Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, August 14, 2014

Tindakan Membelakangkan PAS Adalah Bijak

Walaupun PKR dan DAP bersikap agak tidak hormat kepada PAS kerana mengisytiharkan penubuhan kerajaan baru sebelum PAS membuat keputusan tetapi tindakan itu adalah perlu dan berjustifikasi.

Pertamanya, tiada jaminan PAS akan membuat keputusan yang akan menyokong Pakatan Rakyat. Presiden PAS akan masuk mesyuarat dengan membawa keputusan dua badan dalam PAS – yakni keputusan Majlis Syura Ulama PAS serta keputusan Dewan Ulama Pas yang mahu PAS menyokong Khalid Ibrahim.

Keduanya, pengundian terhadap sikap PAS akan dibuat secara terbuka. Ini bermakna AJK2 dilantik akan menyokong kehendak Presiden PAS apa sahaja yang dikehendaki.

Ketiga. kalau Presiden serius nescaya beliau sudah memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat secara tergempar.

Itupun kalau Presiden PAS mengizinkan pengundian dijalankan. Kalau Presiden PAS mahukan keputusan yang sebulat suara maka akhirnya mesyuarat PAS tersebut akan tergantung dan tiada keputusan.

BIla tiada keputusan maka keputusan Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS akan terpakai.

Hasilnya kerajaan PAS+UMNO+Khalid akan terus berkuasa dan imej PAS terus hancur di mata rakyat.

Ingat, Presiden sekarang ini sanggup melihat PAS berpecah dan hancur demi menjayakan kehendak beliau mengekalkan Khalid Ibrahim

TIndakan PKR dan DAP ini adalah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat.

Pada 17 nanti, kalau pun PAS mengambil keputusan bersama dgn UMNO, mereka masih tidak boleh membentuk kerajaan.

Kalau ikut kehendak Presiden, PAS akan hancur dan Pakatan Rakyat akan hancur.

Keadaan sekarang adalah darurat dan PKR dan DAP terpaksa mengambil apa sahaja tindakan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat.

Masanya ADUN2 PAS keluar dari garis wala' dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan Wan Azizah.

Sudah tiada masa untuk berehat ataupun menunggu arahan kalau kamu sayang PAS.


TULANG BESI




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

6 comments:

Anonymous said...

PAS.... sombong tak kena tempat
susah klau rasa malaikat sangat
parti confirm islam... ahlinya hampeh

IbnAbdHalim said...

Masalah besarnya ialah puak UG masih berakar umbi dlm PAS.

Anonymous said...

Setuju!Jika tidak Selangor akan jadi macam KEdah.Presiden PAS lembab tak boleh harap.Kalau macam ni macam mana nak pergi perang.Mesyuarat pada saat kritikal buang masa saja.Bertindak dulu sebelum semuanya jadi debu.Sebab semua orang dan rakyat tahu parti PAS lembabbbbbb.....

Anonymous said...

Diriwayatkan hadith dari Said b Ubadah hadith dari Abi Abdul Rahman hadith dari Ali (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) mengutus suatu bala tenteran peperangan (yg besar), maka memerintah seorang lelaki (yakni, panglima perangnya) supaya bala tenteranya menghidupkan (atau menyalakan) unggun api, dan berkata (panglima perang tersebut): 'Masuklah kamu ke dalamnya!' Maka mengkehendaki bahawasanya (sebahagian) manusia (bala tentera) masuk ke dalam api (yg dinyalakan). Dan berkata sekumpulan yg lain: 'Sesungguhnya akan lari kami darinya!'. Maka dilaurkan demikian (peristiwa) kpd Rasulallah (s.a.w). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w) kpd golongan yg hendak masuk ke dalam (api): 'Seandainya (yakni, jikalah) masuk kamu ke dalamnya, maka tidak henti-hentilah kamu di dalamnya sehingga hari kiamat.' Dan bersabda (Rasulallah) kpd golongan (yg enggan masuk ke dalam api) dgh kata-kata yg baik-baik, dan bersabda: 'Jangan taatkan di dalam (perintah) yg maksiat (yg menentang Allah (a.w)), sesungguhnya apa-apa yg wajib ditaati adalah dalam perbuatan yg baik (yakni, makruf).' [Hadith Muslim, Kitab Imaroh (Kepimpinan)]
Saudara, hadith ini menceritakan suatu peristiwa bilamana segerombolan tertera Umat Islam dihantar oleh Rasulallah (s.a.w) untuk suatu medan perang untuk memerangi tentera musyrik dan kafir. bala tentera yg besar itu diketuai oleh seorang panglima perang. Ketika berehat disuatu kawasan, panglima perang itu menyuruh tenteranya hidupkan api yg besar, kemudian dia memerintahkan tenteranya masuk ke dalam api. Segolongan tentera merasai terpaksa akur dgn perintah ketuanya, tapi sebahagian yg lain enggan turuti perintah tersebut dan berhasrat nak lari supaya selamat dari api. Tatkala dilapurkan peristiwa tersebut kpd Rasulallah (s.a.w), dia memberitahu kpd golongan yg ingin taatkan perintah panglima bahawa jikalah mereka masuk pastilah mereka berada di dalam api itu selamananya, maksudnya mati terbakar, dan diakhirat kelak juga akan berada dalam neraka, dibakar dalam neraka. Kerana masuk ke dalam api itu membunuh diri, Orang yg membunuh diri dgn senagaja atau dalam kewarasan otaknya, pasti masuk neraka. Beliau memuji-muji pula golngan yg enggan masuk ke dalam api dan ingin menyelamatkan diri, yakni lari, ingkarkan perintah panglima tersebut. Kemudian Rasulallah (a.w) memberi fatwa atau ketetapan bahawa jika diperintahkan melakukan sesuartu maksiat (yakni, menentang Allah (a.w), maka jangan taati perintah tersebut. Perintah masuk ke dalam api supaya mati terbakar adalah suatu perintah yg maksiat atau perintah menentang ketetapan Allah (a.w) kerana Allah (a.w) tidak suruh manusia yg iman itu mencari celaka atau meletakkan dirinya dalam situasi kecelakaan atau yg merosakkan diri mereka sendiri. Masuk dalam api tersebut seolah-olah sengaja hendak membunuh diri.

Anonymous said...

Bila DSWA jadi MB strateji Anwar sebagai PM kekal dan semakin kuat. Sedangkan seblum pilihanraya ke13 ada bukti PAS nak Hadi jadi PM. Kalau tak dapat sanggup cadang Ku Li...Ini alasan sebenar kenapa PAS tak setuju DSWA ganti Khalid. Disamping susunan exco dan glc akan berubah...

Anonymous said...

Umno tidak takut kpd PAS
Umno tidak takut kpd PKR
Umno tidak takut kpd DAP

UMNO cukup cukup takut kpd PR

maka itu umno akan cuba sedaya upaya utk hancurkan PR

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.