Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, January 27, 2014

Lagu Kangkung Turun Harga


Semoga anda terhibur



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, January 21, 2014

Senarai Kegagalan2 UMNO yg Memakan Kerugian Beribu2 Juta

Senarai kegagalan2 projek ekonomi UMNO yang telah menelan ratusan juta ringgit duit rakyat MAlaysia:

1) Proton,
2) KLIA,
3) Dasar Ekonomi Baru,
4) Buku Hijau,
5) MAS,
6) Putrajaya,
7) LRT dan Monorail
8) SYABAS,
9) Bakun
10) Cyberjaya,
11) NFC
12) PERWAJA STEEL
13) Syarikat Perumahan Negara
14) Offshore Patrol Vessel (OPV) project
15) Dasar Penswastaan Negara
16) Dasar Perumahan Rakyat
17) Dasar pengangkutan negara
18) Jalan2 tol yang bersepah
19) Pengangkutan awam
20 Mengawal kadar rasuah dan korupsi
21) Mengembalikan kehormatan kepada kehakiman Malaysia
22) Kadar kejatuhan moral yang semakin buruk
23) Kualiti pendidikan negara yang semakin corot wlaupun universiti bertambah
24) Pertambahan skandal2 kewangan sperti BMF dsbnya
25) TNB

dan beratus2 lagi projek2 yg diberi kpd kroni di pelbagai peringkat

Semua kegagalan UMNO ini telah menyebabkan ratusan dan ribuan juta duit rakyat hangus.

Akhir sekali terpaksa lah kerajaan tarik segala subsidi untuk tutup balik lubang yang telah dibuat kerana kerugian2 projek di atas.

Logik nya mudah. Kalau kita dah keluar duit RM10 dari akaun, kita kena carik duit lain untuk ganti balik.

Atas sebab itulah segaa harga barangan menjadi terlampau mahal skrg ni.

Satu2nya projek yang UMNO gilang gemilang adalah menyemarakkan judi di MAlaysia serta mengeksport daging babi

Melayu jadi bangsa merempat selagi UMNO memerintah

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Ketuanan Melayu Yang Tidak Pernah Wujud Di Malaysia

Ketuanan Melayu yang jati dan tulin adalah apabila majoriti kekayaan negara berada di tangan bangsa Melayu.

Kalau ini berlaku, kita tak perlu nak paksa orang Cina dan India untuk menerima Ketuanan Melayu. Mereka akan terima secara otomatik.

ORang2 Cina di negara2 Eropah tidak perlu dimomokkan dgn ketuanan bangsa kulit putih. Ketuanan bangsa kulit putih diterima oleh orang2 Cina di sana tanpa soal. Sehingga ke tahap anak2 orang CIna bersekolah di sekolah Inggeris dan hilang kebolehan berbahasa ibunda mereka.

DI bawah pemerintahan UMNO, Bangsa Melayu akan terus menjadi terkongkong dan tidak berkembang minda mereka.

Natijahnya Bangsa Melayu tidak akan mampu bersaing dgn bangsa Cina di bidang perniagaan jauh sekali bersaing di peringkat antarabangsa.

BUkti jelas adalah hilang2nya tokoh2 korporat Melayu yang dicipta oleh Dr Mahathir pada tahun 90an dahulu i.e. Tajuddin Ramli, Wan Azmi Wan Hamzah, Halim Saad dsbnya

Yang hairannya tokoh2 korporat CIna dan India ciptaan Dr MAhathir masih terus gagah bersaing dan maju i.e. Vincent Tan, Ananda Krishnan dsbnya.

Ini sahaja sudah jelas bukti bahwa UMNO telah gagal mendaulatkan bangsa Melayu dan mengekalkan bangsa Melayu mundur dan terkebelakang.

Bangsa CIna di Malaysia sudah tidak berbicara ttg bersaing dgn bangsa Melayu di Malaysia. Mereka skrg ini berbincang bagaimana hendak bersaing di pasaran antarabangsa.

Begitulah mundur nya bangsa Melayu di bawah UMNO.

