Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 24, 2014

Pemuda Selangor Main Wayang Hendak Lindungi Sang Menantu

Pandai Ketua Pemuda Selangor main wayang. Syarhan Humaizi main wayang konon nak pertahan Presiden tapi yang sebenar mahu ditutup adalah menantu Presiden.

Artikel Malaysian Insider tu bukan hanya sebut Presiden PAS tapi juga sebut “MENANTU PRESIDEN”

Sokongan Haji Hadi kepada Khalid Ibrahim bukan rahsia lagi. Semua pimpinan2 PR baik DAP, PKR dan PAS sendiri maklum. Presiden PAS masih berdegil mahu mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor setakat sebelum Presiden PAS sakit di Istanbul.

Mungkin Syarhan tertinggal bot atau buat2 lupa atau buat2 tak tau. Tapi mereka yang berada di tahap kepimpinan semua maklum akan hal ini.

Hakikatnya, kenyataan Pemuda PAS Selangor yang terbaru adalah untuk menutup menantu Presiden, yakni Din Ayam.

Jadi, dijual nama Presiden kononnya Presiden difitnah.

Padahal, yang hendak ditutup adalah peranan menantu Presiden.

Maka selepas ini perbincangan adalah pentingnya melindungi Presiden dari difitnah dan tiada orang bercerita pasal peranan menantu Presiden.

Orang tak lupa Syarhan yang paling kuat bersuara mahu boikot PRK Kajang sedangkan YDP PAS Hulu Langat adalah antara yang pertama menyokong PRK Kajang itu.

Orang lain ko boleh tipu la, Syarhan. Tapi, bukan semua orang berakal rendah macam machai2 ko dalam Pemuda PAS Selangor tu.

Rakyat umum dah celik politik. Tak mudah ditipu lagi wahai Syarhan Humaizi.

Sedih sangat tengok Syarhan tidak mengikut jejak langkah bapa beliau Ustaz Halim Arshat.

Ustaz Halim Arsyat bijak politik tak mudah buat kenyataan bodoh mcm anak dia buat.

Tuduh orang lain jadi munafiq tapi diri sendiri buat kerja main wayang. Apa cerita?



TULANG BESI

ps kalo sayang Presiden PAS, kenapa geng2 Ustaz marah pada Presiden sebab turun kempen di Teluk Intan sehingga membawa kepada Presiden sesar nafas di Turkey?
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniARTIKEL2 RUJUKAN:


Buktikan ‘sumber dalaman’ tersebut, kata Pemuda PAS
Kalimah biadap adalah yang sesuai ditujukan kepada mereka atas perbuatan ini
Syarhan-Humaizi-Abd.-HalimPETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi Abd Halim mencabar media yang sering menyatakan ‘sumber dalaman’ agar menyatakan siapakah gerangan ‘sumber dalaman’ tersebut.
Menurutnya, banyak musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka ‘grand design’ tersebut.
“Ada yang bertaraf Yang Berhormat, editor dan wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama.
“Kalimah biadap adalah kalimah yang sesuai di tujukan kepada mereka atas perbuatan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya lagi, Pemuda PAS akan sentiasa mempertahankan PAS dari sebarang parasit liberal yang sedang menjalar.
Syarhan berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh portal The Malaysian Insider yang bertajuk ‘Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata sumber Pakatan’.
Sumber Pakatan tersebut menyatakan bahawa Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.
Sumber Pakatan itu juga menyatakan bahawa Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada UnitHal Ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
Suara akar umbi
Bahkan, beliau sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga ahli mesyuarat Harian PAS Selangor amat bersetuju dengan penafian yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad yang mendakwa PAS Selangor ingin menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada terus menjadi Menteri Besar Selangor.
Jelasnya lagi, sepatutnya PAS Selangor dan kompenan Pakatan Rakyat (PR) meningkatkan komitmen bagi memberi lebih kebajikan kepada rakyat.
Ujarnya lagi, Khalid juga perlu mendengar suara akar umbi dan mendahului agenda kebajikan rakyat dan bukannya dengan kaedah menyerang serta membantutkan agenda tersebut yang boleh mengutungkan musuh.
Kini, Hadi pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan Menteri Besar Selangor selepas kegagalan ‘Kajang Move’ yang dirancang oleh pihak tertentu.
“Tidak menghairankan apabila Hadi dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana sasaran utama sebenarnya ialah Hadi .
“Ia juga adalah sebagai usaha untuk menjatuhkan imej Hadi, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama selain ia juga adalah rentetan ‘projek langgar Hadi’ yang pernah diusahakan oleh beberapa individu upahan pasca PRU12 dahulu yang akhirnya menemui jalan buntu,” katanya.
Jelasnya lagi, usaha-usaha serangan terhadap Hadi ini akan terus berlangsung dan berpunca daripada ketegasan Hadi yang komited dengan prinsip PAS untuk menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia.
“Memang dalam sirah Rasulullah pun wujud individu yang menjadi penyebar fitnah dan menjadi munafik dalam perjuangan Islam.
“Maka tidak hairan juga ia wujud dalam mana-mana gerakan Islam sepanjang zaman, seluruh dunia. Munafik inilah yang melaga-lagakan sesama ahli PAS yang kononnya dipetik oleh media sebagai ‘sumber dalaman’,” katanya.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Hanya Hadi menjadi halangan penukaran Khalid, kata sumber Pakatan
OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 21 June 2014


Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.
Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.

