Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, December 31, 2013

Bila Harga Minyak Dunia Turun, Harga Elektrik Juga Patut Turun

Trend di seluruh dunia adalah harga minyak sedang menurun.

Perjanjian Iran berkenaan program nuklear mereka juga berpotensi menurunkan harga minyak lebih rendah.

Dicampur dgn fenomena "shale" dan "frack" yang berlaku di seluruh Eropah, tiada jalan harga minyak akan menaik tetapi ianya akan menurun.

Dengan kata lain, trend dunia adalah harga minyak adalah menurun.

Juga, harga arang batu sedunia juga sedang menurun.

Soalnya sekarang, mengapakah harga elektrik di Malaysia naik?

Tenaga elektrik di Malaysia terhasil dari mesin yang bahan bakarnya samada arang batu atau petroleum.

Kedua2 komoditi ini sedang menurun dari segi harga pasaran dunia.

Lagi sekali kita ditipu oleh UMNO/BN.

Itu sahaja penjelasan yang ada.

Tak tau lah kroni mana yang kaya raya sebab naik nya tarif elektrik ni

Yang hairannya, negara Singapura yang tiada arang batu mahupun minyak boleh menurunkan tarif elektrik mereka sebagai respon kepada penurunan harga komoditi sedunia.

Melayu ditipu lagi.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, December 30, 2013

UMNO SENDIRI LAHIR DARI PERHIMPUNAN HARAM



Takutnya UMNO dengan perhimpunan memprotes harga barang. Dibuat berbagai fitnah kononnya ia adalah bertujuan untuk menggulingkan kerajaan. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?

Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.

UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram

Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.


Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.

Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.
Peristiwa 1946 dibahasa di DUN Kelantan

Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.

Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.

Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.

Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). 

Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.

Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa


Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.

Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang di kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..

Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalaam DUN dan Parlimen, Jenaayah yang masuh dalam rumaah dan kejiraanan kita, harga baraang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Saturday, December 28, 2013

MELAYU DITIPU. SEPTEMBER 16 GAGAL KERANA PENGUNAAN ISA(WKILEAKS)

(KOMEN: Cuba bayangkan bagaimana bangsa Melayu di Malaysia ditipu dalam kes September 16. Kononnya Anwar dituduh sebagai mimpi di siang hari oleh Najib. Padahal projek itu gagal disebabkan oleh penggunaan ISA oleh UMNO. Mel;ayu Mudah Kena Tipu.

Pada awal Oktober, Ahli Parlimen UMNO, Nur Jazlan, memberitahu Polcouns bahawa penahanan ISA tersebut adalah sangat berjaya di dalam menakutkan Ahli2 Parlimen yang telah bercadang untuk mengikut Anwar)

Ingat kembali, Teresa Kok telah ditangkap kerana kononnya beliau melarang azan di sebuah surau di Puchong dan sebuah masjid di Kota Damansara. Semua tuduhan ini terbukti palsu dan pembohongan semata-mata.

UMNO cuma mahu mencari alasan untuk menggunakan ISA bagi mengagalkan perancangan September 16 Anwar Ibrahim. Mereka sendiri tahu tuduhan2 itu palsu dan tidak berasas. 

Namun, penangkapan di bawah ISA ke atas 3 orang itu tidak lain bertujuan menakutkan Ahli2 Parlimen dari melompat.

Ahli2 Parlimen yang dimaksudkan ini telahpun menandatangani “Kenyataan Bersumpah” mahu mengikut Anwar Ibrahim tetapi telah menarik diri akibat takut ditangkap ISA.

Dalam PAS pula, Hasan Ali adalah agen kepada menyebarkan cerita kononnya Teresa Kok melarang azan. Cerita tersebut telah disebarkan kepada keseluruhan AJK PAS Pusat dalam salah satu mesyuarat AJK PAS Pusat.

Sedar atau tidak Hasan Ali serta “GENG PERPADUANG” dicampur dengan “GENG TERENGGANU” memainkan peranan besar di dalam menggagalkan September 16 tersebut. Mereka semua menjadi AGEN UMNO dan berjaya mensabotaj perancangan Anwar Ibrahim dan September 16 tersebut.

Maka, janganlah puak2 UMNO memainkan isu kononnya Anwar berbohong ataupun Anwar menjual janji palsu. Yang sebenarnya UMNO telah bermain kotor dengan menggunakan ISA mengagalkan perancangan September 16.

