Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, November 30, 2013

Percubaan Jadikan Suhaizan Boneka

Sesungguhnya apa yang berlaku dalam Mesyuarat Exco Pemuda yang lepas adalah sangat jijik dan busuk sekali.

Kesahnya telah menjadi buah mulut ramai. Tak perlu nak dapat kan maklumat sahih dari mereka yang hadir. Cukup dgn makluamt dari aktivis2 Pemuda peringkat Kawasan.

Konon puak2 yang ke sana ke mari menjaja wala' namun dalam mesyuarat semalam merekalah yang paling tidak wala'.

Setiap pencalonan Ketua Pemuda ditolak mentah2 oleh mereka. Misalnya Ketua Pemuda mencalonkan Raja Ahmad Iskandar sebagai calon Ketua Penerangan Pemuda juga ditolak mentah2 dan dinaikkan Din Ayam.

Kita semua maklum Din Ayam bila buka mulut lebih banyak yang buruk dari yang baik yang keluar. Tapi yang mereka pentingkan adalah menaikkan orang2 mereka semata-mata.

Yang hairannya, Timbalan dan Naib Ketua Pemuda sepatutnya memberi sokongan kepada Ketua Pemuda kerana mereka di dalam Dewan Harian tetapi langsung sepatah haram tidak buka mulut.

Ketua Pemuda mahu mencalonkan Abang Ahmad Kardee sebagai SU Pemuda. Dia adalah exco yang menang serta terbukti kebenarannya.

Puak2 UG pula mahu memaksa si Fadli Botak menjadi SU.

Walaupun Ketua telah mengalah dalam jawatan Ketua Penerangan, Bendahari dan Pengarah Pilihanraya tapi jawatan SU pun mereka hendak paksa kehendak jahat mereka.

Padahal Fadli Botak ni terbukti mulut jahat dan aktif menyebar fitnah terhadap pimpinan2 PAS Pusat. Pendeknya rekod beliau amat buruk. Dan dakwaan kononnya dia mempunyai PhD juga bohong walaupun bukan beliau yang mendakwa tapi beliau tidak pernah menafikannya.

KECEWA KERANA KALAH

Mengikut sumber Tulang Besi, tindakan puak2 UG dalam Pemuda ini adalah seperti mahu membalas dendam.

Mereka amat kecewa dengan kekalahan calon UG kepada Abang Mat di jawatan Timbalan Presiden, kekalahan ABC dan kemenangan Husam di Naib, kekalahan ramai calon mereka di AJK seperti Mokhtar Senik, Khairuddin At Takiri, Din ayam, Norazli Musa, Kamarulzaman.

Yang lebih menyakitkan hati mereka adalah kekalahan Kamarulzaman sendiri sebagai Ketua Pemuda.

Maka, mereka meresa adalah tugas mereka mempertahankan Pemuda dari dikuasai golongan2 yang mereka pandang sebagai bukan ditarbiyyah dan taat kepada ulama.

Padahal, mereka2 ini adalah manusia2 jumud dan tertutup minda dan marah apabila PAS mahu menjadi lebih terbuka dan lunak dengan rakyat Malaysia.

Puak2 ni mahu mengeksport kebodohan dan kekalahan PAS Terengganu ke setiap pelusuk PAS.

SUHAIZAN WAJIB BERKERAS DAN JANGAN MENGAKU KALAH

Kalau terpaksa, arahkan Pengerusi Tetap Muktamar untuk mengadakan Muktamar Khas bagi memilih semula AJK yang baru.

Jangan sekali mengalah dengan puak2 ni sebab mereka menang baru2 ini pun dengan kempen fitnah dan nista yang cukup dahsyat.

Mereka sebenarnya yang kecewa bukan Suhaizan.

Kalau mereka masih berdegil, biarkan Dewan Pemuda tanpa Dewan Harian sehinggalah ke Muktamar depan. 

