Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, March 31, 2014

Setuju Dgn Ridhuan Tee. Selawat Bukan Pemujaan


Dr Ridhuan Tee menyatakan majlis “Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul” yang dianjurkan di Putrajaya oleh UMNO baru2 ini lebih mirip kepada PEMUJAAN NABI SAW dan bukannya SELAWAT kepada Nabi SAW.

Tulang Besi ingin menyatakan PERSETUJUAN Tulang Besi berkaitan kenyataan ini.

Sesungguhnya umat2 sebelum Nabi SAW ramai menjadi syirik dan kufur kerana pemujaan dan pengagungan para Nabi2 dan Ulama2 yang telah wafat sehingga berhala2 dibuat menyerupai mereka. Akhirnya mereka menyembah berhala2 tersebut dan meletakkan berhala tersebut setaraf dgn Allah.

TIndakan pemujaan dan pengagungan Nabi SAW seperti yang dilakukan pada majlis tersebut TIDAK PERNAH dilakukan oleh kesemua para Sahabat SAW serta para Tabiin dan Tabittabiin.

Sedangkan mereka ini ada yang dijamin syurga sebelum mereka meninggal dunia. Kalau ada cara terbaik untuk memuliakan Nabi SAW maka cara itu adalah seperti yang dilakukan oleh para Sahabat Nabi SAW.
Mengapa kita hendak berbuat sesuatu melebihi apa yang dilakukan oleh para Sahabat2 Nabi SAW? Adakah kita lebih baik dan lebih pandai dari mereka dari segi keagamaan?

Sesungguhnya para Tariqat dan Sufi ini telah melahir BANYAK aliran2 yang sesat lagi menyesatkan. Dari kalangan mereka telah timbul manusia2 seperti Al Hallaj yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Al Hallaj kemudiannya didapati bersalah di mahkamah Syariah dan dihukum bunuh kerana murtad. Al Hallaj bukan setakat dipancung tetapi badan beliau dikerat2 di khalayak ramai kerana pemerintah Islam pada waktu itu mahu menghalang kekafiran Al Hallaj dari tersebar ke seluruh pelusuk dunia Islam. (NOTA: Yng menjadi hakim atau Qadhee dlam perbicaraan terhadap Al Hallah juga seorang ulama yang disegani bernama Qadhi Abu ‘Umar Muhammad bin Yusuf. Adakah ulama ini juga tidak berguna ilmunya?.)

Juga ada di kalangan pembesar sufi seperti pemuka sufi yang terkenal bernama Ibnu Arabi. Beliau telah dikafirkan oleh ramai ulama2 besar seperti Izzuddin bin Abdus Salam, Al Hafidh Ibnu Katseer, Mullah Ali Qaree ( ulama Hanafi), Sheikh Tajuddin As Subkee dan ramai lagi.

Tapi, sehingga hari ini kumpulan2 Tariqat Sufi masih mengagung tokoh2 Sufi yang dipandang kafir dan murtad oleh ulama2 besar ini.

Pendapat Tulang Besi adalah jauhkan lah diri dari ajaran tariqat sufi ini kerana ianya banyak mengandungi perkara2 yang jauh dari Islam.
Terbukti di Putrajaya mereka menjalankan upacara pemujaan kepada Nabi SAW sedangkan Nabi tidak pernah suruh kita memuja Baginda. Hanya berselawat.

TULANG BESI


ps Arwah Ustaz Amaluddin Darus pernah menulis dalam Harakah dengan membawa ayat2 dari kitab suci agama Buddha. Beliau mengatakan Buddha itu sendiri asalnya seorang Rasul yang diutus oleh Allah SWT. Namun, akhirnya selepas pemujaan melampau dari kaumnya akhirnya skrg ini Buddha disembah seperti Tuhan

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.