Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, September 8, 2014

Senario Yang Bakal Berlaku di Selangor (CUKUP SEDIH....)

Inilah yang akan berlaku di Selangor:

1) Wakil PAS akan diangkat jadi MB. Dgn kuasa yang diberikan Majlis Syura keputusan AJK PAS Pusat semalam Iskandar akan terus angkat sumpah hanya dgn arahan Presiden.

2) PKR dan DAP akan protes dan menolak secara terbuka.

3) PAS akan berpecah dari Pakatan Rakyat kerana menuduh PKR dan DAP tidak hormat PAS dan tidak hormat Sultan.

4) Oleh kerana tidak mendapat kepercayaan DUN, MB PAS yang baru itu akan memohon kepada Sultan untuk membubar DUN

5) Berlaku PRN dalam keadaan PAS diluar Pakatan Rakyat.

6) Presiden akan tt watikah dan meletak calon di semua kawasan PKR seperti di Kota Damansara

7) PAS akan kalah di semua kerusi yang ditandingi oleh mereka kerana penolakan oleh pengundi Cina dan India.

8) Penghabisan sekali berlakulah kerajaan campuran UMNO-PAS.

9) Selepas beberapa tahun UMNO akan tendang PAS dari kerajaan dan waktu tu takda sapa pun percaya kat PAS. Jadilah PAS kera sumbang. Cuma keliling kelalang Presiden akan kaya raya dgn projek dan kontrak.

10) Busuk2 PKR dan DAP pun masa tu mereka tetap ada kredibiliti.

Hanya seorang sahaja yang boleh menghalang perkara ini dari berlaku yakni Tok Guru Nik Aziz. Namun, ia tidak mungkin berlaku kerana Tok Guru sudah dikepung oleh Nik Abduh serta gengnya.

Waktu tu kalau nak buang Presiden PAS pun dia dah tak heran. Sbb dia dah dapat apa yang dia hendak yakni perpecahan PR dan UMNO kembali berkuasa.

Jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor adalah kerana pengkhianatan dan tikam belakang yang datang dari mereka yang mengaku memperjuangkan Islam.

Islam hanya dimulut bukan di hati



TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.

5 comments:

Anonymous said...

terbaik.... ini hakikat yg semua org tau tp tidak ahli pas..
mereka bagai anjing dgn bayang2

Anonymous said...

Bertaubatlah.. hidup bukan hanya didunia..

Malaysiabaru said...

salam, pihak kami pernah komen di laman ini sebelum ini seperti apa yg telah saudara tb sebut. Segalanya kerana sogokan wang ringgit yang ahli pas tidak pernah merasa sehingga mati... ia bermula apabila anak mb mewah dgn honda no plat 2 angka, kemudian menantu di lantik ceo pmb, setrusnya ahli pas ikut.... sehingga ke selangor dan temerloh akhirnya ganung pun nak merasa limpahan wang rakyat ni..... apa salahnya sebelum mati!

p.s sebelum ini ahli pas di lihat sengkek dengan kereta lama dan jubah lama mcm rakyat 3rd class seperti kurap... hari ni jom vellfire... jom rembat commision dgn tauke bukan islam.... samalah mcm umno.... sesuai pun berkerjasama dgn umno...

Anonymous said...

Ya Allah, laknatMu jua kupohon atas pembuat fitnah ini..

Anonymous said...

Sanggup bagi kat cina.....baguih hang ni, tgk penang , mai la dok penang, tgk apa jadi ngan melayu yg dok sungguh sungguh tatang dia orang dulu, la ni merempat, mai la rasa singapore ke 2, tau la nasib melayu,, la ni happy la, tunggu tgk 10, 20 tahun lagi. La ni memang la, yg melayu tak senang ngan melayu, sebab melayu ni seronok yang bukan melayu jadi bos, jadi boneka pun tak pe......jemput la mai dok penang 5 , 6 taun, lepas tu baru komen na. Syaratnya satu je, buka minta dan dok tengah tengah, nilai secara keseluruhan, cara adil, itu je saya minta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.