Ketua Pemuda boleh melantik pembantu2 yang mampu menjalankan tugas sebagai SU, Pengarah Pilihanraya, Bendahari dan Penerangan.

Mari kita semua doakan percubaan puak2 jumud UG untuk membonekakan Suhaizan digagalkan Allah SWT.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Friday, November 29, 2013

Lebih Afdhal Muzakarah Dengan Beruk

Seorang teman rapat saya memberitahu saya bapanya adalah pemungut kelapa di Sabak Bernam. Bapanya menggunakan binatang beruk untuk memetik kelapa. Hasil dari kelapa inilah keluarga beliau dibesarkan sehingga beliau sekarang ini seorang usahawan berjaya.

Ertinya binatang beruk ini sangat2 berjasa kepada manusia.

Maka saya tak paham kenapa PAS hendak bermuzakarah dgn UMNO?

Tidakkah UMNO telah dengan jelas dan nyata MENOLAK perlaksanaan hukum hudud dan Qisas?

Maka, apakah perlu dimuzakarahkan lagi?

Tak serikah ditipu dan dimainkan oleh UMNO? Barangkali sudah ketagih ditipu UMNO ibarat Mat Fit yang sedang gian?

UMNO parti yang sedang nazak dan hampir menemui maut. Tak pantas PAS memberi nyawa supaya UMNO terus hidup.

Mungkin juga ini adalah berkaitan dengan sebuah fatwa yang berlegar2 di kalangan sesetengah pimpinan PAS yang menghukum haram menjatuhkan kerajaan UMNO kerana ia bakal menjatuhkan kuasa Melayu Islam?

Tidak cukupkah dengan segala macam sabotaj sebelum PRU13 yang lepas? Contohnya
1) Perjumpaan UMNO dalam gelap
2) Penolakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat
3) Tiada usaha bersungguh-sungguh memerangi fitnah kononnya PAS diperkuda DAP
4) Usaha melantik Ku Li sebagai calon Perdana Menteri
5) Membiarkan Husam Musa terpelanting keluar dari senarai Exco Kelantan tanpa ada usaha berjumpa Tuanku\
6) Meletak calon 3 penjuru di banyak kerusi terutamanya di Damansara
7) Membuat fitnah pil kuda dan gambar Karl Marx secara terbuka sehingga digunakan oleh media fitnah milik UMNO?

Banyak lagi contoh yang boleh dibawa tapi cukup setakat ini.

Selepas kekalahan PRU13 dan hilang Kedah, sekarang nak buat Muzakarah dengan UMNO. Kita sudah tahu UMNO adalah partai syaitan. Apa kah hasil nya dari muzakrah tersebut yang boleh diharap? Syaitan tetap syaitan.

Bagi Tulang Besi, lebih afdhal kiranya PAS bermuzakarah dengan binatang beruk.

Sekian

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 27, 2013

Isu Comanggo Isu Basi, Isu Kecil dan Isu Remeh dan Muzakarah

Pertama sekali, Comanggo bukan isu besar. Apa pun perbincangannya, ia tidak akan ada kesan kepada polisi Malaysia mahupun menganggu keyakinan pelabur kepada Malaysia.

Negara Arab Saudi yang jauh lebih "konservatif"dari Malaysia tidak henti2 mendapat pelaburan asing (FDI).

Maka, isu Comanggo seperti yang dilaungkan oleh Dato Noh Omar hanyalah jebakan kerana UMNO hendak mengelak perbincangan berkenaan perlaksanaan hudud di Kelantan.

UMNO sedang menggelabah. Propaganda mereka kononnya PAS mengikut telunjuk DAP sudah semakin basi.

Kebersediaan PAS bermuzakarah untuk perlaksaan hudud hanya akan melihatkan mereka sebagai penipu yang besar.

Teruskan dgn muzarakah ini.