Tulang Besi


C O N F I D E N T I A L SECTION 01 OF 03 KUALA LUMPUR 00099
SIPDIS

FOR EAP AND INR
E.O. 12958: DECL: 07/16/2018
TAGS: PGOV, PINR, KDEM, MY
SUBJECT: ANWAR SHIFTS GEARS, NOT GOALS, SAY AIDES
REF: KUALA LUMPUR 979 - INITIAL REACTION TO U.S. ELECTION
Classified By: Political Counselor Mark D. Clark for reasons 1.4 (b and d).
Summary and Comment
1. (C) Opposition leader Anwar Ibrahim has shifted to a less aggressive posture for now, but his goal remains bringing down the UMNO-led government through parliamentary crossovers prior to Deputy Prime Minister Najib becoming the next UMNO party president and Prime Minister, according to top officials in Anwar's Peoples Justice Party (PKR).
Part of Anwar's strategy entails reaching out to the "losers" in the transition from Prime Minister Abdullah to Najib, including UMNO veteran Tengku Razaleigh. The PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those considering switching their support to Anwar.
PKR officials and Anwar's lawyers assumed the sodomy prosecution against Anwar would move forward, with a trial phase likely beginning by January. The Opposition was unlikely to support "superficial" reforms that UMNO would try to rush through parliament as part of outgoing PM Abdullah's legacy.
The Ambassador met on October 30 with Tengku Razaleigh, who complained about his inability to compete in the UMNO nomination process due to money politics and contended that the next UMNO president (Najib) would not necessarily become the next Prime Minister.
2. (C) Comment: We currently are witnessing a different tone and pace in the struggle between the Opposition and UMNO following Anwar's unrealized September deadline and the rapid consolidation of UMNO support behind Najib as the next Prime Minister.
While PKR's rationale for wanting to head-off Najib remains in place, Anwar has lost political momentum for the moment and seems to face increasingly long odds in securing future crossovers. Anwar's ability to attract the "losers" from the Abdullah-Najib transition remains theoretical. End Summary and Comment.
Anwar's Less Aggressive Posture
3. (C) Polcouns met separately with PKR Information Chief Tian Chua and PKR Vice President Sivarasa Rasiah on November 3 and 5, respectively. Both PKR officials acknowledged that Opposition leader Anwar Ibrahim has shifted to a lower key approach since the passage of Anwar's public September 16 deadline to bring down PM Abdullah's government through the crossover of 30 or more government MPs.
Compared with September, Anwar is now more focused on consolidating the Opposition People's Alliance (Pakatan Rakyat), which encompasses three parties with often disparate political views: PKR, the Chinese-dominated Democratic Action Party (DAP), and the Islamic Party of Malaysia (PAS). As the formal Opposition leader in Parliament, Anwar is devoting attention to Pakatan's actions in parliament and guiding Opposition MPs, most of whom are sitting in the body for the first time.
Crossover Goal Unchanged
4. (C) Despite his less aggressive public posture, Anwar's goal remains bringing down the UMNO-led government through parliamentary crossovers prior to Deputy Prime Minister Najib Tun Razak becoming the next UMNO party president and Prime Minister, Tian Chua and Sivarasa stated.
The time horizon has shifted from December to March 2009, in line with the shift in the UMNO party elections, at which time Najib is set to become UMNO president uncontested. PKR officials reiterated that Anwar and PKR remain focused on preempting Najib's takeover if possible, because they believe Najib would invoke authoritarian measures to scuttle the Opposition before the next national elections.
In the months ahead, PKR would look for opportunities to weaken support for Najib and the government, for example by criticizing GOM measures in the face of a possible dramatic downturn in the economy following the global financial crisis, or by using new information linking Najib to scandals, like the Altantuya case and the Eurocopter purchase.
(Comment: Anwar and other Opposition leaders have taken up such issues in Parliament over the past few weeks. On November 4, Anwar led a walk-out of Opposition MPs to protest Najib's refusal to allow questions during his presentation of revised budget figures. End Comment.)
Attracting the "Losers"
5. (C) Anwar does not have enough ethnic Malay MPs ready to join the Opposition, according to both Tian Chua and Sivarasa, without which the Opposition faces unacceptable risks of a harsh government backlash justified on the basis of Malay nationalism.
Anwar reportedly hopes to attract disaffected UMNO leaders and MPs who are "losers" in the current transition from Abdullah to Najib; most prominent among these is veteran UMNO leader Tengku Razaleigh Hamzah.
Talks with Razaleigh remain inconclusive because Razaleigh continues to insist on the prospective position of Prime Minister, while PKR estimates that Razaleigh could secure the crossover of only four or five UMNO MPs (see notes below from the Ambassador's recent meeting with Razaleigh).
Anwar is also maintaining contact with PM Abdullah at this stage, primarily through son-in-law Khairy Jamaluddin, Tian Chua said. Whether members of Abdullah's circle would consider crossing over to Anwar remained an open question.
ISA as Warning to MPs
6. (C) The two PKR officials acknowledged that the government's September arrests of three persons -- a journalist, an Opposition MP and blogger Raja Petra -- under the Internal Security Act (ISA) had sent an effective warning to those MPs considering switching support to Anwar. (let's mention Petra's release today)
(Comment: In early October, UMNO MP Nur Jazlan told Polcouns that the ISA arrests had been "very successful" in achieving UMNO's objective of intimidating MPs who had considered joining with Anwar. End Comment.)
Sodomy Trial Will Remain a Factor
7. (C) Sankara Nair, a prominent attorney for Anwar, told us on November 5 that, regardless of maneuvers in the current Sessions Court, it only a matter of time before the government shifted Anwar's sodomy case to the High Court, a more favorable venue for the prosecution.
Sivarasa, who also serves as one of Anwar's lawyers, believed that the trial phase of the sodomy case would begin in earnest by January.
Neither Sankara nor Sivarasa believed the government would drop the case.
Opposition Unlikely to Support Abdullah's Reforms
8. (C) The Prime Minister's circle -- through Khairy -- has approached Anwar regarding support for judicial reform measures that would be presented in Parliament soon as part of Abdullah's parting legacy, according to Sivarasa and Tian Chua. The Opposition, however, was unlikely to support these measures because they did not represent meaningful changes.
The Opposition believed, for example, the proposed changes to the Anti-Corruption Commission would leave the body under firm executive control. Following the resignation of legal reform Minister Zaid Ibrahim, Nazri Aziz, de facto Minister for parliamentary affairs, led the judicial reform discussions in Parliament, but he lacked credibility
Anwar and the U.S. Presidential Election
9. (U) Following his initial remarks of November 5 (reftel), Anwar has continued to comment generally positively on Senator Obama's victory in the U.S. presidential election. Time Magazine highlighted Anwar's remarks on President-elect Obama as the first among those of only 11 prominent world personalities.
Anwar wrote that, "In Obama's victory are sown the seeds of great expectations that a truly new chapter will be written in the history of the world." Anwar publicly claimed he had been in contact with Senator Obama.
Ambassador Calls on Razaleigh
10. (C) The Ambassador met on October 30 with Tengku Razaleigh, who, as the only challenger to DPM Najib for the UMNO presidency, had yet to garner a single UMNO division nomination (he now has one). Casting himself as a reformer, Razaleigh said that he wished to bring greater democracy and transparency to UMNO, but that he could not compete in the current nomination race in the face of engrained corruption and money-politics.
Razaleigh said that Najib's coming to power would allow former Prime Minister Mahathir to regain substantial influence within the government. Razaleigh indicated his relations with Mahathir, his former political rival, remained strained.
11. (C) While Razaleigh conceded that Najib would win the UMNO contest, he stressed several times to the Ambassador that the next UMNO president would not necessarily become the next Prime Minister, but did not further explain this remark.
Razaleigh speculated that there now existed grounds for PM Abdullah and Anwar Ibrahim to work together, for example on reform measures. Razaleigh thought that Khairy Jamaluddin currently acted as the go-between for Abdullah and Anwar. Razaleigh acknowledged, as he has publicly, that he continues contact with opposition politicians, but he did not otherwise signal he planned to leave UMNO