Oleh sebab itu, gimik2 seperti kalimah Allah dan kononnya DAP hendak memerintah Malaysia adalah percubaan UMNO untuk memaksa kaum CIna menghormati bangsa Melayu. Ia terpaksa dilakukan memandangkan UMNO telah gagal menjadikan bangsa Melayu bangsa yang berotoriti dari segi ekonomi.

Duit habis berbillion billion tapi Melayu tetap mundur.

Yang kaya hanyalah pemimpin2 UMNO serta anak beranak mereka.

Majoriti Melayu hanya mampu makan kangkung.

TIndakan ISMA dan PERKASA serta NGO2 lain tu hanya menampakkan Bangsa Melayu ni bangsa yang tong kosong. Bangsa yang mcm ayam jantan, hanya pandai berkokok tapi ekor penuh taik.

Malulah buat perangai mcm gorilla bertempik sana sini semata-mata mahukan orang2 Cina menghormati kita. 

Penghormatan itu mesti datang dari hati tidak boleh dipaksa.

Kalau tidak disebabkan bangsa Cina sudah tentulah Malaysia tidak mampu menjadi negara pengeksport daging babi. Ketuanan Melayu melahirkan daging babi untuk dieksport.

HAHAHAHAHA

HIDUP MELAYU!!!!! HIDUP MELAYU!!!!! HIDUP MELAYU!!!!

TULANG BESI

ps malangnya masej seperti dalam artikel ini tidak mampu digarap oleh majoriti bangsa Melayu kerana majoriti bangsa Melayu terlampau bersyukur dgn serpihan2 kekayaan negara yang dilontar oleh UMNO kepada mereka.

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Monday, January 20, 2014

Denmark Jauh Lebih Maju Dari Malaysia Dalam Pertanian Walaupun Malaysia Lebih Subur

Negara Denmark bukanlah negara yang subur seperti Malaysia.

Mereka tiada minyak dan mereka hanya boleh bertani 6 bulan sahaja dalam setahun.

Kos untuk menternak pun tinggi kerana terpaksa dibuat dalam kawasan tertutup memandangkan cuaca musim sejuk yang sangat rakus.

Namun, Denmark adalah antara jelapang makanan di Eropah. 20% eksport DEnmark adalah bahan makanan terutamanya daging dan susu.

Negara kecil seperti Denmark itu mengeksport makanan ke China sehingga kerajaan China secara terbuka mengisytiharkan Denmark sebagai contoh industri pertanian terbaik di dunia.

Rakyat Denmark hanya sekitar 6 juta orang berbanding Malaysia yang hampir 23 juta jiwa.

Soalnya dgn cuaca yang baik serta tanah yang subur, bahan makanan yang Malaysia mampu eksport hanyalah daging babi. Segala makanan dalam dunia kita import termasuklah bahan asas seperti beras dan gula

Duit minyak beribu2 juta dah habis tapi hapah pun tarak. Negara industri pun gagal, jelapang makanan pun hampeh.

Mungkin lepas ni Malaysia boleh mengeksport kangkung pulak sebagai tambahan kepada daging babi yang menjadi eksport ruji Malaysia.

Lagi nak puji UMNO pandai memerintah ka? Ini bukti UMNO bodoh tak reti memerintah.

UMNO tukar bendang2 padi jadi kilang. Bila ekonomi terlungkup kilang2 tutup sampai sekarang. Anak2 muda terpaksa jadi kuli di pekan2 sbb tanah bendang dah hilang. Tak percaya pergilah ke Sungai Petani tu.

Jelas, UMNO tak reti mentadbir negara. Dr Mahathir tak reti mentadbir Malaysia. Dr Mahathir hanya tahu melawak dan bersandiwara.

Dia tau orang Cina tak suka kat dia pada tahun 1990, dia buat Wawasan 2020 Bangsa Malaysia. Lepas tu selamba je dia mungkir.

Dia tutup semua sektor pertanian konon nak negara maju. Last2 sektor industri dia hancur. kilang banyak tutup dan rakyat kebuluran

Buat Industri Proton last2 menyusahkan jutaan rakyat Malaysia kerana terpaksa membeli kereta dgn harga yang antara termahal di dunia.


Begitulah kebodohan orang Melayu yang taksub kepada UMNO sehingga menggadai dan merosakkan nasib dan masa depan orang Melayu sendiri.