Inshaalah, perangai jahat UMNO akan terus terdedah.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, November 26, 2013

Taktik Kotor Yg Dimain Pihak UG Dalam Pemilihan Lepas

Antara taktik kotor yang dimain puak UG dalam pemilihan lepas adalah mereka membawa satu usul dalam setiap mesyuarat agung Kawasan.

Usul tersebut adalah mewajibkan Ketua Pemuda dan Ketua Ulama setiap Kawasan menjadi perwakilan otomatik dalam mewakili kawasan mereka.

Ini kerana mereka tahu bahawa ramai Ketua Pemuda Kawasan serta Ulamak Kawasan adalah penyokong mereka dan akan mengundi untuk calon2 yang pro UG.

Cuba bayangkan di Selangor ada 22 PAS Kawasan. Kalau dua perwakilan sudah otomatik mengundi calon pro UG, maka dari Selangor sahaja mereka sudah ada 66 undi sebelum pengundian bermula.

Malahan, kawasan seperti Shah Alam sendiri terperangkap dengan permainan jahat ini sedangkan Kawasan Shah Alam adalah anti UG.

Di kawasan yang dikuasai oleh puak UG seperti Gombak, Subang, Selayang dsbnya sudah tentulah semua perwakilan mereka akan mengundi calon2 UG.

Ketua Pemuda dan Ketua Ulama sudah pun menjadi perwakilan di Muktamar Pemuda dan Ulama. Mengapa mereka mahu menjadi perwakilan otomatik ke Muktamar PAS Pusat.

Perwakilan ke Muktamar PAS Pusat adalah dari kalangan AJK KAwasan serta AJK Cawangan2. Bukan sepatutnya dari Ketua Pemuda, Ulamak mahupun Muslimat. Hancur PAS kalau budaya ini diteruskan.

Namun, Allah SWT Maha Berkuasa. Walaupun mereka menggunakan taktik kotor seperti ini dicampur kempen fitnah mereka tetap kalah.

Saya yakin, undi yang didapati oleh Nik Amar sepatutnya di bawah 350 kalau taktik kotor seperti ini tidak dibuat.

Sekian

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, November 25, 2013

MUKTAMAR: Kempen Fitnah yang Disolek Berupa Dakwah

Syukur alhamdulillah.

Segala fitnah dan dusta yang dihambur oleh puak2 yang tamakkan jawatan terbalas dengan kekalahan yang amat nyata.

Bagi kumpulan pro UMNO (aka UG) keputusan kali ini adalah jauh lebih teruk berbanding tahun 2011.

Kalau pada tahun 2011, semua jawatan dalam Pemuda Pusat dikuasai oleh mereka yang pro UG kecuali Naib, maka tahun ini lebih ramai yang bukan UG duduk dalam Pemuda.

Juga, objektif mereka membuang Mat Sabu dan Mahfuz dari Dewan Harian juga gagal. 

Walaupun Dato' Mahfuz tidak masuk ke senarai Naib Presiden, tapi pengganti beliau Tuan Ibrahim juga bukan seorang penyokong UG.

Jelas kepada kita para perwakilan menolak sesiapa sahaja yang terlibat dalam usaha mempadukan PAS dengan UMNO.

Tahun ini kita tengok penyebaran fitnah tu disolek seperti dakwah. Malahan, kita pun boleh jadi keliru antara dakwah dan fitnah kerana yang menyampaikan fitnah tu adalah dari golongan2 yang biasanya kita anggap menyampaikan dakwah.

Fitnah menjadi hebat tahun ini ia disolek dan dipakaikan pakaian dakwah.

Atas sebab itu kita dengar tuduhan2 sumbang seperti menganut islam liberal, tidak wala', tidak sokong ulama, tidak memperjuangkan Islam. Semua ni bunyi macam kuliah dan dakwah Islam tapi hakikatnya ia adalah kempen fitnah yang sangat jahat semata-mata untuk merebut jawatan.

Itulah hebatnya fitnah tahun ini.