KEITH
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

EKONOMI ANWAR HIGH CLASS. EKONOMI NAJIB TAKDAK KLAS

Presiden UMNO dalam Ucapan Dasar beliau dalam satu Perhimpunan Agung UMNO telah menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim dari sudut ekonomi.

Dato Najib dilaporkan berkata:


Mungkin Dato' Najib lupa bahawa sebab musabab utama Anwar Ibrahim dipecat dan diaibkan serta difitnah adalah kerana beliau tidak mahu membenarkan wang negara digunakan untuk menyelamatkan kroni2 UMNO yang sedang kepanasan dan menghadapi maut dikala itu.

Apa hak Najib mempersoalkan rekod Dato Seri Anwar Ibrahim? Apakah rekod Dato Najib ni baik sangat?

Carta di bawah boleh memberi gambaran perbezaan kedua2 Menteri Kewangan (Anwar vs Najib):




Untuk melihat fakta dari sudut statistik pula, sila rujuk gambarajah di bawah:


Makanya dinasihatkan kepada PRESIDEN UMNO supaya memeriksa fakta terlebih dahulu sebelum membuka mulut. Nanti malu sampai tak tau nak letak muka kat mana.

TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Friday, December 27, 2013

Harga Kereta Tinggi di Malaysia Adalah kerana Proton (BUKTI)


Suka Tulang Besi menaqal dari WIKIPEDIA berkaitan kenyataan Dr Mahathir itu:



(TERJEMAHAN: Polisi kerajaan menyebabkan harga Proton lebih murrah berbanding kereta lain yang dijual di Malaysia dengan strategi yang cukup mudah, yakni dengan memngenakan cukai yang tinggi kepada jenama kereta yang bukan Proton sementara Proton pula tidak dikenakan cukai yang sama.)

Mungkin juga Dr. Mahathir dah nyanyuk kerana beliau lah yang telah meluluskan cukai-cukai ini yang menyebabkan harga sebijik kereta Honda lebih mahal dari harga sebuah rumah teres satu tingkat.

Hakikatnya, Proton sewaktu pelancarannya sedang menuju kebangkrapan dan tutup kedai. Maka, terpaksalah Dr Mahathir menjalankan cukai tidak masuk akal beliau semata-mata untuk memaastikan rakyat Malaysia membeli Proton dan bukan jenama lain.

Cuba bayang. Proton Saga pertama yang keluar dari kilang dahulu harganya sekitar RM15000 sahaja. Selepas Mahathir melaksanakan cukai beliau, harga Proton naik kepada RM60 ribu. Harga kereta lain jangan ceritalah.

Sampai sekarang harga kereta di Malaysia antara termahal di dunia kerana kebodohan dan kebongkakan Dr. Mahathir Muhammad Iskandar Kutty.

Projek Proton hanya merugikan rakyat Malaysia dan merugikan negara. Yang untung hanya kroni sahaja. Kalau nak tengok kerugiannya, tanyalah mangsa-mangsa feri karam di Penang satu masa dahulu.

Semata-mata untuk menjaga Proton, Dr Mahathir membelanjankan ribuan juta untuk membina jalan dan jambatan menyebabkan perbelanjaan ke atas pengangkutan awam menjadi semakin kecil.

Rakyat Malaysia juga terpaksa membelanjakan 30% dari pendapatan mereka untuk membayar kos kereta serta yang berkaitan dengannya (repair, minyak dsbnya).

Dan, kerajaan di bawah Mahathir menghabiskan wang untuk membina jalan2 raya yang besar-besar (rakyat juga yang kena tol) menyebabkan perbelanjaan ke atas pengangkutan awam menjadi semakin mengecil.

Kalau Dr. Mahathir pandai mentadbir, sudah tentu beliau membina Sistem Aliran Ringan semenjak tahun 80'an lagi di waktu kos pembinaannya masih murah.

Namun, beliau mahukan Proton yang jelas telah gagal menyebabkan beliau terpaksa menaikkan harga kereta dengan begitu tidak masuk akal.

Dr. Mahathir hendak menyorok kebodohan beliau di dalam mentadbir negara. Sebab itulah dia buat kenyataan merapu ini.

Saya rasa kalau letak kambing sebagai Perdana Menteri pun, kambing tersebut lebih berkebolehan sebagai Perdana Menteri berbanding Dr. Mahathir.

