Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, July 29, 2014

PAS Bakal Dipecat Dari Pakatan Rakyat Kalau Terus Sokong Khalid Ibrahim

Pengkhianatan Khalid Ibrahim kepada PAkatan Rakyat telah pun termaktub.

Partai DAP pun sudah jelas menolak Khalid Ibrahim sedangkan DAP adalah parti yang tiada kena mengena dgn jawatan Menteri Besar.d Gobind Singh Deo anak mendiang Karpal Singh secara terbuka mengatakan sekirang Khalid Ibrahim kekal MB, negeri Selangor akan jatuh kepada BN dalam PRU yang akan datang.

PKR sememangnya secara ijma menolak Khalid Ibrahim. Beberapa kepimpinan PKR secara terbuka menentang kepimpinan Khalid Ibrahim.

Di dalam PAS Selangor, majoriti YDP menolak kepimpinan Khalid Ibrahim. Adapun para ADUN dan EXCO pada mulanya menyokong Khalid Ibrahim kerana mereka sangka Azmin Ali yang akan menggantikan Khalid. Namun, setelah pengisytiharan Kak Wan sebagai calon MB, Tulang Besi percaya ramai ADUN dan EXCO telah berubah angin kecuali dua tiga orang seperti Iskandar Samad dan yang lain.

Kesalahan utama Khalid Ibrahim adalah beliau tidak mahu menjadi MB Pakatan Rakyat. Beliau hanya mementingkan apa yang beliau hendak buat tanpa memikirkan komitmen Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia.

Misalnya, program rizab RM3 billion beliau adalah kehendak beliau semata-mata dan bukannya janji manifesto Pakatan Rakyat. Untuk mendapat rezab RM3 billion banyak janji2 Pakatan Rakyat telah tidak ditunaikan. HAsilnya, yang mendapat nama buruk adalah Pakatan Rakyat yang menyebabkan jutaan orang Melayu tidak mengundi Pakatan Rakyat. TIndakan Khalid ini telah menyebabkan Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya.

Tidak hairanlah Khalid Ibrahim dilaporkan berkata:




Khalid telah pun memberi signal kalau beliau terus menjadi MB Selangor, beliau akan memastikan UMNO terus langsung memerintah di Putrajaya.

Selepas Khalid Ibrahim mendapat penyelesaian dari hutang RM70juta yang diberikan Bank Islam, tiba2 banyak pula projek kroni2 UMNO yang mendapat kelulusan Khalid.

Malahan sebelum itu lagi dengan mudah Khalid meluluskan projek MRT yang mana projek ini adalah untuk membalas jasa mereka2 yang menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak melalui pintu belakang.

Khalid juga meluluskan projek KIDEX dan dilaporkan terdapat 6 lagi projek kroni yang bakal diluluskan oleh beliau. Khalid mempertahankan projek KIDEX laksana Khir Toyo sehingga ramai pemberita menggelakan beliau Khir Toyo Pakatan Rakyat.

Selain itu penyerahan air Selangor kpada kerajaan UMNO di Pusat juga menghairankan kerana tindakan tersebut langsung tidak merujuk kepada pucuk pimpina PKR mahupun partai2 lain

Pokoknya Khalid Ibrahim adalah pengkhianat kepada perjuangan Pakatan Rakyat serta barua kepada UMNO.

Makanya tiada sebab Presiden PAS terus menyokong Khalid Ibrahim melainkan Presiden PAS mempunyai kepentingan2 tertentu yang melibatkan menantu dan kawan2 beliau.

Maka, kalau PAS masih terus memberikan wala' kepada Presiden PAS, siap sedialah PAS ditendang dari Pakatan Rakyat.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

1 comment:

Anonymous said...

X pyh Singkir. Suruh Presiden bagi, kalau tidak mahu bagi....serahkan jawatan tu kepada org yg suka baling batu sembunyi tangan...Mungkin lebih mudah urusan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.