Cumanya Allah SWT Maha Berkuasa.

Fitnah yang disorok di belakang dakwah tidak menjadi.

Akhirnya puak yang sebar fitnah rugi lebih besar berbanding 2011.

Undi Abang Mat Sabu juga naik jauh lebih tinggi berbanding tahun 2011. Tahun 2011 dia cuma dapat 45%. Sekarang dia dapat 60%.

Cumanya dalam Dewan Harian hanya tinggal Dato Husam dan Mat Sabu yang berani membantah apa2 agenda UG secara vokal. Yang lain tu walaupun bukan pro UG tapi saya tak yakin mereka akan bersuara lantang.

Semoga selepas ini Presiden PAS akan mula menghadiri mesyuarat2 Pakatan Rakyat. Dah lama beliau menghilang diri

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Kempen Fitnah Tahun Ini DiTutup Dengan Dakwah

Syukur alhamdulillah.

Segala fitnah dan dusta yang dihambur oleh puak2 yang tamakkan jawatan terbalas dengan kekalahan yang amat nyata.

Bagi kumpulan pro UMNO (aka UG) keputusan kali ini adalah jauh lebih teruk berbanding tahun 2011.

Kalau pada tahun 2011, semua jawatan dalam Pemuda Pusat dikuasai oleh mereka yang pro UG kecuali Naib, maka tahun ini lebih ramai yang bukan UG duduk dalam Pemuda.

Juga, objektif mereka membuang Mat Sabu dan Mahfuz dari Dewan Harian juga gagal. MKedua

Walaupun Dato' Mahfuz tidak masuk ke senarai Naib Presiden, tapi pengganti beliau Tuan Ibrahim juga bukan seorang penyokong UG.

Jelas kepada kita para perwakilan menolak sesiapa sahaja yang terlibat dalam usaha mempadukan PAS dengan UMNO.

Tahun ini kita tengok penyebaran fitnah tu dah jadi macam dakwah. Malahan, kita pun boleh jadi keliru antara dakwah dan fitnah kerana yang menyampaikan fitnah tu adalah dari golongan2 yang biasanya kita anggap menyampaikan dakwah.

Fitnah menjadi hebat tahun ini ia disolek dan dipakaikan pakaian dakwah.

Itulah hebatnya fitnah tahun ini.

Cumanya Allah SWT Maha Berkuasa.

Fitnah yang disorok di belakang dakwah tidak menjadi.

Akhirnya puak yang sebar fitnah rugi lebih besar berbanding 2011.

Undi Abang Mat Sabu juga naik jauh lebih tinggi berbanding tahun 2011. Tahun 2011 dia cuma dapat 45%. Sekarang dia dapat 60%.

Cumanya dalam Dewan Harian hanya tinggal Dato Husam dan Mat Sabu yang berani membantah apa2 agenda UG secara vokal. Yang lain tu walaupun bukan pro UG tapi saya tak yakin mereka akan bersuara lantang.

Semoga selepas ini Presiden PAS akan mula menghadiri mesyuarat2 Pakatan Rakyat. Dah lama beliau menghilang diri

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Sunday, November 24, 2013

TERKINI- Salahuddin, Tuan Ibrahim dan Husam Musa Menang Naib Presiden

Ini adalah maklumat2 yang Tulang Besi dapat:

1.0 Calon dengan undi ketiga tertinggi adalah Husam Musa

2.0 Beza undi Dato Mahfuz dengan Husam Musa adalah tipis yakni 16 undi sahaja

3.0 Pengiraan semula adalah di atas permintaan Husam Musa kerana mahu memberi masa supaya perbincangan dapat diadakan antara Husam Musa dengan Mahfuz.

4.0 Butir perbincangan tidak diketahui tapi dijangka Husam Musa akan menyokong sepenuhnya Mahfuz Omar dilantik ke Dewan Harian

5.0 Husam Musa juga berasa sedih Mahfuz kalah tapi gembira Tuan Ibrahim menang. Sesungguhnya Mahfuz Omar adalah Naib Presiden yang sangat baik.

