Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, January 7, 2014

FATWA KALIMAH ALLAH YANG TUNGGANG LANGGANG

Mengikut kenyataan YB MAhfuz Omar, berlaku kekeliruan dalam fatwa Kalimah Allah.

Di satu segi Majlis Fatwa Kebangsaan mengizinkan kalimah Allah digunakan di Sabah dan Sarawak. Namun, Enakmen di Selangor mengharamkan sama sekali penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Mengikut maklumat2 yang terkini, upacara ibadat dalam bahasa Melayu di Gereja2 di Selangor adalah khas untuk penganut2 agama Kristian dari Sabah dan Sarawak. Dengan kata lain, bible2 yang dirampas oleh JAIS itu adalah tidak melanggar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Ini adalah contoh apabila agama dipergunakan untuk kepentingan politik murahan UMNO/BN.

Sebelum isu Kalimah Allah ni, bukankah UMNO telah luluskan lesen judi bola kepada Vincent Tan?

Apabila undang2 berkaitan dengan Islam diluluskan tanpa mengambil kira ajaran Islam itu sendiri. Yang diambil kira adalah propaganda serta sandiwara yang dijalankan oleh UMNO.

Tulang Besi sendiri tak berani mengharamkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah kerana Tulang Besi tengok Imam2 yang besar mcm Imam Syafiee, Imam Nawawi, Imam Ahmad dsbnya semua tak kata haram.

Kecik sangat taraf Tulang Besi berbanding Imam2 besar yang sangat sangat berjasa kepada Islam.

SOALAN: Enakmen Agama Bukan Islam itu telah wujud sejak 1988, tapi kenapa JAIS hanya membuat serbuan apabila puluhan ribu anak muda Melayu berdemo menentang kenaikan harga barangan?

UMNO TIDAK MAHU MELAYU FAHAM TAUHID ULUHIYYAH

UMNO pula menentang penggunaan kalimah Allah sbb UMNO tak mau orang Melayu/Islam mengetahui Tauhid Uluhiyyah.

Selama beratus2 tahun lamanya majoriti orang Melayu masih beranggapan orang2 Kristian menyembah tuhan yang lain dari orang Islam.

Majoriti orang Melayu sikit pun tak sedar bahawa orang2 Kristian menyembah tuhan yang sama dengan orang Islam.

Sekiranya orang2 Melayu/Islam menyedari bahawa orang Kristian menyembah tuhan yang sama dengan orang Islam, sudah tentu orang Melayu akan bertanya:

Apakah perbezaan antara agama Kristian dan agama Islam?

Lantaran dari soalan ini akan menyedarkan orang Melayu/Islam bahawa kafirnya orang Kristian adalah kerana mereka menolak "syariat" dan "hukum" yang Allah SWT telah turunkan melalui Junjungan Nabi SAW. Mereka tetap kafir atas sebab ini walaupun secara terbuka orang2 Kristian menyembah Allah SWT dan Allah SWT sendiri tidak menafikan bahwa orang Kristian menyembah Allah.

Apakah bezanya dgn UMNO? Misalnya Akta MAhkamah Syariah 1965 yang diluluskan oleh UMNO adalah penghalang utama perlaksanaan hukum hudud di MAlaysia.

Itu kita belum cerita lagi UMNO rasmi kilang arak dan beri 11 lesen judi termasuk lesen judi bola (aka halalkan judi dan arak)

Itu belum cerita bagaimana mereka secara terbuka tolak hukum Qazaf dalam Islam hanya kerana mahu menjayakan fitnah liwat dan zina mereka ke atas Anwar Ibrahim

Jawapan kepada soalan ini akhirnya akan membuat orang2 Melayu/Islam menolak UMNO sama sekali kerana takut mati sebagai seorang yang sesat dan dimurkai Allah SWT

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.