Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, September 12, 2014

RAKYAT PERLU TAHU KANDUNGAN PERJANJIAN PENSTRUKTURAN AIR

Saya sedia maklum bahawa Kerajaan Selangor telah menandatangani Perjanjian Utama (Master Agreement) penstrukturan air di antara agensi Kerajaan Persekutuan dan tiga pemegang konsesi iaitu Puncak Niaga, Syabas dan Abass. Perjanjian itu tidak melibatkan satu lagi pemegang konsesi iaitu Splash.

Sejak dari awal, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak memaklumkan sebarang isi kandungan rundingan atau perjanjian yang dirundingkan kepada saya walaupun saya diberi mandat oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk meneliti isi kandungan rundingan atau perjanjian, selain dari Saudara Tony Pua (mewakili DAP) dan Saudara Dzulkifly Ahmad (mewakili PAS).

Malah, arahan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut sama dihadiri oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Saudara Lim Kit Siang (pada mesyuaray 6 Mac 2014) secara jelas memutuskan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh memeterai sebarang perjanjian tanpa persetujuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh kami (saya, Saudara Tony Pua dan Saudara Dzulkifly Ahmad) bertiga.

Arahan itu telah diengkari berkali-kali. Oleh sebab itu, perjanjian yang dimeterai pada hari ini dibuat tanpa sebarang maklumat yang disampaikan kepada saya atau pun menerima sebarang maklumbalas dari wakil-wakil Pakatan Rakyat.

Saya menasihati Tan Sri Khalid Ibrahim supaya dengan segera mendedahkan perjanjian ini kepada rakyat, barulah rakyat dapat menilai sendiri sama ada perjanjian ini baik atau tidak.

Pada ketika ini dalam keadaan saya tidak mendapat maklumat, saya hanya boleh mengajukan beberapa persoalan penting seperti berikut:

1. Kos penstrukturan RM7.45 bilion yang diumumkan Tan Sri Khalid Ibrahim itu bukanlah kos sebenar yang akan ditanggung oleh rakyat Selangor kerana ia tidak termasuk kos mengambil alih Splash. Tawaran terakhir Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Splash adalah sebanyak RM1.851 bilion (tanggungan hutang dan pampasan liabiliti) iaitu hampir sama dengan jumlah RM2 bilion yang kononnya berjaya dikurangkan oleh beliau hasil perjanjian pada hari ini. Saya beranggapan kos sebenar hanya diketahui selepas pengambilalihan Splash selesai.

2. Pengambilalihan Splash besar kemungkinan akan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya akta digunakan atau melalui rundingan terus dengan Kerajaan Persekutuan. Ini bermakna Kerajaan Selangor sudah hilang kawalan dalam menentukan kos keseluruhan penstrukturan semula industri air kerana rundingan dengan Splash akan dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan.

3. Jika kos keseluruhan penstrukturan melebihi jumlah RM9.65 bilion yang mula-mula diumumkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kerana akhirnya bayaran kepada Splash yang dirundingkan atau diputuskan oleh mahkamah adalah lebih tinggi dari yang mula-mula ditawarkan, apakah rakyat Selangor akan menanggung bayaran yang lebih tinggi ini?

4. Bagaimanakah kawalan pengurusan ke atas syarikat baru pemegang konsesi nanti? Adakah ia akan dikawal bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri? Adakah kuasa Kerajaan Negeri muktamad?

5. Apakah senarai aset-aset Kerajaan Negeri (tanah, loji dan lain-lain) yang diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan demi memeterai perjanjian ini?

Sesungguhnya, ada seribu satu soalan yang boleh ditanya selagi perjanjian ini sulit dan dirahsiakan. Tindakan merahsiakan perjanjian dan merundingkannya di belakang wakil rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak ubah seperti bagaimana perjanjian konsesi dengan Syabas dan Puncak Niaga mula-mula dimeterai dahulu.

Sebab itu selagi perjanjian ini rahsia, rakyat hanya mampu meneka dan tidak boleh membuat sebarang penilaian mengenai baik atau buruknya.

Ketidaktelusan inilah yang menimbulkan keraguan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

12 September 2014

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

6 comments:

Anonymous said...

Hj Hadi berkata,"Ada aku kesah."

Agak2 dia pun tak faham apa yang Rafizi tulis itu. Mesti geng dia puji Khalid sebab dah save RM2 billion,

Tapi tak pa, perjanjian sudah beres, sekarang Sultan tak de masalah lagi untuk memperkenankan perlantikan Wan Azizah.

Anonymous said...

MSU dan Presiden PAS tidak menyuruh untuk melihat kandungan dokumen perjanjian air, maka janganlah memandai-mandai mendahului ulama. Ingat, hanya kepada MSU dan Presiden PAS kita berikan Wala'

Anonymous said...

LUHAM tidak berhak untuk membantah kata-kata MSU dan Presiden PAS. Kata-kata MSU dan Presiden PAS ialah undang-undang yang mengikat. LUHAM mesti memahami bahawa MSU dan Presiden PAS membawa undang-undang Islam yang mengatasi sebarang undang-undang lain. Apa-apa yang dinyatakan oleh LUHAM terbatal di sisi MSU dan Presiden PAS kerana LUHAM melihat dari segi undang-undang sekular. Menentang MSU dan Presiden PAS bererti menentang Islam.

LUHAM mesti membatalkan niat untuk berlawan dengan MSU dan Presiden PAS. Tugas LUHAM ialah mendengar dan mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh MSU dan Presiden PAS. Wala' kepada MSU dan Presiden PAS jauh lebih berharga berbanding dengan kerja sia-sia yang dibuat oleh LUHAM.

Anonymous said...

adakah puak yogi bears sengaja buat krisis utk melengahkan perlantikan mb supaya perjanjian air boleh disettlekan sptmn khladi mensettlekan hutang dia yg juta2 tu?

Anonymous said...

Mesti ada udang di sebalik batu, kalau tidak masakan ditandatangan secara tergesa-gesa sebelum Khalid Ibrahim diperkenan meletakkan jawatan. Konspirasi terancang Langat2 dari bawah hingga paling atas.......(nak letak jawatan pun perlu penangguhan sebab ada nama Raja Hj Idris Raja Kamaruddin sekali?). Istilah Raja Berpelembagaan sudah tidak sesuai lagi kerana istilah tersebut hanya untuk Raja yang tidak terlibat politik atau apa-apa bentuk perniagaan di dalam negeri. Istilah yang paling sesuai sekarang ialah "Raja Projek".

Johan said...

Projek elok diberi pada pakar yang ramai dari DAP. Tengok Kelantan, Tanah bukit habis ditarah atas kecekapan kontraktor DAP. Raja dan lain-lain hanya tengok jelah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.