Tulang Besi


Read more!(Selanjutnya)

Thursday, December 26, 2013

UMNO BERGOLOK BERGADAI HARTA NEGARA DEMI BAYAR HUTANG NEGARA

Umpama orang yang bangkrap meniaga, apabila sudah tiada income maka jalan terakhir adalah menjual segala harta dan kepunyaan untuk membayar hutang.

Orang yang meniaga untung besar mampu membayar hutang dengan keuntungan perniagaan mereka. Mereka tak perlu jual apa2 harta mahupu kepunyaan pribadi.

Ada orang sanggup jual diri untuk membayar hutang. Apabila sudah tiada kemasukan wang, maka terpaksalah kita gadaikan segalanya.

Ini membuktikan UMNO tidak mampu dan tidak reti memerintah. Yang mereka tahu hanya memfaraid kekayaan negara di kalangan kroni2 mereka sahaja serta mengkayakan anak beranak.

Misalnya, sebidang tanah milik kerajaan yang digadai itu sepatutnya boleh digunakan untuk membina sekolah, pejabat kerajaan, klinik kesihatan, hospital, rumah kebajikan dsbnya. Tapi, bila tergadai maka rakyat yang rugi.

Boleh pula kerajaan gadai pinjaman perumahan pekerja2 Kerajaan untuk bayar hutang.



MALAYSIA DIAMBANG BANGKRAP HASIL PEMERINTAHAN UMNO

Benar kata Rafizi. Apabila sudah terpaksa jual harta negara, itu tanda2 desperado. Itu petanda Malaysia di bawah UMNO sudah tidak mampu menjana keuntungan bagi membayar hutang negara.

Hancur sudah Malaysia ni di bawah pemerintahan UMNO/bN


UMNO AKUI GADAI HARTA NEGARA SEMENJAK 2008


Menurut siaran rasmi Kementrian Kewangan Malaysia yang terbaru:


Keseluruhan kenyataan itu boleh dibaca dgn mengklik kenyataan diatas ini.

Kenyataan ini adalah pengakuan UMNO bahawa mereka telah mula menggadai harta negara semenjak sekian lama.

Pada waktu yang sama, mereka telah melemparkan tuduhan2 sumbang terhadap Anwar Ibrahim kononnya Anwar akan menggadai Malaysia pada warga asing.

Bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri. Mula2 berbohong lama2 mencuri.

Dah lah UMNO dapat dosa memfitnah Anwar, lepas ni berdosa membohong pulak tu.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

UMNO JUAL HARTA NEGARA PETANDA MALAYSIA HENDAK BANGKRAP

Benar kata Rafizi. Apabila sudah terpaksa jual harta negara, itu tanda2 desperado. Itu petanda Malaysia di bawah UMNO sudah tidak mampu menjana keuntungan bagi membayar hutang negara.

Umpama orang yang bangkrap meniaga, apabila sudah tiada income maka jalan terakhir adalah menjual segala harta dan kepunyaan untuk membayar hutang.

Orang yang meniaga untung besar mampu membayar hutang dengan keuntungan perniagaan mereka. Mereka tak perlu jual apa2 harta mahupu kepunyaan pribadi.

Ada orang sanggup jual diri untuk membayar hutang. Apabila sudah tiada kemasukan wang, maka terpaksalah kita gadaikan segalanya.

Hancur sudah Malaysia ni di bawah pemerintahan UMNO/bN

UMNO AKUI GADAI HARTA NEGARA SEMENJAK 2008


Menurut siaran rasmi Kementrian Kewangan Malaysia yang terbaru:


Keseluruhan kenyataan itu boleh dibaca dgn mengklik kenyataan diatas ini.

Kenyataan ini adalah pengakuan UMNO bahawa mereka telah mula menggadai harta negara semenjak sekian lama.

Pada waktu yang sama, mereka telah melemparkan tuduhan2 sumbang terhadap Anwar Ibrahim kononnya Anwar akan menggadai Malaysia pada warga asing.

Bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri. Mula2 berbohong lama2 mencuri.

Dah lah UMNO dapat dosa memfitnah Anwar, lepas ni berdosa membohong pulak tu.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

MCA Pernah Minta Ekuiti Bumiputra Dimansuhkan



Tapi, ke hulu ke hilir UMNO sebar cerita kononnya PR nak gadai hak melayu dan islam. Rupanya, dalam rumahtangga dah mula nak gadai hak Melayu.

Tibalah masanya orang Melayu semua tolak Barisan Nasional. Tolak UMNO. Kalau kerja setakat tanam tebu di bibir, lebih baik kita buang UMNO dan BN ke Laut Cina Selatan.

Betul tak?

Tulang Besi


(Baca laporan FreeMalaysiaToday di bawah)




KUALA LUMPUR: Kongres Ekonomi Cina anjuran MCA, dalam deklarasinya semalam, menggesa dimansuhkan syarat ekuiti 30% Bumiputera secara perlahan-lahan.

Gesaan ini dibuat ditengah-tengah desakan golongan radikal Melayu yang mahu dasar pengagihan ekonomi berasaskan kaum dikekalkan.

Kongres itu berkata, "selari dengan promosi tadbir urus yang baik dan lebih telus" dan "pemansuhan secara perlahan-lahan" kuota berasaskan kaum ini mestilah sejajar dengan amalan sistem tender terbuka supaya semua pihak mempunyai peluang yang adil dan sama rata.

Kuota ekuiti Bumiputera menjadi dilema utama di tengah-tengah sistem ekonomi negara.

Di samping ada pihak yang percaya hak Bumiputera sebagai "kontrak sosial" telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, golongan lain berpendapat dasar ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan rasuah.

Kongres juga menyalahkan orang-orang Melayu kerana gagal bersaing dalam perniagaan dan perdagangan.

