Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, January 3, 2014

Najib Tun Razak Dulu Pun Bersekolah di Sekolah Kristian

Merujuk kepada sejarah Najib Tun Razak yang diambil dari WIKILEAKS:

He received his primary and secondary education at St. John's Institution, Kuala Lumpur
Ertinya, Dato Najib Tun Razak mendapat pendidikan rendah dan menengah dari Sekolah St John Institution. Maklum kepada semua, sekolah St John ini adalah sekolah missionary kristian dan ia telah wujud di Bukit Nanas semenjak 100 tahun yang dulu.

Kalau masih tidak percaya, sila lihat gambar bangunan utama Sekolah St John ini seperti di bawah. Semenjak penubuhannya lagi, lambang salib berada di atas bangunan utama sekolah ini. Dengan kata lain, waktu Dato Najib Tun Razak belajar di sini, beliau telah belajar di bawah "bayangan" lambang salib dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah.
Klik Imej
Tidaklah Tulang Besi ingin merendah-rendahkan graduan sekolah St John. Yang Tulang BEsi tahu, ramai graduan St John menjadi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa yg Tulang Besi mahu tekankan adalah sikap "hipokrit" UMNO dan Barisan Nasional. Di satu sudut mereka beriye-iye menuduh wujud usaha memurtadkan orang di Petaling Jaya.

Pada sudut lain, Presiden mereka sendiri graduan sekolah missionari Kristian.

Oleh sebab itu, wajarkah kita labelkan Dato' Najib sebagai murtad?

Bayangkan lebih 10 tahun Dato Najib belajar di sekolah yang terletak lambang salib di atasnya.


Kalau betul UMNO ikhlas mahu menentang murtad, saya cabar UMNO tutup semua sekolah2 missionari Kristian seluruh Malaysia seperti St John, Convent Bukit Nanas dsbnya.

Ada berani?

Tulang Besi

ps Nama St John itu diambil sempena seorang tokoh Roman Katholik yang dianggap sebagai wali oleh Gereja Katholik bernama Saint John Baptist de La Salle. Gambar tugu memperingati beliau adalah seperti di bawah:

Klik Imej

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.