Terpaksa merempat dan kebulur di bumi sendiri

Bangsa Melayu adalah bangsa yang suka kena tipu.

Kalau cerita kebenaran dan fakta mereka akan membenci pada kita.

Kalau kita goreng dan menipu barulah Bangsa Melayu nak dengar cakap kita

HIDUP MELAYU!!!!! HIDUP MELAYU!!!!!!!  HIDUP MELAYU!!!!!!



TULANG BESI


.www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Friday, January 17, 2014

Waktunya UMNO Memperjuangkan Nasib Halimatusaadiah yg Dipecat Sbb Pakai Purdah

Juak2 UMNO begitu kuat berkokok memperjuangkan nasib seorang guru Cina yang beragama Islam yang dikatakan diugut supaya membuka tudung beliau di Johor.

Tampaknya kes tersebut telah selesai dgn orang yang bertanggungjawab telah pun meminta maaf kepada guru tersebut.

Maka sudah tiba masanya puak2 UMNO memperjuangkan keadilan terhadap Hajjah Halimatusaadiah yang telah dipecat dari jawatan Kerani di SUK Perak pada bulan Disember 1986.

Kesalahan Hajjah Halimatusaadiah tidak lain adalah kerana memakai purdah.

Masanya orang2 macam Ketua Biro Pendidikan Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen (NOTA: Melayu ke mamat ni?) untuk memperjuangkan kezaliman ke atas Hajjah Halimatusaadiah itu.

Sekurang2nya gaji Hajjah Halimatusaadiah dari Disember 1986 sampai hari ini harus dibayar kepada Hajjah Halimatusaadiah.

Ataupun adakah UMNO ragu2 memperjuangkan nasib Hajjah Halimatusaadiah hanya kerana pemecatan ini adalah hasil kerja tangan UMNO sendiri?

Kasihan Hajjah.

Yang berani tampil memperjuangkan keadilan untuk beliau hanyalah Karpal Singh.

Juak2 UMNO semua senyap sunyi menikus tak berani buka mulut.

Berhenti bersandiwara lah UMNO semua.

Kamu konon memperjuangkan hak seorang Muslim Cina untuk memakai tudung tapi kamu zalimi seorang Muslimah Melayu yang memakai purdah.

PURDAH SUNAT DIJADIKAN ALASAN PEMECATAN TIDAK SALAH?


Ada juak2 UMNO cuba menjustifikasi dgn mengatakan hukum memakai purdah adalah sunat.


Namun apakah wajar seorang pekerja Islam seperti Hajjah Halimatusaadiah dipecat dari jawatan kerani di SUK Perak hanya kerana dia berpakaian purdah yang hukumnya sunat dalam Islam?



Memecat seseorang kerana memakai purdah samalah dengan memecat seseorang kerana ia berpuasa Isnin-Khamis.



Kedua2 nya adalah sunat.



Memusuhi perkara yang disunatkan dalam ISlam adalah sama dengan memusuhi Islam sendiri


Berhentilah jadi talam dua muka, wahai UMNO semua.

UMNO adalah parti yang membenci ISlam.

Untuk penjelasan lebih jelas berkenaan kes ini, sila pergi ke link di bawah:


TULANG BESI

ps di bawah adalah laporan The Star berkenaan pengisytiharan haram pemakaian purdah oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu Tan Sri Khalil Yaakob yang mewakili UMNO

KLIK IMEJ



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, January 15, 2014

Siap Sedia Kenaikkan Tariff Air di Selangor Dalam Tahun Ini.

Mengikut maklumat yang rasmi, Tan Sri Khalid Ibrahim (MB Selangor) telah menyerahkan pengurusan air di Selangor kepada Kerajaan Pusat.

Beliau secara rasminya telah pun menyerahkan pengurusan air sepenuhya kepada Kerajaan Pusat apabila beliau gagal membeli semula kesemua syarikat2 konsesi air di Selangor.

Beliau juga memberikan sepenuh kebenaran kepada Kerajaan Pusat untuk membina Empangan Langat 2.

Semua yang berlaku di atas ini tidak pernah dibincang atau dirujuk kepada Pakatan Rakyat mahupun Parti Keadilan Nasional

Siap sedialah untuk kenaikkan tariff air di Selangor.

