Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, February 4, 2014

Senarai Pengkhianatan PAS Pada PKR/Pakatan Rakyat

Tulang Besi berani kata pengkhianatan PAS pada PKR bermula sebelum Pilihanraya 2004 lagi.

Tulang Besi lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana PAS mengkhianati PKR pada masa itu.

PKR pula mcm orang bodoh. DAh kena khianat masih setia bersama PAS. Tak pernah marah, tak pernah komplen.
Biar sahaja diri mereka diperlakukan sedemikian.

Semua kerana PKR hendak menjaga semangat setia kawan serta mahu fokus kepada musuh sebenar yakni UMNO.

Baru2 ni Anwar buat usaha tukar MB Selangor PAS pulak marah besar.

Yang khianat PKR semenjak sebelum 2004 tu tak bising pulak?

Contoh:
1. Jumpa UMNO dlm gelap

2. Percubaan tubuh kerajaan perpaduang dgn UMNO di selangor dan perak

3. Tidak mahu sokong Anwar sbg calon PM Malaysia

4. Hadir majlis penerangan oleh PDRM di Bukit Aman

5. Percaya semua fitnah UMNO terhadap Anwar

6. Tidak mahu melawan propaganda UMNO kononnya PAS diperguna oleh DAP

7. Melantik Ku Li jadi calon PM kerana tidak mahu Anwar jadi calon PM. PAdahal Ku Li tu UMNO!!!!!!!!!.

8. Letak calon Kota Damansara, sg acheh dsbnya

9. Fitnah pil kuda

10. Mainkan isu hudud bila tak perlu langsung dimainkan

11. Isytihar pada umum nak kaji semula Pakatan Rakyat

12. Rombak PAS Selangor padahal Selangor cemerlang

13. Pegi serah Kedah balik pada BN

14. Buat Dokumen Negara Islam sblm PRU 2004 yang telah menyebabkan BA dan PKR kalah teruk di semua tempat kecuali Permatang Pauh

15. Waktu memerintah Terengganu, PAS beri kerusi dan jawatan yang ciput pada PKR Terengganu mcm mereka tiada maruah

16. Agenda Hudud PAS yang akhirnya tidak dapat dilaksanakan telah menyebabkan DAP terpaksa keluar dari Barisan Alternatif sekaligus memberi UMNO kemenangan yang tersangat besar

dan banyak lagi.

Tapi, kalau pergi dengar cakap Ustaz2 UG ni tak habis2 kata PKR khianat, Anwar khianat dsbnya.

Cermin muka tu dulu baru cerita sapa khianat dan siapa tidak.

Tulang Besi tidak masuk PAS untuk jadi pengkhianat terutamanya khianat kawan sendiri. Itu bukan cara TUlang Besi dididik oleh ibu bapa Tulang Besi.

Hasil doa orang teriniaya, semenjak 2004 PAS telah hilang tiga buah negeri kepada UMNO.

Yang lebih menyakitkan hati semua pengkhianatan2 ini telah menguntungkan UMNO dengan gemilang sekali. Misalnya, Dokumen Negara Islam pada tahun 2004 telah memberi kemenangan gemilang kepada Pak LAh dan UMNO. 

Nak petanda apa lagi dari Allah, wahai Presiden PAS?


TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

5 comments:

Anonymous said...

Samalh yg berlaku ketika PRU 13 apabila PAS cuba menfitnah calon PKR utk menjaga hati calon bebas yy asalnya dari mca(BN)..

Naga Bukit said...

Tu smua pengikut presiden.. Tok Guru cmtu ke? Ko ckp mcm nila setitik abis susu sebelanga..smua kat atas tu mang betul tp bukan parti ..segolongan kuasa besar dlm pas yg mcm tu..adoi..

ROHAYA M NOOR said...

Sekarang di Kelantan apa politik PAS selepas kerusi TGNA diserahkan kpd MB baru yg aku ta kenal pun.Apa terjadi kpd Husam Musa.Aku pun pelik juga dgn anak TGNA?

Anonymous said...

Memang la betul bukan semua. Kan TB dah kata dia PAS dan dia bukan macam tu. Tapi kalau khianat yang sikit tu tak diambil tindakan oleh kepimpinan parti tu maksudnya samalah dengan parti setuju dengan benda tu. Inilah masalah PAS. Bila orang kata tak cerdik politik, marah. Kata kat orang sana. Kata kat orang sini. Kat diri sendiri tak mau kata pulak tu. Tak reti disiplin. Gila mikropon. Gila press statement.
... Kalau nak gila sangat berpolitik, toksah dok berucap dengan ayat-ayat Quran. Cakap berdasarkan hujan dan dalil. Baru orang kata tak jual agama. Tapi masih lagi ahli PAS. Ada isu berkaitan hukum-hakam, majlis Syura buat keputusan... Barulah politik yg betul. Bukan baru jadi AJK kampung tapi dah mengalahkan jurucakap rasmi parti lagaknya..

Anonymous said...

yg bising2 kt dlm blog ni apasal.pg la jumpa PAS pusat dgn majlis syura.bwak berbincang.yg mcm bagus sgt pegi menjaja kt internet bercerita xabis2 ni apesal.klu dh bagus sgt pg jumpa esok.bnyak ckap xguna beb

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.