Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, January 3, 2014

TIADA SIAPA SETAKAT INI TELAH DIDAKWA ATAS KESALAHAN MURTAD OLEH JAIS

Lagi sekali JAIS telah membuat kacau.

Mereka telah merampas Bible yg digunakan oleh kaum Iban, Kadazan dan lain2 kaum etnik minoriti dari Sabah dan Sarawak.

Sampai bible bahasa Iban pun mereka rampas.

Padahal mereka dalam gereja tu tak kacau sesiapa pun. Takda pun gereja2 tu sebarkan bible yang ada kalimah Allah kepada orang2 Melayu/Islam di Selangor.

Kenapa JAIS nak buat kacau di saat UMNO sedang sesak nafas akibat kenaikkan harga barang?

Kenapa JAIS nak buat kacau dalam keadaan 95% yang terlibat dalam TURUN di Dataran Merdeka adalah dari kaum Melayu/Islam?

SERBUAN DUMC OLEH JAIS TEMPOHARI

Masihkah kita ingat lagi serbuan JAIS pada gereja DUMC?

Kononnya ada usaha memurtadkan orang Islam di Petaling Jaya dan Selangor.

Blogger2 UMNO seperti Papagomo telah sampai ke tahap memalsukan dokumen rasmi kerajaan kononnya wakil2 rakyat Pakatan Rakyat menghalang gereja tersebut untuk ditutup.

Malangnya percubaan untuk memalsu dan menipu dokumen tersebut gagal kerana dokumen palsu tersebut menyatakan Gereja DUMC terletak di Damansara Utama. Hakikatnya, gereja tersebut terletak di Seksyen 13 Petaling Jaya.

Tapi sampai hari ini blogger2 UMNO tidak didakwa oleh AG atas kesalahan memalsukan dokumen rasmi kerajaan.

Penipuan ini diteruskan dengan kempen besar2an oleh NGO2 Islam dengan mengadakan "Himpunan Sejuta Umat" yang turut disokong oleh Kamarulzaman Mohammad yang telah menjalankan rampasan kuasa di PAS Putrajaya (bak rejim tentera Mesir)

Seolah2 macam ada gerakan besaran memurtadkan orang Melayu di Selangor.

APAKAH HASIL SERBUAN JAIS TERSEBUT?

Setakat yang kita tahu TIADA SIAPA YANG DIDAKWA di Mahkamah Syariah didakwa atas kesalahan murtad.

Tiada siapa yang didakwa atas kesalahan menyebarkan ajaran kristian

Tiada siapa yang didakwa atas dakwaan cuba memurtadkan orang Islam di Malaysia

Tiada siapa yang dibuktikan murtad pun.

Tiada bukti wujud usaha memurtadkan umat Islam di Selangor pun

Mengikut Tan Sri Zaman Khan mengesahkan Majlis yang diserbu oleh JAIS pada malam itu adalah majlis makan malam anjuran bersama Majlis AIDS Malaysia.

Paling ada pun video2 lakonan yang dibuat Hasan Jati.

SEGALANYA HANYA SANDIWARA

Semuanya untuk menjayakan propaganda UMNO.

Dalam kes serbuan DUMC, ia untuk memberi gambaran pada kaum Melayu kononnya ISlam dalam bahaya dan hanya UMNO yang boleh menyelamatkannya.

Dalam kes serbuan bible yang terbaru ia untuk mengalih pandangan kaum Melayu dari isu kenaikkan harga barang.

Kalau JAIS benar2 ikhlas hendak memperjuangkan Islam, sepatutnya mereka menghalang ratusan ribu orang Melayu di Selangor yang setiap hari membeli tiket judi.

Adakah kerana industri judi di Malaysia adalah kawan baik UMNO maka JAIS tidak berminat untuk menghalang orang Melayu berjudi?

TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

1 comment:

Anonymous said...

Although not a Cristian, I thank you

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.