Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, September 27, 2014

Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam Isu ESOS dan Kereta

Respon awal Tulang Besi pada tulisan Din Ayam:

1) Berkenaan dgn kereta BMW, Tulang Besi berterima kasih di atas penerangan beliau. Tulang Besi terpaksa menaikkan isu ni krana sudah ada dokumen berkenaan kereta tersebut. Eloklah Din Ayam dah terangkan semuanya.
Cumanya, nak tengok bukti samada Syarikat yang dinyatakan oleh Din Ayam itu benar2 dalam nama beliau. Kurang2 cerita Din Ayam lebih logik dari cerita Vellfire. 

2) Juga, bolehkan Din Ayam mempunyai perniagaan lain dalam keadaan beliau memegang jawatan yang tinggi dalam sebuah syarikat public seperti Perangsang? Tidakkah berlaku conflict of interest?

Bagaimanakah dari segi pembahagian masa kerana bekerja di syarikat public di tahap tinggi biasanya memakan masa yang lebih dari jam 9 ke 5?

3) Berkenaan dgn isu ESOS, sila rujuk gambarajah di bawah.

4) Sepanjang perjelasan Din Ayam yang panjang itu tidak sekali pun dia menyatakan bahawa dia tidak exercise ESOS tersebut. Din Ayam hanya perlu menyatakan bahwa beliau TIDAK MENGGUNAKAN tawaran ESOS dan isu nya selesai. Tetapi tiada pernyataan sebegitu langsung.
5) Din Ayam kata waktu ESOS ditawarkan (17 Oct 2012) harga saham berada di tahap Rm1.00 per unit. Ini adalah betul. 
Namun sewaktu offer ESOS tersebut hampir tamat yakni akhir September 2013 harga saham Perangsang telah naik mencapai Rm1.90 per unit hasil dari penstrukturan air yang tengah hangat pada waktu itu. 
6) Walaupun pemberian ESOS diluluskan dalam AGM tetapi nama2 mereka yang ditawarkan ESOS di calonkan melalui JK ESOS yg didalam nya duduk Raja Idris sendiri. Apakah hebatnya DIn Ayam sampai boleh dapat ESOS. Itu yang orang nak tau tu? Kena jawab soalan ni sbb sampai sekarang tak jawab 
7) Jadi, untuk menyelesaikan ESOS isu ini Din Ayam perlu menyatakan: 
a. Samada dia menggunakan tawaran ESOS ini atau tidak
b. Bilakah beliau telah menggunakan tawaran ini 
8) Seawal Julai 2013 lagi kesah kenaikkan saham syarikat2 yang berkaitan penstrukturan air di Selangor kerana Perangsang mempunyai bisness berkaitan fasilitas air di Selangor melalui Konsortium Abbass, Aquaflo and Hydrovest. 
a. Kawan2 Tulang Besi yang terlibat dalam pasaran Saham pada waktu itu sudah pun ternanti2 berita supaya mereka dapat membeli saham Perangsang waktu murah dan menjualnya bila sudah jadi mahal.
Pokoknya ESOS ni datang pada masa cerita2 kenaikan harga Saham Perangsang sedang hebat diperkatakan.


Sekian.


TULANG BESI

ps Kalau nak cerita pasal keselesaan sbb sentiasa berjalan dlm kereta adalah kereta Exora ataupun Toyota Rush atau Toyota Fortuner kurang selesa utk perjalanan jauh? Harga nya tak sampai RM80k yang baru tak perlu risau pasal maintenance.
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

20 comments:

Anonymous said...

Exora baru boleh dpt kurang 80k. Kalau rush n fortuner baru bawah 80k mana boleh dpt ek...ke aku yg salah baca ?

Anonymous said...

Terang lagi bersuluh sebab tu dok pertahan TSKI bukan demi akhirat tapi dunia. Taubatlah mereka yg mengelar diri mereka ulamak

Anonymous said...

Sudahlah TB.. kalau dah hati busuk tu .. busuklah jugak..

Anonymous said...

Asalkan tidak tujuan sombong untuk menongkat langit buatlah.

Yang pasti, selagi Hadi memimpin PAS, aku boikot segala aktiviti berkaitan dia. Kalau ada ceramah aku akan hadir untuk lihat berapa orang yang hadir untuk mendengar ceramah ulama bongkak itu.

Tapi untuk keluar PAS, sorry kerana PAS bukan Pak Awang yang punya.... aku bayar yuran tahunan apa.

Monkey Shooter said...

Rasulullah pun menggalakan menaiki kenderaan yang baik dan mewah ....Kata Din Ayam.

Zaman Rasulullah kalau kuda yang baik dan mewah kuda jenama apa ha? Nanti nak minta sokongan Ayah Mertua cari 7 ke 8 hadis atau riwayat bagi menguatkan lagi kenyataan Menantu ayam ini dan siap dengan jenama kuda sekali. Jangan hulur Tin Milo buat bayar muka Vellfire atau Mini Cooper sudahlah......