Wallahualam

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, November 23, 2013

Jual Nama Ulama Untuk Rebut Jawatan Dunia

Tulang Besi takut sangat dengan balasan Allah SWT kepada PAS.

Gelaran ulama dijual dgn harga yang murah untuk merebut jawatan dan darjat.

Soal layak memimpin, berkemampuan, mempunyai keterampilan, mempunyai daya penarik dengan pengundi, mempunyai visi, mempunyai bakat mentadbir dsbnya tidak dijadikan syarat.

Kita tengok Ketua Dewan Ulama yang tak larat nak memberi ucapan dasar pun masih kemaruk nak pegang jawatan yang begitu berat tanggungjawab. Jawatan yang dia pernah lepas dahulu tapi datang ambil kembali.

Dari sikap dan akhlak yang ditunjukkan Ketua Dewan Ulama itu sendiri menjelaskan betapa golongan Ustaz ni kemaruk sangat dgn jawatan.

Ia juga membuktikan laungan kalimah ulama tidak lebih dari promosi diri kepada mereka yang tidak layak untuk merebut jawatan. 

Gelaran Ulama ini adalah gelaran yang mulia. Ia tidak patut direndahkan taraf untuk menjadi alat merebut jawatan duniawi.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Elakkan Bekas2 Pemuda Masuk AJK PAS Pusat

Tulang Besi merasakan wakil2 Pemuda PAS seperti Nasruddin Tantawi, Nik Abduh, Din Ayam dan Khairuddin At Takiri TIDAK LAYAK menduduki barisan AJK PAS Pusat.

Ini kerana mereka ada rekod kegagalan dalam mengemudi Dewan Pemuda PAS Pusat.

Makanya, apakah kelebihan yang mereka boleh tawarkan kalau mereka menduduki AJK PAS Pusat?

Mereka cuma akan berikan perkara yang sama yang mereka bawa sewaktu dalam Pemuda dahulu, yakni kegagalan

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Friday, November 22, 2013

PAS Gemilang Bila Harun Taib Tidak Memimpin di Pusat (INI BUKTINYA)

Sepanjang 30 tahun kebelakangan ini, satu2nya masa Ustaz Harun Taib tiada dalam Dewan Harian PAS Pusat adalah dalam penggal 2007-2009.

Di waktu itu, Ustaz Harun Taib telah meletak jawatan dari Ketua Dewan Ulama dan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat.

Malangnya, dalam pertanding itu Ustaz Harun Taib kalah agak teruk dengan penyandang, yakni Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Jadi, sepanjang 2007 hingga 2009 Malaysia tidak melihat dan mendengar suara Harun Taib sama sekali kerana beliau sudah tiada jawatan lagi.

Dalam penggal itu PAS menang besar di Parlimen, jadi MB di Perak dan menang Kedah. PAS berjaya membuat perubahan2 yang besar dalam kaedah mencapai sokongan dari rakyat Malaysia terutamanya dari kaum bukan Islam. 

Namun, selepas itu Harun Taib kembali menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Nampak sangat Ustaz Harun Taib ni gila jawatan.

Kebetulan pula kembalinya HArun Taib dalam Dewan Harian bersama dengan naikknya kumpulan ulama dalam PAS Pusat.

Sesudah itu, apa yang terjadi? PAS hilang Kedah dan PAS hilang Perak. Kerusi Parlimen berkurangan. 

Dewan Harian PAS Pusat bertugas membincangkan agenda utama dalam AJK PAS Pusat. Biasanya kalau ada apa2 bangkangan dalam Dewan Harian, apa sahaja agenda baru tidak dapat dipanjangkan kepada PAS Pusat.

