Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, September 20, 2014

Misteri Haji Hadi Marah Dua ADUN Terjawab


Haji Hadi marah sangat dgn dua orang ADUN tu sbb perancangan awalnya hendak mengekalkan Khalid Ibrahim dgn formula PAS (15) + UMNO (12) + Khalid Ibrahim = 28 kerusi.

Yang tinggal adalah PKR (13) + DAP (15) = 28 kerusi.

Namun, speaker dewan tidak boleh mengundi menjadikan bilangan ADUN yang bersama Pakatan Rakyat menjadi 27.

Bererti kerajaan PAS + UMNO + Khalid Ibrahim itu boleh memerintah Selangor dgn majoriti 1 kerusi.

Ingat tidak Khalid Ibrahim menyatakan kepada Duli Yang MAha Mulia bahawa beliau ada majoriti dlm dewan. Sememangnya sebelum 2 ADUN PAS menyokong Pakatan Rakyat, Khalid memang ada majoriti dlm dewan dgn majoriti 1 kerusi.

Namun apabila dua ADUN PAS menolak perancangan Presiden ini maka kerajaan idaman Haji Hadi itu musnah sama sekali.

Itu yang Haji Hadi angin sangat tu sampai guna perkataan barua. Dia angin sbb perancangan menubuhkan kerajaang perpaduang dgn UMNO gagal disebabkan oleh dua orang ADUN tersebut

Selepas itu Haji HAdi cuba memujuk Azmin Ali membawa dua ADUN lain untuk menubuhkan kerajaan PAS (13) +UMNO (12) + Azmin+ 2 + Khalid Ibrahim = 29 kerusi.

Faktanya Haji Hadi telah sanggup menubuhkan kerajaang perpaduang dgn UMNO.

Faktanya pengkhianat yang sebenar adalah Haji Hadi Awang kerana mahukan sebuah kerajaan perpaduang dgn UMNO

Faktanya bukan dua ADUN itu yang berkhianat tapi Presiden PAS lah pengkhianat sebenar.

TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

9 comments:

Anonymous said...

Kalu macam tu,bergabung dengan umno, Haji Hadi dah boleh jadi kafir seperti yang termaktub dalam "Amanat haji Haji" tahun 1983 tu.Eloklah tu dah nak jadi kafir sanggup pula tuduh orang lain barua, pil kuda dan orang sarawak hanya pakai cawat.Hadi memang gila dunia.ulama taik kucing.

Anonymous said...

Wa mmg setuju 1000%.
Tghh mmg dah ngaku dialah dalangnya
Perosak kerjasamma dlm pakatan
Harap perwakilan2 PAS tanya TGHH adakah benar dia dalangnya dan niatnya utk menubuhkan UG dgn Umno. Biar rakyat tahu..jgn berrselindung2 bila dah dapat undi rakyat.

Anonymous said...

Ucapan kelmarin macam 'kucing berkurap kambus taik'...

Anonymous said...

1. dswa
2. bini aku
3. adun kajang
4. yg lain aku x caya nanti lompat parti

Anonymous said...

Jika betul cerita ini TGHA harus nafikan dengan berkata benar kalau mahu dipandang mulia dimata rakyat. Jangan berpura pura dan berbohong, sebagai alim ulama tiada langsung sifat yang ditunjukkan oleh TGHA itu mengyakinkan rakyat. Jika ALLAH dapat tunjukan isi hati TGHA yang sebenar alangkah seronoknya kita dapat mengenal budi bicara beliau. Rakyat berani kata dia bohong dan menipu dalam semua perkara. Orang seperti ini tidak boleh jadi ketua yang baik, penuh dengan putar belit berselindung mengunakan Sultan untuk memenuhi cita cita yang tidak murni. TGHA penuh dengan ular, belit sana sini kelirukan orang untuk mencapai maksud. Sentiasa U-turn bila terperangkap kerana otak tidak berapa cerdik. PAS sebagai parti islam sebenarnya tidak digambarkan parti yang baik oleh ahli mereka yang bergelar ulama sanggup mendoakan keburukan pada teman ahli parti sendiri. Parti apa ini, islam bohong yang cuba ditunjulkan. Persiden harus bertanggung jawap,ahil yang menyokong adalah macam tak berotak. Ubah untuk maju dan perbetulkan yang salah. Harap harap PAS menjadi parti teladan yang baik.

Johan said...

Anwar ada mengatakan yang beliau tidak minat jadi ADUN Kajang tetiba keesokannya kata yang beliau mungkin akan jadi calon manakala Khalid MB tak terjejas. Eh eh bila bini dia menang mula pulak nsk singkir Khalid atas alasan yang tidak terkait dengan rakyat. So siapa yang PALING menipu.

Anonymous said...

Sdr jgn lupa dswa adalah PresideƱPkr sejsk di tubuhkan pada 1999 sehingga sekarang Ahli Parlimen dari 1999 sehingga 2008 juga bekas Ketua Pembangkang di Parlimen Msia

Pelawak said...

I sokong tulang besi.

hj hadi bukan maksum.

ilmu bukan sandaran sentiasa betul.

kalau kira ilmu, iblis itulah yg paling berilmu dan tinggi amal ibadatnya dulu.

seorg tukang sapu yg kelihatan daif mungkin lebih tinggi disisi Allah dpd seorg ulamak.

yg kita tentang bukan ilmu ulamaknya tapi salah lakunya dlm strategi bersama PR.

kemudian dikatakan pula PKR secular dll. umno tu apa?

tindakan hj hadi dh tkboleh sorok lagi, Nampak sgt dia bercinta dgn umno.

kita nk tgk kalau join umno nanti najib kena wala kat hj hadi atau hj hadi kena wala' kat parti secular itu?

API said...

apa lagi hadi nk kata.

apa lagi penyokong taksub hadi nk hujah.

memang jelas itulah agenda hadi yg diperkuda, diremote control, di pil kudakan dan dibaruakan dan dibeli oleh broker2 umno.

demi kebaikan hadi dunai akhirat, elok betulkan keadaan atau letak jawatan.

ingat rakyat yg dikhianati dan dizalimi terus berdoa kemusnahan pemimpin khianat.

ingat hadi, kamu dan harun din lah yg ajar kita akan disentuh api neraka jika cenderung pada org zalim. kamu tahu umno zalim menyusahkan rakyat tp kamulah yg bercinta dgn mereka.

siapa yg bakal disentuh api neraka? apakah serban jubbah dan taraf ulamak dapat merasuah malaikat?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.