Anonymous said...

Tak payah cari hadis. Pakai logik saja, bebiri ternakan pun ada jenis, ini kan pula kuda. Sekarang ni unta pun masuk pertandingan ratu cantik.

Malaysiabaru said...

Salam . Tuan TB. Ini Ada cerita lagi baik. Pasai saham ni. Agak agak ketika Khalid mula jd mb saham apa yg Khalid dan hasang Ali nak 'push'? Cuba teka sebelum announcement harga rm1.39. Selepas annoubcement lonjak 2.39 lepas tu 3.39.. Untung mb mencecah rm160juta.. Cukup byr hutang bank islam. Tapi knp mb tidak di kenakan tindakan insider trading? Bursa takde telor

Anonymous said...

Fakta yg Din Ayam berikan begitu jelas, baik dan memang boleh diterima.
Agak longgar apa yg cuba TB pertikaikan..
Nasihat saya.. sudahlah.. jangan keterlaluan menaruh perasangka .
Kerana lebih banyak FITNAH yang timbul dari kebenaran HAKIKI

Anonymous said...

Fakta yg Din Ayam berikan begitu jelas, baik dan memang boleh diterima.
Agak longgar apa yg cuba TB pertikaikan..
Nasihat saya.. sudahlah.. jangan keterlaluan menaruh perasangka .
Kerana lebih banyak FITNAH yang timbul dari kebenaran HAKIKI

Anonymous said...

Tuan...boleh terangkan bagaimana din ayam dapat jawatan dlm peransang. Apa kepandaiannya...berapa gajinya..adekah kerana kabel hadi dan abd rsja petra...

Anonymous said...

Bab kereta tu lntak lah.

Tapi bab esos, betul x paham kenapa dia sebut th 2004, 2008? Takkan dia dah dpt esos time tu.

Apa dia ingat org tak reti sgt hal esos, dulu long time ago tnb, telekom semua ada tawar esos kpd staff mereka. Org dah taulah pasal esos kecuali lebai2 tu kot.

Tapi yg menjadi musykil, esos ni utk staf, adakah dia staf kpd kump peransang? Ka di dpt atas dasar lain.

Dia tak menjwp pun persoalan dia dpt esos sebegitu byk tapi melalut pasal lain. Dan gaji dia rm29k diberi peransang sebulan tu apa cerita. Vellfire pun gaji rm 8k sebulan

Anonymous said...

Din ayam...satu nama yg semakin popular la ni...beliau seorang yang baik dan beriman..beliau juga seorang yg zuhud dan tidak suka mengumpul harta...din ayam akan membawa pas menang d3ngan majoriti tinggi dlm pilihanraya ke 14 nnt..marilah kita sokong din ayam yg baik..mulia...bijak...kuat..gagah pe5kasa...dan handal dlm dunia politik...

Anonymous said...

Kesian Din Ayam..di ayam2 kan..aku harap sgt dia baca blog ni..kalo x pun geng2 perasaang ulamak dia..

Anonymous said...

Selagi dinamakan manusia; keladak hatinya tidak mengenal parti apa yg di 'anuti'nya......ingatkan dlm PAS boleh menerima org lain seadanya........hampeh juga

Anonymous said...

Tulang besi sengaja nak cari buruk orang. Jenis hotak umno memang cam tu bro.. coklat dikatakan tahik dan tahik dikatakan coklat. Haha nama je tulang besi tapi sebenarnya tulang kapor. Haha sekali hentak pecah terbarai.

Anonymous said...

Sial la bila ada ahli politik dlm pas yg wat duit untuk diri sendiri.....kenapa pas skrng mcm sial sgt..

Tok guru nik abdul aziz tolongla...dulu aku mask pas kerna perjuangan bersama org yg mcm tok guru nik aziz..bkn mcm barua munafik yg gila harta n pangkat...
Kalau tok guru aziz x kontrol pas lg maka sya akan keluar dr pas mulai saat ini...nampk sgt da tersasar pas skrng..gaduh rebut kedudukan...x sehaluan lagi...undur hadi tkr tok guru nik aziz saje...allahuakbar....13×

Anonymous said...

"marilah kita sokong din ayam yg baik..mulia...bijak...kuat..gagah pe5kasa...dan handal dlm dunia politik..."

.... dunia politik atau politik dunia?

nama DIN AYAM dah mcm nama org2 3 line la kan hihihih

Anonymous said...

kih kih kih

Anonymous said...

Rahman..bila ente nak berhijrah..ana sokong 200% sebab ana tak suka orang bawak fitnah kerana hasad dengki dan dendam kesumat..Kalau ente teruskan juga..ente stress dan senang jatuh sakit.Bila ente dah sakit..tiada orang yang akan peduli dan yang akan merana..keluarga ente..cukuplah tu bawak fitnah.

Anonymous said...

Besi 8mm tu buat shipside kapal boleh la din ayam oiii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.