Keberadaan Harun Taib dalam Dewan Harian jelas menampakkan kesan2 negatif ini. Ia bukan satu kebetulan.

Patutlah UMNO sayang sangat pada ulama PAS .

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Baik Bubar Sahaja PAS Pulau Pinang

Kerja mintak jawatan, mintak kuasa je.

Kalau mcm ni punya perangai baik bubar je PAS Pulau Pinang.

Ada macam takda.

Sudahlah tak mampu tambah kerusi, pergi kacau kerusi Sungai Acheh yang PKR boleh menang dengan tutup mata.

PAS Pulau Pinang ni dah jadi liabiliti pada Islam, pada Syiar Islam, pada PAS dan pada orang Islam.

Bubar je PAS Pulau Pinang dan ramai2 lah masuk UMNO

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Rakaman Wakil Pemuda PAS Memfitnah Pimpinan PAS Pusat

Ini adalah rakaman seorang wakil Pemuda yang hari ini bertanding Exco pemuda Pusat. 

Nama dia Fadli Ghani dan dia baru menang exco Pemuda PAS Pusat semalam.

Rupanya2 rahsia kemenangan dia ni terdedah sudah.

Dia main tebar fitnah kononnya ada golongan islam demokrat dalam PAS dan golongan ini anti ulama.

Woi Fadhli. Agama apa ko ikut ni?

Selagi pendapat itu tidak berlawanan dengan Al Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas maka ia tidak boleh dihukum sebagai sesat atau ditolak Islam.

Pendapat2 yang dibuat ulama dipanggil IJTIHAD dan bukannya HUKUM. ini agama Islam. Bukan agama Kristian.

Dia menang dengan sebar fitnah seperti di bawah ni.

Yang hairannya program ni dianjurkan di Perak di dalam kehangatan pilihanraya. Sepatutnya di Fadhli ni berbincang bagaimana hendak menjatuhkan UMNO.

Bukan memfitnah sesama jemaah.

Benar kata Bridgget Welsh. Di saat pemimpin2 PAS sebuk menarik sokongan rakyat umum, puak2 pro ulama sebuk rebut jawatan dgn sebar fitnah sesama sendiri

Inshaalah besok akan dimasukkan link penuh rakaman program ini

video

TULANG BESI

ps dalam rakaman penuh nama YB Dzulkiflee Ahmad dan YB Mujahid disebut oleh Pengerusi Majlis

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, November 20, 2013

Artikel Utusan Sokong Mat Sabu Untuk Bantu Geng Pro Ulama

Artikel Utusan rupa macam sokong Mat Sabu tapi rupanya maki dan nista Mat Sabu.

Artikel yang penuh dgn fitnah dan kutukan kepada Abang Mat Sabu. Ia bukan artikel yang menyokong Mat Sabu.

Penulis artikel tu Ahmad Faris Abdul Halim. Dulunya SU Pemuda Wilayah Persekutuan sewaktu Malik Hussain menjadi Ketua. Sekarang telah lompat kepada UMNO dan belot kepada PAS.

Semuanya dilakukan kerana menyedari Utusan sudah terlampau kuat menyokong kumpulan ulama dalam PAS. Semuanya kerana UMNO tersedar sokongan mereka membawa rebah.

Secara mudahnya, semua yang datang dari Utusan Malaysia adalah bohong. Tidak mungkin Iblis akan menyuruh manusia melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Tindakan PAS Pulau Pinang Untuk Kempen Pemilihan PAS 2013?

PAS Pulau Pinang ni sedar atau tidak bahawa mereka cuma menang SATU KERUSI DUN sahaja.

Juga mereka bertanggungjawab menyerahkan kerusi Sungai Acheh kepada UMNO dalam PRU yang lepas?

Mengapa hendak bercakap mcm mereka hebat sangat, minta itu dan ini.

Sampai sanggup buat sidang akhbar secara terbuka.