Terdahulu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek, menggesa supaya diperkenal dasar yang lebih inklusif berhubung penyertaan bukan Bumiputera dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ini juga merupakan satu lagi isu yang sensitif di mana golongan radikal Melayu dalam arus perdana politik di mana ramai memikirkan bahawa GLC adalah hak eksklusif Bumiputera, dengan penyertaan yang kecil dari bukan Bumiputera.

Tetapi Chua, yang membaca deklarasi 12 perkara itu, berkata pendekatan yang radikal ini adalah penting untuk merealisasikan seruan Perdana Menteri Najib Tun Razak tentang konsep 1Malaysia.

"Kongres mendesak kerajaan mengamalkan dasar-dasar yang inklusif dengan meliberalisasi GLC supaya mengambil ahli lembaga pengarah dari berbilang kaum dan tenaga kerja dalam sistem-eko GLC.

"Ini termasuk memberi kontrak kepada syarikat-syarikat tempatan yang layak tanpa mengira komposisi ekuiti," kata bekas menteri kesihatan itu.

Titik perseimbangan

Tuntutan-tuntutan ini meletak Najib dalam keadaan serba salah dalam menghadapi proses membuat keputusan.

Beliau perlu mencari titik perseimbangan di antara mengekalkan sokongan orang-orang Melayu yang radikal atau menghadapi risiko hilang undi Cina. Masyarakat Cina merupakan golongan kedua terbesar para pengundi.

Chua, dalam ucapan penutupnya, secara berseloroh berkata, pertemuannya dengan Najib di kongres pagi semalam membuat Najib keluh, di mana perdana menteri berharap rumusan forum tidak membawa "lebih banyak masalah kepadanya."

"Saya telah bertemu beliau dan memberitahu beliau tentang tuntutan itu dan beliau menasihati supaya saya perlu faham bahawa dengan ekonomi, terdapat isu-isu yang rumit yang perlu kepada titik perseimbangan," kata Chua.

Bagaimanapun, kongres telah berikrar sokongan penuh dan taat setia terhadap pentadbiran Najib dan program-program reformasinya.

Banyak perkara yang ditimbulkan mempunyai persamaan dari segi kelemahan yang dikenalpasti oleh kerajaan, yang memerlukan perhatian segera seperti dasar gaji minima yang komprehensif dan pemotongan subsidi bagi mengurangkan defisit belanjawan yang sangat luas.

Kongres menggesa kerajaan menambah bantuan tunai kepada enterprais kecil dan sederhana (SME), yang disifatkan oleh kongres sebagai kritikal untuk mencapai status negara maju dalam tempuh 10 tahun sepertimana digariskan di bawah Model Baru Ekonomi.

Satu lagi perkara yang ditimbulkan ialah keperluan kepada langkah pro-aktif oleh pentadbiran Najib untuk mengukuhkan usahasama perniagaan Bumiputera-Cina yang tulen dengan mengambil peluang dari kekuatan dan pelbagaian etnik.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

UMNO AKUI GADAI HARTA NEGARA SEMENJAK 2008

Menurut siaran rasmi Kementrian Kewangan Malaysia yang terbaru:


Keseluruhan kenyataan itu boleh dibaca dgn mengklik kenyataan diatas ini.

Kenyataan ini adalah pengakuan UMNO bahawa mereka telah mula menggadai harta negara semenjak sekian lama.

Pada waktu yang sama, mereka telah melemparkan tuduhan2 sumbang terhadap Anwar Ibrahim kononnya Anwar akan menggadai Malaysia pada warga asing.

Bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri. Mula2 berbohong lama2 mencuri.

Dah lah UMNO dapat dosa memfitnah Anwar, lepas ni berdosa membohong pulak tu.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, December 25, 2013

TAN SRI ANI AROPE LAMBANG KEPAHLAWANAN MELAYU

Syukur alhamdulillah.

Tentangan Tan Sri Ani Arope terhadap pemwujudan IPP yang seperti lintah mahu menghisap darah TNB serta rakyat Malaysia adalah contoh terbaik semangat kepahlawanan Melayu.

Adanya contoh seperti Tan Sri Ani Arope membuat umat Melayu merasa bangga menjadi bangsa Melayu.

Lebih lebih lagi yang menekan serta menindas Tan Sri Ani Arope ini adalah Mamak Bendahara yakni seorang yang diklasifikasi oleh Universiti Singapura sebagai berbangsa bukan Melayu.

Tapi di Malaysia berkokok mcm bagus seolah2 dia tu Melayu.

Lagi satu, si Mamak Bendahara ni berlagak mcm dia tau ekonomi tapi akhirnya segala kegagalan perancangan ekonomi dia rakyat Malaysia yang kena tanggung i.e. harga kereta mahal.

Jadi, penentangan Tan Sri Ani Arope ini adalah berasaskan kepada pengalaman serta latar belakang Tan Sri Ani Arope yang faham ekonomi serta pentadbiran.

Adapun projek IPP Mamak Bendahara adalah tidak lain untuk mengkayakan kroni dengan menindas rakyat Malaysia.

Akhirnya Ani Arope yang berbangsa Melayu telah dikorbankan oleh Mamak Bendahara yang bukan berbangsa Melayu.

Semoga Allah SWT merahmati Tan Sri Ani Arope sekeluarga

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, December 24, 2013

PANDANGAN AL-QARADAWI BERKENAAN UCAPAN TAHNIAH DENGAN KEDATANGAN PERAYAAN AGAMA SELAIN ISLAM

NOTA: Diambil dari FB Page Ustaz Wan Ji

Al-Qaradawi adalah antara ulama yang menyatakan keizinan mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan agama selain Islam.

