Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 5, 2014

Terengganu/UMNO Tolak Hudud Macam Karpal

NOTA EDITOR: Satu artikel yang cukup baik dari kawan arwah bapa Tulang Besi, Tuan Haji Subky Latiff adik kepada Arwah Ust Baharuddin Latif mantan AJK PAS Pusat zaman Dato Asri dulu.

Terengganu ikut Karpal tolak hudud
Posted on Monday, May 05 @ 10:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


TERENGGANU ikut siapa apabila Dewan Undangan Negerinya menolak cadangan melaksanakan hudud sedang ketika itu banyak lapisan Umno bercakap untuk menyokong pelaksanaan hudud?

Untuk kata ia mengikut Umno, hati Umno mula berbolak balik tentang hudud atau loghat orang Terengganu berbolok.

Jika ikutkan semangat setengah orang Umno mahu sekarang juga hudud itu dilaksanakan, atau ia seolah-olah lebih bersemangat daripada PAS. Dalam keadaan seperti kerajaan yang didukung oleh Umno di Terengganu patut tangguh dulu keputusannya, bukan tolak buat-buat.

Yang terus bersuara lantang tidak dapat menerima hudud apabila isu ini berbangkit semula baru-baru ini ialah mendiang Karpal Singh. Dia memang tegas dari dulu lagi tidak menerima hudud.Dia boleh berkawan dengan pejuang hudud tetapi tidak terima hudud. Sikap Karpal itu adalah sikap DAP setakat ini.

Karpal dan DAP adalah seteru Umno yang tiada tolak bandingnya. Semua yang datang dari Karpal dan DAP mesti ditolak oleh Umno kecuali dalam isu hudud.

Apa yang DUN Terengganu buat baru-baru ini ialah melaksanakan apa yang Karpal Singh dan DAP mahu. Kita boleh andaikan jika Karpal masih bersama kita sekarang maka dialah orang yang paling gembira dengan sikap DUN Terengganu. Walaupun Karpal itu boleh dikira anti Umno tetapi dalam hudud sebelum dia menemui ajalnya, dia boleh berkira dengan keuptusan kerajaaan Terengganu itu.

Maka siapa yang DUN Terengganu ikut apabila dia menolak hudud baru-baru ini dari segi logiknya ialah Negeri Terengganu itu adalah mengikut Karpal Singh walaupun Karpal tidak pergi berjumpa dengan Umno Terengganu minta Terengganu minta mereka menolak cadangan yang dikemukakan oleh PAS itu.

Memang Umno selama-lama dari sikap rasminya adalah bersama Karpal menenanag hudud. Tetapi sekarang ini Umno menunjukkan tanda-tanda untuk berubah menyokong hudud. Umno juga sentiasa menyuarakan sedia berbaik dengan PAS sekiranya PAS tidak lagi sedia jadi kuda tungangan DAP.

Tapi dalam isu hudud PAS tidak dapat ditunggangi oleh Karpal, sebaliknya Umno tidak mahu dikata masuk perangkap PAS jika menyokong hudud, maka Umno Terengganu sedia bersama DAP dan Karpal menentang hudud.

Apa pun setakat ini kita belum boleh fikir Umno boleh jadi kuda tunggangan Karpal atau DAP, tetapi dalam isu hudud Umno boleh bersama DAP dan Karpal Singh atau sekurang-kurang ikut Karpal

Jika kita tanya Umno, adakah mereka suka kepada Karpal, lalu jawab mereka, mereka tidak suka dan mereka tidak akan suka. Tetapi dalam is hudud seperti yang ditunjukkan di DUN Terengganu itu mereka sudah buktikan bahawa mereka adalah sama dengan Karpal.

Bagi PAS memang dari mula telah tahu akan pendirian Karpal tentang hudud. Jika dia tidak dapat menerima hudud boleh difahami kerana ia tidak termasuk dalam ajaran agamanya. Hudud hanya ada pada Islam dan ia telah lebih awal sebahagian dari akidah syariat Nabi Musa AS dan ia juga adalah syariat Nabi Isa al-Masih.

Orang Yahudi selepas zaman Nabi Musa memang tidak lagi berpegang dengan hukuman mengikut syariat Nabi Musa itu dan demikian juga orang Kristian yang mengaku Jesus adalah ikutan mereka tetapi mereka juga menolak hukum yang disyaiatkan oleh Nabi Isa al-Masih. Orang Islam juga ramai yang sudah sama dengan umat yang terdahulu, tidak berpegang kepada syariat Nabi Muhammad SAW, tetapi sejalan dengan Karpal, baik Karpal ada atau tidak ada.

SUBKY LATIF
HARAKAH
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

1 comment:

Anonymous said...

Ini menjawab tulisan haji subky latiff

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata anggota jawatankuasa teknikal hudud mesti terdiri daripada golongan agama yang bebas daripada parti politik.

Katanya, perkara itu perlu bagi menyekat pengaruh kepartian sama ada dari parti kerajaan mahupun pembangkang dalam membincangkan undang-undang jenayah Islam itu.

Menurut negarawan itu lagi, sekiranya ia tidak dilakukan maka dikhuatiri salah satu pihak boleh mendapat manfaat daripadanya.

"Perkara penting dalam hal ini adalah jawatankuasa perlu dianggotai golongan agama yang betul yang tidak terlibat dengan mana-mana politik.

"Mereka bertindak mengkaji dan memberikan fatwa.

"(Sekarang ini) mereka sebenarnya memainkan isu parti dan mereka akan bertindak berat sebelah (dalam jawatankuasa)," katanya selepas hadir mengikuti prosiding melibatkan kes sarjana Kassim Ahmad di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya pagi ini.

Tambahnya lagi, perkara itu penting supaya tidak ada pihak yang mempergunakan isu hudud untuk meraih sokongan orang ramai.

Mahathir juga memberikan reaksi positif terhadap kontroversi mengenai hudud dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

"Saya berharap kontroversi akan dapat membantu orang memahami apa yang hudud adalah tentang dan bagaimana ia digunakan dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama," katanya.

Sementara itu, bekas pemimpin negara itu juga mengulas mengenai pendirian MCA yang keras pada hudud yang dikatakan akan memecahkan BN.

Sebaliknya beliau berpendapat ia tidak memberi kesan kepada parti pemerintah.

Jumaat lalu, kerajaan pusat dan Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal bersama berhubung undang-undang hudud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.