Rasanya akan lebih ramai orang yang menyampah dgn PAS Pulau Pinang selepas ini

Kita kalau nak minta lebih mestilah berasaskan merit serta prestasi kerja.

Apa yang PAS Penang buat dalam PRU yang lepas lebih banyak sabotaj Pakatan Rakyat.

Kerja tak buat tapi nak itu dan nak ini.

Ini sebenarnya penyakit Melayu.

Mungkin PAS Penang ni lebih Melayu dari Islam nya.

TAKTIK NAK MENANG KAN UG DI MUKTAMAR?

Mengikut maklumat yang Tulang Besi dapat, PAS Penang ni antara kubu kuat puak2 UG.

Hafiz Nordin yang jadi alat UMNO itu adalah dari PAS Penang.

Dan ramai lagi geng2 mereka menguasai PAS Penang.

Jadi tak hairanlah PAS Penang mengadakan sidang akhbar berdekatan dengan Muktamar.

Konon nak bagitau PAS Penang ditindas dan ditekan oleh rakan dalam Pakatan Rakyat sendiri?

Yang saya nampak semua ini hanya sandiwara untuk menyokong tuduhan Harun Taib sewaktu Multaqa yang mahukan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula.

Hakikatnya, tiada apa yang serius berlaku di Pulau Pinang yang tidak boleh diselesaikan dengan baik dan aman.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Keputusan Pemilihan PAS Tahun Ini Boleh Membenam UMNO

Kalau pemimpin2 yang pro Pakatan Rakyat dikekalkan dalam senarai pimpinan PAS, UMNO cuma ada satu arah sahaja selepas ini, yakni bawah.

PRU 2013 lepas UMNO telah kalah. Undi popular memihak kepada Pakatan Rakyat. UMNO diselamatkan oleh kaedah teknikal semata-mata.

Ini bermakna, kalau dikekalkan format Pakatan Rakyat serta momentum serta beberapa perubahan kecil UMNO akan terlungkup PRU yang akan datang.

Yang bakal menyelamatkan UMNO adalah keluarnya PAS dari Pakatan Rakyat.

Dan dalam Multaqa yang lepas, telah pun dinyatakan dengan jelas bahawa kumpulan pro ulama akan bawa Pakatan Rakyat keluar dari Pakatan Rakyat.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Hudud Bukan Penentu Keislaman PAS

Adapun usaha2 puak UG dalam PAS menaikkan hudud adalah sangat dikesali. Hudud hendak dijadikan bahan kempen sempena pemilihan yang akan diadakan. Kononnya PAS telah membuang hudud dan hukum syariah Islam sama sekali dari agenda perjuangan. Maka, untuk mengembalikan kemurnian dan kesempurnaan perjuangan Islam PAS, perlulah calon2 pro Multaqa Ulama diundi.

Ditambah pula dengan jolokan murahan dari Tan Sri Annuar Musa yang merayu2 kepada kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hudud. Padahal Tan Sri Annuar Musa sepatutnya merayu kepada kerajaan Kedah ataupun Johor ataupun Melaka kerana kerajaan2 tersebut diperintah oleh partinya sendiri.

Hakikatnya, agenda hudud dan jinayah Islam sudah tidak lagi menguntungkan Islam kalau dibawa sebagai isu pilihanraya. Sepanjang wujudnya demokrasi, orang2 berfahaman UMNO telah menyatakan sikap tegas mereka menolak hukum tersebut. Orang2 bukan Islam juga menolak kerana mereka tidak faham dan takut dengannya.

Maka, dimanakah untungnya Islam bila hukum tersebut dijadikan isu pilihanraya? Itu yang hendak disoal oleh Tulang Besi.

Bukankah sudah ada kaedah feqah yang berbunyi:

"Mudharat yang rendah boleh ditanggung untuk menolak mudharat yang lebih tinggi"

Di kala ini terdapat mudharat yang jauh lebih besar yakni pemerintahan UMNO itu sendiri.

