Hentikan menjaja cerita kononnya Tok Guru Nik Aziz menyokong Tan Sri Khalid.
Ini kenyataan terbaru Tok Guru berkenaan perlantikan MB Selangor.
Tok Guru tidak mahu masuk campur.
"“Politik Selangor tu, saya sebut dah hari tu, Kelantan lagi saya beri pada orang lain usahkan nak ganggu Selangor pulak. Kelantan yang saya buat macam anak negeri Kelantan saya jaga macam jaga anak pun saya beri pada orang lain. Ni nak jaga Selangor buat apa. Orang Selangor pandai la nak jaga Selangor”
Selamat mendengar
TRANSKRIP RAKAMAN KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS, TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT @nikabdulaziz - ISU POLITIK SELANGOR DI DALAM SIDANG MEDIA DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR DI KOTA BHARU, KELANTAN - 7 OGOS 2014
MINIT KE 0:20: “Petang kelmarin Mesyuarat Syura, saya menjadi pengerusi sekejap, dalam tak sampai setengah jam lari tubik, kerana berasa sekak, alhamdulillah hari ni segar balik.”
MINIT KE 2:12: “Saya hadir sekejap je, belum sampai keputusan dah keluar, jadi kaedah mesyuarat ni ada jurucakap dia, saya tak boleh jadi jurucakap, ada setiausaha dia, dia setiausaha tu pergi ke rumah saya belum waktu maghrib, lepas pada maghrib dia naik ke rumah saya, terang pada saya keputusannya, saya tak boleh sebutlah hari ni, kena disebut oleh setiausaha mesyuarat, jaga peraturan, tak boleh tiap-tiap orang bercakap saja, walaupun langit terbuka, bumi pun terbuka sekarang ni, tapi kita ada peraturan, ada nizam.”
MINIT KE 4:47 “Politik Selangor tu, saya sebut dah hari tu, Kelantan lagi saya beri kepada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pula, Kelantan yang saya buat semacam anak, negeri Kelantan saya jaga macam jaga anak, pun saya beri kepada orang lain, kerana letih, ini nak jaga Selangor buat apa, pandailah orang Selangor buat.”
PADA MINIT KE 5:33 “Saya ulangi, kenyataan saya di Selangor saya tak boleh buat.”
Nota: Sekarang siapa yang berbohong? Tok Guru atau Majlis Syura??
Terima kasih Zulimran Nasution Abdullah Omar
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.Blogger Widget
5 comments:
Maksudnya biarkan Selangor kepada ORANG SELANGOR. Kan TGNU dah cakap, dia cakap sekali saja! Sokong Nakhoda!
Kalaulah TGNA tidak memihak dalam isu MB Selangor, kenapa beliau tidak membuat sebarang penafian terhadap kenyataan media yang kononnya beliau menyokong TSKI.
mansor tak tengok ke video tu
Dah cukup jelas apa yg diperkatakan oleh TGNA. Mansor bin Junus tak faham bahasa melayu ke? Kalau TGNA cakap loghat Kelantan lain lah. Bengong tak bertempat!!!!
Tok guru yakin kebenaran ttap akan mengalahkan kebatilan!! Bukan jenis orangnya tok guru nak brlawan hujah yg mana perkara tu mudah utk difahami!!
Ada sesiapa yg x faham ke ucapan TGNA tu??
Post a Comment