masa dan bersumpah itu cara yang paling cepat dan selamat untuk menghadapi isu ini.

Cikgu Pa tak perlu berdepan dengan media pun. CUkup dengan Cikgu Pa mengeluarkan sepucuk kenyataan bertulis dan kenyataan itu disiarkan di Harakah.

Cikgu Pa perlu bertindak pantas kerana maruah dan sokongan PAS bakal luntur disebabkan isu ini.

Presiden juga wajib bertindak tegas dan pantas sebelum PAS kalah di semua kerusi yang dipertandingkan.

Isu ini akan dipergunakan oleh UMNO di semua kerusi yang PAS tanding.

Percayalah

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Harapan UMNO Cuma Fitnah Seks

Semalam seorang rakan Tulang Besi menelefon. Dia kata dia suka baca kedua-dua blog dan FB page BN dan Pakatan Rakyat. Dia tak suka ambil hujjah sebelah pihak sahaja kerana dia suka pembacaan yang seimbang.

Malangnya, dia kata walau sebagaimana dia cuba untuk menjadi adil, dia tidak boleh membaca laman serta FB UMNO lagi.

Pihak UMNO, katanya, tiada modal lain kecuali sex. Perkataan yang sering diulang-ulang oleh puak2 UMNO bontot, liwat, sex, china-doll dsbnya.

Harapan beliau untuk mencari hujjah dan asas idea yang kukuh bagi menyokong Barisan Nasional sia sia sahaja.

Tulang Besi menjawab, kalau UMNO ini parti yang kaya dengan idea, sudah tentu Presiden mereka tidak perlu mencetak rompak manifesto Pakatan Rakyat.

Lagi pula, Presiden UMNO sendiri takut untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim dan menswastakan kerja2 tuduhan palsu seks kepada blogger2 mereka seperti Papagomo.

Kalau  betul Anwar tu peliwat, suka main dgn bini orang, suka berzina, homoseks dan sebagainya kenapa Najib takut untuk berdebat dengan Anwar?

TUlang Besi tanya apa hebatnya si Papagomo tu sampai boleh jumpa semua pak Menteri, boleh jumpa Peguam Negara, boleh jumpa Ketua Polis Negara? Kalau kita orang biasa cuba untuk berjumpa Ketua Polis Negara agakanya boleh tak?

Tulang Besi cabar kawan Tulang Besi tu untuk pergi ke Bukit Aman dan berjumpa dengan Ketua Polis Negara.

Tapi, Papagomo seorang bekas polis yang telah disabit kesalahan rasuah RM1000 boleh mendapat tempat di hati semua pemimpin2 kanan UMNO serta pemimpin negara.

Itu tandanya UMNO bangkrap idea dan jangkahayat mereka bergantung kepada tuduhan2 palsu seks serta video2 yang telah diedit dan direka bagi memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

Tulang Besi bertanya kawan Tulang Besi adakah mereka mahu pemimpin2 bachul dan otak kotor seperti ini memimpin anak cucu kita kelak?

Kawan Tulang Besi itu berkata inshaalah buat pertama kali dalam hidupnya, dia akan memangkah parti bukan dacing.

TULANG BESI
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, April 11, 2013

Kedah Sudah Selamat Dalam Tangan UMNO

Sesungguhnya TUlang Besi amat berat hati hendak menulis perkara di bawah ini. Namun, Tulang Besi terpaksa tulis kerana apabila jatuhnya negeri Kedah kelak, pembaca akan kembali pada blog Tulang Besi dan membaca amaran yang telah diberikan oleh Tulang Besi sebelum bencana berlaku

Dalam kita berhempas pulas melawan dan menghinjak UMNO, sesetengah pimpinan PAS lebih suka bekerja menguntungkan UMNO. Penyokong dan pendokong berkorban wang, masa dsbnya tapi pimpinan atasan berbuat sesuka hati mereka ke arah kehancuran parti.

Hari tu kita baca bagaimana Hashim Jasin telah menyerahkan negeri Perlis pada UMNO. Beliau sanggup menolak Juanda Jaya sebagai calon Parlimen Kangar walaupun beliau tahu tindakan tersebut boleh menjatuhkan UMNO di Perlis dan menguntungkan PAS.

Yang terbaru adalah bagaimana Negeri Kedah pula akan diserahkan kepada UMNO.

Penentangan kepada Ustaz Azizan Razak telah sampai tahap yang cukup kronik. Belum pernah akar2 umbi PAS di Kedah berdemonstrasi secara terbuka meminta Ustaz Azizan tidak dicalonkan semula sebagai Menteri Besar Kedah.

Ustaz Azizan secara effisien telah melumpuhkan jentera PAS Kedah. Pokoknya majoriti pimpinan2 PAS di Kedah menolak Ustaz Azizan sama sekali.

Itu tidak termasuk para AJK PAS Pusat serta ahli2 Dewan Harian yang menyuarakan peri pentingnya Azizan digugurkan.

Di samping itu, pengundi-pengundi Cina dan India sudah menyatakan sikap mereka menolak kepimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah. Mereka berjanji akan mengundi UMNO/BN di peringkat negeri sekiranya PAS mengekalkan Azizan.

Di tambah dengan tindakan UMNO yang bakal mencalonkan anak Mahathir sebagai calon MB Kedah. Ia mampu menarik sebahagian undi Melayu yang selama ini menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Itu kita belum cerita kesah Ustaz Azizan yang sering sakit dan sudah pun mencapai tahap tidak mampu melakukan kerja beliau dengan baik dan amanah. Kesihatan Azizan jelas menjadi halangan kepada beliau untuk menjadi MB Kedah.

Namun, Presiden dan Mustafa Ali masih terus berdegil. Mereka masih terus mahu mengekalkan Ustaz Azizan sebagai calon Menteri Besar Kedah walaupun tanda-tanda penolakan kepada Azizan ini semakin jelas kelihatan.

Alasan yang diberikan adalah Azizan telah membuat ugutan bahawa sekiranya dia tidak dicalonkan semula, Azizan akan isytihar masuk UMNO.

Adalah sungguh mustahil perkara seperti ini akan berlaku kerana UMNO pun tak hingin dengan Ustaz Azizan Razak ini. Kalau Azizan mahu masuk UMNO, ia adalah petanda Azizan ini bukan seorang yang ikhlas dalam perjuangan. Kemasukan Azizan tidak akan mencacatkan PAS walau sedikit.

Atas sebab ini jugalah mungkin ada benarnya khabar yg Tulang Besi dengar bahawa Daim Zainuddin menjangkakan bahawa negeri Kedah akan jatuh ke tangan UMNO dan Barisan Nasional.

Dengan ini, sudah dua negeri pimpinan PAS telah hadiahkan kepada UMNO dan Barisan Nasional: Perlis dan Kedah.

Negeri ketiga yang menjadi hadiah kepada UMNO adalah Terengganu, tapi ceritanya panjang dan tidak cukup masa di sini.

TULANG BESI



Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.