UMNO/BN telah menang besar dalam isu air di Selangor ini.

Tahniah Tan Sri Khalid Ibrahim kerana menggadaikan hak rakyat Selangor kepada kroni2.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laporan Astro Awani di bawah:




TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Tuesday, January 14, 2014

Kangkung Fried Belacan (KFB)

Nasihat saya pada Dato' Najib, carilah contoh barang yang munasabah sikit.

Rakyat Malaysia tidak sebodoh dulu lagi.

Tumbuhan kangkung ni jenis tumbuh tepi longkang.

Nampak sangat Dato Najib ni jenis terlampau elit.

Pokok kangkung pun tak pernah tengok agaknya.

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Monday, January 13, 2014

Hard Rock Cafe Simbol Maksiat di Malaysia

Apa jua alasan yang hendak diberi oleh Tengku Adnan selaku Menteri Wilayah Persekutuan dan Ahli Parlimen Putrajaya, faktanya adalah HArd Rock Cafe (HRC) adalah simbol maksiat di Malaysia.

Kepada penggemar2 makanan Barat pun tidak akan pergi ke HRC untuk bersantap walaupun sesedap mana pun kerana ditakuti dilabel sebagai pelaku maksiat.

HRC di Malaysia adalah pusat hiburan kelas atas di mana perkara2 yang jelas haram disajikan kepada para penontong dan yang mampu membayar.

Segala macam konsert dan persembahan dianjurkan kepada mereka2 yang mempunyai kemampuan.

Dengan kata lain majoriti orang Melayu tidak mampu pun untuk menyertai program2 di HRC.

Kalau ada orang Melayu yang dapat masuk adalah kerana mereka bekerja di situ sebagai pelayan, chef dsbnya.

Maka, tidak masuk akal sama sekali untuk mengadakan HRC di Putrajaya.

Tapi, bagi UMNO segala nya mungkin.

Di satu sudut memperjuangkan kalimah Allah tapi di sudut lain lulus 22 permit judi cabutan khas.

Tiada yang haram bagi UMNO kecuali makan babi. Eksport babi pun tak haram kepada UMNO

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Friday, January 10, 2014

(BUKTI BERGAMBAR) Sebelum PROTON, Harga Kereta RM20k Sebuah


KLIK IMEJ

Tulang Besi menaqal sebuah artikel THE STAR bertarikh March 2, 1985 di mana ia memetik CEO Proton yang pertama, Tan Sri Jamil Mohammad Jan:
However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it's direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000" TERJEMAHAN:Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah"
Di atas adalah keratan akhbar sejurus selepas PROTON dilancarkan. Apa yang berlaku selepas itu adalah PROTON tidak laku walaupun di Malaysia. PROTON sedang menuju bangkrupsi dan kilang Proton hampir ditutup selamanya.

Apa yang Mahathir dan UMNO buat adalah memperkenalkan kenaikan duti eksais yang begitu tinggi kepada semua kereta bukan kereta Nasional.

Untuk menanggung kerugian Proton, harga Proton telah dinaikkan berkali2 ganda sehingga Proton Wira yang baru harganya lebih kurang RM65-70 ribu sebuah.

Harga kereta import yang lain, naik lebih tinggi.

Jadilah harga kereta di Malaysia lebih mahal dari harga rumah. Ini adalah kerja gila yang diperkenalkan oleh Mahataik dan UMNO bertujuan mendera rakyat.

Deraan ke atas rakyat adalah semata-mata mahu menjayakan idea gila Mahatir kerana beliau mahukan sebuah kereta Nasional. Padahal Malaysia tidak sesuai untuk ada program kereta nasional.

Bila projek kereta Nasional hampir bangkrap, Mahathir dan UMNO naikkan cukai semua kereta menjadikan rakyat Malaysia terhimpit dengan hutang yang sebegitu besar semata-mata kerana mahukan kenderaan.

Wang negara yang banyak dibelanjakan untuk membuat jalan yang kemudiannya dikutip tol. Padahal jalan-jalan raya yang banyak ini tidak perlu sekiranya wang negara dibelanjakan secukupnya untuk pengangkutan awam i.e. LRT, MRT dan bas seperti di Singapura.

