Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, January 8, 2014

Komunis China Haramkan Judi. UMNO Pejuang Islam Lambakkan Judi Di Malaysia

UMNO baharu sahaja meluluskan 22 permit judi cabutan khas (special draw) dalam masa yang sama mereka memperjuangkan kalimah Allah.

Mufti2 seluruh Malaysia patut bermesyuarat dan membincangkan status aqidah UMNO.

Ini kerana Allah SWT mengharamkan judi manakala UMNO telah menghalalkannya tanpa segan silu. 

Saya kata menghalalkannya kerana rakyat Malaysia ada 23 juta jiwa tapi ada 14 syarikat judi yang beroperasi di MAlaysia. Nasib baik DAP menentang judi bola tempohari, kalau tidak dah jadi 15 syarikat judi di Malaysia.

Mari kita banding dengan negara China. Rakyat China ada 1.3 billon jiwa. Tapi hanya ada dua jenis judi yang dibenarkan di sana. Itupun ianya adalah loteri2 kebajikan yang dioperasi oleh kerajaan. Tiada judi swasta di seluruh Tanah Besar China.

TOKOH TERBESAR KOMUNIS CHINA HARAMKAN JUDI SAMA SEKALI

Antara perkara yang paling awal yang dilakukan oleh Mao Zedong adalah MENGHARAMKAN JUDI SAMA SEKALI di seantero negeri besar China. Pengharaman TOTAL ini berlaku semenjak tahun 1969. 

Pengharaman ini termasuk judi loteri, judi kuda, judi sukan, judi mahjong dan judi nombor. SEMUA KEDAI2 JUDI SELURUH CHINA telah DITUTUP SAMA SEKALI atas arahan Mao Zedong.

Pada waktu yang sama, Mao Zedong ini juga adalah seorang KOMUNIS yang benci kepada agama, benci kepada tuhan dan benci kepada apa2 nilai yang bersangkut paut dengan agama.

Mao Zedong dilaporkan berkata:


Seluruh negeri Besar China tidak ada walau satu pun kasino. Berbanding Malaysia yang ada GENTING semenjak tahun 60an lagi.

Mari kita banding Mao Zedong yang anti tuhan dan anti agama dengan UMNO yang kuat berkokok memperjuangkan Islam dan kalimah Allah.

Ke sana ke mari UMNO mendabik dada memperjuangkan kalimah Allah , tapi pada waktu yang sama UMNO mempertahankan lebih 14 lesen judi di seluruh "Negara Islam" Malaysia.

Malahan, UMNO telah menghalalkan judi semenjak tahun 1951 lagi melalui projek "Loteri UMNO 1951", yakni sebelum UMNO memerintah Malaysia. Dengan kata lain, sebelum UMNO memerintah Malaysia, mereka telah pun menghalalkan judi sesama mereka. Apabila mereka memerintah, mereka telah mengeluarkan lesen judi supaya judi dijual berleluasa di Malaysia.

UMNO MENGAKU ISLAM HALALKAN JUDI vs KOMUNIS BENCI TUHAN HARAMKAN JUDI

Berbeza dengan MaoZedong yang kafir dan anti tuhan, UMNO jauh lebih hina dan lebih kufur. Kalau Mao Zedong yang anti tuhan dan anti agama boleh nampak betapa buruknya judi, UMNO yang kononnya berjuang agama boleh tak nampak. Ertinya UMNO lebih sesat dari Mao Zedong yang anti tuhan dan anti agama itu.

Jangan lah kita tertipu dgn sandiwara UMNO kononnya mereka memperjuangkan Kalimah Allah. Hakikatnya, puak2 UMNO adalah musuh Allah no 1 setaraf dgn puak2 komunis yang anti tuhan dan anti agama.

Berkat kerjasama PAS-DAP mengagalkan pemberian lesen judi ke 15 (judi bola) kepada syarikat Vinsetan bernama Ascot Sport oleh UMNO yang mengaku berjuang Islam.

Islam ini jelas dan terang. Setiap orang yang mengaku pejuang Islam setiap langkah dan gerak mereka mesti selaras dengan Islam. UMNO bukanlah parti yang berjuang agama dan berjuang Islam.

Patulah benci sangat UMNO dengan komunis. Puak komunis ni benci sangat2 dengan judi yang menjadi kesayangan UMNO

TULANG BESI

ps berbahagialah Nasa dan Hasan Ali menjadi pejuang judi dan arak. HAHAHAHAHA

Dengar kabarnya Fidel Castro yang komunis pun haramkan kasino dan judi sampai hari ini di Cuba. Lebih senang berjudi di Malaysia berbanding di Cuba.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.