Maka, apa yang dibuat oleh PAS adalah memainkan isu2 lain dari hudud dan jinayah Islam sebagai mudharat yang lebih kecil kerana mahu menghapuskan mudharat yang lebih besar.

Nak tanya pada Dr Zaharudin aka Din Ayam, kalo benar2 nak hudud, mengapa pemerintahan PAS Terengganu 5 tahun tidak dilaksanakan hudud?

Berhentilah menyamar jadi juara hudud dalam PAS wahai Din Ayam. Orang lain dalam PAS tu lebih matang dan lebih memahami hukum syariah Islam berbanding dengan kamu.

Puak2 ulama muda dalam PAS ni pernah ke duduk dan hidup di bawah hukum hudud? Jawapannya tidak. Apa yang mereka tahu pasal hudud hanyalah teori semata-mata dan mereka tidak pernah melihat perlaksanaan hukum hudud atau merasi perlaksanaannya. 

Hinanya bila orang jual hukum Allah SWT untuk merebut jawatan.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, November 19, 2013

Muktamar PAS: PIlihan Antara Kekal atau Keluar Pakatan Rakyat

Multaqa Ulama yang diadakan beberapa bulan lalu adalah signal jelas perancangan kumpulan UG.

Mereka mahu PAS keluar dari Pakatan Rakyat

Ini kerana sepanjang perjalanan Multaqa tersebut, tiada perkara positif yang disebut berkaitan Pakatan Rakyat. Segalanya negatif. Segala berkaitan Pakatan Rakyat adalah buruk.

Padahal kertas kerja Multaqa yang dibentangkan mengandungi kosong bukti yang mengaitkan Pakatan Rakyat dengan kekalahan PAS.

Ini kerana pada tahun 2008, PAS juga tidak menang banyak kerusi padahal PAS tidak berada dalam Pakatan Rakyat.

Pada tahun 2004, PAS hilang negeri dan pada waktu itu tiada Pakatan Rakyat.

Tahun 1999, PAS menang Terengganu walaupun PAS mempunyai hubungan rasmi dengan DAP dalam Barisan Alternatif.

Pokoknya, perkaitan antara kekalahan PAS 2013 dengan Pakatan Rakyat adalah perkaitan yang songsang dan jarang. Tiada bukti jelas PAS rugi kerana Pakatan Rakyat namun Multaqa terus mengasak Pakatan Rakyat sebagai faktor kekalahan.

Setelah dipenuhi pandangan negatif, tidak salah kalau kita simpulkan resolusi Multaqa yang mahu mengkaji Pakatan Rakyat bermaksud mahu PAS keluar Pakatan Rakyat.

Kumpulan2 yang pro kepada resolusi Multaqa Ulama telah pun meletakkan calon mereka di jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden serta AJK PAS Pusat. Mereka juga mengasak dgn calon mereka di jawatan Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda serta Naib Ketua Pemuda (dan AJK).

PAS benar-benar berada di persimpangan jalan sekarang ini.

Sekiranya puak2 yang pro Multaqa Ulama berjaya, maka harapan PAS keluar Pakatan Rakyat adalah teramat cerah.

Kali ini tiada kempen untuk bersama UMNO. Hanya untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan duduk sendirian. Panggilan seperti ini mungkin dapat menarik lebih ramai perwakilan berbanding sebelum ini.

Setiap pembaca artikel ini wajib mengambil sikap dan bertindak. Usahakan berjumpa pimpinan2 PAS Kawasan dan Cawangan yang terdekat dan minta mengundi calon2 yang pro Pakatan Rakyat.

Misalnya, kita tak dengar Kamarulzaman berkata dia akan menguatkan hubungan dalam Pakatan Rakyat. 

Kalau tak boleh, doa saudara/ri sekelian juga amat amat penting. 

Wallahuaalam bissawab

Tulang Besi

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

TESTING

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.