Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, August 4, 2014

Wala' Pada Presiden PAS Dapat Rahmat Allah kah?

Puak2 yang sebuk nak wala' kepada Presiden ni tak tahu sejarah PAS

Dulu waktu Dokumen Negara Islam dilancarakan sebelum PRU 2004, semua ahli dan penyokong memberi wala' kepada Presiden PAS.

Ini termasuk juga Tulang Besi yang telah memberi wala' kepada Presiden waktu itu.

Namun, setelah keluar keputusan PRU2004 jelas tiada bantuan dari Allah SWT kepada PAS mahupun PResiden.

Presiden sendiri kalah di kerusi Parlimen Marang dan hanya mampu pertahan DUN Rhu Rendang.

NEgeri Terengganu terlungkup dan negeri Kelantan hampir terlungkup

Peristiwa 2004 sudah cukup bukti menunjukkan bukan semua keputusan Presiden mendapat rahmat dan sokongan dari Allah SWT.

Tindakan Presiden menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah tindakan yang memikirkan kepentingan PAS mahupun Islam.

Ia semata-mata hasil desakan orang2 sekeliling Presiden terutamanya menantu Presiden kerana mereka berkepentingan.

Ia bukan satu ilham dari Allah SWT.

Gunalah hujjah dan akal pemikiran yang sehat.

Presiden PAS bukan maksum. Dia manusia biasa dan boleh berbuat kesilapan.

Seharusnya kesilapan Presiden dibalas dgn teguran bukan dgn wala' yang membabi buta.

Ini bukan ajaran Islam. Ini adalah ajaran Khawarij dan firqah2 yang sesat dalam sejarah Islam.

Sedangkan Saidina Umar yang 1000 kali lebih mulia ditegur di khalayak ramai angkara buat baju baharu inikan pula Presiden PAS.

Hentikan ajaran sesat ini dari menular.

Buruk padahnya dari Allah SWT kelak

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

1 comment:

Anonymous said...

Diriwayatkan hadith dari Said b Ubadah hadith dari Abi Abdul Rahman hadith dari Ali (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) mengutus suatu bala tenteran peperangan (yg besar), maka memerintah seorang lelaki (yakni, panglima perangnya) supaya bala tenteranya menghidupkan (atau menyalakan) unggun api, dan berkata (panglima perang tersebut): 'Masuklah kamu ke dalamnya!' Maka mengkehendaki bahawasanya (sebahagian) manusia (bala tentera) masuk ke dalam api (yg dinyalakan). Dan berkata sekumpulan yg lain: 'Sesungguhnya akan lari kami darinya!'. Maka dilaurkan demikian (peristiwa) kpd Rasulallah (s.a.w). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w) kpd golongan yg hendak masuk ke dalam (api): 'Seandainya (yakni, jikalah) masuk kamu ke dalamnya, maka tidak henti-hentilah kamu di dalamnya sehingga hari kiamat.' Dan bersabda (Rasulallah) kpd golongan (yg enggan masuk ke dalam api) dgh kata-kata yg baik-baik, dan bersabda: 'Jangan taatkan di dalam (perintah) yg maksiat (yg menentang Allah (a.w)), sesungguhnya apa-apa yg wajib ditaati adalah dalam perbuatan yg baik (yakni, makruf).' [Hadith Muslim, Kitab Imaroh (Kepimpinan)]
Saudara, hadith ini menceritakan suatu peristiwa bilamana segerombolan tertera Umat Islam dihantar oleh Rasulallah (s.a.w) untuk suatu medan perang untuk memerangi tentera musyrik dan kafir. bala tentera yg besar itu diketuai oleh seorang panglima perang. Ketika berehat disuatu kawasan, panglima perang itu menyuruh tenteranya hidupkan api yg besar, kemudian dia memerintahkan tenteranya masuk ke dalam api. Segolongan tentera merasai terpaksa akur dgn perintah ketuanya, tapi sebahagian yg lain enggan turuti perintah tersebut dan berhasrat nak lari supaya selamat dari api. Tatkala dilapurkan peristiwa tersebut kpd Rasulallah (s.a.w), dia memberitahu kpd golongan yg ingin taatkan perintah panglima bahawa jikalah mereka masuk pastilah mereka berada di dalam api itu selamananya, maksudnya mati terbakar, dan diakhirat kelak juga akan berada dalam neraka, dibakar dalam neraka. Kerana masuk ke dalam api itu membunuh diri, Orang yg membunuh diri dgn senagaja atau dalam kewarasan otaknya, pasti masuk neraka. Beliau memuji-muji pula golngan yg enggan masuk ke dalam api dan ingin menyelamatkan diri, yakni lari, ingkarkan perintah panglima tersebut. Kemudian Rasulallah (a.w) memberi fatwa atau ketetapan bahawa jika diperintahkan melakukan sesuartu maksiat (yakni, menentang Allah (a.w), maka jangan taati perintah tersebut. Perintah masuk ke dalam api supaya mati terbakar adalah suatu perintah yg maksiat atau perintah menentang ketetapan Allah (a.w) kerana Allah (a.w) tidak suruh manusia yg iman itu mencari celaka atau meletakkan dirinya dalam situasi kecelakaan atau yg merosakkan diri mereka sendiri. Masuk dalam api tersebut seolah-olah sengaja hendak membunuh diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.