Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, March 25, 2014

Majoriti PKR Rendah Kerana Pengundi Cina Ramai Tidak Pulang Mengundi

Dengan peningkatan undi kaum Melayu kepada PKR, sepatutnya PKR menang PRK Kajang dgn majoriti yang lebih tinggi dari PRU13.

Malangnya, hampir 2500 pengundi Cina Pakatan Rakyat tidak pulang mengundi.

Ini adalah kerana:

1.0 Mereka bekerja jauh di Singapura dan Johor.
2.0 Mereka tidak nampak keperluan untuk pulang mengundi kerana yakin kerusi tersebut kekal dgn PR
3.0 Mereka baru sahaja ambil cuti untuk Tahun Baru Cina sebulan setengah yang lepas.

Ini juga menunjukkan majoriti tinggi 5000+ dan kemenangan di kesemua peti undi kecuali dua adalah lantaan dari peningkatan pengundi Melayu kepada PR.

Kalau trend ini kekal sampai PRU14, konfirm UMNO akan bungkus.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini





okm
KUALA LUMPUR, 24 MAC: DAP menafikan dakwaan kononnya sokongan pengundi Cina kembali kepada MCA dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, semalam sebaliknya ramai pengundi Cina tidak pulang mengundi.

Strategis Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, kurangnya jumlah undi yang diperoleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam PRK itu adalah kerana peratusan keluar mengundi yang rendah, bukan kerana undi mereka beralih kepada Barisan Nasional (BN).

Hanya 72% pengundi Kajang keluar menunaikan kewajipan masing-masing semalam. Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi hanya sekadar 40%.

Menurut Kian Ming, mereka yang tidak mengundi ini termasuk sejumlah 2,400 pengundi luar yang tidak pulang mengundi.

“Ramai antara mereka menetap di luar Kajang dan majoritinya masyarakat Cina yang bekerja di Johor dan Singapura.

“Mereka tidak akan pulang mengundi, terutama sekali kerana keputusannya tidak pun diragui,” kata beliau dilaporkan The Malaysian Insider.

PKR sememangnya dijangka mengekalkan kerusi DUN Kajang. Selain hal itu, PRK diadakan hanya sebulan setengah selepas sambutan Tahun Baru Cina menyebabkan pengundi luar tidak pulang ke Kajang.

“Kalau saya MCA, saya tidak akan terlalu yakin kerana pengundi luar ini semua orang muda dan cenderung mengundi Pakatan Rakyat,” tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang.

Beliau menganggarkan hanya 70% daripada sejumlah 16,000 pengundi Cina keluar mengundi, berbanding lebih 85% pada PRU ke-13 tahun lalu.

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menewaskan calon BN yang juga Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. – Roketkini.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.