Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, July 27, 2014

Presiden PAS Berkepentingan Dalam Isu MB Selangor

Menantu Presiden PAS adalah memegang jawatan besar dalam salah satu GLC Selangor, yakni Perangsang. Jawatan beliau itu dilaporkan cukup lumayan walaupun dari sudut bisness jawatan itu amat sukar untuk dijustifikasikan

Manakala Pengerusi Perangsang pula adalah Raja Idris (abang kepada Raja Petra Kamaruddin). Raja Idris adalah amat rapat dengan Presiden PAS semenjak zaman Haji Hadi menjadi Menteri Besar Selangor.

Pertukaran MB bakal menyebabkan kedua2 mereka ini akan kehilangan kerja.

Maka, Tuan Guru Presiden tidak boleh membuat kenyataan berkenaan isu ini.

Juga, kalau ada mesyuarat membincangkan perkara ini, Tuan Guru Presiden harus keluar dari bilik mesyuarat.

Mengapa?

Kerana Tuan Guru Presiden mempunyai kepentingan di dalam isu perlantikan MB.

Ini adalah fakta dan bukan spekulasi semata-mata.

Mungkin inilah sebabnya TUan Guru Presiden tidak mahu menghadiri mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat baru2 ini. Beliau tidak mahu menjawab isu2 berkaitan menantu beliau di Perangsang dan kaitan dengan Raja Idris.

Malahan, beliau mengeluarkan kenyataan yang berlawanan dgn keputusan Dewan Harian PAS Pusat di luar mesyuarat di hadapan para pemberita sahaja.

Ini kerana dalam sidang akhbar tersebut, soalan berkenaan menantu beliau sudah pasti tidak ditanya.

Masanya Tuan Guru Presiden menunjukkan sikap sebenar beliau yang anti Pakatan Rakyat dan pro kepada penyatuan dgn UMNO?

Apa pun tindakan Tuan Guru PResiden ini selaras dgn sikap UMNO yang menyokong Khalid Ibrahim kekal sebagai MB Selangor.

TULANG BESI

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini

2 comments:

Anonymous said...

...tuan guru hj hadi sesuai jadi mb....lain2 tu dah mcm dubuk...musang...tikus....

Anonymous said...

Saya sokong dgn artikel tuan krn pd pndapat sy perangsang tiada fungsi yg jelas dlm pntadbiran selangor. Jika pas masih menangguk di air yg keruh maka tidak mustahil rakyat akan menolak pas dlm pilihanraya akan datang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.