Bayangkan, sepatutnya sebijik kereta seperti PRoton sekarang ini sepatutnya dalam julat RM30-35k sebuah. Bayaran bulanan kereta tidak sepatutnya melebihi RM150 sebulan. Sepatutnya belanja kenderaan sebulan sekali dgn minyak dan insurans tidak boleh melebihi RM350. Itupun RM 350 sudah dikira mahal.

Sekarang ini, kita terpaksa membayar RM500-RM1000 untuk sebuah kereta yang tidak mewah dan tidak pula hebat. Kalau mahu kereta hebat, terpaksa bayar sekitar RM1500-RM2000 sebulan. Belum lagi minyak, insurance, road tax, maintenance. Bayangkan skrg ni spare parts pun kena duit import yang begitu tinggi. Spare parts Proton pulak harganya setaraf dgn harga BMW kalau takda duti eksais.

Terima kasih kepada UMNO kerana telah mendera rakyat Malaysia sehingga terpaksa menanggung hutang pribadi yang banyak demi mahu memenuhi keperluan berkenderaan kerana pengangkutan awam di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia.

Marilah kita kenang jasa BN yang telah menghimpit rakyat Malaysia dengan beban hutang yang banyak akibat kesombongan dan kebongkakan mereka yang mahukan projek kereta nasional walaupun telah diberitahu projek ini akan gagal.

HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!!

Tulang Besi
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Pendedahan Konspirasi Terancang Isu Kalimah Allah Untuk Tujuan Politik

Tulang Besi bercadang mahu mendedahkan bukti betapa isu Kalimah Allah ini dirancang menjadi isu SEBELUM ia menjadi isu besar di media dan masyarakat.

Tulang Besi pernah menjadi ahli sebuah pakatan bernama "Muslim Blogger Alliance"(MBA)pimpinan seorang yang bernama Zainol Abideen@Mahaguru58. Dari beliau, Tulang Besi telah mendapat satu emel berkaitan dialog MBA bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, yakni Zahid Hamidi.

Emel tersebut ada dalam simpanan Tulang Besi dan Tulang Besi bersedia memberikannya kepada sesiapa sahaja yang mahu.

Emel Mahaguru58 itu mendedahkan:

1.0 Dialog itu juga dihadiri oleh Rocky Bru dan Nuraina Samad serta dua orang lagii blogger yang tidak mahu dikenali

2.0 Dialog tertutup tersebut diadakan pada 13 February 2009 di Shangrila Putrajaya

3.0 Turut menghadiri dialog tertutup itu adalah:
3.1 Dato' Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd.Aziz, PEngarah JAKIM
3.2 Dato' Hj Ibrahim bin Lembut, Pengarah dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah,
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
3.3 Datuk Dr. Syed Ali Tawfik, Pengarah IKIM
3.4 beberapa pegawai-pegawai tinggi yang lain

4.0 Di dalam pertemuan itu, Mahaguru58 melaporkan, Zahid Hamidi telah meminta blogger-blogger membantu pihak beliau untuk mmbersihkan salahfaham terhadap Islam yang disebabkan oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menentang Islam dengan mengedepankan agenda yang belum pernah didengari sebelum ini seperti penggunaan nama Allah untuk penerbitan mereka yang bukan Islam itu.

Mahaguru58 melaporkan:

The main subject of discussion centred upon the Minister's wish that
the Malaysian Bloggers especially those of us here in The Muslim Bloggers Alliance led by me together with All Blogs under Rocky Bru join forces with the Ministry (Islamic Affairs) and support JAKIM, IKIM and other related Islamic Affairs Departments to help clear the misunderstandings being unleashed upon the Malaysian populace by those who have vested agendas against Islam and the Muslims of Malaysia by creating this wave of controversy by pushing for such unheard of demands before to use 'Allah' for their obviously unIslamic publications, etc 
(TERJEMAHAN:Topik utama perbincangan adalah kehendak Menteri (Zahid Hamidi) kepada Muslim Blogger Alliance yang dipimpin saya bersama blog lain di bawah Rocky Bru bekerja sama dengan pihak kementerian dgn bantuan JAKIM, IKIM dan mana2 badan yang berkaitan dgn ISlam untuk menjelaskan kekeliruan yang dilancarkan kepada rakyat Malaysia oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi untuk menentang ISlam dengan mencipta isu2 kontroversi dengan membuat tuntutan yang tidak pernah didengari sebelum penggunaan kalimah Allah bagi terbitan yang tidak islamik dsbnya).