Dalil-dalil yang digunakan oleh beliau adalah seperti berikut;

satu;
Firman Allah yang bermaksud, "Allah tidak halang terhadap mereka yang tidak menyerang agama kamu dan tidak mengeluarkan kamu dari negara kamu, bahawa kamu melakukan kebaikan dan keadilan kepada mereka. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang melaksanakan keadilan" (Surah al-Mumtahanah, ayat

Menurut al-Quran, ayat ini adalah panduan yang telah ditetapkan oleh al-Quran dalam hubungan antara muslim dengan non muslim.

Dua:
Firman Allah yang bermaksud, "Hari ini dihalalkan kepada kamu perkara baik; makanan mereka yang diberikan kitab adalah halal bagi kamu dan makanan kamu halal bagi mereka; perempuan yang baik dari kalangan mukminat dan perempuan dari kalangan mereka yang diberikan kitab sebelum kamu" (Surah al-Maidah, ayat 5)

Dalam ayat ini, Allah swt pamerkan keharusan memakan sembelihan ahlu kitab dan dibenarkan berkahwin dengan perempuan mereka, sedangkan al-Quran nyatakan pernikahan adalah untuk capai kasih sayang.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir" (Surah al-Rum, ayat 21)

Tiga:
Setengah yahudi telah datang berjumpa dengan Rasulullah dan mereka berlumba-lumba mengucapkan salam. Aisyah maklumkan bahawa mereka berkata "al-sam" (mati), bukan "al-Salam" (sejahtera)

Dijawab nabi dengan kata baginda yang bermaksud, "Allah itu menyukai kasih sayang pada semua urusan" (muttafaq alaih)

Dari hadis ini, dipamerkan bahawa Islam menggalakkan kasih sayang dalam hubungan bersama dengan orang bukan Islam dan melarang mengambil sikap keras terhadap mereka.

Empat;
Firman Allah yang bermaksud, "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (Surah al-Nisa' ayat 86)

Ayat ini mengajar bahawa sesuatu ucapan itu hendaklah dibalas dengan yang lebih baik. Ekoran itu, dibenarkan memberi ucapan kepada mereka jika mereka berlumba-lumba untuk memberi ucapan baik kepada kita.

Tidak baik bagi muslim bahawa dia kurang memberi penghormatan. Ini kerana, Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud, "Mukmin yang sempurna iman adalah mereka yang baik akhlak"

Dan hadis bahawa nabi saw ada bersabda, "Aku dibangkitkan untuk sempurnakan keindahan akhlak"

Lima;
Diriwayatkan bahawa majusi berkata kepada Ibn Abbas, Assalamualaikum.

Ibn Abbas menjawab, Waalaikum salam wa rahmatullah.

Setengah rakan-rakan beliau bertanya, apakah kamu mengatakan rahmat Allah untuk mereka?

Dijawab ibn abbas yang bermaksud, "Apakah tidak kerana rahmat Allah mereka hidup?"

Dari dalil-dalil yang dikemukakan ini al-Qaradawi menyatakan bahawa keizinan bagi muslim mengucap tahniah dengan kedatangan perayaan agama mereka, sama ada dengan menghantar kad atau dengan ucapan lisan yang tidak merangkumi mengagungkan syiar dan ucapan keagamaan mereka. Juga, ucapan itu tidak bermaksud akui dan redha dengan agama mereka. Dengan maksud, ia sekadar ucapan mujamalah atau ucapan kesopanan, pamerkan sikap hormat dan berbudi bahasa.

al-Qaradawi juga mengomentari dengan menyatakan bahawa tidak dilarang menerima hadiah dari mereka kerana melihat bahawa Nabi saw menerima hadiah non muslim seperti muqawqis mesir dan sebagainya. Namun, hadiah itu hendaklah bukan perkara yang diharamkan Islam seperti arak dan daging babi.

al-Qaradawi juga memandang bahawa tidak boleh muslim itu menyambut perayaan keagamaan tersebut seperti menyambut aidul fitri dan aidul adha, tetapi ia tidak salah jika sekadar memberikan ucapan.

al-Qaradawi ada juga mengomentari pendapat Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah yang melihat keras tentang perkara ini dalam kitab iqtida' Sirat al-Mustaqim. Komentar al-Qaradawi adalah bahawa fatwa Ibn Taimiyyah merujuk kepada situasi di zaman beliau. Dengan maksud, jika Ibn Taimiyyah berada di era kini; era dunia semakin berhampir-hampiran, keperluan manusia kini berhubungan antara satu dengan lain, ada sebilangan muslim menuntut ilmu dari orang bukan Islam dan berbagai lagi, sudah pasti dia perlu hargai perubahan fatwa di era kini yang tidak sama dengan era dahulu.

(al-Qaradawi, Fatawa Maasarah, Dar al-Qalam li al-Nasyr wa al-Tawzi' - kaherah, Kuwait : 2002 - 1422, hlmn 668 - 673)
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

MELAYU DITIPU DALAM KENAIKKAN HARGA GULA

Izinkan Tulang Besi menghuraikan sebab sebenar naiknya harga gula di Malaysia kepada RM2.84 sekilo.

Juga, Tulang Besi akan menghuraikan bagaimana Bangsa Melayu ditipu dalam isu kenaikkan harga gula.

BENARKAH MAHU MENGAWAL KENCING MANIS?

Najib Tun Razak memberitahu umum bahawa beliau membuang subsidi gula kerana mahu mengurangkan kadar kencing manis di kalangan rakyat Malaysia.

Alasan ini adalah tidak lain hanyalah jual ubat Najib dan UMNO semata-mata. Hakikatnya adalah jauh sebaliknya.

