Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, March 26, 2014

Halang Pemimpin PKR Masuk Sarawak Tindakan Primitif

Tampaknya Ketua Menteri Sarawak yang baru sudah mula tunjuk taring.

Sikap hormat menghormati sesama rakyat Malaysia dibuang keluar begitu sahaja.

Seharusnya Ketua Menteri Sarawak harus menghormati suara rakyat Sarawak yang jumlah nya bukan sedikit kerana memilih wakil2 rakyat Parlimen mahupun DUN dari PKR.

Sikap yang ditunjuk Ketua Menteri Sarawak ini sikap primitif yang sepatutnya tidak wujud lagi pada rakyat Malaysia yang dikatakan telah mencapai status negara membangun.

Mungkin Ketua Menteri Sarawak masih menganggap Malaysia sebuah negara dunia ketiga laksana negara2 Afrika.

TULANG BESI

KENYATAAN MEDIA
25 Mac 2014

SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN DISEKAT MEMASUKI SARAWAK

KEADILAN pagi ini dikejutkan dengan berita bahawa Datuk Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN telah disekat dari memasuki negeri Sarawak. Beliau telah tiba di Sibu dengan penerbangan MH2712 pada jam 11 pagi tadi untuk membantu calon KEADILAN dalam kempen PRK Balingian.

Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau telah dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22hb Mac 2014 untuk menyekat beliau dari memasuki negeri Sarawak.

Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur.

KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik ini. Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib Mahmud masih berleluasa walaupun Ketua Menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.