Kesimpulannya, usaha menentang permintaan Gereja Katolik Sabah dan Sarawak menggunakan nama Allah ini telah diketahui dan dirancang penentangannya oleh UMNO (melalui Zahid Hamidi) lama sebelum kes mahkamah majalah "The Herald" mendapat keputusannya.

Ini terbukti dengan perjumpaan tertutup bersama blogger2 di atas merancang jalan dan cara untuk memperbesarkan isu ini di khalayak ramai.

Sepatutnya Zahid berbincang dan mencari jalan tengah untuk menyelesaikan masaalah sensitif ini. Namun, Zahid menggunakan blogger-blogger "penjilat" seperti Mahaguru58, Rocky Bru, Nuraina Samad untuk mengeruhkan lagi suasana.

Ini bertujuan untuk menaikkan kemarahan umat Islam kepada bukan Islam seterusnya membolehkan UMNO memainkan sensitiviti orang Melayu dan Islam. Hasilnya kelak adalah peningkatan sokongan orang Melayu dan Islam kepada UMNO.

Itu sahaja. Persoalan samada ianya berdasarkan kepada Al Quran dan Sunnah tidak menjadi hal kepada Zahid Hamidi dan UMNO.

Yang penting isu ini memberi laba kepada UMNO dan Barisan Nasional.

Kalau betul hendak bertindak, kenapa JAKIM tidak bertindak ke atas Mahaguru58 yang mengikut Tariqat yang telah difatwakan sesat oleh Jakim?

Tulang Besi

(Keseluruhan emal Mahaguru58 boleh dibaca dibawah)




[muslim-bloggers-alliance:766] Mahaguru58 and other Bloggers Dialogue with the Minister in charge of Islamic Affairs, PM's Department


muslim blogger alliance
X

Reply
|
MAHAGURU58
Assalamualaikum dear MBA members. I was invited to a closed door meeting with...

2/14/09
MAHAGURU58Loading...
2/14/09
MAHAGURU58
to MUSLIM

show details 2/14/09


Assalamualaikum dear MBA members.

I was invited to a closed door meeting with Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad
Zahid Hamidi, Minister in the Prime Minister's Department and in
charge of Islamic Affairs, Government of Malaysia day before yesterday
at the Shangrila Putrajaya. The meeting took place at 9pm at a
designated meeting hall in the exclusive hotel.

The invitation to me was relayed by Rocky Bru @ Ahiruddin Atan,
President of All Blogs to discuss amongst many other topics, the
problem being created by the publishers of the Malaysian Roman
Catholic Magazine 'Herald' who remain obstinate in using the term
'Allah' to represent their idea of God in their Malay section of their
Christian magazine.

Fellow blogger Nuraina Samad who blogs at http://nursamad.blogspot.com,
the daughter of National Laureate, Allahyarham Tan Sri Samad Ismail,
was also there and two other bloggers who wish to remain anonymous.

Also attending on behalf of the Malaysian Government's side was Dato'
Hj Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abd.Aziz, the Director General of
JAKIM, the Islamic Development Department of Malaysia, Dato' Hj
Ibrahim bin Lembut, the Director General and Chief Syarie Judge of the
Syariah Justice Department of Malaysia, Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al
Attas, the Director General of IKIM, the Institute of Islamic
Understanding Malaysia and other top officials of the Ministry
( Islamic Affairs, Prime Minister's Department).

The main subject of discussion centred upon the Minister's wish that
the Malaysian Bloggers especially those of us here in The Muslim
Bloggers Alliance led by me together with All Blogs under Rocky Bru
join forces with the Ministry (Islamic Affairs) and support JAKIM,
IKIM and other related Islamic Affairs Departments to help clear the
misunderstandings being unleashed upon the Malaysian populace by those
who have vested agendas against Islam and the Muslims of Malaysia by
creating this wave of controversy by pushing for such unheard of
demands before to use 'Allah' for their obviously unIslamic
publications, etc.