Sepanjang yang Tulang Besi kaji, kencing manis ini terjadi kerana faktor genetik (sila rujuk sini)

Tidak ada sumber yang Tulang Besi jumpa mengaitkan pemakanan gula dengan kencing manis. Arwah bapa Tulang Besi adalah kurus dan tidak makan banyak gula. Tapi akhirnya meninggal dunia akibat komplikasi kencing manis.

Sekali lagi Dato Najib jual ubat kononnya kencing manis disebabkan pemakanan gula yang melampau.

KENAIKKAN GULA APABILA MELAYU MENGAMBIL ALIH PENTADBIRAN GULA DI MALAYSIA

Selepas Merdeka, ada dua syarikat yang mengawal hal ehwal gula serta mendapat AP dari kerajaan untuk mengimpot gula mentah. Pemilik2 syarikat ini adalah dari kaum Cina. Syarikat2 itu adalah:

1.0 Malaysian Sugar Manufacturing (MSM) yg sebelum ini dimiliki oleh Robert Kuok
2.0 Central Sugar Refinery yang dimilik oleh MUI Group (yang kilangnya tersergam di Batu Tiga Shah Alam)

Namun, kedua2 syarikat gula ini sekarang ini telah pun diambil alih oleh syarikat2 milik orang Melayu. Ia adalah:

1.0 MSM - dimiliki oleh FELDA Ventures (Melayu)
2.0 CSR - dimiliki oleh Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds

Ertinya, kenaikkan harga gula baru2 ini tiada kena mengena dengan tuduhan blogger2 UMNO kononnya ia adalah sabotaj kaum Cina yang biasanya menjadi pembekal.

Kenaikan melampau harga gula baru2 ini adalah hasil kerja tangan bangsa Melayu sendiri 100%

SEBAB SEBENAR HARGA GULA NAIK

Pertamanya, gula di Malaysia 99% diimpot dari luar negara. Malaysia tidak mampu menghasilkan gula mentah sendiri.
Yang menjadi sebab naiknya harga gula adalah kerana ia diimpot dengan harga 10% lebih mahal dari harga pasaran.

Perkara ini telah dinaikkan di Parlimen sejak bulan Februari 2012.

Di mana masa itu Kerajaan Malaysia melalui syarikat2 ini telah mengimpot gula dengan harga 10% lebih mahal dari harga pasaran.

Pada bulan Januari 2012 Malaysia telah membeli gula mentah dgn harga USD26 per 46 kg sedangkan di kala itu harga pasaran adalah USD23.45 bagi 46 kg.

Perumpamaanya adalah bila seorang itu masuk kedai dan bertanya berapa harga barang. Tuan punya kedai kata harga barang adalah RM23. Orang itu keluarkan RM26 dan membayar harga barang.

Betapa bodohnya bunyi orang itu tapi itulah yang dilakukan oleh pemegang2 AP bangsa Melayu yang kedua2 di bawah kawalan UMNO.

Oleh kerana kontrak adalah 3 tahun bermaksud Malaysia telah rugi RM64 juta x 3 tahun = RM 192 juta.

Ini adalah salah satu bukti kebodohan bangsa Melayu. Beli gula dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran.

BANGSA MELAYU YANG PALING MENDERITA DGN KENAIKKAN HARGA GULA

Oleh kerana Najib dah tarik subsidi gula sepenuhnya, maka harga pasaran gula + harga kerugian akibat kebodohan UMNO terpaksa dibayar oleh rakyat.

Sepatutnya gula paling tinggi pun RM2.40 sekilo sekarang jadi RM2.80 sekilo akibat kebodohan dan korupsi bangsa Melayu UMNO ini.

Orang Cina kurang makan gula berbanding Melayu. Buktinya orang Cina minum teh mereka tanpa gula berbanding bangsa Melayu

Ertinya peniaga2 Melayu yang paling menderita memandangkan hampir semua makanan Melayu ada gula.

Hasilnya peniaga2 makanan Melayu akan ramai bangkrap terutamanya peniaga2 kecil.

Tapi apa yang UMNO peduli.

Melayu mudah ditipu. Kroni UMNO buat duit atas angin dgn harga gula dan Melayu kelas bawah tutup kedai.

HIDUP MELAYU!!!! HIDUP UMNO!!!!

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, December 23, 2013

GST, BARANG MAHAL, TOL HANYA UNTUK PENGUNDI BN

Saya tidak mengundi UMNO dan BN.

KEnapa saya kena bayar harga barang yang mahal?

Kenapa saya kena bayar kadar tol yang tinggi?

Kenapa saya harus bayar GST?

Saya telah menolak gagasan serta program ekonomi Barisan Nasional

Saya tidak mempercayai cerita2 karut dan dongeng Barisan Nasional i.e. Anwar meliwat, Anwar berzina dengan pelacur, PAS diperkuda DAP, Melayu sedang dimurtadkan Kristian, DAP hendak jadikan Malaysia negara Kristian dan sebagainya.

Di manakah keadilan nya sekiranya saya juga terpaksa menanggung kenaikkan harga barang, tol, elektrik dan GST?

Saya dari awal sudah tahu akan penipuan UMNO dan BN.

Seadilnya, hanya pengundi2 BN dan UMNO sahaja yang sepatutnya membayar harga mahal dan GST.

Mereka menelan segala-gala penipuan dan pembohongan UMNO dan Barisan Nasional

TURUNKAN HARGA BARANG
TURUNKAN UMNO/BN

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tiada Melayu yang Beragama Kristian - Jabatan Statistik Malaysia

Isu murtad masuk Kristian adalah salah satu isu yang dibawa oleh juak2 UMNO terutamanya PERKASA, JATI dan ISMA yang telah menyebabkan ramai orang Melayu pangkah Barisan Nasional pilihanraya 13 yang lepas.