Mereka berkata, sejak berbulan PKR dan DAP membincangkan di kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak disokong Hadi.


Bahkan para pemimpin tertinggi PR bertemu Hadi untuk membincangkan usaha menukar Khalid, tetapi pemimpin PAS itu menolak usaha itu, kata sumber PKR.

"Kami memberi semua bukti: kami beritahu beliau tentang lebuhraya Kidex, tentang rampasan Bible, kami memberi amaran PR boleh kalah di Selangor jika Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau enggan mendengarnya.

"Hadi sangat menyokong Khalid, dan dalam PAS segala kata Hadi dipatuhi," kata pemimpin kanan PKR itu.

Pemimpin PKR itu berkata, Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu.

"Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.

"Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya, Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS."

Sumber juga menambah bahawa Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.

Menurut sumber itu, Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.

Sumber itu juga berkata, golongan ulama dalam PAS juga lebih condong kepada Khalid.

"Banyak bajet negeri juga diberikan kepada Exco dari PAS; RM8 atau 9 juta diberikan untuk latihan yang terletak di bawah Exco Pendidikan, dan PAS bebas menggunakan dana itu sebagaimana mereka mahu," kata sumber itu.

Walaupun kumpulan Erdogan dalam PAS tidak senang dengan Khalid, mereka terpaksa mengikut kehendak Hadi dan kumpulan ulama, kata sumber PKR itu.

The Malaysian Insider juga difahamkan, semasa retreat DAP baru-baru ini, isu mengeluarkan Khalid menjadi topik hangat, di mana para pemimpin DAP berpendirian dia perlu ditukar segera.

"DAP bimbang kita mungkin kehilangan Selangor jika Khalid terus bersikap begini," kata pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu namanya dinyatakan.

Katanya, sehingga kini, PAS menentang usaha ini tetapi mereka boleh mempertimbangkannya jika diberikan kerusi timbalan menteri besar sebagai jalan kompromi.

Sementara itu, langkah terakhir yang boleh dibuat oleh PKR dan DAP Selangor yang mahukan Khalid ditukar – termasuk kumpulan Adun Erdogan dalam PAS – adalah dengan cara membuat undi tidak percaya, kata sumber DAP dan PKR itu.

Tetapi ia boleh memberikan kesan negatif kepada PR, kerana PAS boleh meninggalkan pakatan itu begitu sahaja, katanya.

Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan Khalid memohon agar DUN dibubarkan dan memanggil satu pilihan raya baru di negeri itu.

Tetapi tanpa keputusan bersama ketiga-tiga parti, Khalid akan terus kekal sebagai menteri besar dan terus membuat keputusan tidak popular dan tanpa sokongan daripada rakan-rakannya dalam PR, dan akan menyusahkan PR dan penguasaannya di Selangor. – 21 Jun, 2014.

1 comment:

Anonymous said...

hairan kenapa geng UG lebai2 ni selalu ada kedudukan dlm parti? org yg melantik ke bodoh atau ujian utk parti. pelik lah pas sekarang ni mcm nak jahanam ja, kalau dulu pas teguh suci dan org2nya ikhlas.

lebai2 pas asyik nak cari pasal dgn org lain nk tunjuk hebat, aku tak boleh lupa menantu presiden kata khalid samad bodo, betul2 aku tak boleh terima. mulut celupar otak senget.

apakah mat sabu, khalid samad dr rani, salehuddin ayuh, husam, nizar jamaluddin, mahfuz, zulhazmi, suhaizan semua2 tu org yg kufur??? walaupun mereka bukan bkground pondok, mereka adalah org yg berilmu sbg mukmin dan beramal, juga menjaga amanah yg mereka pikul. mereka layak utk jwt yg mereka pegang, spt dlm Surrah Toha tentang Nsbi Musa, Allah sebut seseorg itu hendaklah kompeten dgn jwt yg dia nak pegang plus sifat jujur, baru amanah namanya.

Kalau lebai2 tu konon hebat, guna term2 arab yg org tak paham, tak semestinya mereka alim sgt dan mulia, buat kerja bagi menjadi, prove that you can do your job as expected, kerja adalah amanah, dilantik dan terima perlantikan, kerja kena beres. Sekarang kami nak tengok sumbangan para lebai yg selalu memberi masalah pd parti pas. apakah jasa dan sumbangan mereka kpd kemajuan parti???

kalau nak buat kerja dakwah saja tanpa terbabit dlm membela nasib rakyat, baik jadi free lance, dakwahlah seberapa byk pun org tak halang. Bila pakai label parti, jaga status kamu semua, jaga mulut, jaga tindaktanduk, jaga nama baik parti sbb parti bukan hak kamu seorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.