The Minister has been following postings done by many of us in the
Malaysian Blogosphere and supports the good work that most of us do to
help fight against the enemies of Islam through our respective blogs.

He admits to regularly read me too and also said that many of his
fellow ministers support me and those of us here in the Muslim
Bloggers Alliance.

Rocky Bru and Nuraina Samad are at the moment embroiled in engaging
the Islamophobes out there in our volatile Malaysian blogging scene
and have asked me to join forces with them in clearing the air about
what our stand is against the Christian Catholic magazine usage of
'Allah' to describe their distorted idea of God when in truth they do
not preach what Eesa Alaihis Salam himself preached that is to worship
none other than Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

We discussed many things and amongst the ideas mooted was my idea to
first and foremost register our MBA and after that to launch a 'Mobile
Dakwah Unit' national team where we would be using a 3 sided open
panel van to travel to most major cities and rural areas.

Volunteers would then stop these Mobile Dakwah Units at places to be
chosen in major towns and public fields.

We would after Isya' prayers start screening informative documentary
films about what Islam truly is and to help the public gain truthful
information about our Islamic faith.

The screening will be done using projectors and utilize mobile
projection screens when needed or use the area's building walls when
necessary.

Airing informative documentaries through the broadcasting channels
doesn't attract on the field interactions such as what I proposed to
the Minister and the JAKIM, IKIM and Syariah DG's?

We need to return to the basics and approach the public face to face.

We can then after screening such films and documentaries attend to and
answer any questions posed by the public as far as matters such as the
Hudud Laws of Islam, the subject of apostasy as in the cases of Lina
Joy, Subashini and others, this usage of Allah by the Christian
Catholic Herald Magazine, and other matters which are being
misunderstood by the majority of Malaysians, both Muslims and
Disbelievers alike?

By using this direct to the people approach, we will then also be able
to distribute booklets, brochures, informative DVD's and other Islamic
Information material for free to the general public.

The Minister supports this idea of mine and asked me to coordinate
with JAKIM, IKIM and the Syariah Justice Department to work out the
program.

As far as the monetary needs are concerned, the Ministry will help
where it can and Datuk Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi asked that we
here in the MBA come up with about 40 dedicated bloggers whom he wants
to join him and the other top government officers in a meeting to
discuss this matter proper.

He also said that he wishes to have those of us who attended the
meeting at Shangrila Putrajaya to be ready to have an audience with
His Majesty, the Yang Di Pertuan Agong soon to address this current
situation where Islamophobia has been festering for quite some time
without the decisive corrective action be taken by those before him?

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi also asked that we work in tandem
with one another and not to let the cat out of the bag for now for we
have enemies both in and out of the ummah.

I am sharing this confidential development with you who are subscribed
to and registered with the MBA in total trust that you will not
disclose about this meeting between myself, Rocky Bru, Nuraina Samad,
those two other bloggers and the Minister and others especially the
Director General's of our nation's top most Islamic Departments
because I need to select and choose those who are willing to be
amongst our top 40 MBA delegation to be invited to the next meeting
with the Minister and others.

I am also giving you notice for each and every MBA member who is
registered with us to update your details in the member profile.

I am going to update the official MBA website with a list of every MBA
member with links to their respective blogs for the general public to
access and view them.

I need each of you dear MBA members to email me with your full list of
personal details for at the moment we do not yet have a proper working
committee to prepare all these.

I know that most of us are terribly busy with our own work and
personal life's but this is Fardhu Kifayyah as far as I am concerned
for the future of our ummah here in Malaysia depends on what we choose
to do in order to see to it that our Deen is protected from the evil
designs of our enemies out there, both declared and covert.

You need to be courageous and be firm when speaking up for Islam.

I need you to be with me in seeing to the proper registration and
formation of this Muslim Bloggers Alliance.

Today, we have come to be recognized as a legitimate representative of
the Muslim Bloggers this side of the world.

The Minister himself has given us his blessings and we stand to be
able to contribute officially as an Islamic NGO and do what we can for
the ummah and the nation using our collective pool of thoughts and
ideas to help our fellow Muslims and Malaysians in general.