Nasa Mat Isa mengeluarkan cerita dongeng kononnya ada usaha menjadikan Malaysia negara Kristian.

JATI kata ada video kononnya orang Melayu dimurtadkan.

Kemuncak dari usaha ini diadakan Himpunan Sejuta Umat yang turut disokong dan disertai oleh YDP PAS Putrajaya, Kamarulzaman Muhammad.

Semua nya bagi menguatkan cerita dongeng kononnya ada usaha memurtadkan serta mengkristiankan orang Melayu Islam.

Kononnya wujud usaha memurtadkan orang Melayu di Selangor.

Kononnya ada usaha menjadikan orang Melayu Islam jadi Kristian di Selangor.

Orang Melayu menolak gagasan menurunkan dan mengawal harga kerana percaya kononnya ada usaha untuk menjadikan Malaysia negara Kristian.

Hakikatnya Jabatan Statistik Malaysia mengesahkan tiada penganut Kristian yang berbangsa Melayu di Malaysia.

Namun, bangsa Melayu lebih suka mempercayai propaganda kosong dari mempercayai fakta yang berdasarkan kajian.

Hasilnya, selepas PRU13 bangsa Melayu yang banyak menderita kerana kenaikkan harga barang hanya kerana cerita dongeng kononnya ada usaha mengkristiankan Melayu.

Ikuti laporan Malaysiakini di bawah:

No Malay Christians, says latest census
Bob Teoh
12:00PM Oct 16, 2011


There are 2.6 million Christians in Malaysia and not a single one of them is a Malay convert, or apostate, according to the latest population census released by the Statistics Department earlier this year.

The once-in-ten-years census, taken in 2010, is the most comprehensive since the first one done in 1970.

For the first time, the census features extensive reporting on religion demography.

In fact, ten percent of its population tabulation is devoted to population distribution according to religion and ethnicity.

islamic stateThe total population including non-citizens in 2010 is 28.3 million. Malaysian citizens consist of Malays and other Bumiputeras (67.4%), Chinese (24.6%), Indians (7.3%) and Others (0.7%).

Islam is the most widely professed religion in Malaysia (61.3 %) followed by Buddhism (19.8%), Christianity (9.2%) and Hinduism (6.3%).

According to the census, there are 14,191,720 Malays and each and every one of them is enumerated as a Muslim. There are no Malay adherents in any of the seven other religions in the census. Therefore, there are no Malay Christians, murtads or apostates.

As far as the Statistics Department is concerned, a Malay is always a Muslim. That sits very well with the definition of Malays according to the Article 160 (2) of the Federal Constitution. So a Malay cannot profess anything else except Islam.

What happens if Malay respondents to the population census give their religion as anything else other than Islam? This is unlikely. This is because the civil law courts are known to have thrown their cases out or would not even consider to hear them out.

The Syariah courts usually won't either. So they remain as Muslims and are so reflected in the official statistics.

NONEWhat if they insist they have left Islam? They would probably be arrested and sent to the Pusat Permulihan Aqida, the state funded faith rehabilitation security centres.

What if they refuse to recant? The population census does not entertain such questions.

Dr Mahathir Mohamad, in his memoirs - ‘A Doctor in the House' (left) - points out: "I just could not imagine any Muslim forsaking his religion. He may not be much of a practising Muslim but his commitment to Islam surely cannot be shaken."

But this may not be so. For instance in a recent report by the Universiti Tecknologi Malaysia (UTM), it said apostasy among Malays Muslim is a serious issue, especially among youth.

Black Metal

The report also highlighted "rumours" that Malay-Muslims youngsters or adolescents are tempted to change their religion. They include those who are involved with groups which are visibly contradictory to Islam such as the Islamic Creed, Jangan Ikut Tuhan or JIT (Do not follow God) and Black Metal.

It cited the mufti of Perak, Dr. Harunsani Zakaria as saying that about 250,000 Muslims have converted to other religions of which about 100,000 Malay Muslims have declared themselves to be Christians.

Harunsani's claim has since been discredited. But the fact remains that an unknown number of Malay Muslims have left the faith, although not necessarily to become Christians.

Apostasy among Malays is not confined to the young or conversion to Christianity. For instance, Daud Mamat (62), Kamariah Ali (51), her late husband Mohamad Ya and Mad Yacob Ismail (62) are Malays from Kelantan who have renounced Islam.

The four apostates were arrested in 1992 and charged in the Kelantan Syariah Court for teaching "deviant practices inconsistent with Islamic teachings" and sentenced to jail.

In a long drawn out trial, they were also charged with contempt of the Syariah Court for refusing to attend repentance classes which were part of their earlier sentence.

NONEThey were each sentenced to three years of rehabilitation at an Islamic Rehabilitation Camp. They took their case all the way up to the apex Federal Court and lost.

But there are instances when Muslims were allowed to leave Islam.
For instance, the Syariah Courts have allowed 135 out of the 686 who had applied to leave the faith between 2000 to 2010, Jamil Khir Baharom (right), the minister in charge of Islamic affairs in the Prime Minister's Department told Parliament at the last sitting. He did not, however, say whether Malays were involved.

Official statistics may show there are no Malays who have converted out of Islam despite evidence to the contrary. Jais, the Selangor Islamic Department, have its own reasons to be vigilant lest more Malays leave Islam.

But it must not resort to vigilante action as it did recently when it raided a church in pursuit of suspected Malay apostates. Though the Sultan of Selangor has exonerated them, Jais has been reminded to act in accordance to the law.

Otherwise others, in this case Christians, may be left to suffer the collateral damage of their mindless actions.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.