Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, March 30, 2014

Perdebatan Tulang Besi dgn Dr Asyraf Wajdi dlm Isu Hudud

Berlaku sedikit perdebatan antara Tulang Besi dgn bekas calon UMNO di Parlimen Tumpat, Dr Asyraf Wajdi.

Apabila Tulang Besi memberitahu Dr Asyraf hudud terhalang di Kelantan akibat amaran keras yang datang dari Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Muhammad yang boleh membawa kepada MAGERAN, Dr Asyraf Wajdi memberi jawapan di bawah:

Tulang Besi membalas dengan berkata Dr Asyraf Wajdi mengalami kerosakan akidah. Kenyataan beliau ini menunjukkan beliau menganut ajaran Jabariyyah dan bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Ini kerana ajaran Ahlus Sunnah wal Jamaah tidak mengajar kita untuk terjun ke dalam kehancuran.

Misalnya, kalau ada gaung dan kita hendak merentasi gaung itu, Ahlus Sunnah tidak mengajar kita untuk terjun ke dalam gaung dan bertawakkal Allah SWT akan menyelamatkan kita dari kehancuran.

Aqidah Ahlus Sunnah mengajar kita kalau ada gaung, kita hendaklah berusaha mencari jalan untuk merentasi gaung tersebut i.e. mencari jambatan, mendaki gaung tersebut dsbnya.

Apabila kita mencari usaha merentasi gaung tersebut tidak bermakna kita tidak takut dengan Allah SWT. 


Kalau ikut aqidah Dr Asyraf Wajdi, kalau kita tidak terjun dalam gaung tersebut, kita dianggap tidak takut dgn Allah SWT.


Contoh lagi satu adalah dalam solat.

Kalau kaki kita sakit dan kita tidak boleh berdiri, maka kita boleh solat sambil duduk. Ia tidak bermakna sedikit pun yang apabila kita solat duduk kita tidak takut dgn Allah.

Kalau ikut pemahaman aqidah Dr Asyraf Wajdi, apabila kita solat duduk kita tidak takut dgn Allah SWT.

Kelantan dan Terengganu (dahulu) tidak dapat melaksana hudud kerana terdapat halangan yang besar dan membawa mudharat yang datang dari UMNO.

Maka, di saat itu pelaksanaan ditangguhkan sehinggalah halangan tersebut dapat diangkat sepenuhnya. Umpama contoh solat tadi. Apabila kaki kita telah sembuh, maka bolehlah kita solat berdiri semula.

Sememangnya kaum agamawan yg duduk dalam UMNO ini mengalami kerosakan aqidah yang mereka sendiri tidak sedar.

Kalau mereka sedar sudah tentu dah lama mereka tinggalkan UMNO.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

1 comment:

Anonymous said...

diterengganu sepatutnya dijalankan hukum hudud jika omno mahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.