I ask that you please email me your full details as per the usual
necessary details needed for registering your membership here in the
MBA:

1. Full name
2. Full blog address
3. Email address
4. Contact Mobile Number
5. Gender
6. Age
7. Profession

We do not have a secretary yet.

For now it is all up to me and Brother Ades has graciously set up and
sponsored our main website. He himself is quite busy with his studies
and I do not wish to burden him unnecessarily.

I'm okay with the setting up of this MBA on my own for now but when we
are all ready to meet and set up our office in actuality, I hope that
those of you who are able to will come forth and do your part by
assuming ownership and taking responsibility for the running of the
MBA proper.

I do not wish to see this MBA die with me. I need you to carry on
after I'm no longer around or unable to if I'm to live to be old and
grey in the real sense of the word. :P

Please resend me your details here to my emails :

admin@themuslimbloggersalliance.org
mahaguru58@gmail.com

Remember, keep this info contained in this email confidential.

I trust you to hold to this in the Name of Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Read more!(Selanjutnya)

Thursday, January 9, 2014

Harga Barang Naik Sbb Nak Beri Duit Pada Pemimpin2 UMNO Mcm Raja Ropiah

Bayangkan saudara/ri pembaca sekelian.

Awan Megah ni dapat wang percuma RM13 juta.

Awan Megah ni pula milik Raja Ropiah, Ketua Wanita UMNO Selangor.

Raja Ropiah goyang kaki sahaja dah dapat RM13 juta.

Itu tak termasuk tanah2 yang bernilai jutaan ringgit yang sudah menjadi milik beliau.

Bayaran deposit kepada Awan Megah ini datang dari Kerajaan Malaysia.

Tanah itu pula aset kerajaan yang diserahkan kepada Raja Ropiah, Ketua Wanita UMNO Selangor.

Duit Kerajaan Malaysia ini pula milik rakyat Malaysia.

Apabila duit dah keluar mudah mcmni, maka perlulah kerajaan mencari dari sumber lain untuk menggantikanyya.

Bayangkan juga, ni baru satu kes dengan seorang pemimpin UMNO diperingkat negeri.

Bayangkan kalau perkara yang sama berlaku dengan ribuan pemimpin2 UMNO di peringkat negeri di seluruh Malaysia?

Ini belum lagi pemimpin2 UMNO Pusat.

Bagaimana pula pemimpin2 UMNO peringkat cawangan yang berjumlah puluhan ribu?

Kalo seorang dapat RM13 juta, bagaimana pula kalau 300 pemimpin?

300 x RM13 juta = RM 3900 juta atau RM3.9 billion.

Ini duit yang HANGUS dan HILANG seperti wap.

Duit free yang pergi kepada pemimpin2 UMNO.

Itu kita belum cerita pemimpin2 MCA, MIC dsbnya.

Belum lagi pemimpin2 NGO yang pro UMNO.

Tak hairanlah Malaysia terus menerus terbelenggu dgn defisit sejak 1997.

DUIT YANG HILANG PERLU DIGANTI

Walaubagaimanapun, duit yang hilang itu mesti diganti semula.

Maka, apakah sumber untuk mengganti kehilangan itu?

GST, potong subsidi, tol, naik harga barang, harga rumah antara yang tinggi d Asia, hutang PTPTN tidak boleh dihapuskan, harga kereta antara tertinggi di dunia, gaji yang tidak naik2 dsbnya.

Maka, segala penderitaan rakyat dari segi kos hidup adalah untuk membuat pemimpin2 UMNO kaya dan banyak duit.

Hidup Melayu!!!! Hidup UMNO!!!!!!

Ikuti penerangan Saudara Rafizi di bawah:



TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Wednesday, January 8, 2014

Semua Mantan PM kecuali Pak Lah Minum Arak

NOTA: Inilah perangai partai yang paling kuat memperjuangkan kalimah Allah. Berhentilah bangsa Melayu dari terus menerus kena tipu dgn UMNO.





BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bazlanercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agak (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

Mustafa juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering menjadi mangsa serangan peribadi kali ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.

"The Ibrahim brothers (adik-beradik Ibrahim)," guraunya lagi.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.